BRIGED MP SEGAMBUT |
- REVOLISI 9 HB JANUARI? PERKASA TAHU DARI MANA?
- Masa tentukan Hasan Ali hero atau tidak
- PERKASA gesa akta hasutan pada paderi Eu
- TPM siasat dakwaan SU sulit disogok
REVOLISI 9 HB JANUARI? PERKASA TAHU DARI MANA? Posted: 27 Dec 2011 08:00 AM PST PERKASA memandang serius berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar diumumkan pada 9 Januari depan. Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali mendakwa "ada pihak yang mahu membuat huru-hara" pada hari tersebut. "Ini kerja menghasut, menghina sistem kehakiman negara dan menodai serta mencabuli keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara. "Dalam laman web ada kempen-kempen (ini) begitu meluas... Mereka bangkitkan kembali cerita di Tahrir Square, seolah-olah mengambil keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah," katanya dalam sidang media petang ini. Sambil menunjukkan risalah tersebut, Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak turut sertadengan tindak tanduk pihak yang didakwanya mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam perhimpunan itu. "Saya menyeru kepada rakyat supaya menghormati undang-undang. Kita mahu melihat negara kita aman damai, jangan dipunah ranah oleh kerana seorang individu. "Serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Tetapi tindakan pre-emptive ini menjurus kepada revolusi. "Siapa ganggu gugat perjalanan mahkamah, saya anggap (ingin) mencetuskan revolusi dalam negara," katanya. Sehubungan itu, ahli parlimen Pasir Mas itu berharap pihak keselamatan menggunakan tindakan sekeras-kerasnya bagi menjamin keselamatan pada hari tersebut. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara pada tarikh berkenaan. Beliau bagaimanapun menyeru semua pihak berhimpun secara aman, mematuhi arahan petugas parti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari itu. |
Masa tentukan Hasan Ali hero atau tidak Posted: 27 Dec 2011 06:30 AM PST Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, hanya masa akan menentukan sama ada exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali adalah hero sebenar Melayu-Islam ataupun tidak. Ibrahim berkata, buat masa ini masih tidak pasti sama ada kemelut dalaman PAS hanya umpama pergaduhan suami-isteri atau Dr Hasan benar-benar memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja-raja. "Dan esok-esok benda itu selesai. Dia boleh bertanding balik dalam PAS. Mungkin dia seronok. "Mungkin pada masa itu, orang akan tahu colour (warna) dia. Saya berterus terang. Pada masa itu, orang tahu colour dia," katanya. Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim berkata, agenda perjuangan Dr Hasan tidak mungkin dicapai ekoran pendirian berbeza DAP dalam Pakatan Rakyat. "Jadi apa yang dia nak buat. Mungkin (dia berkata) saya dah selesa... sudah terima negara berkebajikan. Jadi saya tidak mahu ding dong ding dong. "Saya straight forward. Jadi masa akan memberitahu perkara sebenar sama ada Dr Hasan Ali adalah hero untuk Malay-Muslim atau Raja-raja melayu atau tinggal Ibrahim Ali seorang sahaja. "Saya tidak tahu, terpulanglah kepada rakan-rakan dalam PERKASA," katanya. 'Tidur sekatil' Ibrahim menjawab soalan berhubung kenyataan Dr Hasan (kanan) yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS yang dilaporkan menolak pelawaan menyertai PERKASA. Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan tawaran tersebut adalah ikhlas dan sentiasa terbuka. "Cuma dia sekarang ini nak berjuang dengan PAS lagilah. Ini poliitk, awak tahulah. Saya tidak tahulah, takut dia bergaduh macam suami isteri. "Bergaduh, bergaduh lepas tu balik, tidur sekatil. Kita tak tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PERKASA. |
PERKASA gesa akta hasutan pada paderi Eu Posted: 27 Dec 2011 05:54 AM PST Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertindak tegas dengan menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pihak yang cuba mempersoalkan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya kesal dan tidak senang hati dengan kenyataan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan artikel tersebut untuk "membuli kaum yang lain". "PERKASA berpendapat ia merupakan satu kenyataan provokasi, tidak bertanggungjawab, mengundang suasana tidak senang hati antara kaum dan berbaur hasutan. "Ia satu kontrak sosial yang tidak boleh disentuh (oleh kaum lain) dan hak kebebasan kaum-kaum lain dijamin dalam perlembagaan," katanya dalam sidang media petang ini. Menurutnya lagi, membangkitkan perkara 153 itu "nampak seolah-olah nak berseteru dengan Islam dan Melayu". "Kenyataan ini boleh mengelirukan orang ramai dan menghasut orang muda... Saya berharap kenyataan (seperti) ini tidak digunakan lagi," katanya yang berharap pihak berkenaan dihadapkan ke mahkamah. Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Eu Hong Seng (kiri) pada Sabtu dilaporkan berkata, terdapat perbincangan berterusan terhadap hak kumpulan majoriti bawah Perkara 153 tetapi hak minoriti jarang diperkatakan. Dalam ucapan pembukaan dalam majlis minum petang tahunan perayaan hari Natal anjuran Persekutuan Kristian Malaysia, beliau berpendapat tindakan itu sama seperti "membuli". Akta hubungan kaum: Lihat dulu, kata Ibrahim Sehubungan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut Khamis ini. Beliau juga menolak tanggapan bahawa penggunaan Akta Hasutan menjadikan negara "undur ke belakang" berbanding janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu meliberalisasikan undang-undang. "Saya tidak nampak soal (negara) kita undur ke belakang. Perdana menteri sudah memberitahu bahawasanya dalam apa (juga) bentuk liberalisasi, asas perlembagaan negara tidak diusik. "Maknanya hak semua kaum dihormati, kepentingan kaum lain diambil berat. Kita juga tidak menentang. Cumanya jangan usik asas perlembagaan negara. Kita juga tidak mahu asas perlembagaan negara dijadikan bahan retorik," tegasnya. Mengulas mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mencadangkan untuk memperkenalkan undang-undang hubungan antara kaum, Ibrahim berkata pihaknya akan melihat terlebih dahulu cadangannya terlebih dahulu. Menurut Ibrahim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyokong undang-undang tersebut jika ia memberi kebaikan untuk negara. |
TPM siasat dakwaan SU sulit disogok Posted: 26 Dec 2011 09:15 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan. Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam. Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan. Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin. Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan