Kelab Greenboc |
- Rumah Terbakar Di Besut - Empat Lari Bertempiaran
- Isu Hakim Memplagiat: Tindakan Ketua Hakim Negara Memalukan!
- Anugerah Ilahi: Kisah Seorang Nenek Matanya Buta Tetapi Hatinya Celik
- Bapa Rantai Dua Anak Dalam Tandas Direman
- Pegawai PTD Wanita Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat
- [Video] Kain Shahrizat Terselak Luas - Ada Kondo Mewah & Restoran Meatwork Di S'pura
- Kembalinya Datuk Ariffin Jaka Ke Rahmatullah, Apa Iktibarnya?
- Tindakan Hassan Ali Sudah Keterlaluan, Harakahdaily Pertahan Berita
Rumah Terbakar Di Besut - Empat Lari Bertempiaran Posted: 30 Dec 2011 01:26 AM PST Empat lari bertempiaran BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam. Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit. Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar. "Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. "Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting," katanya. Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan. Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan. Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat. Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000. Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian. Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah. "Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya. Dalam pada itu pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya sumbangan Ahli Parlimen Besut dan Adun Jertih melalui wakilnya. -SH |
Isu Hakim Memplagiat: Tindakan Ketua Hakim Negara Memalukan! Posted: 30 Dec 2011 12:06 AM PST Aduan dakwaan hakim plagiat penghakiman ditolak Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara mendapati dakwaan peguam Karpal Singh bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 tidak mempunyai merit. Berikutan itu, aduan tersebut ditolak, kata pegawai khas 1 kepada Ketua Hakim Negara, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Dalam satu kenyatannya hari ini, beliau berkata Karpal telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu melalui surat dari pejabat Ketua Hakim Negara. Menurut Che Wan Zaidi, Ketua Hakim Negara telah menerima satu surat aduan bertarikh 29 September 2011 dari Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada tahun 2000. "Satu siasatan telah dijalankan oleh YAA Ketua Hakim Negara. "Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan setelah berbincang dengan Presiden Mahkamah Rayuan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, YAA Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa dakwaan plagiarisma oleh Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang dibangkitkan oleh YB Encik Karpal Singh adalah tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak. "YB Encik Karpal Singh telah juga dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini melalui surat daripada Pejabat Ketua Hakim Negara.," tambahnya. Sebelum ini, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menggesa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hakim Abdul Malik Ishak supaya meletakkan jawatannya berikutan dakwaan plagiarisme. Pada 4 Oktober lalu, Karpal mengemukakan usul mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibentangkannya di Dewan Rakyat. Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan. Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku. -mk Ulasan GB Tindakan Ketua Hakim Negara yang menolak aduan karpal Singh mengenai seorang hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 tidak mempunyai merit amat memalukan negara. Ketua Hakim Negara jelas cuba menutup perbuatan salahlaku hakim berkenaan. Apabila Ketua Hakim Negara sendiri gagal untuk menjalankan keadilan di dalam institusi kehakiman, apa lagi yang boleh kita harapkan dari para hakim yang ada? Hukum Kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku dimana di satu hari Ketua Hakim negara itulah nanti yang akan diminta meletakkan jawatannya kerana kegagalan mengenakkan kebenaran dan keadilan. GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan: Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan? klik untuk baca |
Anugerah Ilahi: Kisah Seorang Nenek Matanya Buta Tetapi Hatinya Celik Posted: 29 Dec 2011 10:10 PM PST Besut: Seorang wanita cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, layak digelar 'warga emas super' apabila masih mampu melakukan rutin harian tanpa mengharapkan bantuan. Warga emas itu bukan saja mampu memasak, membasuh dan mengemas rumah, malah boleh melakukan kerja berat yang tidak terdaya dilakukan orang celik seperti memanjat pokok kelapa. Keistimewaan Mek Long itu menjadikannya kebanggaan penduduk yang menganggapnya wanita luar biasa. Mek Long yang tinggal bersama suami ketiga, Hassan Awang, 69, di Kampung La, Hulu Besut, di sini, berkata, dia tidak memiliki rahsia atau mengamalkan petua, sebaliknya menganggap ia anugerah Allah. "Kita kena kuat semangat dan rajin usaha. Seumur hidup, saya tak pernah minta bantuan orang. Saya bersyukur Allah beri saya hati yang terang. "Sejak muda hingga sekarang, saya buat kerja termasuk jual sayur dan pucuk paku di Pasar Jertih, berkebun dan cari kayu api di hutan. Semuanya buat sendiri. "Cuma sejak diserang asma, saya tak buat kerja itu lagi dan banyak berehat di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin. KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan. Mek Long yang menghidap asma sejak tujuh bulan lalu berkata, walaupun tidak boleh melihat, namun dia boleh membezakan antara siang dan malam, malah mengetahui tiba waktu solat hanya berpandukan suara ayam berkokok. "Biasanya jika masuk waktu Subuh, ayam berkokok sekali manakala jika waktu Zuhur, ayam berkokok dua kali berturut-turut. "Jika waktu Asar pula, ayam berkokok tiga kali berturut-turut. Jika waktu Maghrib, ayam berkokok di bawah rumah," katanya. Sementara itu, adik Mek Long, Azizah Salim, 66, berkata, dia bangga mempunyai kakak luar biasa dan menganggap semua itu anugerah Allah yang tidak ternilai. "Hati dia terang walaupun tidak nampak, tetapi kehidupannya sama seperti orang celik. Tidak hairan kerana apa yang berlaku kuasa Allah," katanya. Azizah yang tinggal bersebelahan rumah Mek Long berkata, kakaknya itu tidak pernah meminta bantuannya, sebaliknya melakukan semua kerja sendiri termasuk menguruskan keperluan suami yang juga buta. "Tanggungjawab terhadap suami dilakukannya sama seperti wanita celik lain. Dia bukan saja memasak, mencuci atau mengemas rumah, tetapi boleh membeli barangan keperluan harian sendiri. "Orang kampung sudah biasa dengannya, tetapi kalau orang tak biasa tengok, mesti ingat dia celik. Dia berjalan laju, tak macam orang buta. "Jika terlajak lorong rumah penduduk kampung yang dia nak pergi, dia akan berhenti dua atau tiga saat dan berpatah semula sebelum masuk ke lorong rumah berkenaan," katanya. Menurutnya, kakaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengabaikan solat sejak kanak-kanak hingga sekarang selain penyabar. "Walaupun tidak nampak tetapi boleh membezakan antara malam dengan siang. "Pernah ketika bersembang bersama jiran, tiba-tiba dia memberitahu kami ketika itu sudah masuk waktu sembahyang sama ada Zuhur, Asar atau Maghrib. Biasanya selepas dia kata begitu, selang beberapa minit kemudian azan berkumandang. "Pernah juga pada Ramadan, dia mengejutkan saya untuk bersahur," katanya. Azizah berkata, Mek Long ketika kanak-kanak seorang yang celik, tetapi penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebaik memasuki zaman remaja. Katanya, penglihatan wanita berkenaan hilang sepenuhnya selepas beberapa bulan berkahwin dengan lelaki celik dari kampung sama ketika berusia 27 tahun. "Masa baru kahwin, dia 'buta ayam' tetapi beberapa bulan selepas itu terus tidak nampak," katanya. Azizah berkata, Mek Long dan suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 seorang bagi menampung kehidupan mereka. "Sejak sakit, saya bimbang terjadi apa-apa kepadanya dan sentiasa berdoa semoga Allah melindunginya dan suami," katanya. -hm Ulasan GB Itu kisah seorang yang zahirnya buta tapi hatinya celik. Ia pengajaran kepada kita - yang ramai diantara kita zahirnya celik tapi hatinya buta. Nenek itu tahu masuknya waktu solat berpandukan kokok ayam sekian lama. Bagaimana pula dengan kita yang ramai ini yang mempunyai jam di dinding, di tangan tetapi seringkali melewatkan waktu untuk mendirikan solat? Jika nenek yang buta itu tahu mensyukuri rahmat Allah, bagaimana kita yang celik ini, adapakah kita mensyukuri sangat-sangat kerana tidak buta, atau hati kita telah buta kerana tidak mengingati Tuhan yang telah menganugerahkan kita sekalian banyak kenikmatan? Marilah sama-sama kita hayati: |
Bapa Rantai Dua Anak Dalam Tandas Direman Posted: 29 Dec 2011 06:31 PM PST Butterworth: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan. Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang. Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu. Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan. Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan. "Jiran terbabit terus menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya. -BH
|
Pegawai PTD Wanita Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat Posted: 29 Dec 2011 04:36 PM PST Sepang – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir (gambar), 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa. Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -kosmo
|
[Video] Kain Shahrizat Terselak Luas - Ada Kondo Mewah & Restoran Meatwork Di S'pura Posted: 29 Dec 2011 03:05 PM PST Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut. Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya. "Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini. Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu. PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. (walau pun tidak dapat menunjukkan bukti ia dibayar dengan dana NFC, keluarga Shahrizat perlu menjelaskan dari mana dana diperolehi membeli harta-harta berkenaan jika bukan dari NFC -GB) Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard. Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. -mk
Ulasan GB Kain dah terselak, nampak semua. Di Singapura tersimpan banyak rahsia rupa-rupanya. Kondo mewah dan restoran ternama. Kamu juga punya mahu bukan? Hari tu kamu (Shahrizat) sendiri sinsing lengan; dan ugut untuk selak kain kamu sendiri dan perlakuan kamu itu mendapat sokongan gemuruh perwakilan Wanita, yang rata-ratanya bertudung merah. Kini hukum kebenaran terserlah, Allah "menyelakkan kain kamu" supaya ia terang dan nyata! Amacam? GB dah pesan berkali-kali sebelum ini. Letak jawatan atau akan terus "dibogelkan". Itu adalah hukum kebenaran - hukum itu dari Allah s.w.t., Dia Al-Haq, Dia Yang Maha Benar. Tapi kamu yang beranama Shahrizat amat degil! Terima nanti padahnya. klik untuk baca |
Kembalinya Datuk Ariffin Jaka Ke Rahmatullah, Apa Iktibarnya? Posted: 29 Dec 2011 07:19 AM PST Bekas Hakim Datuk Arifin Jaka Meninggal KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Arifin Jaka meninggal dunia pada Khamis dipercayai akibat komplikasi menghidap kencing manis. Arifin, 78, meninggal dunia kira-kira 6.05 pagi di Hospital Serdang, dekat sini. Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan Malaysia ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Arifin meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Antara kes yang didengar dan diputuskan oleh Allahyarham ketika menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes liwat pertama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 8 Ogos 2000, Arifin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu keluarganya, di apartmen adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar, pada 7.45 petang antara Januari dan Mac 1993. Bagaimanapun Anwar, pada 5 Sept 2004, dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas menang dalam rayuan terakhirnya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu. Jenazah Arifin dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya, selepas solat Zuhur. Arifin dilahirkan pada 30 Sept 1933 di Rembau, Negeri Sembilan dan berkelulusan Barrister-at-Law, Lincoln's Inn, London. Beliau memulakan tugasnya dalam badan kehakiman sebagai Presiden Mahkamah Sesyen pada tahun 1970 dan jawatan tertingginya ialah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 sebelum bersara setahun kemudian. Allahyarham terkenal sebagai hakim yang banyak mengendalikan kes-kes sivil, antaranya kes melibatkan pengasas bersama Kumpulan Tan Chong, Datuk Tan Kim Hor dalam prosiding penutupan Tan Chong Consolidated Sdn Bhd. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang menziarahi jenazah Allahyarham Arifin , berkata negara kehilangan seorang tokoh yang disegani dan jasa Allahyarham yang telah banyak menzahirkan nas-nas perundangan yang akan sentiasa dihargai dan diingati. "Kita kehilangan seorang negarawan dan bekas hakim yang telah banyak berjasa dalam bidang perundangan dan hal ehwal penentuan keadilan di negara kita," katanya.- BERNAMA ULASAN GB Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Othman kembali ke rahmatullah. Kini, Datuk Ariffin Jaka, bekas hakim yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 2000 di dalam kes Liwat 1. Tan Sri Abdul Hamid Othman meninggal dunia sewaktu negara sedang kecoh membicarakan isu Menteri Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharum yang disahkan menyalahgunakan wang zakat untuk bayaran khidmat guamannya dan kedua Datuk Ariffin Jaka meninggal dunia sewaktu negara sedang menanti tarikh 9 Januari, di mana hakim Zabidin Mohd Diah akan memberikan penghakiman untuk kes Liwat 2. Kebetulan? Bukan! Ia terlingkung di dalam kehendak (iradat Allah s.w.t. Setiap sesuatu peristiwa yang dijadikan Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia, apatah lagi soal "kematian" yang sepatutnya menjadi "guru" kepada yang masih hidup. Justeru kepada kita yang masih hidup, apatah lagi kepada pengganti Allahyarham Abdul Hamid Othman di JPM iaitu Jamil Khir Baharum dan juga hakim yang mengadili kes Liwat yang menggantikan Allahyarham Ariffin jaka iaitu Zabidin Mohd Diah, agar belajar dari kematian tersebut - bahawa kita perlu berlaku adil dan saksama, kita perlu teguh mengikuti syariatNya, tidak melanggar batasNya dan bahawa Allah berkuasa mencabut nyawa kita pada bila-bila masa. Kematian itu merupakan peringatan keras, bukan dari blogger bernama GB tetapi dari Pencipta kita semua, iaitu Allah s.w.t. Jika enggan belajar dari kejadian itu, tunggu saat kematian itu tiba dan cubalah kamu-kamu berdua menolaknya, jika kamu-kamu mampu melakukannya. Ittaqullah! Innalillahi wainna ilahi rajiun. |
Tindakan Hassan Ali Sudah Keterlaluan, Harakahdaily Pertahan Berita Posted: 29 Dec 2011 04:08 AM PST Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. Ulasan GB Tindakan Hassan Ali menafikan dan menuduh harakahdaily memutarbelitkan berita yang tersiar sebelum ini yang memetik kenyataan TG Nik Aziz adalah umpama beliau meludahi muka Mursyidul Am tersebut. Dan semuga episod ini juga membuka mata para wartawan harakahdaily seluas-luasnya, yang sebelum ini dikatakan orang sebagai mesra-UG. GB tidak menuduh tetapi kebenaran telah tersingkap satu demi satu. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan