Sabtu, 3 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lembu - Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan

Posted: 02 Dec 2011 11:38 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.

Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu."


"Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

"Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya.

Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

"Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

"Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi.

- TMI

Bodek Nak Jadi Calon La tu.. Tok Sah Mimpilah...

Posted: 02 Dec 2011 10:21 PM PST

Perwakilan Perlis Fathul Bari Mat Jahya menasihatkan ilmuan agama supaya "jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah" untuk menasihat pemimpin negara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya ruang dibuka dengan menjemput orang agama untuk memberi pandangan berhubung perkara tersebut, setiap tiga bulan.

"Saya bersyukur apabila saya menyertai Umno, saya diberi ruang sebebasnya (untuk bercakap tentang Islam). Tidak pernah ada sekatan bercakap tentang Islam," kita membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.


"Sehubungan itu, saya mencadangkan setiap tiga bulan, buka ruang jemput orang agama beri pandangan. Jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah. Kalau nak nasihat pemimpin, inilah tempatnya," katanya.

Katanya, dalam perlembagaan Umno menyatakan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Tetapi apabila kita bercakap mengenai bangsa dan negara, kita bersemangat, tapi soal agama di mana orang agama?" soalnya ketika membahas usul agama, pendidikan dan sosial.

Fathul Bari yang juga anak sulung bekas mufti Perlis berkata demikian bagi mengulas rungutan kekurangan ilmuan agama untuk bersama-sama dengan Umno.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan antara "alasan popular" ilmuan agama kurang menyertai Umno kerana "tidak ada saluran untuk menyampaikan pandangan" mereka.

"Itu adalah realiti... Mungkin boleh (salur pandangan) di media baru, laman sosial facebook, blog atau twitter. Tetapi sejauh mana jawapan (dapat) diberikan, kalau 1,000 orang, (bagaimana keadaannya),"katanya.

Dalam perbahasannya juga, Fathul Bari mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi agar "mengumpulkan" pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

"Sebelum pelajar ke Timur Tengah, sama ada Mesir, Arab Saudi, transitkan mereka sebulan, dua bulan atau tiga bulan, dikumpulkan, di mana (mereka) diberikan pentarbiyahan dasar kerajaan bahawa kita mengambil berat pelajar di luar negeri.

"Kita cerita, mereka tidak pernah dianaktiri oleh pemerintah, cerita kebaikan kita," katanya yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.

PAS Masih Perlukan Tok Guru.. Umno Sibuk Buat Apa?

Posted: 02 Dec 2011 08:05 PM PST

'Dr M sudah, Pak Lah pun sudah, Nik Aziz bila nak undur?'

Umno Kelantan mengulangi gesaan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri itu.

Perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff Berkata, pemimpin Umno yang dahulunya turut digesa pembangkang berhubung perkara sama - seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - sudah pun berbuat demikian.

"Dulu tanya Tun Mahathir dan Pak Lah bila hendak berhenti. Tetapi menteri besar Kelantan sampai hari ini enggan berundur, walaupun sudah tua," katanya.


Berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Mohd Afandi berkata, sudah sampai masanya kini peluang diberikan kepada orang lain.

Umno dan BN, tambahnya lagi, bila-bila masa bersedia mengambil kembali teraju pemerintahan negeri itu.

Sementara itu, Mohd Afandi juga mendakwa, sepanjang dua dekad PAS memerintah Kelantan, tiada usaha menjadikannya negara berkebajikan seperti yang dicanangkan.

"Selepas 21 tahun, HIV di Kelantan tertinggi di negara ini. Sepanjang
memerintah Kelantan, apa yang dibawa PAS? Ini menjukkan tiada keberkatan," katanya.

Patut La Rakyat Lari Dari Umno.. Ada ADUN Pun Bercakap Bangang Nak Mampus..

Posted: 02 Dec 2011 07:06 PM PST

Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahya menyindir timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwanya "mendapat rahmat" daripada kerajaan.

Shabudin yang juga ADUN Permatang Berangan, berkata Mohamad mendapat faedah apabila kerajaan membuat jalan masuk ke kawasan perumahan yang kebetulan terdapat rumah Mohamad di kawasan DUN tersebut.

"Keliling rumah dia, penyokong kita, kerana orang kita, dia dapat rahmah. Tapi dia pi tempat orang dia kata macam-macam," kata Shabudin ketika membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.


Menurut Shabudin lagi, beliau pernah bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, untuk mendapatkan pengesahan pendapatan yang diperolehi Mohamad mencecah RM20,000.

Bagaimanapun, tiada jawapan yang diberikan berhubung pertanyaannya itu," tambahnya.

Sementara itu, Perwakilan Umno Terengganu Komaruldin Omar pula mempersoalkan kepada ahli PAS sama ada Mohamad Sabu "lebih mulia" daripada Nasaruddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang disifatkannya sebagai tokoh ulama sewaktu bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

"Apakah tokoh agama dalam PAS, lebih rendahnya martabatnya daripada orang seperti Mat Sabu apabila dipilih menjadi timbalan presiden PAS.

"Kalau berlaku apa-apa kepada PAS, Mat Sabu lah yang akan menjadi presiden dan apa yang dia nak bawa," sindir Komarul.

Beliau juga mengajak jentera Umno di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat datang ke Terengganu bagi mempelajari bagaimana cara Umno negeri itu merampasnya dari PAS pada 2004.

Khidmat Sewa Pistol Polis Untuk Rompakan Ada Di Malaysia

Posted: 02 Dec 2011 06:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.

Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.


Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.

"Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

http://www.hmetro.com.my/articles/Bayarkomisenlepasrompak/Article

Umno Nak Buat Sumpah Bai'ah..

Posted: 02 Dec 2011 06:46 PM PST

Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan supaya mengadakan bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.

Bahkan bai'ah itu juga diwujudkan bagi menyatakan sokongan terhadap kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.


"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini Setuju," katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: "Setuju".

Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

Katanya, orang yang berani adalah orang yang ikhlas sambil memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib pernah bersumpah untuk menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

"Ada ketua umum PKR berani bersumpah. Ada? Dekat mana dia bersumpah?" sindir Komarul.

"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.

ITU BUKAN SAYA - MUSA HASSAN

Posted: 02 Dec 2011 03:46 PM PST

Gambar mirip Musa Hassan. Lagi gambar disini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.


Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

payahsungguh.blogspot.com

Berhimpun untuk kecam pemimpin Pakatan

Posted: 02 Dec 2011 06:16 AM PST

Perhimpunan Agung Umno 2011

KUALA LUMPUR: Saban tahun kecaman terhadap pemimpin dari parti gabungan Pakatan Rakyat merupakan agenda tetap bagi Perhimpunan Agung Umno dan sengaja ditimbulkan untuk menyemarakkan kebencian orang Umno dan rakyat terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pada perhimpunan tahun ini juga, yang diadakan di tempat yang sama, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak 29 November lalu sehingga esok, tidak terkecuali dan terlepas dari kecaman-kecaman yang dilontarkan oleh para pemimpin Umno.

Baik pemimpin utama, Wanita, Pemuda dan Puteri, mereka melontarkan kecaman dan yang menjadi sasaran utama ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Di kalangan mereka ini, para pemimpin Umno dari Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang paling lantang menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan.

Umum sedar bahawa keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Pakatan Rakyat dan semuanya buruk belaka dan diluahkan dengan penuh perasaan benci dan menghina secara berlebihan.

Cacian dan makian yang bertali arus ini menjadi bahan ketawa dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan. Mungkin kerana sebab ini lebih 5,000 perwakilan Umno dari seluruh negara sanggup hadir pada perhimpunan ini.

Bagaimanapun dalam tinjauan hari ini, ada ahli Umno yang tidak senang dengan tindakan keterlaluan pemimpin Umno memburuk- burukkan pemimpin Melayu dari Pakatan.

Seorang ahli Umno Negeri Sembilan berkata, tindakan keterlaluan boleh menimbulkan kebencian orang Melayu yang tidak berparti terhadap Umno.

Azman Ali berkata, kita boleh mengkritik pemimpin pembangkang (Pakatan) tetapi jangan melampaui batas.

"Jangan sampai orang Melayu anggap pemimpin Umno sudah hilang adab. Kalau jadi begini orang Melayu jadi meluat dengan Umno," katanya.

Ahmad Husin dari Pahang berkata, perhimpunan tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang hingga menyebabkan orang muak dan naik jelak dengan perhimpunan ini

freemalaysiatoday

NFC: Siasatan masih jalan, kata Hishammuddin

Posted: 02 Dec 2011 04:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Putrajaya belum menutup siasatan berkenaan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meskipun polis mengatakan tiada elemen pecah amanah (CBT) setakat ini.

"Ya, hanya disebabkan tiada elemen CBT, ia tidak bermakna kes sudah berakhir," kata beliau (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan siasatan masih dijalankan.

“winnable candidate” - Bukti Naib Presiden Umno Kecut Telor..

Posted: 02 Dec 2011 03:53 AM PST

Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'

Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang.

Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.

Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.


Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.

Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.


Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.

"Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar
sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu.

Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian.

http://www.malaysiakini.com/news/183047

Tiada ulasan: