BRIGED MP SEGAMBUT |
- NAJIB KELUAR SIJIL MATI 1MALAYSIA?
- NAJIB BAWA GERHANA PADA NEGARA?
- Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang
- PEKIDA AKAN MENJADI TULANG BELAKANG MEMPERTAHANKAN KERAJAAN UMNO?
- SALAHKAN DAP UNTUK TERUS BERKUASA DAN ?
NAJIB KELUAR SIJIL MATI 1MALAYSIA? Posted: 06 Dec 2011 06:30 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam. Kata Lim, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaan yang kononnya orang bukan Melayu dengan hendak "mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu". Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan "sijil kematian" untuk 1Malaysia. "Dengan meniupkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu dan mahu mempertahankan BN memberi Umno hak untuk terlibat dengan skandal 'lembu dan kondominium' bernilai RM250 juta yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri kabinet?" soal Lim dalam satu kenyataan. "Dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan Melayu menghalalkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM13 bilion ataupun perbelanjaan berlebihan kerajaan persekutuan sebanyak RM3.7 bilion seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010?" Najib pada ucapannya semalam, berkata orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan. Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama. Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka. Menurut beliau DAP menolak "politik diskriminasi" Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua. |
NAJIB BAWA GERHANA PADA NEGARA? Posted: 06 Dec 2011 06:27 AM PST Negara terus dilanda 'gerhana' dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13. "Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily. Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia. Tambahnya, Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda. Bagi DPP Malaysia, ujarnya mungkin PM telah terlupa bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan pernah mentadbir Perak. Katanya lagi, tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami 'gerhana' seperti yang didakwa beliau. Malah, jelasnya prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional. Menurutnya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor berjaya buktikan kemampuan mereka dengan mendapat keuntungan RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun, manakala Pulau Pinang berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan. Kedah pula, ujarnya berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya dan kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak manakala Kelantan pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah meskipun telah memerintah selama 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih. Sebaliknya, kata beliau era kepimpinan Najib merupakan zaman paling hitam dalam sejarah negara. "Indeks Presepsi Rasuah mencatat kemerosotan untuk tiga tahun berturut-turut, berlakunya ketirisan serta penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, serta pelbagai skandal pemimpin besar negara seperti Projek Feedlot dan kondominium mewah, pemborosan projek besar negara dan lain-lain lagi," katanya. Beliau menambah, DPP Malaysia turut kesal kerana PM mempersoalkan adakah maruah Islam dan orang Melayu terbela jika Pakatan Rakyat memerintah. Justeru, ujar Riduan PM sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri dan melihat kepada kepemimpinannya, adakah beliau sendiri membela orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Sedangkan, ujarnya nasib Kampung Baru yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu turut tergadai di bawah kepimpinannya, hukum Islam tidak dilaksanakan malah menjadi bahan cemuhan seperti yang berlaku dalam forum terbaru anjuran MCA,mengapa pula Najib tidak perlu menaruh prasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat. |
Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang Posted: 06 Dec 2011 04:22 AM PST Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang. Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat." KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya. "Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya. Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya. Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab." Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum. "DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. "Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi. |
PEKIDA AKAN MENJADI TULANG BELAKANG MEMPERTAHANKAN KERAJAAN UMNO? Posted: 05 Dec 2011 07:29 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam. "Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir. Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. "PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran. Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam. "Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya. Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu. |
SALAHKAN DAP UNTUK TERUS BERKUASA DAN ? Posted: 05 Dec 2011 04:00 PM PST Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka. Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. "Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka. "Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya. "Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya. "Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan