Rabu, 14 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Video hina hudud : Laporan polis IPD Pengkalan Chepa.

Posted: 14 Dec 2011 03:30 AM PST

Oleh : Jeming Hassan


Laporan Polis telah di buat di IPD Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Pesalah melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 120 Enekmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Pemuda PAS kelantan YB ustaz Abdul Latif Abdul Rahman kenapa takutkan PAS sampai sanggup menghina dan pertikai hukum ALLAH swt. Dan dimana fakta dan hujah yang dikemuka dalam video pendek itu yang mengatakan wanita kelantan adalah yang teramai dalam bidang kerja maksiat sedangkan wanita Kelantan terkenal dengan bidang perniagaan seperti mana wanita di Pasar Siti Khadijah.
- YB ustaz Abdul Latif Abdul Rahman-

Beliau juga mempertikaikan kenapa isu ini tidak dapat mendpat perhatian UMNO seperti mana isu bila lagu negaraku diperlekehkan. Adakah kerana video ini memberi kesan negatif pada Pakatan Rakyat. Sesungguhnya, hukum hudud ini hukum ALLAH swt dan isunya lebih berat lagi daro isu bendera atau isu lagu negaraku.

Tiada ulasan: