Jumaat, 2 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO mendakap demokrasi? Najib BOHONG lagi.. (Video Inside)

Posted: 02 Dec 2011 02:54 AM PST

Lihat dan dengar apa yang Tun Mahathir sendiri kata...



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan sebuah pertubuhan rasis sebaliknya sebuah parti yang mendakap demokrasi.


Malah UMNO tegas beliau, sebenarnya pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya berjaya mencipta kestabilan sosial dan kemakmuran nasional.

Parti itu juga menurut Najib, bukan parti yang gentar terhadap demokrasi sebagaimana dituduh oleh seteru-seteru politik mereka.

''Iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihan raya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan.

''Prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti,'' tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dan ini pula kata Tun Mahathir mengenai UMNO.. lihatlah..



Ulasan lebih lanjut sila baca di Milo Suam

Akta Himpunan Aman 2011 sesuai untuk negara tidak bertamadun?

Posted: 02 Dec 2011 01:32 AM PST



Persatuan Undang-Undang Asia dan Pasifik (Law Asia) menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai bercanggah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.


"Akta itu melanggar norma hak asasi manusia secara langsung dan tidak langsung, yang dinyatakan melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat – Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan," kata Presidennya, Malathi Das.

Menurut Malathi, Law Asia membantah undang-undang tersebut kerana ia mengekang himpunan aman yang menjadi amalan biasa di negara-negara bertamadun yang lain.

"Law Asia mendapati akta ini memberi sekatan teruk dan ini tidak dapat diterima negara-negara bertamadun ekoran sekatan terhadap demonstrasi jalanan, mengambil kira had umur peserta yang menghadiri perhimpunan. Malah prosedur membebankan termasuk perlu mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan," katanya.

Tambahnya kerajaan Malaysia turut meluluskan akta perhimpunan amam ini diluluskan dengan tergesa-gesa serta dibahaskan di Parlimen dengan masa yang singkat.

"Kerajaan hanya memberikan sedikit masa bagi ahli-ahli parlimen masih belum membiasakan diri dalam dengan kekangan terhadap kebebasan berhimpun yang masih boleh dibahaskan dengan masa yang tidak cukup bagi berunding dengan orang ramai."

"Perhimpunan aman melalui jalan perarakan boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan akta yang menyekat seperti Akta Perhimpunan Aman," kata Malathi.

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pada masa sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta tersebut.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut.

Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.

Namun, selepas mendapat tekanan dan bantahan dari rakyat, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.

Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.


Photobucket

http://www.keadilandaily.com/?p=24010

Zuraida tetap mahu Shahrizat selak kainnya..

Posted: 02 Dec 2011 12:21 AM PST



KUALA LUMPUR 2 Dis : Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.


"Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri," katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

"Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat," tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.

"Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,"sindirnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan NFC sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam KEADILAN berhubung isu itu.

30 November lalu, Shahrizat turut memberi amaran keras kepada pemimpin KEADILAN kerana memainkan isu projek lembu yang diterajui suaminya malah menafikan penglibatan beliau dalam projek tersebut.

KEADILAN sebelum ini membongkar penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC dan mendakwa hampir RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Ia direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.

Semalam, Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.

Ini ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengenai pembelian sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.

Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.


http://www.keadilandaily.com/?p=23982

PANAS!! Perwakilan Wanita UMNO akui Shahrizat adalah liabiliti buat UMNO.. (updated)

Posted: 01 Dec 2011 08:25 PM PST



Dengan melemparkan tuduhan bahawa semua perwakilan wanita yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah di'lembu'kan oleh Shahrizat (baca di SINI) aku sebenarnya telah melakukan kesilapan oleh itu aku minta maaf kepada yang tidak berjaya di'lembu'kan oleh Shahrizat.


Ini kerana ada beberapa pemimpin Wanita UMNO telah menyatakan bahawa Shahrizat sememangnya telah menjadi liability buat Wanita UMNO, beliau sepatutnya berundur sebelum scandal NFC memusnahkan seluruh Wanita UMNO.

Tambah mereka lagi kebanyakkan perwakilan terlalu takut untuk mendesak Shahrizat berundur kerana tidak mahu kehilangan jawatan dalam parti.

"Shahrizat menggunakan Wanita UMNO untuk melindungi dirinya dari isu scandal NFC sedangkan scandal ini tidak ada kena mengena dengan Wanita UMNO tetapi melibatkan Shahrizat dan Keluarganya.

"Sebagai ahli Wanita UMNO, saya sangat kecewa.. sangat-sangat kecewa… kenapa Shahrizat mengheret UMNO dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita UMNO dari Perak.

Kata beliau, beliau kekal duduk ketika perwakilan bangun bertepuk tangan bila Shahrizat menggulung ucapannya.

Tambah beliau lagi " Shahrizat sewajarnya memberikan penjelasan tentang scandal NFC bukannya memancing sokongan perwakilan dengan mendakwa isu ini dimainkan oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita UMNO".

Seterusnya korang bacalah di bawah ni...


Photobucket

Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno
Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.

Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi "liabiliti" kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC "menghancurkan kami semua."

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa "amat takut" untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

"Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

"Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

"Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri," kata beliau lagi.

Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

"Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?" kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. "Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan," katanya lagi.

"Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa," katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama "gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak."

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

"Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu," kata perwakilan dari Perak.

Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.

"Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?" katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.

"Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini," katanya lagi.

"Ada yang terlalu risau," katanya.


The Malaysian Insider

Guru Kafa Pulau Pinang dapat lagi RM300.

Posted: 01 Dec 2011 07:37 PM PST



SEBERANG JAYA, 2 Dis: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri.


Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.

Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu.

Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu.

Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya.

Semasa ditemuiada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.

Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.

"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya.


Harakahdaily

Asri nafi sertai UMNO

Posted: 01 Dec 2011 07:28 PM PST



KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.


Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.

Katanya, kehadirannya pada perhimpunan parti itu sekarang tidak boleh dianggap beliau sudah atau akan menyertai Umno.

Ini kerana, kata Asri (gambar), beliau pernah menerima dan menghadiri jemputan parti-parti lain termasuk PAS.

"Tidak, tidak. Saya hanya hadir sebagai tetamu jemputan, mereka jemput saya hadir, hormati jemputan, lagipun secara kebetulan saya ada masa," kata beliau sambil menambah mahu kekal seperti sekarang di mana menjadi pemerhati dan penganalisis dari luar.

"Saya pun sepatutnya hadir pada 27 November lalu atas jemputan PKR, tetapi saya tidak sempat. Dulu saya pernah hadir muktamar PAS. DAP pun pernah jemput saya dua tahun lalu, tetapi saya tidak sempat pergi," kata felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata, "saya lebih suka berada seperti sekarang, menjadi pasukan ketiga, melihat dari luar."

Selaku tetamu Umno Asri mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara utama dan sampingan sejak empat hari lalu.

Beliau pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tahun lalu bersama sekumpulan ulama muda, tetapi akhirnya memberi kenyataan bahawa mahu kekal tidak menjadi ahli politk mana-mana parti.

Asri juga berkata beliau gembira menjadi "pihak ketiga" dengan memberi pandangan dan nasihat kepada parti-parti politik.

"Ini bermakna parti-parti politik masih sanggup menerima pandangan daripada pihak ketiga. Ini perkembangan yang sihat," kata beliau lagi.

The Malaysian Insider

Nga Kor Ming dah minta maaf, Isa Samad bila lagi?

Posted: 01 Dec 2011 09:40 AM PST

Oleh: Cybertooper Bumi Bertuah (Cybertrooper Umno Anak Felda)



Ini yang buat aku malu dengan DAP. Bila terdapat bantahan dari UMNO dan NGO bahawa Nga Kor Ming hina Zambry Kadir, cepat sahaja Nga Kor Ming keluar kenyataan rasmi memohon maaf melalui media kerana keluarkan hinaan tersebut.


Itu bukan Islam, bukan orang Melayu yang dakwa tinggi budi bahasa.Walaupun Zambry Kadir adalah seteru politik, tapi yang betul tetap dilakukan.

Jadi apa ke hei nyer Isa Samad sombong sangat nak minta maaf kat Ketua Peneroka
Felda Kebangsaan Pak Sam? Lu orang tengok la samseng nogori ni cakap apa kat Utusan 1 Disember 2011 bila tanya pasal hal tuntutan maaf oleh Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP)dan Gabungan Persatuan Wanita (GPW)kerana Isa hina Pak Sam kat Kuala Pilah.

Isa declare terus sapa tentang dia Pengkhianat Negara dan bagitahu wartawan Utusan patutnya Pak Sam yang kena jumpa atau contact dia. Siap tambah perasa lagi Pak Sam ponteng banyak mesyuarat sekarang... pergh!! Ini betul Hitler jelmaan mana Najib kasi jadi Pengerusi Felda pun tak tahu.

Tak mau minta maaf dah satu hal, ugut sapa-sapa lawan dia pengkhianat negara pulak.

Wat the F***? Buat tuduhan baru lagi Pak Sam banyak tak hadir meeting, ini Isa Pendek
nak cari gaduh lagi adalah. Bro-bro gua cybertrooper UMNO geleng kepala beb, ingat leh tenang sket Felda bila dengar Isa pendek wat PC cakap hal ni.

Sekali dapat info dia cakap camni, memang la spesies tak leh nak ajar dan kurang ajar. Islam apa, Melayu apa kau ni Isa? Jawatan Tan Sri kau tuh dengan duit hasil mengepau masa kau jadi MB dan Menteri Wilayah dulu boleh bawak mati ke bro?

Hina sangat ke nak minta maaf kat peneroka cam Pak Sam? Kalau aku Ketua Hakim Negara, aku haramkan Isa sebut perkataan peneroka dan mendekati rancangan Felda ... ada hati dalam statement nak sebut lagi apa dia buat untuk kebaikan peneroka. Hark Ptuih!!

Dengan ketua peneroka pun ko leh hina dan sombong camni, apatah lagi peneroka biasa. Confirm beb Isa tak layak jadi Pengerusi Felda!! Kalau mamat pendek ni pengurus estet sawit hina India pekerja estet suka2 hati, lama dah kena bakor dan tanam kat dalam ladang!

Satu perkara aku perasan, bukti video Nga Kor Ming hina Zambry Kadir yang member gua kat Perak Today siar kat Youtube cuma catat view sekitar 10 ribu.

Nak catat 10,000 tu berapa media cetak keluar, TV3 pun cover dan cybertrooper UMNO cam aku nih promosikan. Korang tengok sendiri bukti video Isa Samad hina Ketua Peneroka Felda Pak Sam (http://youtu.be/pMenvftq6Ys )yang bergerak sendiri dalam ruangan cyber tanpa ada promosi kat media utama. 23 ribu views!!

Jangan tido la Najib, warga Felda peneroka, anak-anak dan kakitangan je dekat 2 juta undi. Pak Sam dan ketua-ketua peneroka dan penerokawati wilayah yang hadir masa PC minta Isa Samad minta maaf dan letak jawatan baru ini DIPILIH oleh 122,000 peneroka, bukan cam Isa pendek dipilih oleh SEORANG PM.

Satu sejarah dalam hidup politik UMNO dalam Felda, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Ketua-Ketua Peneroka dan Penerokawati setiap Wilayah Felda keluar keluaran baru muka surat hadapan dan muka tengah (full kaler beb)HARAKAH!!

Mereka semua ni yang memang pejuang totok UMNO terdiri dari AJK Bahagian, SU Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita Bahagian dan macam2 lagilah.

Atas kepentingan peneroka diorang sanggup ke depan, aku memang respek abis arr!! Aku dapat info wartawan Utusan hadir dan tanya soalan masa PC tu tapi harammm tak keluar tuntutan-tuntutan masa PC tu sampai sekarang.

Nak tau tuntutan ketua-ketua peneroka Felda ni dan pandangan gua yang terdahulu, try lu orang tengok posting gua dulu di SINI. Kiamat la UMNO dalam Felda ni semata Najib nak pertahan Isa pendek yang takde budi bahasa.

Gua tak heran Isa akan guna anjing besar aka bigdog dan sepupunya rocky bru untuk pertahankan liabiliti / biawak hidup Umno ni. Dah bayar 3 juta beb, takkan tak leh wat posting fitnah pak sam, peneroka2 dan pengurusan felda sekeping dua...haha!

Tukar kete baru anjing nie wa cakap lu lepas dapat upah isa samad untuk tipu peneroka2

Felda. Gua sentiasa akan ingat pesan otai gua papagomo "Maaf buat Blogger Big Dog aka Anjing Besar,anda tidak merugikan kami blogger yang lain kerana pada kami semua anda adalah Parasit yang sentiasa menghisap darah VVIP. Sudah lama kami awasi gerak geri kamu dan nampaknya terbukti Kamu adalah
PENGKHIANAT kepada UMNO BN".

Ramai Otai blogger UMNO dan blogger nyamuk UMNO pun anti anjing dan sepupu dia nih.
Otomatiknya,segala tulisan copy paste dari seranta dan FGV tu adalah dibayar untuk menipu peneroka dan memburukkan sapa2 yang tentang Isa Samad,Sabri Ahmad dan Ehsanuddin Seranta Felda yang dah berangan nak sapu duit2 saham pink form dan harta2 koperasi felda.

Gua nak sound Isa pendek, lu punya PA Zahid Mat Arip apa crita kempen untuk lu jadi calon Parlimen Putrajaya dan kumpul support untuk lu nak jadi Timb. Presiden UMNO 2012 kat PWTC 2-3 hari nih?

Mentang2 dalam kawasan felda ada banyak DUN dan Parlimen terlibat dan tiap2 kali lu jual nama najib je dalam ucapan lu, lu sudah berangan2 mau cantas orang lar?

Ingat lu leh guna felda utk kumpul supporter lu untuk pemilihan umno 2012? Kalo Najib
kasi tunai Isa punya hajat ni gua tak tau nak kata apala..

Pesanan kat warga Felda semua, yang buat PC desak Isa minta maaf atau saman dan minta Isa letak jawatan aritu semua ketua-ketua kamu yang bijaksana dan berani.

Kalau Isa guna ayat ketua-ketua kamu dipengaruhi dakyah pembangkang, kene hasut dek orang dan lain-lain, memang SAH Isa pendek hina otak2 peneroka ni penuh dengan taik lembu NFC.... tak leh pikir untuk diri sendiri

Andai Ada Lembu Di Ladang
Bawalah Menginap Di Pangsapuri
Sana Sini Orang Felda Tentang
Cepatlah Isa Mengundur Diri

-------------------------------------------

Melayu mudah lupa kata Tun...mari kita ingatkan kata-kata Tun terhadap Isa Samad

Jangan Calonkan Isa Samad

Bernama, Sept 18 2009: Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang,kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidakserius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah
politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentangkes-kes macam ini."Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari
seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya,dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

...PSSST...letak calon Adun pun Tun M dah warning imej Umno terjejas, kalau letak mamat ni sebagai pengerusiorganisasi berkelas dunia macam Felda...camna?

Tiada ulasan: