Khamis, 29 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Panglima Ludah Penang diperbodoh Adam Adli.. (Updated, Video inside)

Posted: 29 Dec 2011 05:15 AM PST


Atas sebab-sebab keselamatan, rancangan Adam Adli untuk berpidato di Speaker Corner, Padang Kota ama, Pulau Pinang terpaksa dibatalkan.


Pidato ini adalah lanjutan daripada siri gerakan menuntut kebebasan akademik, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) akan mengadakan jelajah ke utara semenanjung Malaysia.

Jelajah tersebut bertujuan menyampaikan mesej serta tuntutan akademik ke setiap negeri.

Jelajah bermula pada 29 Disember bagi menyerahkan memorandum kebebasan akademik kepada kerajaan negeri Kedah dan dijangka akan dijalankan di Wisma Aman pada jam 10 pagi.

Pertubuhan ini turut dijangka akan berada di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada jam 1 petang untuk sesi pidato kebebasan akademik.

Antara yang dijangka hadir adalah Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang, termasuk Adam Adli yang masih panas dengan isu bendera Najib, serta beberapa wakil wakil daripada pertubuhan pelajar di bawah SMM sekitar Lembah Klang.

Rancangan ini terpaksa dibatalkan apabila agak ramai panglima-panglima ludah dilaporkan sedang menanti kehadiran beliau dan kumpulannya itu.. lagipun Adam Adli ini tidaklah sebodoh panglima-panglima ludah itu..

Seperti yang kita sedia maklum gerombolan panglima ludah ini, bukanlah satu kumpulan yang tahu menghormati undang-undang.

Oleh kerana kelibat Adam Adli tidak kelihatan pada masa dan hari seperti yang diwar-warkan, panglima-panglima ludah yang menanti keadirannya termangu-mangu menanti di bawa terik mentari di sekitar di Speakers Corner Padang Kota Lama.

Tak ke buat kerja bodoh namanya itu… menunggu di tengah panas semata-mata nak tunjuk sayang kat Najib..










Gambar-gambar ni aku ambil dari blog teman satu Parlimen, buakn teman seperjuangan ya.. kira musuh tradisi la ni.. Media Permatang Pauh

Ku Li kata Mahathir Bodoh?

Posted: 29 Dec 2011 03:21 AM PST


"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," kata Ku Li.


Bukanlah cerdik sangat tu sama dengan bodoh kan?

Mahathir bukan cerdik sangat: Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu.


Gentleman Melayu Terakhir

Surat layang ini dinafikan oleh Nurul Izzah dan juga Zaid Ibrahim

Posted: 29 Dec 2011 01:32 AM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang.


"Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula.

Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

"Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka," kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya - Harakah Daily

Ini surat itu, aku terima melalui e-mail semalam, memandangkan pengirimnya tidak menjawab beberapa soalan aku tentang KeAdilan maka aku anggap beliau sekadar cuba untuk memperbodohkan ahli-ahli PKR dengan cerita rekaannya ini.. bacalah..

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai "pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri" dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai "si tua nyanyuk".

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi 'Hasan Ali' muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!


REFORMASI!!!

Kapal Terbang APMM tersadai sebab Kerajaan UMNO/BN dah tak ada duit?

Posted: 28 Dec 2011 10:45 PM PST


Dua buah kapalterbang milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilaporkan telah tersadai setelah memasuki perkhidmatan kira-kira dua tahun yang lalu berikutan kekangan kewangan.


Berikutan dengan kekangan kewangan itu telah menyebabkan APMM tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat yang berkelayakan untuk menyelenggara pesawat ini.

Setelah tidak boleh diterbangkan (grounding) kedua buah kapal terbang dari jenis Bombardier Aerospace CL415MP disimpan di dalam hangar di Subang. Sebuah darinya telah disimpan disitu sejak dari tahun lepas manakala sebuah lagi lebih kurang setengah tahun lalu… seterusnya korang baca di bawah..

Hairan ya.. negara kita dikatakan kaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN tapi mengapa kita tidak mampu untuk membiayai kontrak penyelengaraan untuk dua buah kapal terbang ini?

The Sun juga melaporkan harga bagi sebuah pesawat ini ialah RM98Juta oleh itu jumlah bagi dua buah ialah RM196 Juta..

Harganya lebih murah dari dana yang diperuntukkan untuk keluarga Shahrizat untuk membela lembu iaitu RM257 Juta, bayangkan andaikata dana untuk membela lembu itu diserahkan kepada APMM, sudah tentu dua buah kapal terbang itu boleh terbang.

Selain itu kalau tidak diperuntukkn RM111 Juta untuk Permata jagaan Rosmah yang tak tahu dibawah kementerian mana letaknya, kapal terbang itu tentu boleh terbang..


No money to fly

PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints.

Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year.

According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose.

A tender for the contract was issued earlier this year to AJ Aeroservices Sdn Bhd as it was the local partner of Bombardier Canada, which undertook maintenance for both amphibious airplanes during its warranty period.

However, the Treasury later told the MMEA to renegotiate the maintenance contract with AJ Aeroservices as the amount was above the agency's budget. Until now, however, the contract has not been signed and the two planes remain grounded.

The cost of the contract for a two-year period could not be determined but industry insiders say amphibious planes are by nature maintenance extensive, and they believed the cost would be higher than similar sized turbo-prop aircraft.

Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment.

theSun understands that Chief Secretary of the Government Tan Sri Sidek Hassan is aware of the contract impasse and has scheduled meetings with the Treasury officials to overcome the problem.

While the "best solution" seems to be for the government to increase the budget for MMEA to cover the maintenance for the two planes, it is understood that even if the maintenance contract is to be signed immediately, it will be several months before the aircraft can be made flyable as they need to undergo extended maintenance.

An industry insider told theSun that this is because even after undergoing maintenance, both aircraft need to be certified airworthy by the Directorate of General Technical Airworthiness (DGTA) which is responsible for regulating the technical airworthiness of state-registered aircraft.

Furthermore, due to extended grounding, the ratings of the crew of the amphibious planes – including pilots and quartermasters – have expired, meaning the MMEA personnel will have to relearn everything they had learnt when the planes were in services.

"Everyone, from the crew and other personnel will have to start all over again. They have to relearn what they had learnt when the aircraft was in service. It is as if they had never operated the aircraft."

theSun understands that to save money, a single 415MP instructor pilot will be sent overseas for re-certification before returning home to instruct the rest of the crews. Most of the flight personnel were sent to Canada to be certified on the planes previously.

In its annual report, MMEA admitted that extensive corrosion had affected its first 415MP aircraft which has performed more than 1,000 landings at sea.

It also noted that both aircraft's air-condition and auxiliary power units failed on numerous occasions and Bombardier, which had admitted its fault, is looking to resolve the problems.

The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010.

The cost of the procurement was never announced but checks by theSun indicate that the list price for a 415 aircraft – without the special equipment – is around RM98 million.

The MMEA, which was established in 2005 following the enactment of the Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004, is the sole agency to patrol and monitor the country's waters since Aug 1.

Apart from the amphibious planes, MMEA operates 130 boats and vessels, and six helicopters with some 5,000 personnel to ensure safety, security and sovereignty of the Malaysian Maritime Zone.

MMEA operates two types of helicopters – three Eurocopter Dauphin and three Agusta-Westland AW139.

Incidentally, it is learnt that MMEA has also not signed any permanent maintenance contract for the six helicopters which are only being made operational under a "running contract" (temporary arrangement) - theSundaily

Berita tentang MCA Pulau Pinang yang tak akan disiarkan oleh Utusan.

Posted: 28 Dec 2011 07:07 PM PST


Berita panas tentang Ketua MCA Pulau Pinang ini diyakini tidak akan disiarkan oleh Utusan Malaysia mahupun TV3, jika disiarkan oleh mereka nescaya editornya akan diberikan surat tujuk sebab..


Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Malaysiakini

Gambar : Restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura

Posted: 28 Dec 2011 05:23 PM PST


Jam 2.00 Petang ini (29 Disember 2011) satu tayangan video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad milik keluarga Shahrizat di Singapura yang dibeli menggunakan duit anda dan juga duit aku yang diperuntukkan kepada keluarganya sebagai dana untuk menternak lembu.


Tayangan video ini akan turut dihadiri oleh Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Sebelum itu.. apa kata kita lihat dulu sedikit gambar-gambar restoran mewah MeatWorks ION Orchrad milik keluarga di Singapura..


Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.


Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.

Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.


Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.


Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.


Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...

Sumber : Milo Suam

Tiada ulasan: