Sabtu, 10 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


Panas!! Zahid Hamidi Sengaja Buka Pekung Najib..!

Posted: 10 Dec 2011 12:00 AM PST



Isu kapal selam Scorpene dipanaskan semula oleh Zahid Hamidi apabila
beliau meminta Lim Guan Eng menaiki kapal selam tersebut.

Selepas menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam, Lim menyifatkan pengalaman pertama kapal selam sebagai menarik dan menyeronokkan dan merasa kagum dan memuji tahap profesionalisme pegawai-pegawai dan anggota-anggota TLDM.


"Jika anda masuk ke dalam kapal selam tersebut .. ia adalah ruang yang sangat tertutup.  

Bagi anggota seramai 32 pegawai dan anak kapal yang berfungsi dan beroperasi dalam ruang yang tertutup untuk tempoh masa yang panjang adalah satu pencapaian yang luar biasa dan mengagumkan".


"Saya berbangga dan menghargai sumbangan wira-wira kita yang berjasa kepada negara dan sanggup berkorban demi kepentingan negara serta profesionalisme mereka tidak boleh dipersoalkan" katanya.


Walau bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan yang sangat berbeza pada kos kapal selam tersebut. 


"Kita perlu mempunyai kapal selam. Tetapi ada satu perkara yang kita berpandangan berbeza, iaitu kos pembelian tersebut" katanya.


Kita hormati pegawai-pegawai dan anggota TLDM yang menjalankan tugas mereka, dan mereka langsung tidak terlibat dengan skandal pengkhianatan Wang Rakyat ini...
 

Ada rahsia yang NajibRosmah tak tahu...
Kita semua sudah mendengar skandal pembelian Scorpene yang melibatkan wang "komisyen" rasuah sebanyak RM493 juta, dimeterai oleh Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.  Kes ini sedang berjalan di mahkamah Perancis.


Skandal pembelian ini melibatkan kes Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis telah mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.


Apa motif kedua-dua pembunuh itu… sampai sekarang tak tahu… saja suka-suka kot…


Yang si Zahid sengaja mengajak Lim Guan Eng naik kapal selam tu pasal apa…?  Korang ingat si NajibRosmah tu suka ke Zahid buka cerita kapal selam tu balik… mesti ada sebab…


Lu jaga la Najib…… lu punya orang, ramai mau cantas sama lu….

GEMPAR : Baca Yasin kena MOHON PERMIT?

Posted: 09 Dec 2011 09:40 PM PST

Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya.
Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.
Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....????
Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
"Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
"Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama," katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.
"Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu," katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.
Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.
"Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat," ujarnya.

Hasan Ali Akan Digugurkan Sebagai Calon PAS

Posted: 09 Dec 2011 08:30 PM PST



Pencalonon untuk beliau juga tidak mencukupi


PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.


Laporan...malaysiaKini

Saya Lawan Mahathir!

Posted: 09 Dec 2011 06:09 PM PST


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara 'songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti.

Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno.

"Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya.

"Kini Umno melaung Melayu bersat', tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam?

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi.

"Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia.

"Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu.

"Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik 'songsang' orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap.

"Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia. Mana boleh orang Melayu nak turut dia," ujarnya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah.

"Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu.

"Bagi kita, apa saja Tuk Guru kata, bahkan selagi Tuk Guru ada, kita mahukan Tuk Guru memimpin kita.

"Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tuk Guru ada, kita nak Tuk Guru yang memimpin PAS," tegasnya.

Selepas menya,paikan kuliah mingguan pagi tadi, Tuan Guru turut melancarkan risalah Suara PAS Kelantan, Purnama yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Negeri.

Sharizat!! MIC tanya.. RM2 Juta ni hilang kemana?

Posted: 09 Dec 2011 05:00 PM PST


Semalam Pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu membuat pendedahan di akhbar The Star berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.


Ini juga adalah satu penyelewengan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab, dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN.

Pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu dana tersebut adalah sebagai bantuan kepada orang India yang memerlukan dan bagi membolehkan BN mendapat kredit perkara ini telah diwar-warkan kepada masyarakat setempat.

MIC Bahagian telah menghantar 207 permohonan namun 43 permohonan telah ditolak sebab mereka bukan pengundi berdaftar di Parlimen Batu.

Tiba hari dijanjikan hanya 70 orang dari yang disenaraikan oleh MIC Bahagian Batu mendapat bantuan tunai tersebut yang diberikan oleh penyelaras bantuan iaitu Datuk Yahya Mat Ghani.

Menurut Datuk Yahya Mat Ghani di dalam sampul terbabit terdapat RM200.00.. malangnya apabila dibuka hanya RM100.00

Bacalah kat bawa ni..

Batu MIC: Cash aid meant for the poor not given out
BATU MIC members are questioning the mysterious disappearance of funds that should have been distributed to the Indian community during Deepavali.

They claim that Barisan Nasional coordinator Datuk Yahaya Mat Ghani had earlier promised to hand out the money to eligible applicants who were Batu voters.

The aid was given by the Community Welfare and Development Council (Mayang) under the Women, Family and Community Development Ministry.

All BN coordinators were allocated RM2mil each to be distributed to the poor.

During a meeting in September with MIC, Indian Progressive Front (IPF) and Makkal Sakthi, Yahaya had handed out forms to the respective leaders for aid to be given out to needy Indians.

Batu MIC division chairman, Ramanathan Chinnu said they had submitted 207 forms to be checked by the Batu Umno secretariat and 43 were rejected because they were not registered Batu voters.

He said Yahaya had promised to hand out the money to eligible applicants during a Deepavali open house organised by MIC Batu on Oct 22.

However, at the eleventh hour, Ramanathan and his members were informed that only 70 people would receive the aid.

"When we found out we were taken aback because we realised something was wrong.

"Everybody thinks MIC is behind the disappearance of the money as we handed out the forms with our stamp," said Batu MIC Youth chief D.R. Pala Kumaran.

"No money was also given to MIC to organise the event. To make matters worse, no Umno representative turned up for the event except for the individual who brought the aid for the 70 people."

According to Ramanathan, something similar had occurred during a Tamil New Year celebration in April last year.

Yahaya had promised to hand out RM200 to poor Indians during a special ceremony that was organised at the Sri Athieswaran temple.

However, there was only RM100 in the envelope.

Ramanathan said when questioned, Yahaya had said the welfare department had not given out the money yet.

However, he said a check with Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil revealed the money for the New Year celebration was handed out. The case has not been solved till today.

Ramananthan said they had sent out letters to top BN leaders but they had not received any feedback.

"Voters are unhappy. Despite all this we have been going to the ground to meet Indian voters to gain their trust," he added.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik said he had not heard of the missing funds.

"If this is true, they should make a formal complaint and we will investigate. There must be proof.

"Maybe there is some miscommunication.

"I am sure they will eventually get it," he said.

When contacted, Yahaya said he was aware that some people did not receive the allocation and there would be a second round of payment soon.

"So far we have disbursed a total of RM1.6mil to about 8,000 people in Batu through the respective component parties of Umno, MCA, MIC, PPP and Gerakan,'' he said.

"The second round of payment from the Mayang funds will be made once the funds have been released by the Welfare Department.

"Don't worry, once we get the funds we will give to the MIC,'' Yahaya said, adding the funds must be given out by Dec 31.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/12/9/central/10023350&sec=central

Akhirnya Aziz Bari Buat Keputusan Tinggalkan UIAM

Posted: 09 Dec 2011 05:37 AM PST



Dungun – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.

Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.

Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.

"Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.

Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang. -SH

NFC di PWTC

Posted: 09 Dec 2011 04:28 AM PST



Kepada Khairy Jamaluddin, tak perlulah banyak sangat dolak dalih lagi... Apa kata terima je pelawaan Rafizi.. Nak selesa? JOM KITA BUAT KAT PWTC.. Boleh la buat sekali jualan booth di perkarangan lobi macam masa Perhimpunan Agong UMNO. Ramai orang melayu boleh berniaga...



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno. Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.



Tawaran dibuka kepada 'Juara Pemuda Melayu' ini sehingga 12 Disember 2011. Andaikata masih tiada jawapan atau dolak dalih, nantikan pendedahan seterusnya mengenai lembu lembu yang comel comel tu pada 19 Disember 2011... 


Mungkin Kerana Takut Scorpene Tak Timbul, Zahid Tak ikut Serta.

Posted: 09 Dec 2011 04:27 AM PST







Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menyertai mereka.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid (kiri, putih) mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri.

Apabila sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim, menyebabkan hadirin di situ ketawa melihatnya./Baca lagi..........

Tiada ulasan: