MiLo SuaM |
- Waspada dengan "kaki sembelih" di lebuhraya!
- Bongkar! Konspirasi Kosmo politikkan punca banjir di Kajang
- Rakyat Malaysia tangga ke 3 paling curang di dunia
Waspada dengan "kaki sembelih" di lebuhraya! Posted: 06 Dec 2011 09:06 PM PST ARTIKEL ini merupakan pengalaman sebenar blogger penarik beca @ Pak Bakar, mohon sebar jika dirasakan ada manfaat. Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka. Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang. Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine. Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu. Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter. Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan. Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..." Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la. Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..." Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu. Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih! Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku. Sumber: [Penarik Beca] ReJaM©"kaki sembelih ni tak tanya kamu parti apa? Dia sembelih ikut suka" |
Bongkar! Konspirasi Kosmo politikkan punca banjir di Kajang Posted: 06 Dec 2011 02:00 PM PST DARI awal lagi kita dah boleh agak, bahawa isu banjir di Kajang akan dipolitikkan oleh media dan blogger pengampu United Malays No Otak. Akhbar Kosmo mendakwa kononnya banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini berpunca dari aktiviti korek pasir haram. Blogger-blogger United Malays No Otak pula menuduh kononnya abang MB Selangor menganiaya penduduk Kajang kerana melakukan aktiviti korek pasir. Salah seorang blogger yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan ialah blogger "ikon lucah" United Malays No Otak, Papa Gomo. Bagaimanapun konspirasi mereka untuk mempolitikkan bencana alam ini terbongkar apabila Sinar Harian mendedahkan punca sebenar berlakunya banjir. Sinar Harian melaporkan secara terperinci punca serta alasan bagaimana banjir kilat di Kajang boleh berlaku. Rupa-rupanya kemungkinan berlakunya banjir ini sudah dapat diramalkan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan dan projek untuk menghalang banjir juga sudah dilakukan. Namun kerana "perjanjian" yang melibatkan 21 peniaga tempatan menyebabkan projek penebatan banjir terbantut. Maka jelas sekali bukan "korek pasir" penyebabnya [Sinar]. Maka pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri haruslah bijak untuk berbincang dengan para peniaga yang terlibat. Kalau dirobohkan gerai mereka, comfirm media-media United Malays No Otak akan mainkan isu kononnya Kerajaan Selangor robohkan gerai Melayu. Kalau tak robohkan banjir pulak. ReJaM© "Perkara yang lebih penting haruslah diutamakan..." |
Rakyat Malaysia tangga ke 3 paling curang di dunia Posted: 06 Dec 2011 08:55 AM PST RAKYAT Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press. Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki-lelaki Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama diikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%. Russia dan Hong Kong di tangga ke empat dan kelima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%. Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%. Wanita Russia di tangga ke empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke lima. Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia. Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup mereka manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup data ini adalah yang tertinggi di Asia. Sumber: Free Malays |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan