Rabu, 14 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


RAMPASAN KUASA PERDANA MENTERI?

Posted: 14 Dec 2011 06:30 AM PST

Senator PKR, Dr Syed Husin Ali menuntut perdana menteri menjelaskan "rampasan kuasa" yang berlaku dalam Felda sehingga menyebabkan pengarah besar lembaga tanah itu, Datuk Zulkifli Wahab "digantung" dari tugas.

Beliau mendakwa, rampasan kuasa itu dijalankan melalui tindakan yang melanggar akta koperasi dalam satu mesyuarat lembaga Felda.

"Sepatutnya Zulkifli mesti pengerusikan mesyuarat, dan waktu itu dia tak ada, diadakan juga mesyuarat tanpa dia.

"Kemudian dia diganti," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Mesyuarat pada 25 Ogos itu, yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Felda Berhad, dijalankan ketika Zulkifli sedang melakukan ibadah umrah.

"Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh ketua eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," dakwa Syed Husin lagi yang membacakan satu kenyataan.

SAHRIZAT AKAN BERUNDUR DEMI MUHYIDDIN?

Posted: 14 Dec 2011 01:00 AM PST

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

NONE"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.

"Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'.

"Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya.

Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya.

NONEPada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

"Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan.

NONE"Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya.
Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya.

SIAPA LAGI YG AKAN KELUAR PARTI PKR?

Posted: 13 Dec 2011 11:00 PM PST

Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang meletakkan semua jawatan dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

NONESurat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan," katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

YG INI LEBIH WAJAR JADI PM UMNO?

Posted: 13 Dec 2011 05:30 PM PST

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata undi penentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan ditentukan golongan yang dipanggil 'pengundi realiti baru'.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 saifuddin abdullahSaifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata BN dan Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh DAP, PAS dan PKR sebenarnya bergantung kepada golongan itu kerana tidak cukup undi untuk menubuhkan kerajaan.

Bercakap pada wacana bertajuk 'PRU 13 Undi Siapa Jadi Penentu' di Shah Alam, semalam, beliau berkata golongan pengundi baru itu lahir daripada realiti dalam masyarakat, dan mereka merupakan kelompok yang menggunakan media baru bukan sekadar untuk berkomunikasi malah berkongsi serta beroperasi dengan menjadikan media online sebagai gaya hidup.

Kelompok pengundi itu juga membentuk kumpulan tidak rasmi yang longgar ikatan sesama mereka, tetapi berpaut antara satu sama lain dan mengeluarkan idea atau pemikiran serta bertindak secara antibirokrasi, katanya yang menjadi anggota panel wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 audienceSaifuddin juga berkata pengundi realiti baru itu memahami politik dan demokrasi bukan hanya berkisar kepada pilihan raya atau menjadi wakil rakyat yang baik untuk BN mahupun Pakatan Rakyat, malah mereka inginkan penglibatan orang muda, pekerja termasuk golongan profesional, media serta mahasiswa dalam proses demokrasi.

Biarpun sendirian di pentas wacana dan berdepan khalayak di auditorium yang majoritinya penyokong pembangkang, Saifuddin berkata BN masih berpeluang cerah untuk memenangi PRU 13.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, mereka yang membuat undi protes terhadap BN pada 2008, sudah kembali menyokong parti itu.

"Saya rasa sebahagian besar daripada mereka boleh menerima bahawa BN komited dan serius melakukan perubahan menerusi transformasi kerajaan dan transfromasi ekonomi serta transfromasi politik yang digerakkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak)," katanya.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 stage 02Turut menganggotai panel wacana itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Profesor Madya Abu Hassan Hasbullah.

Lim pula berkata kunci kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada penguasaan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Katanya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menguasai satu pertiga atau 25 daripada kerusi Parlimen di Sabah dan 31 di Sarawak, agak sukar bagi mereka menawan Putrajaya.

- Bernama

JANGAN MIMPI NAJIB BERANI TANDING SELAIN KURSY PEKAN

Posted: 13 Dec 2011 04:27 PM PST

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 nurul izzah 02"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 audienceWalau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk 'Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?'

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk  Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.

Tiada ulasan: