Selasa, 6 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Debat NFC : Surat jawapan Khairi kepada Rafizi..

Posted: 06 Dec 2011 08:54 AM PST

Setelah hampir 20 hari berlalu jemputan debat isu NFC dikirimkan kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin melalui faks, email dan pos laju kepada beliau di alamat ibu pejabat UMNO.

Akhirnya jawapan diterima.. korang bacalah sendiri apa katanya..

Photobucket

Kalau kurang jelas sila lihat di ( SINI )

Mendakap Demokrasi Ala Najib..

Posted: 06 Dec 2011 07:30 AM PST



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan sebuah pertubuhan rasis sebaliknya sebuah parti yang mendakap demokrasi... Inilah antara contoh apa yang dikatakan sebagai mendakap demokrasi ala Najib


Usah cuit perasaan Melayu

Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara asas yang sudah termaktub dalam Perlembagaan ketika membina negara tidak perlu dirungkai, dipertikai atau dirundingkan semula. Perdana Menteri percaya dalam kerangka Perlembagaan sama ada yang tersurat dan tersirat, kerajaan boleh membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum.

Sambil membidas pakatan pembangkang kerana belum lagi berkuasa sudah mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera, Najib ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam, berkata: "Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di bumi ini. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak merdeka sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka.

"Kita mengamalkan wasatiyyah sebagai pendekatan kita sejak dulu. Kita menolak kefahaman keterlaluan, kefahaman ekstrem tidak menjadi dasar pegangan. Orang Melayu menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina negara yang aman, bersatu dan lebih makmur.

"Jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita. Apa yang kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan, PEKIDA akan pertahankan," katanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 ahli PEKIDA, Najib menjelaskan tentu sekali bagi orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara yang pernah menjadi mangsa ketika zaman penjajah, memerlukan sedikit masa untuk membetulkan segala kepincangan.

Beliau bertanya apakah padang sama rata kalau anak yang lahir dan membesar di kawasan pedalaman seperti ulu Tembeling, Ulu Kinta, Pangkor, Yan, Kodiang dan Baling sama gelanggangnya seperti mereka yang membesar di Pantai Hill, Damansara dan Lembah Klang.

"Tentu sekali ini bukan gelanggang sama rata. Jadi, sudah tentu keberhasilan berbeza dan pencapaian tidak sama. Bagi persekitaran yang serba lengkap, sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan jauh lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di pedalaman," katanya.

Perdana Menteri seterusnya mengajak ahli PEKIDA bertanya pada diri mereka apa akan terjadi kepada orang Melayu dan umat Islam jika pemerintahan dalam negara tersungkur dan rebah atau sudah kehilangan taring dan kekuatan.

Katanya, apa akan terjadi kepada raja-raja Melayu dan anak cucu mereka kalau kerajaan tidak ada lagi untuk memuliakan dan tidak dapat menyokong dasar yang boleh mendokong nasib mereka.

"Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur.

"Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

"Pemerintahan bererti kita ada kuasa. Kalau hendak melakukan sesuatu tentu sekali sesuatu itu mungkin menjadi kenyataan kalau kita ada kuasa," katanya sambil menambah dalam pemerintahan negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi, kuasa itu mungkin terbit dari laras senapang dan berdiri di atas rejim kuku besi.

Katanya, negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi secara terbuka, kuasa politik tetap datang dari rakyat dan selagi kerajaan berjuang untuk rakyat dan kerana rakyat, insya-Allah rakyat akan tetap mempertahankan kedudukan sekarang.

Bagaimanapun, katanya, dalam sistem demokrasi yang membenarkan pelbagai pihak berjalan 'ke hulu ke hilir' membawa pelbagai cerita yang kadang-kala nista dan fitnah, ia boleh menyebabkan rakyat terkeliru atau sangsi sehingga dapat memesong sokongan rakyat dan akhirnya berlaku apa yang tidak diingini.

Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.


Berita Harian

KITA umum alih sokongan kepada Pakatan Rakyat..

Posted: 06 Dec 2011 04:10 AM PST



Gara-gara kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin UMNO baru-baru ini di Perhimpunan Agung UMNO yang menyaksikan Parti Komunis menjadi jemputan, terutama sekali Muhyiddin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.


Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada Pakatan Rakyat.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Kan pepatah ada mengatakan "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya."

Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat."

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.

"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi.Malaysiakini

Scandal Fidlot : Akhirnya Nong Chik bersuara....

Posted: 06 Dec 2011 01:16 AM PST



Akhirnya... pemimpin UMNO yang disebut-sebut mahu bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai menggantikan Shahrizat yang tewas kepada Nurul Izzah Anwar bersuara..


Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat 'jalan', kata Raja Nong Chik

PUTRAJAYA, 6 Dis ― Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya.

Ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Tender Alert System (G-TAS) di sini, Ketua Umno Lembah Pantai ini berkata, walaupun banyak isu dibangkitkan pembangkang termasuk NFC, keputusan sama ada Shahrizat akan kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno seharusnya diputuskan di peringkat pusat.

Shahrizat tewas dalam mempertahankan kerusi Lembah Pantai tiga tahun lalu. Raja Nong Chik , Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau," kata beliau.

"Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu," katanya lagi.

Semalam, seorang lagi pemimpin Umno, kali ini dari bahagian Cheras yang terletak di Wilayah Persekutuan mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi NFC.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata, Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

Menjelaskan pendiriannya, Raja Nong CHik berkata, terdapat perbezaan ketara antara kerajaan dan pembangkang iaitu pembangkang kerap mengeluarkan isu manakala kerajaan fokus dengan tugas mentadbir negara.

"Pihak sebelah sana (pembangkang) suka keluarkan isu, kita (kerajaan) pula banyak buat kerja, jadi lebih baik kita fokus kepada kerja daripada fikirkan isu mereka," jelasnya.

Ekoran daripada isu NFC yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, Shahrizat menerima banyak desakan supaya melepaskan jawatan yang dipegangnya termasuk ahli parlimen Barisan Nasional sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti.

Kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika Perhimpunan Agung Umno lalu, tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.


The Malaysian Insider

Amin Iskandar kepada Papagomo, minta maaf atau disaman.

Posted: 06 Dec 2011 01:05 AM PST

Photobucket

Seorang kolumnis hari ini menuntut penulis blog pro-Umno papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris meminta maaf atas satu tulisan di laman berkenaan yang didakwa memfitnah dirinya.


Kolumnis berkenaan, Amin Iskandar berkata, kandungan tulisan bertajuk 'Amin Iskandar penulis the malaysian insider akui dicabul Anwar Ibrahim' itu tidak benar dan merupakan satu fitnah yang menjatuhkan nama baiknya.

"Saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan blog tersebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya," laporan polis itu dipetik.

Laporan berkenaan merujuk kepada salah satu daripada gambar yang didakwa Wan Muhammad Azri dalam tulisan berkenaan sebagai "aksi cabul yang telah berjaya dirakam."

Foto yang disiarkan bersama tulisan bertarikh 26 November itu menunjukkan dua orang lelaki yang membelakangi kamera dan tidak memperlihatkan wajah kedua-duanya.

Nama samaran

Ketika ditanya, Amin berkata beliau telah memastikan bahawa Wan Muhammad Azri, 28, merupakan penulis yang berselindung di sebalik nama samaran Papagomo di laman tersebut.
Katanya lagi, beliau memastikan demikian melalui semakan dengan "sumber yang dipercayai."

Amin juga berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mengambil tindakan terhadap penulis seperti Wan Muhammad Azri "tanpa memilih bulu."

"Penulis seperti ini sering kali melemparkan fitnah secara sesuka hati tanpa berani memperkenalkan identiti sebenar mereka dan berselindung di sebalik nama samaran.

"Diharapkan agar laporan polis yang akan disusuli dengan tindakan undang-undang selepas ini dapat membantu usaha membersihkan dunia penulisan blog dari unsur fitnah, lucah dan berniat jahat untuk memburuk-burukkan sesetengah pihak," kata Amin lagi.

Sementara itu, peguam, Puspawati Rosman yang menemani Amin untuk membuat laporan di Balai Polis Travers berkata, tindakan hari ini merupakan langkah pertama ke atas Wan Muhammad Azri.

"Tuntutan utama adalah supaya penulis blog itu meminta maaf secara terbuka dan mengaku bahawa beliau telah berbohong dalam penulisan beliau.

"Sekiranya tuntutan mahkamah perlu dibuat supaya beliau mengaku, kita akan buat tuntutan mahkamah... Kita akan hantar surat tuntutan," katanya lagi kepada pemberita selepas laporan polis itu dibuat.

Blog papagomo.com sebelum ini telah menyiarkan tulisan yang dipertikai banyak pihak, termasuk ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelas sehingga terpaksa berpindah sekolah.


The Malaysian Insider

Rosmah mula campur tangan dalam skandal NFC?

Posted: 05 Dec 2011 09:04 PM PST



KUALA LUMPUR: Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai 'fitnah pembangkang' terhadap'pemimpin BN' membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, 'amaran' Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

"Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat," katanya kepada Keadilandaily.com

Rosmah walaupun hanyalah isteri Perdana Menteri, namun diberi ruang menyampaikan ucapan penting dihadapan Skuad Sayang Wanita Umno pada 28 November lalu seperti dilaporkan Bernama.

Mengikut laporan itu, Rosmah menggesa wanita Umno mematahkan apa yang didakwanya sebagai 'fitnah pembangkang' terhadap 'pemimpin BN'.

Selepas 'amaran' itu, Shahrizat buat pertama kalinya menjawab skandal projek Lembu kononnya tiada kaitan dengannya semasa berucap pada perhimpunan Agung Umno.

Sebelum ini, Shahrizat berusaha mengelak menjawab skandal itu termasuklah ponteng dari menghadiri sidang Parlimen selepas ianya didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu.

Projek Lembu yang diusahakan syarikat NFC mendapat 'pinjaman mudah' dari kerajaan RM250 juta antara 2008 hingga 2009 dan dilulus oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malah, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli turut menemui bukti pinjaman hasil wang rakyat itu diseleweng demi kepentingan peribadi Sharizat dan keluarganya termasuk membeli dua Kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Pembelian itu turut disahkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dalam sidang media baru-baru ini.

Terbaru, NFC didedah membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Rafizi menegaskan, pinjaman RM250 juta itu akhirnya akan dilupus kerajaan sebagaimana berlaku pada skandal Perwaja Steel kerana projek itu terus mencatatkan kerugian.

"Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7juta pada 2008 dan RM11 juta pada 2009," kata Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mendedahkan RM250 juta yang diberi kepada NFC disalur sepenuhnya antara 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian antara kerajaan dengan syarikat itu hanya dibuat pada 2010.

http://www.keadilandaily.com/?p=24072

Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta dari Alstom

Posted: 05 Dec 2011 07:08 PM PST

Pemimpin UMNO katakan.. tak perlu disiasat dan didakwa kerana telah menafikan secara terbuka biarpun adanya siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland..

Mungkin undang-undang yang damalkan oleh Switzerland itu tidak sama dengan apa yang Malaysia amalkan.. Di Switzerland mereka hanya ada satu undang-undang untuk semua, tapi di Malaysia pula kita ada dua set undang-undang..


Satu untuk rakyat jelata manakala satu lagi pula untuk pemimpin-pemimpin UMNO, sebab itulah Najib telah berkata "Masa depan Melayu 'Gerhana' jika PR berjaya ke Putrajaya.. baca di (SINI)

Masa depan Pemimpin Melayu UMNO sebenarnya yang akan dilanda gerhana kerana negara kita akan kembali menggunakan satu undang-undang sahaja...

*****************************************

Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menafikan pernah menerima habuan daripada syarikat gergasi kejuruteraan Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di Perlis lebih dua dekad lalu.

Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh beliau.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak berkenaan.

"Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan yang terdapat dalam laporan itu tidak berasas sama sekali dan berniat jahat," kata Abdul Hamid dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Kata beliau, lembaga pengarah syarikat termasuk Ti Chee Liang yang dinamakan dalam kertas mahkamah Switzerland tidak menerima 7.5 juta franc Swiss (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom Malaysia mendapatkan kontrak membina loji jana kuasa di Perlis akhir 1990-an.

"Saya mengesahkan tidak ada sebarang wang diterima oleh ahli lembaga pengarah termasuk saya," kata veteran Umno ini.

Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan untuk menganugerahkan kontrak adalah sebulat suara dan kontrak telah diberikan pada 30 November 1999 kepada ABB ketika beliau merupakan lembaga pengerusi. ABB kemudian dibeli oleh Alstom.

Beliau merupakan menteri besar Perlis antara 1986 dan 1995 sebelum dilantik sebagai pengerusi TTPC dari 1996 hingga 2005.

Abdul Hamid memberitahu bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan ke atas Alstom Malaysia oleh pihak berkuasa Switzerland.

"Sehingga hari ini, saya tidak dimaklum atau dipanggil oleh mereka untuk memberi apa-apa keterangan atau menyediakan sebarang butiran, saya terkejut pihak berkuasa Switzerland menuduh saya dan Ti mengenai salah laku, kewangan atau sebagainya.

"Oleh itu, saya teleh mengarahkan peguam di Switzerland untuk memulakan prosiding membersihkan nama saya," kata beliau sambil menambah, "saya mengalu-alukan sebarang siasatan berkenaan dakwaan tidak berasas ini.

The Malaysian Insider

Kami bukan anti Melayu, Raja - Kit Siang

Posted: 05 Dec 2011 06:55 PM PST



SHAH ALAM - DAP menjelaskan bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.


Penasihatnya, Lim Kit Siang ketika berucap pada Rapat Rakyat 2011semalam turut mempersoalkan 'tuduhan' Umno dalam Perhimpunan Agung Umno minggu lalu terhadap DAP.

"Mereka (Umno) buat tuduhan bahawa DAP anti-Islam. Adakah ini benar? Awal-awal lagi DAP ada mengumumkan bahawa kita sokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

"Mereka juga memfitnah bahawa DAP anti-Melayu. Adakah ini benar? Jika Pakatan Rakyat menang lebih kerusi pada pilihan raya nanti, akan ada orang yang rugi dan hilang kuasa. Adakah orang Melayu yang akan hilang kuasa? Siapa yang akan hilang kuasa, Umno yang akan hilang kuasa dan bukan orang Melayu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

"Saya ada petikan ucapan Muhyiddin apabila dia membuat serangan terhadap DAPdi mana beliau sendiri membuat soalan retorik dan mengatakan DAP mahu menubuhkan sebuah negara republik."

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak lagi sesuai," katanya.

Beliau mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti bila DAP mengeluar kenyataan begitu dan jika gagal, Muhyiddin perlu mohon maaf secara terbuka.


Sinar Harian

Difitnah Papagomo, Amin Iskandar akan buat laporan Polis

Posted: 05 Dec 2011 09:03 AM PST

Photobucket

Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.


Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul "AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM" pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.htmlTulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog: www.aminiskandar.net
Telefon: 019-2302327

Tiada ulasan: