Anak Sungai Derhaka |
- Selepas Skandal NFC.. skandal Kapal Perang akan menyusul?
- Jamil Khir melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 - Mat Zain
- Muhyiddin akan siasat dakwaan SU sulit disogok ?
- Risalah lucah hina Saifuddin disebar di UiTM Shah Alam
- Guna wang zakat, Jamil Khir patut malu!
- Tekun : Pemohon diusir kerana tidak kenal Ketua Cawangan UMNO
Selepas Skandal NFC.. skandal Kapal Perang akan menyusul? Posted: 27 Dec 2011 05:39 AM PST Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 Trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250Juta baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN. Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya. Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya. Kos pembelian dan pembuatan kapal-kapal peronda tersebut kini telah meningkat secara mendadak kepada jumlah yang amat diragui sekali, iaitu RM3.0 bilion sebuah. Bagaimanakah Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd ini boleh terlibat di dalam urusan-urusan dan kerja-kerja pembinaan kapal peronda untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)? Siapakah Bouestead Naval Shipyard ini sebenarnya? Kos kontrak yang meningkat Kontraktor asal yang telah dipilih untuk membina generasi kapal-kapal perang Malaysia yang pertama adalah PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Amin Shah Omar Shah bersama dengan adik-beradiknya. Datuk Amin adalah jutawan yang terkenal dan rakan karib bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ianya berlaku sewaktu era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sewaktu program pengswastaan negara dalam tahum 1990an yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, Datuk Amin adalah merupakan salah satu daripada sebilangan kecil usahawan bumiputra yang telah dipilih untuk mengambil-alih beberapa syarikat-syarikat dan kerja-kerja milik kerajaan. Salah satu daripada kontrak yang berjaya diperoleh Datuk Amin adalah operasi Naval Dockyard di Lumut, Perak Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 milion. Datuk Amin yang mempnyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd. Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion. Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya. Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM. Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang buatan PSC-Naval Dockyard tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi. Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada. Kos asal RM5.35 bilion bagi kontrak tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada RM6.75 bilion menjelang Januari 2007. Dokumen dan baucar bayaran tidak wujud Di dalam laporan juru audit negara yang telah dikemukakan di dalam parlimen sebelum ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard sehingga Disember 2006 walaupun hanya kerja-kerja siap bernilai RM2.87 bilion telah dicatatkan, yang bermakna kementerian tersebut telah terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48 peratus pembayaran. Malah jemaah menteri juga telah meluluskan pemansuhan penalti kelewatan kerja terhadap PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 milion. Menurut laporan juru audit negara yang sama, terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih daripada RM943 milion telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tidak mempnyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan. Bolehkah kerajaan BN menjelaskan bertapa seriusnya penyelewengan tersebut dan bagaimana pembayaran tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan dokumen yang sah dan siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut secara membabi buta atapun adakah ianya disengajakan, sementara kerja-kerja tersebut masih belum disempurnakan dengan sepenuhnya? Laporan juru audit negara itu juga telah mengesahkan bahawa urusan tersebut adalah suatu siri penyelewengan kewangan yang serius dan pengesahan bahawa PSC-Naval Dockyard langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran dalam pembinaan kapal perang kecuali pembuatan bot pukal dan bot-bot peronda polis yang kecil. Amat menghairankan, sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan dan kerugian berjuta-juta Ringgit walaupun laporan audit tersebut telahpun dikeluarkan kepada umum. Baca juga .. Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula? Malaysia Chronicle |
Jamil Khir melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 - Mat Zain Posted: 27 Dec 2011 02:28 AM PST Dalam satu e-mail yang dikirimkan kepada Ketua Polis Negara, bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim menegaskan "Pembayaran semula setiap sen wang zakat yang telah disalahguna tidak boleh dijadikan alasan untuk membersihkan sesiapapun dari rekod salahlaku atau mengecualikan seseorang dari tindakan ungang-undang. Oleh itu beliau menggesa supaya Jamil Khir dan dua lagi kawan-kawannya dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menyalahgunakan wang zakat untuk membayar yuran guaman mereka. Menurut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda. Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang tidak perlu diambil dari pemilikan mangsa, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan dengan curang oleh penjenayah. Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan harta yang bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah dan kegunaan sendiri. Perkataan 'harta' di sini menurut Akta Intrepetasi mencakupi harta alih dan juga harta tidak alih. ****************************************** Mat Zain: Charge Jamil, two others for alleged zakat abuse By Clara Chooi KUALA LUMPUR, Dec 27 — Former senior police officer Datuk Mat Zain Ibrahim charged today that Umno minister Datuk Seri Jamil Khir Baharom and two others should face legal action for wrongfully using zakat funds to settle their personal legal fees last year. In an email to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar here, Mat Zain said there was proof enough that the trio had committed the alleged misdeeds when the matter was recorded in the pages of the Auditor-General's report for 2010. According to the report, Jamil, the minister in the Prime Minister's Department in charge of Islamic affairs; Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) director Datuk Che Mat Che Ali; and MAIWP chief prosecutor Shamsudin Hussain had withdrawn RM63,650 from the council's zakat fund to settle their legal costs. The costs were incurred when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim named the trio as respondents in his qazaf application. However, the A-G's report also confirmed that the sum was repaid to the fund after the council obtained a RM700,00 grant in June last year as part of its general resources allocation from the government. But, citing legal provisions, Mat Zain insisted in his email that the trio had committed misappropriation of property under Section 403 of the Penal Code and should be punished accordingly. Section 403 states: "Whoever dishonestly misappropriates or converts to his own use, or causes any other person to dispose of, any property, shall be punished with imprisonment for a term which shall not be less than six months and not more than five years and with whipping and shall also be liable to fine". "In short, this means the misappropriation of property for temporary personal use, whether for just a day, is considered wrong according to this Section," said Mat Zain. He also pointed to Section 409A of the Penal Code, which states that: "It is no defence for any offence prescribed in sections 403... to show that the property was openly appropriated or that the appropriation was duly recorded and entered into the books and accounts of any company or association or body of person whether incorporated or not". "In short, it means the moment the use of the zakat funds was made openly and recorded in any account or official records of the MAIWP, it remains a wrongdoing and the record cannot be use as defence. "Instead, it is that record that becomes strong evidence to show the offence took place," said Mat Zain, adding that the A-G's report was sufficient to prove a prima facie case against the trio. "The repayment of every single sen misused cannot be used as an excuse to clean anyone's record from wrongdoing or to exempt the person from legal action," he said. Mat Zain also cited Section 409B of the Penal Code, which states that if any offence prescribed in Section 403 and 404 is proven, "it shall be presumed that he had acted dishonestly until the contrary is proved". "With the above explanation, I have no doubt that Jamil, Che Mat and Shamsuddin committed offences under Section 403 of the Penal Code and, if convicted, will be liable for action under the same section. "At the same time, there is no authority that can indemnify them," he said. Mat Zain also stressed that the trio's use of zakat monies for personal reasons was wrongful according to Islamic laws, chastising Jamil for doing so just months after he was sworn into his ministerial post. He then repeated an earlier allegation against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for dropping the "Mohd" or "Muhammad" from his name when taking an oath on two affidavits signed on September 21 and 23 this year. "What lies before the people today is a prime minister and a minister for religion who purposefully exposed themselves to criminal charges which could see them jailed, just so they could hide something. "But the most important question is why, in order to protect the National Feedlot Centre project, the government was willing to spend RM250 million, and for cosmetic improvements to the country and PM's image, the government paid APCO and FBC more than RM150 million... but when it comes to religious matters, the minister for religion... [appropriated] zakat funds... money for the poor and the orphaned? "Is this what PM Najib meant by championing Islamic teachings?" Mat Zain said. The Malaysian Insider |
Muhyiddin akan siasat dakwaan SU sulit disogok ? Posted: 26 Dec 2011 11:51 PM PST mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya.. Dan Malaysiakini juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan. Sejak bila pulak Muhyiddin ni jadi Penyiasat? kenapa tidak diserahkan kes ini kepada pihak Polis atau SPRM? takut terbongkar lebih banyak ke?? atau Muhyiddin sendiri tidak percaya kepada SPRM dan Polis? TPM siasat dakwaan SU sulit disogok Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan. Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam. "Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini. "Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya. Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 ( baca di SINI ) bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan. Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin. Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan. Malaysiakini |
Risalah lucah hina Saifuddin disebar di UiTM Shah Alam Posted: 26 Dec 2011 08:56 PM PST Bukannya untuk menuding jari.. perkara sebegini sememangnya sudah sinonim dengan puak dari parti Melayu itu, jika ada sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka pasti menjadi mangsa.. tak kiralah siapapun baik Mahasiswa mahupun Menteri.. Selepas Mahasiswa diserang puak mereka dengan menyiarkan gambar Gay dari Filipina yang di fitnah mereka sebagai Adam Adli ( lihat di SINI ).. kali ini giliran Menteri pula… Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam Harakahdaily SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu. Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh. Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!". Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang. "Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur. "Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini. "Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker's corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya. Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya. Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai "meludah ke langit" kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual. |
Guna wang zakat, Jamil Khir patut malu! Posted: 26 Dec 2011 07:52 PM PST Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli. "Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat. "Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini," katanya kepada Keadilandaily.com Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno," soalnya. Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden. Dokumen berkaitan sila lihat di SINI Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau. Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat. http://www.keadilandaily.com/?p=24829 |
Tekun : Pemohon diusir kerana tidak kenal Ketua Cawangan UMNO Posted: 26 Dec 2011 04:56 PM PST Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai... Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "diarah balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah... Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon).. Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan.. Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu hanyalah "sebuah" tandatangan.. bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin UMNO tersebut.. Tetapi hanyalah tandatangan bagi mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun tersebut.. Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan polis.. Pemohon itu "diarah balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon).. Apakah ada syarat sedemikian di dalam syarat-syarat permohonan Tekun..? Sila lihat syarat-syaratnya di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan