Pahang Daily Online |
- Notis Gangguan Bekalan Air Oleh JBA Pahang
- Terkini: "Empangan Kobat" Menghadapi Masalah Teknikal, Seluruh Kuantan Terputus Bekalan Air!
- Tarikh Perbicaraan, Saman Empat Peneroka Felda Terhadap KPF Dan Juga FGVH Di Ketahui Hari Ini
Notis Gangguan Bekalan Air Oleh JBA Pahang Posted: 27 Dec 2011 04:48 AM PST Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang memaklumkan gangguan air akan berlaku mulai jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam mulai hari ini 27 Disember hingga esok, 28 Disember 2011. Gangguan tersebut berpunca daripada kerja-kerja penyelengaraan mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam Kobat. Antara kawasan terlibat ialah:-
|
Terkini: "Empangan Kobat" Menghadapi Masalah Teknikal, Seluruh Kuantan Terputus Bekalan Air! Posted: 27 Dec 2011 03:41 AM PST KUANTAN, 27 Dis - Masalah air kini sekali lagi melanda warga Kuantan mulai pagi tadi. Difahamkan, kali ini lebih teruk apabila ia melibatkan seluruh kawasan bandar dan di sekitarnya. Sebelum ini kami pernah melaporkan isu air yang sudah seminggu melanda kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan. Nampaknya, belum isu tersebut selesai kini isu baru pula datang. Difahamkan, masalah kali ini berlaku akibat kerosakan teknikal loji Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang di Empangan Kobat. Kerja-kerja pembaikkan dijangka selesai lewat malam ini atau pun esok (28 Dis). Namun, tidak dapat dipastikan setakat mana kerja itu siap sekarang. Justeru, orang ramai diminta menyimpan dan berjimat air secukupnya mulai malam ini. Jika tidak masalah yang lebih besar akan melanda jika mereka tidak berhati-hati. Sementara itu, lewat petang tadi kelihatan beberapa buah lori JBA bertungkus lumus menghantar bekalan air ke kawasan kritikal. Bantuan lori juga telah diberikan oleh JBA daerah seluruh negeri Pahang. Mujurlah kejadian yang berlaku ini ketika persekolahan belum lagi dibuka. Jika tidak sudah pasti ianya akan lebih merumitkan lagi. [Adalah diharapkan agar pihak JBA Pahang dapat melaksanakan kerja baik pulih dengan secepat mungkin. Ini kerana ketiadaan air menyebabkan masalah besar berlaku terutamanya kepada mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya. Begitu juga kepada mereka menjalankan urusan perniagaan seperti restoran dan warung. Apapun, diharapkan agar warga Kuantan bersabar dengan segala apa yang terjadi dan tidak terlalu panik hendaknya. Difahamkan, masalah yang melanda bukan sahaja melibatkan kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar malahan iai juga turut melibatkan sekitar kawasan DUN Pulau Manis, Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, diharapkan agar PM Najib dapat memantau situasi ini]. |
Tarikh Perbicaraan, Saman Empat Peneroka Felda Terhadap KPF Dan Juga FGVH Di Ketahui Hari Ini Posted: 26 Dec 2011 02:50 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis - Tarikh perbicaraan bagi saman pemula yang difailkan terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) oleh empat ahli KPF akan diketahui hari ini. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) berkata, pihaknya berharap Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh akan menetapkan tarikh perbicaraan sebelum 5 Januari kerana tujuan saman itu difailkan adalah untuk memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada tarikh tersebut. "Kami sangat-sangat berharap kes ini dapat dibicarakan segera sebelum 5 Januari bagi menghalang mesyuarat itu kerana kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sangat diragui," kata beliau semalam. Selain menghalang mesyuarat agung KPF diadakan, saman pemula yang difailkan Jumaat lalu turut memhon injuksi bagi menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia (BSKL) dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Ia difailkan oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Pahang. Menurut Mazlan juga, ANAK akan membuat bantahan kedua kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rabu ini berhubung status Isa sebagai Pengerusi Felda. Ini kerana katanya, timbul kekeliruan apabila SKM melalui suratnya selepas bantahan pertama Oktober lalu menyatakan bahawa Isa belum sah sebagai Pengerusi Felda. Namun Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri dalam suratnya menyatakan sebaliknya. "Timbul kekeliruan dan kecelaruan dalam perkara ini. Apa status Isa sebenaranya? "Sebab itu jugalah kita nak halang mesyuarat KPF diadakan kerana ia akan dipengerusikan oleh Isa sedangkan statusnya masih ragu-ragu," jelas Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. [Peneroka Felda hari ini, bukan lagi seperti zaman dulu yang begitu muda untuk ditipu. Mereka kini sudah bijak pandai, ditambah lagi dengan anak-anak yang belajar tinggi-tinggi kemudian balik menderna minda mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih yakin dan percaya dengan fakta yang dikemukan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman. Mereka tidak yakin kepada Felda kerana kerajaan terlalu "bodoh" melantik pemimpin yang jelas perasuah sebagai Pengerusi agensi itu. Satu dunia tahu Isa Samad telah dikenakan tindakan displin atas kesalahan rasuah semasa mahu merebut jawatan Timbalann Presiden UMNO satu ketika dulu. Bukankah ramai lagi tokoh korporat yang lebih berkaliber dan bersih boleh diangkat ke jawatan itu. Namun, bila Isa Samad dipilih para peneroka mula melihat zaman kegelapan Felda sudah melanda. Justeru itulah mereka menolak hasrat pihak terbabit untuk membawa Felda Holdings ke Bursa Saham yang dilihat lebih menguntungkan pihak terbabit dari peneroka sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan