Ahad, 25 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ezam akan dedahkan kotak Anwar pula..

Posted: 25 Dec 2011 04:31 AM PST



Nama Ezam Mohd Nor adalah satu nama yang sinonim dengan kotak, ini bukanlah kerana beliau seorang pemilik syarikat membuat kotak tetapi kerana ketika bersama PKR beliau sering menjaja kononnya beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.


Namun hingga kini kandungan kotak-kotak tersebut masih belum didedahkan beliau dan jangan harap ianya akan didedahkan kerana Ezam sendiri telah masuk kedalam kotak itu.

Kini setelah bersama dengan UMNO, Ezam mendakwa beliau memiliki surat yang pernah digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Berapa kotak pula rahsia Anwar yang Ezam ada ni??


Sedia bongkar helah Anwar

SUNGAI TENGI – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.

"Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.

Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

"Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan.

"Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini" katanya.

Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.


Sinar Harian

Tahniah Buat DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah

Posted: 24 Dec 2011 10:33 PM PST



Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah yang telah menerima Menantu Ke 4 secara rasminya semalam 24 Disember 2011.


Dan Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie semoga kekal ke Anak Cucu.

Majilis perkahwinan mereka di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Kad jemputan paling simple yang aku terima...

Tiada ulasan: