MiLo SuaM |
Budak bawah umur digunakan menyamar sokong BERSIH Posted: 02 Dec 2011 03:42 PM PST PENDEDAHAN fitnah TV3 Al-Musyrikin tempoh hari terhadap perhimpunan "Walk for freedom 2 walk" di MiLo SuaM, rujuk sini [TV3] mendapat respon ramai sahabat pembaca yang berang dengan media tak tahu malu itu. TV3 tanpa rasa bersalah merakamkan sekumpulan budak bawah umur berbaju kuning yang menyamar sebagai penyokong Bersih dan melaporkan kononnya mereka ini adalah penyokong seksualiti merdeka. Salah seorang sahabat aktivis Jingga 13 telah mengirimkan video rakaman gelagat penyamar-penyamar bawah umur ini yang dilihat tidak berani mendedahkan muka mereka. Jika anda berada di lokasi perhimpunan tempoh hari, anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana perancangan jahat ini dilakukan. Siapa dalang di sebalik agenda fitnah syaitan ini? Rujuk sini [Pemuda Cheras] Ini bukan setakat putar belit berita, namun mereka sudah sampai ke tahap merancang dengan teliti untuk membuat berita fitnah. ReJaM© "Memfitnah tanpa rasa bersalah bagaikan tiada hari akhirat..." |
Indeks Rasuah, Kosmo bodohkan rakyat guna perkataan pelik Posted: 02 Dec 2011 09:02 AM PST AKHBAR Kosmo yang diwujudkan bagi menampung kerugian Utusan Malaysia yang tak laku kerana terlalu banyak cerita bohong dilihat mengikut perangai Utusan Malaysia. Meskipun Kosmo dilihat lebih mirip cara laporannya seperti Harian Metro yang mengutamakan cerita seks dan kontroversi atas dasar keuntungan, dari segi propaganda politik, akhbar itu masih sama dengan Utusan. Terbaru, berita kejatuhan indeks persepsi rasuah Malaysia yang diumumkan oleh Transparency Internasional, TI iaitu sebuah badan dunia yang mengkaji tahap rasuah antarabangsa diputar belit sampai jadi berita sampah. Di bawah ini berita yang dimaksudkan [Kosmo]. Inilah cara media propaganda menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng supaya tak faham berita yang dilaporkan. Beritanya mudah iaitu "Indeks Persepsi Rasuah Malaysia terus merudum" namun bahasa-bahasa pelik digunakan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media jahanam ini berjaya menukar berita negatif jadi berita positif. Tahap rasuah di Malaysia semakin teruk, tapi kosmo putar belit laporkan berita dengan tajuk "CB (Corruption Barometer) di Malaysia bertambah baik". Mereka mahu rakyat fikir ini berita positif. Ini taktik menipu orang kampung, menipu rakyat! Sama seperti perkataan "rasionalisasi subsidi" yang bermakna pemotongan subsidi yang akan menyebabkan barang naik harga. Kalau sebut "pemotongan subsidi" rakyat akan naik darah, akan marah maka mereka cipta perkataan baru untuk mengelirukan rakyat. Supaya rakyat tak faham dan tak jadi marah. Kini perkataan baru dicipta lagi, iaitu "CB di Malaysia bertambah baik" yang bermaksud "rasuah di Malaysia semakin buruk". |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan