Jumaat, 30 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Cat Flet - Pakatan Buat RM360 Ribu, Umno Buat RM1.2 Juta

Posted: 30 Dec 2011 12:37 AM PST

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.


Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.


Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

"Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.


- Harakahdaily

Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan

Posted: 29 Dec 2011 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.


Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti."

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya.

"Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

"Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Putrajaya Lubuk Maksiat

Posted: 29 Dec 2011 08:12 PM PST

Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA......

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan 'projek' ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih 'meriah' waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.


Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

"Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

"Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

"Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti," katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

"Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai 'projek', malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan '*****'," katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

"Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

"Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa," katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

"Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku," katanya.

http://ydppasputrajaya.blogspot.com/2009/10/putrajaya-lubuk-maksiat-putrajaya.html


Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad

Posted: 29 Dec 2011 05:41 PM PST

Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud "Akauntabiliti" berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.


Mahathir sebenarnya sering berbohong. Beliau merasakan sekiranya banyak kali berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang benar. Mungkin mereka yang bodoh sahaja boleh terpengaruh dengan beliau. Ambil contoh kenyataan beliau kepada Malaysian Insider pada 20 Disember:

"Adalah diketahui bahawa Malaysia tidak mahu menerima bantuan IMF dan Bank Dunia kerana bantuan tersebut akan memburukkan lagi keadaan kewangan kita. Pada 1998, Malaysia telah melaksanakan kawalan matawang yang telah membantu ia pulih"

Kedua-dua kenyataan ini adalah pembohongan. Mahathir sebenarnya enggan menerima bantuan IMF kerana mereka tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tidak effisyen dan bankrap milik rakan-rakannya di dunia korporat.

Pengawalan matawang itu juga tidak membantu Malaysia pulih dengan lebih baik daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Filipina yang telah menerima bantuan IMF. Mereka telahpun pulih dengan lebih baik berbanding Malaysia.

IMF tidak menyarankan penjimatan

Dalam artikel yang sama, Mahathir telah menuduh IMF mengenakan langkah-langkah 'berjimat' di negara-negara yang dibantu mereka. Ini jelas tidak benar kerana kesemua empat negara telah meluaskan polisi macroekonomi mereka pada 1998 dibawah arahan IMF.

Mahathir melalui pengawalan matawang telah berjaya menyelamatkan rakan-rakan dan anak beliau. Yang merugikan Malaysia adalah mereka ini diselamatkan menggunakan dana daripada pembayaran cukai. Ini juga telah membenarkan Mahathir untuk tidak melakukan reformasi. Bolehlah dikatakan apa yang kita kurang, kita telah membayarnya dengan kekurangan juga iaitu, ekonomi kita yang suram pada hari ini.

NST pula cuba untuk membantu Mahathir keluar daripada masalah pembohongan beliau dengan menerbitkan beberapa bahagian daripada buku beliau "Doctor in the House'. Bahagian pertama diterbitkan pada 23 Disember, menunjukkan kejahilan Mahathir. PAda satu tahap, beliau telah kecewa dengan Anwar kerana tidak berjaya meyakinkan Micheal Camdessus yang mengetuai IMF untuk menghentikan perniagaan matawang. Tidak jelas mengapa Mahathir memikirkan bahawa Camdessus mempunyai kuasa untuk melakukan perkara tersebut.

IMF telah diwujudkan di Bretton Woods untuk memberikan pinjaman kepada negara yang ada masalah bayaran hutang. Ia juga memastikan negara yang mempunyai hutang ini melakukan langkah-langkah yang boleh membantu dalam mengurangkan beban hutang.

Beliau merasakan bahawa IMF tidak boleh bertindak sebagai polis kewangan antarabangsa dalam menyekat perbuatan perniagaan matawang yang beliau paling benci. Selain daripada merasa hairan terhadap permintaan Mahathir itu, tiada seorangpun antara Chirac atau Blair dapat melakukan apa-apa.

Faktor Daim

Ini membawa kita kepada kenyataan Mahathir yang luar biasa dalam buku beliau " Walaupun ekonomi dan kewangan kita sudah kukuh, ringgit masih boleh diserang" Mahathir tidak berbohong di sini tetapibeliau pada tahap ini sudah sangat sedar bahawa beliau berbohong. Ekonomi dan kewangan Malaysia tidak kukuh semasa krisis ekonomi melanda negara pada 97/98.

Malaysia mempunyai beberapa kelemahan pada masa itu termasuk ketidakcukupan simpanan luar negara, kelembapan prestasi sektor kewangan, kelemahan tukaran wang asing, saham yang dibayar dengan hutang dan juga ketidakstabilan hartanah.

Simpanan luar negara Malaysia adalah 28 billion pada 1997 dan ia sebenarnya adalah pada tahap yang sama sejak 1993. Ini berlaku walaupun capital yang boleh pindah dalam negara telah meningkat pada 50 billion daripada 6 billion dari tahun 1990 kepada 1997. Tambahan pula, Mahathir sering menggalakan dan mengarahkan syarikat Malaysia untuk melabur kepada projek negara ketiga dan ini telah terus menerus mengurangkan simpanan negara.

Untuk pembaca yang mengutarakan hujah bahawa Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu, kita harus ingat bahawa Anwar (dan Bank Negara) telah sejak 1995 memberi amaran kepada Mahathir mengenai bahaya negara disebabkan polisi beliau tetapi tidak diendahkan. Cadangan-cadangan mereka juga tidak diendahkan Mahathir. Beliau lebih percaya kepada nasihat kroni-kroni beliau yang lapar wang.

Ini diketuai oleh Daim Zainuddin, seorang yang bahaya dan ini dibuktikan dengan kejatuhan teruk Renung, sebuah syarikat yang diterajui beliau semasa krisis ekonomi itu. Daim juga didakwa adalah orang penting yang membawa kepada plot pemecatan Anwar oleh Mahathir.

Polisi tidak bagus dan simpanan rendah

Hakikatnya, simpanan negara adalah sangat sedikit dan ini bermakna ia agak kritikal memandangkan ia adalah cara negara mempertahankan matawang. Beli ringgit dan ia akan kuat berbanding dollar. Ia tidak berkesan kerana simpanan itu adalah sedikit dan disebabkan pengspekulasi dapat melihat kelemahan dalam ekonomi Malaysia. Mahathir, 14 tahun kemudian tetap mengatakan bahawa beliau tidak dapat melihatnya. Apabila simpanan Malaysia jatuh kepada 15 billion, Bank Negara terpaksa berhenti campur tangan dalam pasaran matawang.

Keadaan tidak sihat sektor kewangan Malaysia telah memberi kesan kepada situasi dengan mengikat tangan Bank Negara. Meningkatkan kadar faedah domestic mungkin dapat membantu ringgit untuk menjadi kuat berbanding dollar. Akan tetapi, ini tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat-syarikat Malaysia dan orang perseorangan mempunyai hutang domestik yang terlalu tinggi. Ia telah meningkat daripada 85% pada 1986 kepada 160% GDP pada 1997.

Peningkatan ini boleh membawa kepada kebankrapan dan pengangguran. Usaha Bank Negara untuk mengekang pertumbuhan kredit ini telah disekat oleh golongan ahli perniagaan yang mendampingi Mahathir yang mahukan kredit rendah untuk kekal justeru tidak mengendahkan bahaya ia kepada negara.

Tukaran asing adalah tukaran sebenar di mana barangan domestic boleh ditukarkan kepada barangan asing dan pada 1997 ia telah menunjukkan bahawa ringgit Malaysia telah terlebih nilai terhadap dollar. Tidak seperti Mahathir, peniaga matawang telah melakukan analisis mereka dengan tepat sekali.

Matawang negara ekonomi kukuh tidak

Sudah tentulah Mahathir enggan mengakui kesilapan beliau hingga kini, walaupun sekarang ia agak senang untuk dilihat oleh sesiapa pun. Belia terus menerus menuduh orang lain untuk kepentingan politik beliau seperti IMF dan Bank Dunia. Ia agak tidak adil untuk IMF memandangkan ia telah membantu dengan jayanya beberapa ekonomi negara lain termasuk Hungary, Ukraine dan Iceland semasa krisis ekonomi 2008.

Sekarang, IMF memainkan peranan penting di Eropah dengan menjadi peminjam terakhir secara proksi kepada ECB yang tidak dapat berbuat demikian secara sah. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan buruk Mahathir yang agak pelik.

Goerge Soros yang menjalankan dana yang terlibat dengan perniagaan wang asing telah diserang oleh Mahathir. Mahathir menuduh Soros memaksa menurunkan nilai pound pada 1992. Ia memang berlaku dan Soros memang terlibat tetapi penurunan nilai pound bukanlah disebabkan spekulasi matawang.

Penurunan nilai pound adalah disebabkan Bank of England tidak mahu meneruskan pengucupan polisi semasa peluang pekerjaan tinggi walaupun ia diperlukan untuk kekal dalam sistem European Monetary (EMS).

Bundesbank pula lebih berminat memerangi inflasi dan tidak mahu meneruskan pengembangan polisi yang ia perlukan. Punca masalah adalah penyatuan semula Germany dan kos besar membangunkan semula German Timur dan bukanlah peniaga matawang.

Tidak seperti sangkaan Mahathir bahawa spekulsi matawang telah menurunkan nilai untuk keuntungan matawang kepada negera yang mempunyai ekonomi kukuh seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong kesemuanya tidak terjejas oleh spekulasi matawang 97/98. Ini kerana ekonomi mereka sangat kukuh tidak seperti eknomi Malaysia yang dijahanamkan Mahathir pada 1997.

Malaysia Chronicle


Si Jelita Tauke Restoran Mewah Di Singapura

Posted: 29 Dec 2011 04:21 AM PST

Bukti! Restoran mewah MeatWorks Singapura milik anak Shahrizat




Baca seterusnya di sini

Mahathir bukan cerdik sangat.. Hahaha

Posted: 29 Dec 2011 04:07 AM PST

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.


Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir

Dipetik dari The Last Perfect Malay Gentleman

Respon Nik Nazmi Kepada Jawapan MAIWP Tentang Salahguna Wang Zakat Jamil Khir

Posted: 29 Dec 2011 03:58 AM PST

Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah.

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.


Malangnya Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

Saya berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini.

Pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya,apakah pandangan beliau? Yang nyatanya Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.

Juga mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini?

Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Reman ahli perniagaan dikait dengan NFC dilanjut hingga esok

Posted: 29 Dec 2011 03:53 AM PST

Tahanan reman ke atas seorang ahli perniagaan yang sebelum ini dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes penipuan.

"...kita (polis) tahan beliau 26 Disember lepas," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.


Laporan akhbar menyebut suspek lelaki itu, yang direman lima hari bermula 22 Disember bagi membantu siasatan kes NFC oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah dibebaskan namun ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan projek stesen minyak.

Isu NFC berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.

- Bernama

Tiada ulasan: