Isnin, 12 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mengapa Utusan Sengaja Tonjolkan Isu Hassan Ali Mungkin Digugurkan?

Posted: 11 Dec 2011 11:54 PM PST

Isu Hassan Ali: PAS Belum Putuskan Calon

SHAH ALAM, 11 DIS : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan media kononnya parti islam itu mengugurkan Exco Selangor, Hassan Ali daripda menjadi calon pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Hadi berkata pihaknya kini dalam perbincangan akhir menetapkan senarai calon untuk disenaraikan bertanding pada PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Tarikh sebenar pilihanraya umum (PRU-13) belum diumukan, soal penetapan calon tidak timbul, jadi untuk mengetahui siapa yang tercalon kita tunggu pengumuman tarikh pilihanraya,"katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Dokumen Negara Berkebajikan di ruang legar kompleks PKNS Shah Alam hari ini.

Hari ini akhbar Mingguan Malaysia melaporkan terdapat sumber-sumber yang mengesahkan bahawa Hassan Ali disingkirkan oleh Pas Selangor sekaligus pas Pusat merestui penguguran nama beliau untuk PRU akan datang.

Media arus perdana itu juga melaporkan PAS turut mengugurkan beberapa pemimpin PAS yang antaranya bekas Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Mengulas lanjut perkara ini, Abdul Hadi bertegas apa yang dilaporkan itu bukan dari keputusan PAS tetapi hanya semata-mata dakwaan media milik Umno yang ketiadaan isu selain sengaja mahu memecah belahkan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat.



Ulasan GB

Sebenarnya, isu yang diperbesarkan oleh Utusan Malaysia ialah untuk melihat sekaligus mendesak pimpinan PAS supaya mengekalkan Hassan Ali untuk bertanding.

Ini kerana sebelumnya, Utusan telah pun menyiarkan bahawa Hassan Ali diklatakan tokoh untuk menyatukan UMNO dan PAS, khususnya di Selangor.

Utusan mengangkat Hassan Ali dengan, sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Justeru itu sepatutnya pemimpin-pemimpin PAS tidak terperangkap dengan sikap dan langkah Utusan yang sengaja menonjolkan isu Hassan Ali tersebut.

PAS Perjelas Konsep Negara Berkebajikan, Memertabatkan Rakyat Sebagai Tuan

Posted: 11 Dec 2011 10:36 PM PST

Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan

SHAH ALAM, 11 Dis: Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa.

"Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai.

"Sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan konsep negara berkebajikan ini juga akan menjadi menifesto pada pilihanraya yang akan datang dan ia selaras dengan kesepakatan di dalam Buku Jingga.

Tawar 10 agenda

Dalam buku itu juga, PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Mudah-mudahan ia akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

"Jika rakyat menilai secara jelas negara kebajikan ini maka ia akan melancarkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti," kata Abdul Hadi. -HD



Suami Upah Samseng Pukul Peniaga Kerana Cemburu

Posted: 11 Dec 2011 08:34 PM PST

Kajang: Akibat cemburu buta, seorang peniaga menerima lapan jahitan di kepala selain lebam dan bengkak di seluruh badan selepas dibelasah lebih 20 lelaki di gerai makan miliknya sebelum ditinggalkan dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian di Taman Kajang Mewah, di sini, Ahad minggu lalu.

Gambar: DI SINI...Mohammad menunjukkan longkang tempat dia ditinggalkan selepas dibelasah.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohammad Hanapiah, 49, sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.

Mohammad ketika ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka kumpulan lelaki berlagak seperti pelanggan itu tiba-tiba bangun dan mengejarnya selepas menerima isyarat tertentu sebelum membelasahnya.

"Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.


"Lebih menyedihkan, mereka menengking dan menuduh saya meniduri isteri seorang daripada mereka di depan pelanggan dan orang ramai," katanya.

Menurutnya, salah faham itu berlaku selepas dia yang juga pengerusi Pertubuhan Pengusaha Kios Melayu (PPKM) Hulu Langat cuba membantu isteri lelaki berkenaan mengenai hal perniagaan sebulan lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit.

"Saya tidak faham mengapa dia menuduh saya menjalin hubungan sulit dengan isterinya sedangkan dia tahu kami hanya berhubung atas dasar perniagaan.

"Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit," katanya.

Menurutnya, dia pernah menemui suspek dan isterinya sebulan lalu bagi meleraikan salah faham itu dan menyangka masalah itu sudah selesai selepas saling bermaafan ketika itu.

Mohammad berkata, tindakan suspek menghantar samseng memukul dan memalukannya di khalayak ramai seperti itu keterlaluan.

"Kumpulan samseng itu bukan saja membelasah saya hingga separuh mati, malah turut melarikan wang hasil perniagaan saya RM1,600 serta dua telefon bimbit dan dompet saya," katanya.

Sementara itu, isteri suspek dikenali sebagai Miza, 34, ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menjalin hubungan terlarang dengan mangsa.

"Hubungan antara kami hanya atas dasar pengerusi dan ahli pertubuhan, tidak lebih daripada itu. Mungkin berlaku salah faham antara suami saya dan mangsa, namun saya sangka semuanya selesai sebulan lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. -hm

Ulasan GB

Pengajarannya: Sebaik-baiknya jika siisteri perlu untuk bertemu dengan lelaki yang bukan muhrim di atas alasan atau sebab apa sekalipun, untuk elak dari menundang fitnah, seeloknya bawa suami bersama.

Di dalam hal ini saya amat tertarik dengan sikap seorang bekas calon PAS di Tenang, Cikgu Normala namanya, yang sentiasa ditemani suaminya ke mana saja beliau pergi sehingga suaminya terpaksa menerima tekanan ditukarkan tempat berkhidmat. Itu ujian bagi dirinya tetapi langkah suami mengiringi isteri dan langkah isteri membawa suami ke mana saja ia pergi lebih mendekati kebaikan dan ketaqwaan dan menjauhi fitnah dan kemusnahan.


Pasangan Pelajar Baru Selesai SPM Dicekup Memadu Kasih Di Hotel Bajet

Posted: 11 Dec 2011 06:54 PM PST

Memadu kasih lepas 'tekanan' ambil SPM

MELAKA: Tidak sampai beberapa hari habis 'memerah otak' selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepasang kekasih melepas tekanan dengan bermadu kasih di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, semalam.

Remaja lelaki berasal dari Kuala Lumpur dan pasangannya dari Negeri Sembilan berusia 17 tahun itu sanggup ke negeri ini semata-mata untuk memadu asmara.

Pasangan itu ditahan ketika pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel dalam operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka.

Mereka antara empat pasangan berusia di antara 23 dan 35 tahun yang dicekup dalam serbuan di dua hotel berasingan bermula jam 1 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel itu beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Katanya, mereka dipercayai bersiar-siar di sekitar bandar ini sebelum menyewa bilik berkenaan.

"Soal siasat mendapati pasangan itu masih di bawah umur dan baru selesai menduduki SPM," katanya.

Operasi bersepadu selama tempoh empat jam itu bermula jam 1 pagi dengan membabitkan seramai 30 pegawai dan anggota daripada Jaim, MBMB dan Invest Melaka.

Antara lokasi yang diserbu adalah Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, dalam serbuan di hotel sama, pihaknya menahan dua warga Indonesia yang memberi alasan sebagai sepupu.

Bagaimanapun, katanya, alasan itu tidak masuk akal kerana kedua-duanya tetap bukan mahram dan ditahan untuk siasatan lanjut. -hm

Karenah Birokrasi: Timbalan Menteri Selar Pentadbir UM Halang Debat

Posted: 11 Dec 2011 04:58 PM PST

Saifuddin kecewa birokrasi, UM tak beri kebenaran anjur debat AUKU

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Datuk Saifuddin Abdullah duka cita kerana Universiti Malaya (UM) tidak memberi kelulusan mengadakan debat berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kelmarin, yang berakhir dengan kekecohan ketika pengurusan didakwa cuba menghentikan program itu.

Sambil menjelaskan siasatan menunjukkan debat itu sebenarnya tidak dibatalkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, program tersebut telah cuba dihalang oleh pentadbir UM daripada diteruskan dan perundingan diadakan membabitkan mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

"Sebaik perundingan selesai, debat juga selesai. Bermakna, debat tidak batal.

"Tapi saya dukacita dengan apa yang berlaku iaitu kelulusan tak diberi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sebenarnya mahasiswa ada memohon kebenaran Fakulti Undang-undang bagi menganjurkan forum berkenaan.

"Saya telah menghubungi kedua-dua pihak iaitu penganjur dan (Timbalan Naib Canselor) TNC HEP," katanya.

"Tapi ada kurang komunikasi antara fakulti dan HEP. Bagi saya ini kerenah birokrasi yang tak patut berlaku,"
kata Saifuddin sambil menambah, "saya junjung peraturan, tapi pentadbir perlu guna budi bicara."

"Patut memudahkan, bukan mengecewakan. Saya harap kerenah birokrasi begini ditamatkan," katanya lagi.

Semalam, TNC HEP UM Datuk Rohana Yusuf memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran.

Rohana berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

"Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu,"
jelasnya.

"Universiti tidak halang pelajar nak buat aktiviti, tetapi gunakan saluran yang betul, HEP hanya menjalankan tugas sahaja," katanya lagi.

Menurutnya lagi, penganjur seharusnya peka terhadap peraturan kampus, lebih-lebih lagi program debat turut melibatkan penyertaan orang luar, bukannya pelajar UM sahaja.

"Pihak keselamatan sendiri tidak diberitahu tentang penganjuran debat berkenaan sedangkan ia melibatkan orang luar UM," tegasnya.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) melahirkan kekecewaannya terhadap pentadbiran UM kerana program itu terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.

Setiausaha Agungnya Khairul Naim berasa terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat antara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya aktiviti berkenaan dihentikan dengan segera. -TMI


Mahasiswa Kecewa Birokrasi Melampau Pentadbiran Universiti

Kuala Lumpur, 11 Dis : Aksi Mahasiswa Peduli (AKsi) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah kerana merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi.

Setiausaha Akhbar AKsi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham menyatakan demikian sebagai respons terhadap pelbagai reaksi mengenai debat yang mereka anjurkan di Universiti Malaya, kelmarin.

Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana penganjur telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri.

Tambahnya, tindakan itu tidak menunjukkan keprofesionalan beliau dan memalukan profesyen pensyarah serta ahli akademik umumnya.

Mengapa dua program sebelum itu lancar?

"Di atas paksi kebebasan berakademik, kata beliau sewajarnya pihak universiti menyambut baik program yang kami anjurkan kerana ia adalah untuk mematangkan konsep ilmiah dalam minda mahasiswa itu sendiri.

"Dan kami berasa hairan mengenai program forum yang dianjurkan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) sendiri pada dua hari sebelum debat ini berjalan, mengapa pihak universiti memberi kebenaran untuk dilaksanakannya?

"Adakah pihak universiti takut dengan memberi autoriti kepada panel-panel dalam forum itu?" soalnya.

Justeru, katanya AKsi berasa janggal terdapat sebuah universiti yang gah namanya pada suatu ketika dahulu, kini seakannya mahu mengekang mahasiswa dari terus bersuara dan melontarkan idea, malah dimomokkan dengan AUKU itu sendiri.

Pihaknya, kata beliau mendapat respons mengenai pembatalan tempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM selepas Speaker Corner di Masjid Ar-Rahman UM selepas solat Jumaat kira-kira jam 4 petang.

Walau bagaimanapun, katanya AKsi tetap meneruskannya di sebelah perpustakaan Fakulti Undang-undang yang kecil ruangnya dan kami begitu teruja dengan kehadiran kira-kira 300 orang mahasiswa serta mahasiswi walaupun program tersebut disabotaj sebegitu rupa.

Ternyata Datuk Saifuddin lebih terbuka

Lantaran dari provokasi itu, ujarnya Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman twitternya berasa dukacita debat AUKU di UM terbatal ketika ia sedang dijalankan dan beliau akan menyiasatnya.

"AKsi menyambut baik kenyataan beliau itu kerana kami merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi," ujarnya lagi.

Ini, katanya berbeza dengan TNC HEP UM yang mendidik mahasiswa dengan mengagungkan birokrasi yang rumit daripada konsep ilmiah itu sendiri lalu menghalang mahasiswa dan tidak meminta penjelasan daripada mahasiswa.

"Tujuan kami hanya satu iaitu perbincangan ilmiah serta mahukan percambahan idea daripada mahasiswa kepada mahasiswa sendiri dan sebab itulah kami menganjurkan debat kelmarin," katanya.

Oleh sebab itu, ujarnya lagi AKsi seiring dengan pendirian BEBAS yang mahukan autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa.

"Kami mahu mengingatkan tangan-tangan yang tidak sepatutnya agar tidak memandomkan minda mahasiswa sendiri dari terus matang dan mampu menilai serta menjadi agen perubahan sedangkan 'anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang suci', begitu jugalah kami di pihak mahasiswa yang menginginkan perubahan," ujarnya. – GZD


Ulasan GB

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin, siasatan menunjukkan debat itu sebenarnya tidak dibatalkan, program tersebut telah cuba dihalang oleh pentadbir UM daripada diteruskan dan perundingan diadakan membabitkan mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Kata beliau lagi, sebenarnya mahasiswa ada memohon kebenaran Fakulti Undang-undang bagi menganjurkan forum berkenaan.

"Saya telah menghubungi kedua-dua pihak iaitu penganjur dan (Timbalan Naib Canselor) TNC HEP," katanya.

"Tapi ada kurang komunikasi antara fakulti dan HEP. Bagi saya ini kerenah birokrasi yang tak patut berlaku,"
kata Saifuddin sambil menambah, "saya junjung peraturan, tapi pentadbir perlu guna budi bicara."

Dan sebelumnya TNC HEP UM Datuk Rohana Yusuf memberitahu bahawa pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran.

Rohana berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

"Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu."

Inilah akibat apabila jawatan pentadbir diisi oleh kalangan yang bebal, yang hanya memberi alasan ikut peraturan, tetapi tidak tahu menggunakan budibicara.

Semalam GB sudah katakan, gejala seperti ini amat malang bagi masadepan negara kerana ia akan hanya melahirkan pemimpin yang sama bebal seperti pentadbiur yang bebal itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Ghapur Pula Belasah Shahrizat, Tak Mahu Terpalit Najis Lembunya

Posted: 11 Dec 2011 02:07 PM PST

Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan

Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur. - Bernama

Ulasan GB

Semakin ramai di dalam UMNO sendiri yang sedar dan mahu Shahrizat letak jawatan.

Yang tak mahu Shahrizat letak jawatan adalah mereka yang sudah terpalit dengan najis lembu NFC tersebut - melantung busuknya - dalam erti kata mereka mempunyai kepentingan dengan projek berkenaan.

Diantaranya termasuklah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, Ketua pemuda, Khairy jamaluddin, bapa mertuanya yang juga bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Di JPM, Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri sendiri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Yang anehnya orang bukan politik, Timbalan Ketua Polis Negara yang bernama Khalid Abu Bakar turut terbabit sama.

Bagi orang politik, kesemua yang terpalit dengan najis lembu NFC tersebut sudah pasti akan dihukum rakyat sewaktu pilihanraya nanti. Rakyat melihat mereka bukan saja sudah terpalit dengan najis lembu tetapi sudah pun berotak lembu, yang tak dapat nak dibetulkan semula menjadi manusia yang berakal sempurna.

Teruskan perjuangan anda mempertahankan Shahrizat dengan projek lembu yang telah menelan wang rakyat secara haram itu, anda bakal disembelih di dalam PRU nanti...... insyaAllah.


Jelaskan Hubungan "Abang-Adik" Zahid Hamidi & Papagomo!

Posted: 11 Dec 2011 07:20 AM PST

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan. -mk

Laporan Polis Serentak Seluruh Malaysia Terhadap Papagomo – AMK

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara terhadap penulis blog Pro-Umno, PapaGomo petang ini.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan itu bagi memberikan tekanan kepada polis agar segera menyiasat penulis blog tersebut yang sering menyebarkan fitnah terutama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan blogger peringkat melampau, fitnah yang disebar ini seolah menunjukkan beliau tidak boleh disentuh. Hari ini kita memberi isyarat kepada polis dan membangkitkan satu persoalan, apakah polis akan mendiamkan diri walaupun berpuluhan laporan polis dibuat?"
katanya kepada KeadilanDaily.

Katanya jika tiada sebarang tindakan dibuat terhadap blogger tersebut ini jelas menunjukkan segala fitnah yang dilemparkannya mendapat restu dari Umno BN.

Laporan polis akan dibuat serentak jam 2 petang ini i IPD Shah Alam, IPD Ipoh dan IPD Seremban 2, IPD Batu Pahat, beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata AMK menolak politik jahat yang dibuat penulis blog pro-Umno dan menyifatkan pemerintah sebagai tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

"Mereka tidak ada modal lain, hanya mampu memfitnah, tidak mempunyai fakta yang kukuh dan AMK Selangor menolak sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh blogger tersebut."

Terbaru seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan 6 Disember lalu terhadap PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah.

Sebelum ini AMK turut mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan penulis blog pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun pelbagai desakan dan bantahan dibuat terhadap mereka, namun Polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka terutamanya PapaGomo. —Keadilan Daily


Pengumuman:
Mari hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Disember 2011 (Isnin) dan 13 Disember 2011 (Selasa) ini (Tarikh baru yang ditunda).

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!


Ulasan GB

Hubungan Zahid Hamid dengan papagomo diibaratkan hubungan "abang-adik" di dalam konspirasi mereka menyerang dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang nyata: Ada konspirasi terrancang diantara Ahmad Zahid Hamidi dengan papagomo.

Laporan polis juga perlu dipertimbangkan jkuga untuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan "perkhidmatan" papagomo.

Permainan belakang diantara Zahid Hamidi & papagomo ini perlu didedahkan.


Gamis Minta Video Sembang Rakyat Yang Hina Hudud Disiasat

Posted: 11 Dec 2011 05:20 AM PST

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mendesak agar siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video Sembang Rakyat di laman sosial facebook dan youtube.

Video tersebut yang berjudul 'Musim Hudud PAS' dan 'Lagi Hudud' dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

Sehubungan dengan itu, Gamis telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung isu ini, demikian menurut Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau meminta pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Gamis juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Apa yang menjadi perhatian Gamis berhubung isu ini adalah pertikaian soal pelaksanaan hukum hudud.

"Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut," ujar beliau.

Menurut Akram Ikrami, lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat."

"Gamis mendesak agar pihak polis menyiasat penerbit, pelakon dan penyebar video ini dan pihak kami juga mendesak Kementerian Penerangan mengambil tindakan serius berhubung isu ini.

Selain itu katanya, Gamis memohon agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud.

Gamis juga menyatakan kesediaan untuk menjadi koordinator bagi menerangkan isu ini serta merancang tindakan susulan untuk membawa isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma), Rohayu Rusli berkata, Gamis dan Sigma menggesa NGO Islam yang serius memperjuangkan isu aqidah untuk turut sama menyatakan pendirian berhubung isu ini. -FMT


'Asal Bukan UMNO' [ABU] Ditubuhkan Untuk Kuburkan UMNO

Posted: 11 Dec 2011 03:22 AM PST

Ekoran kegagalan Umno memimpin Malaysia selama lebih 50 tahun, satu pergerakan dikenali sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) telah ditubuhkan untuk mengkuburkan Umno dari terus mencengkam Malaysia.

Menurut Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard kempen Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN diadakan serentak diseluruh Semenanjung tepat jam 3.30 petang ini kecuali di Pulau Pinang dan Terengganu yang diadakan pada waktu yang berbeza hari ini.

"ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno/Bn amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno/Bn.

"Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno/Bn dan kroninya hidup mewah sekali,"katanya.

Selain itu katanya pelbagai penyelewengan dan salah laku pemimpin umno seperti amalan rasuah, kronisme, pemborosan serta dasar perkauman tegar parti tersebut perlu dilenyapkan dari terus bertapak di negara ini.

Gerakan ini dipelopori gabungan beberapa NGO yang terdiri dari organisasi massa termasuk Parti Rakyat Malaysia, Parti Sosialis Malaysia serta kumpulan mahasiswa KAMI.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam kenyataannya menyebut usaha menyedarkan masyarakat telah giat dijalankan dalam setahun ini bagi menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.

"Usaha ABU adalah untuk membawa kebenaran supaya rakyat sedar tentang apa yang telah dilakukan Umno untuk rakyat dan juga kroni-kroni mereka sehingga negara ini hampir bangkrup," ujar Haris tegas.

Sementara itu, satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak pada 15 Disember ini.Satu pengumuman penting yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia bakal dibuat pada hari tersebut. -tvsnews



Tiada ulasan: