Anak Sungai Derhaka |
- Skandal NFC: Muhyiddin, Mustapa, Noh Omar pula diheret
- Akulah "winnable candidate" - Shahidan Kassim
- Mahkamah sahkan Guan Eng bukan Anti Melayu, Utusan didenda RM225,000
- Anwar akan didapati bersalah ramal Guardian UK
- Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa..
- Lim Boo Chang Keluar PKR ..
- Tiga blog Pro-Pakatan Rakyat disaman oleh Musa Hassan.
- Banjir kilat di KL.. Pencacai UMNO tak nak salahkan Najib pula ke?
- Anwar tidak nafi berada di kondominium - Utusan
Skandal NFC: Muhyiddin, Mustapa, Noh Omar pula diheret Posted: 14 Dec 2011 07:42 AM PST SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Noh Omar kini diheret dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Ini berikutan laporan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga- tiga menteri tersebut yang bertanggungjawab semasa memegang portfolio Menteri Pertanian. Muhyiddin memegang portfolio berkenaan pada tahun 2004 sehingga 2008, manakala Mustapa pula hanya setahun iaitu pada 2008 sehingga 2009. Jingga 13 dalam laporannya memohon SPRM supaya menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa ketiga-tiga menteri terbabit berhubung penyaluran wang kedalam satu akaun khas sekitar tahun 2008 hingga 2009 sebelum perjanjian ditandatangani dengan NFC pada tahun 2010. Ini berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid bulan lalu selepas pihaknya memanggil pegawai NFC untuk mendengar penjelasan. Bagaimana wang disalurkan? Azmi dalam laporan akhbar dipetik berkata PAC turut mempersoalkan penyaluran wang tersebut namun gagal mendapat jawapan terperinci. "Alasan diberi macam-macam, mereka kata ia mengikut sistem. Kita dapati penerangan MOA berhubung kontroversi NFC sebagai kelalaian yang kerap berlaku, selain mampu menjejaskan kepercayaan terhadap perkhidmatan awam," katanya dipetik. Sehubungan itu, PAC dijangka akan memanggil semula pengurusan NFC Januari depan untuk mendengar keterangan lanjut. Laporan itu dikemukakan Ketua Koordinator Janji Jingga Afzainizam Abdul Rahman di pejabat SPRM di sini. "Kami mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak tahun 2008 hingga 2009 serta siapa yang terlibat dalam melulus dan membenarkan wang tersebut disalurkan sebelum perjanjian dimeterai," katanya dalam laporan itu. "Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan SPRM wajar diambil terhadap menteri berkenaan sekiranya mereka terlibat. "Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal," katanya dalam laporan itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini turut dibidas kerana membabitkan keluarganya dalam projek RM250 juta ini. Beliau mendapat kritikan hebat dan digesa supaya berundur oleh pembangkang dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Free Malaysia Today |
Akulah "winnable candidate" - Shahidan Kassim Posted: 14 Dec 2011 06:42 AM PST Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga ADUN Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya. "Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis. Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur. Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Masalah rakyat Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka. "Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu. "Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," katanya. Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri. "Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan," katanya. Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti. Mewakili nisbah Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara. "PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?" kata Shahidan. Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan. "Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri," katanya. Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat. "Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah," katanya. - Bernama |
Mahkamah sahkan Guan Eng bukan Anti Melayu, Utusan didenda RM225,000 Posted: 14 Dec 2011 02:35 AM PST Oleh: Insyirah Zain GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang petang tadi mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman. Guan Eng dalam reaksi spontan di luar kamar perbicaraan menganggap keputusan hakim itu sebagai "kemenangan atas kebenaran". Beliau berharap Utusan tidak lagi mengfitnah mana-mana pihak sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Editor Utusan, Zulkiflee Bakar dalam tulisan rencana "Kebiadaban Guan Eng" pada 20 Disember tahun lepas. "Apa yang nak saya sebut (saya, kerajaan negeri dan DAP bukan anti Melayu), hakim telahpun sebut (putuskan). "Saya rasa untuk Utusan kembali menjadi media masa yang bertanggungjawab, mereka haruslah bertaubat. Tetapi, saya yakin mereka tidak mahu bertaubat dan sanggup bayar saman (malu) ini. "(Kemenangan) ini adalah langkah pertama, kita (Pakatan Rakyat Pulau Pinang) mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat," ujarnya di luar kamar perbicaraan, di sini. Bercakap pada sidang media yang sama, peguam Jagdeep Singh menjelaskan kemukinan Utusan membuat rayuan di mahkamah untuk mengetepikan kemenangan anak guamannya, Guan Eng. "Mereka berhak rayu tetapi mereka kena bayar kerana ini 'Kehakiman Kewangan'," ujarnya. Perkembangan terbaru ini sekaligus memberi tamparan kepada pembangkang di negeri ini, khususnya Umno yang selama ini menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Guan Eng menindas orang-orang Melayu. |
Anwar akan didapati bersalah ramal Guardian UK Posted: 14 Dec 2011 01:41 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi. Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib. Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya. Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu". "Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ... "Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?" Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan". "Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya - Malaysiakini ******************************************* Najib risks Malaysia's reputation in his treatment of Anwar Ibrahim The portents do not look good for Malaysia's opposition leader, Anwar Ibrahim, whose trial on highly dubious sodomy charges draws to a close this week. If Anwar is found guilty – and the trial judge seems to have made up his mind already – he will not be the only or even the most important victim of an egregious, politically suspect injustice. Malaysia's democratic reputation will have been critically wounded, and for that outrage, Malaysians will have their prime minister, Najib Razak, to thank. The plodding Najib's overriding objective is winning the general election expected next year, possibly within a few months. The son of Malaysia's second prime minister, the nephew of its third, president of the dominant United Malays National Organisation (Umno), and a former defence minister, Najib was born to power and is accustomed to wielding it. As the charismatic leader of the opposition coalition, Anwar represents the biggest challenge to his continuing ascendancy. It hardly seems coincidental that the sodomy charges were levelled at Anwar shortly after the opposition inflicted unprecedented defeats on Umno and its allies in the 2008 elections. Anwar's main campaign plank – combating the official, institutionalised discrimination that favours ethnic Malays over the country's large ethnic Chinese and Indian minorities – threatened the post-colonial order that has kept Umno and its National Front coalition on top since 1957. In a court appearance earlier this year, Anwar, 64, a married father of six, denied accusations he had had sexual relations with a former male aide. Homosexuality is punishable by law in Malaysia by caning and up to 20 years in jail. The allegations were "a vile and desperate attempt at character assassination" and a "blatant and vicious lie" spread by his political enemies, he said. "This entire process is nothing but a conspiracy by Najib Razak to send me into political oblivion by attempting once again to put me behind bars." Continue yours reading HERE |
Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa.. Posted: 13 Dec 2011 11:17 PM PST Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau. Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife". "Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan. Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun." (Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old). Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini. Gambar lebih jelas sila lihat di ( SINI ) Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura. Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'. Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia. "$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP. Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa. |
Posted: 13 Dec 2011 10:11 PM PST GEORGETOWN: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang pada Rabu, memaklumkan bahawa beliau telah keluar parti dan meletakkan jawatan yang disandangnya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Menurut beliau, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan juga kepada majlis perbandaran tersebut. Lim turut menyatakan hasrat untuk kembali semula menyertai parti Gerakan. Lim yang merupakan Pengerusi PKR Bukit Gelugor telah lama bergiat dalam arena politik di Pulau Pinang, iaitu sejak 25 tahun dahulu. Beliau menyertai PKR pada Jun 2008 dan sebelum itu pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Gerakan selain pernah menjadi Naib Presiden parti berkenaan pada sekitar tahun 1990. Tidak lama selepas Pilihan Raya tahun 1999, Lim mengumumkan keluar daripada Gerakan, iaitu selepas beliau berjaya mempertahankan kerusi Datuk Keramat di Pulau Pinang. Tiga minggu selepas itu, Lim yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tempoh dua penggal menyertai MCA dan kekal bersama parti tersebut untuk tempoh selama lapan tahun. Bagaimanapun, beliau dan ADUN Jawi, Tan Cheng Liang digantung keahlian oleh MCA selepas kedua-dua mereka membuat pendirian berkecuali dalam satu usul terhadap DAP pada sidang DUN. Beliau meninggalkan MCA pada awal Jun 2008 untuk menyertai PKR. mStar Online |
Tiga blog Pro-Pakatan Rakyat disaman oleh Musa Hassan. Posted: 13 Dec 2011 07:59 PM PST KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka. Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut. "Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya. "Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26. Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog. Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu. Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya. Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com. UtaraNews |
Banjir kilat di KL.. Pencacai UMNO tak nak salahkan Najib pula ke? Posted: 13 Dec 2011 07:26 PM PST Dulu.. bila berlaku banjir kilat di Kajang, pencacai-pencacai UMNO berlumba-lumba menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kononnnya ianya berlaku kerana kegiatan mengorek pasir yang tak terkawal. Ada yang menulis "Kejadian ini adalah musibah yang boleh memberi peringatan kepada rakyat Selangor jika pemerintah hanya tahu pandai menabur janji dan gagal melunaskan tanggungjawab. Gagal menjamin keselesaan rakyat dan keselamatan yang menjamin kehidupan. Ikon Fitnah 1Malaysia pula menulis "KOREK PASIR dan itulah yang menjadi punca utama penyebab banjir yang melanda Kajang. Aktiviti korek pasir yang dilakukan oleh syarikat kumpulan semester Sdn Bhd yang mana CEO nya adalah abang Khalid Ibrahim MB Selangor. Kosmo juga turut menyiarkan laporan kononnya aktiviti korek pasir secara haram adalah punca banjir kilat itu.. Sinar Harian yang menyiarkan sebab sebenar banjir itu, baca di SINI. Di ketawakan pencacai UMNO.. Semalam… banjir kilat telah melanda KL pula hingga menyebabkan KL lumpuh.. Pencacai UMNO tak nak salahkan Najib ke? ****************************************** Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat. Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran. Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu juga menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk. Sebelum ini, kawasan sekitar Jalan Tun Razak itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971. Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 23 orang kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga 9 tahun serta tiga orang guru sebuah taska di Jalan Semarak diselamatkan dalam operasibanjir kilat. Seorang Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek dan Jinjang bergegas ke tempat kejadian dan sebuah bot digunakan apabila air dari Sungai Bonus melimpahi tebing sehingga mencecah 1.5 meter. "Selepas selesai memindahkan kesemua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu," katanya. Paras dada Seorang guru, Rodiah Yahya, 28 ketika ditemui berkata, air naik begitu cepat hingga memaksanya memindahkan kanak-kanak ke tingkat dua taska tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. "Air naik sampai paras dada..nasib baik sudah letak kanak-kanak ke tingkat dua..kami juga sempat selamatkan barang-barang dari dihanyutkan... selepas setengah jam, ada anggota bomba datang membantu kami," katanya kepada Bernama. Dalam pada itu, Penolong Pengurus Business Operation TM Training Centre Abdullah Othman, 51, berkata, sebanyak lima buah kereta dan tiga buah motosikal tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tersebut. "Sepanjang 29 tahun saya di sini, inilah yang terburuk..sudah dua kali berlaku banjir di mana yang pertamanya pada Februari tahun ini...pada ketika itu 67 kereta tidak dapat diselamatkan. Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Semarak mendapati lampu jalan tidak berfungsi manakala trafik perlahan serta beberapa buah kereta tersadai kerana rosak akibat banjir. Dalam pada itu, sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia digenangi air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan yang teruk. Terowong ditutup Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor pula berkata selain Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, jalan lain yang terlibat termasuk Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu, Bulatan Dato Onn berdekatan Bank Rakyat dan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas. Bagaimanpun katanya semua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam. Bernama juga melaporkan laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas lebih tiga jam mulai jam 4.35 petang berikutan hujan lebat di ibu negara. Penutupan itu dilakukan oleh Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) Terowong SMART bagi membolehkan penyalurkan air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di pusat bandar raya. Bagaimanapun, terowong itu dibuka semula pada pukul 8 malam tadi. Hujan lebat bermula dari jam 3.15 petang dan berhenti sepenuhnya pada jam 7.20 malam sehingga menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan tinggi terutamanya di kawasan tadahan Sungai Bunus dan di hulu kawasan tadahan Sungai Klang. MCC dalam kenyataan berkata stesen yang memberi bacaan tinggi ialah Stesen Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang (141mm), Stesen Sungai Klang di Jalan AU 3/1 (90mm), Stesen Sungai Kerayong di Jalan Kuari (90.5mm) dan Stesen Sungai Klang di Jalan AU 5C/6 (65mm). "Hujan lebat di kawasan tadahan SMART telah mengakibatkan paras air di Sungai Klang dan Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART," menurut kenyataan itu. Mencecah 28.63 meter Kenyataan itu menyebut bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter. "Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada masa lalu sebelum wujudnya Terowong SMART," katanya. MCC berkata banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya pula disebabkan kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan. Malaysiakini |
Anwar tidak nafi berada di kondominium - Utusan Posted: 13 Dec 2011 05:07 PM PST Cuba korang baca bagaimana Lidah Rasmi UMNO melaporkan tentang kes tuduhan liwat ini.. ianya cuba membuktikan sememangnya Anwar bersalah hanya kerana beliau tidak menafikan telah berada di kondominium itu.. Senjata makan tuan. Itulah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila keterangan membela diri dari kandang tertuduh yang dibuat sebelum ini tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku. Tidak cukup dengan itu, keterangan tanpa sumpah itu yang lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar kesnya tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Tertuduh juga pada bila-bila masa tidak pernah membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan bagaimana air maninya boleh ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari. Perkara tersebut merupakan antara keterangan yang langsung tidak dinafikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinyatakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi di sini pada penggulungan hujah di akhir kes pembelaan. Keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian. "Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku," hujahnya. Mengenai isu konspirasi pula, Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi. Secara keseluruhannya, hanya sedikit keterangan Anwar dari kandang tertuduh yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi olehnya. Sementara itu, menurut Mohd. Yusof, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit. "Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004," kata Mohd. Yusof. Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong. Tindakan pakar luar negara itu memberikan komen-komen liar dan menyatakan bahawa langkah-langkah yang dibuat oleh Lay Hong dalam menjalankan analisis DNA adalah kerja-kerja yang hanya dilakukan oleh robot di negaranya adalah satu perkara yang sangat dipertikaikan dan menyeleweng. "Bukan sahaja dalam kes kita, malah kes-kes lain juga kredibiliti, kepakaran, kelayakan dan objektiviti Dr. McDonald telah dipertikaikan. Antaranya dalam kes Robert Charles Bropho apabila hakim Goetze DCJ telah menolak keterangannya," kata Mohd. Yusof. Timbalan Pendakwa Raya itu untuk beberapa minit yang berikutnya menyenaraikan beberapa lagi kes luar negara yang mana hakim-hakim yang mengendalikan kes tersebut mempertikaikan 'kepakaran' McDonald. "Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. "Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan," kata Mohd. Yusof. Sebelum mengakhiri hujahnya, Peguam Cara Negara II itu memetik kata-kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang antaranya menyebut bahawa keterangan tertuduh yang dibuat melalui kandang tertuduh, yang tidak boleh disoal balas oleh sesiapa tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan seseorang yang memberi keterangan dari kandang saksi. Sejurus selepas Mohd. Yusof selesai berhujah, peguam bela utama tertuduh, Karpal Singh memohon agar pihaknya diberi masa untuk membuat hujah balas. Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk barisan pembelaan berbuat demikian. Lidah Rasmi UMNO |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan