Sabtu, 10 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO WAJAR HENTIKAN KEGILAAN CHU SOI LEK JIKA BENAR PERJUANGANNYA UNTUK MELAYU

Posted: 10 Dec 2011 09:17 AM PST

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek supaya membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengenai isu hudud.

ABIM juga kesal dengan tindakan Chua mencabar seorang lagi pemimpin (Lim) bukan Islam di negara ini, untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut yang menurut angkatan tersebut "akan hanya mencetuskan kesinambungan polemik politik dan agama yang berpanjangan".

NONE"Justeru, kami mendesak beliau menarik balik gesaan tersebut (untuk
mengadakan debat terbuka berkaitan isu hudud)," kata setiausaha agung ABIM, Raimi Ab Rahim (berbaju putih) dalam satu kenyataan semalam.

Ia adalah antara tuntutan dalam memorandum ABIM yang diserahkan kepada wakil Chua di ibupejabat MCA semalam.

Raimi berkata ABIM sedia bertemu dan mengadakan dialog akademik untuk menjelaskan sebarang kekeliruan serta persoalan berhubung dengan hudud, terutama perkara yang menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam.

Memorandum itu juga mengulangi gesaan ABIM  supaya Chua memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini, di atas kenyataannya ketika forum hudud anjuran MCA baru-baru ini.
"Adalah jelas kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaannya," tegas Raimi.
"Kenyataan serta tindakannya itu tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk meraih populariti politik terutama dari masyarakat bukan Islam.
"Tindakan-tindakan beliau ini secara langsung telah merendahkan martabat perundangan hudud kepada isu politik dan sokongan pilihan raya semata-mata, sekaligus menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini," tambahnya.

Memorandum itu juga menyenaraikan beberapa penyelidikan dan kenyataan yang dibuat oleh ulama-ulama mengenai undang-undang hudud.

"Kami berharap bahan akademik boleh Chua manfaat dengan meningkatkan kefahaman undang-undang hudud dan Islam sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti itu pada masa akan datang.

BUKU NEGARA BERKEBAJIKAN PAS DILANCARKAN

Posted: 10 Dec 2011 01:00 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melancarkan buku "Negara Berkebajikan: Tawaran PAS" yang memuatkan penjelasan dan perincian mengenai kandungan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.

Majlis pelancaran buku tersebut dijadual berlangsung di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam jam 3 petang esok.

Antara pemimpin kanan yang dijangka hadir ialah naib presiden PAS Salahudin Ayub, ketua penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Buku setebal 59 muka surat itu yang ditulis sendiri oleh Abdul Hadi itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Sementara dalam bahagian agenda pula, Abdul Hadi memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Sidang media akan diadakan selepas majlis tersebut.

NLOGGER UMNO TURUT MENYELAM BERSAMA LIM GUAN ENG?

Posted: 09 Dec 2011 09:58 PM PST

Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Dalam tulisan di blognya hari ini bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo
berkata ketua menteri itu membuat kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, yang dinaikinya atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau memetik laporan Malaysiakini semalam, memetik Lim sebagai berkata beliau tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam itu.

"Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan?" soalnya sambil menambah bahawa setiausaha agung DAP itu mengakui keupayaan KD Tun Razak namun "cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene pula diakhir ayatnya".

Papagomo turut menyiarkan di blognya gambar-gambar semasa berada dalam kapal selam tersebut.

ASALKAN BUKAN UMNO

Posted: 09 Dec 2011 07:15 PM PST

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan

MAHADHIR MASIH IRI DENGAN NIK AZIZ?

Posted: 09 Dec 2011 04:30 PM PST

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara 'songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.
Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.
Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.
"Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.
"Kini Umno melaung Melayu bersat', tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam?
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi.
"Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia.
"Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu.
"Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik 'songsang' orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap.
"Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia.  Mana boleh orang Melayu nak turut dia," ujarnya.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.
Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah.
"Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli  Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu.
"Bagi kita, apa saja Tok Guru kata, bahkan selagi Tok Guru ada, kita mahukan Tok Guru memimpin kita.
"Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tok Guru ada, kita nak Tok Guru yang memimpin PAS," tegasnya.
Selepas menya,paikan kuliah mingguan pagi tadi, Tuan Guru turut melancarkan risalah Suara PAS Kelantan, Purnama yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Negeri.

Tiada ulasan: