Kelab Greenboc |
- Mak Nyah Seksi Di Dungun Kena Cekup
- Faktor "Winnable Candidate" Sukarkan UMNO Menang PRU
- Kes Bayi Dijual RM21,000, Si Comel Dibawa Ke Mahkamah
- Pak Samad Ketuai Protes Bantah Akta Perhimpunan Petang Ini
- SPR Cipta Alasan Baru "Tunggu Fatwa" Untuk Elak Guna Dakwat Kekal
- [Meloyakan] 3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka
- Umno Sebenarnya Yang Menjahanamkan Agenda Melayu
- [Video & Bergambar] Kajang Dilanda Banjir Kilat
- Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300
Mak Nyah Seksi Di Dungun Kena Cekup Posted: 03 Dec 2011 12:00 AM PST Kuala Dungun – Aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang sudah hampir lumpuh kesan operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa kini dilihat mula bercambah kembali. Biarpun bilangannya tidak ramai, namun gejala berkenaan tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita. Apatah lagi, perkara berkenaan bertentangan dengan undang-undang syariah di negeri ini. Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, seorang 'nyah' yang berkeliaran di sekitar bangunan dekat sini. Dia dipercayai sedang menunggu pelanggan dicekup sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah yang sedang membuat rondaan pencegahan. Terserempak dengan van milik Jabatan Agama yang dinaiki pegawai terbabit, 'nyah' yang dikatakan mengenakan skirt pendek paras lutut dan kasut tumit tinggi yang kelihatan seksi bagi individu yang tidak mengenali identitinya itu cuba meloloskan diri nya. Namun, dia berjaya dicekup pegawai penguatkuasa syariah terbabit. Pemuda berumur 31 tahun berasal dari kampung Sungai Buaya itu ketika ditahan dipercayai turut memakai coli wanita. Selain itu, dia turut mengenakan beberapa perhiasan wanita yang lain seperti gincu dan pembayang mata. Lelaki yang cuba bersuara mirip perempuan itu akhirnya dibawa ke pejabat Unit Penguatkuasaaan Syariah Jabatan Agama Dungun untuk diambil keterangan. Sementara itu, barang peribadi miliknya seperti coli dan kasut tumit tinggi yang dipakainya turut dirampas untuk dijadikan barang bukti di mahkamah nanti. Mak nyah yang pernah menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan sama itu akan didakwa mengikut seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan, Sementara itu, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesnya akan disebut 9 Januari 2012 nanti. |
Faktor "Winnable Candidate" Sukarkan UMNO Menang PRU Posted: 02 Dec 2011 10:25 PM PST Calon 'winnable' cetuskan kebimbangan sabotaj Kebimbangan ahli Umno yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon mensabotaj parti menjadi tajuk panas pada perhimpunan agung Umno kali ini. Ia berikutan konsep calon boleh menang atau 'winnable candidate' yang ditimbulkan kali ini yang menandakan kriteria asas tidak lagi akan dijadikan panduan. Daripada ucapan perwakilan, adalah jelas perbalahan bagi menjadi calon pada peringkat bahagian mungkin disabotaj oleh mereka yang tidak dicalonkan dan penyokong mereka adalah satu kebimbangan bagi Umno. Beberapa perwakilan menimbulkan perkara itu dan mahu kepimpinan parti bertindak bagi menyelesaikan masalah itu, termasuk membentuk sebuah jawatankuasa disiplin. "Winnable Candidate - tidak ada masalah kita serah kepada presiden, tetapi Datuk Seri Presiden ambillah iktibar pilihan raya lalu, calon kalah jangan letak kesalahan kepada bahagian "Kenapa kita tidak ambil tindakan, ini lebih dahsyat dari pembangkang, musuh dalam selimut, tubuh jawatankuasa disiplin PRU-13 serta merta," kata wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir. Sesetengah perwakilan berpendapat kekalahan memalukan Umno pada 2008 adalah kerana dikhianiti di kalangan parti sendiri, khususnya di Kedah. Ini jelas kerana undi rosak adalah lebih tinggi daripada majoriti yang diterima oleh Pakatan. Kebanyakan pemerhati politik juga berpendapat bekas perdana menteri dan juga presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengetuai kempen BN pada pilihan raya umum lalu telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Umno dengan menyenaraikan calon-calon pilihannya. -mk Calon Boleh Menang & Setia Jadi Bualan Perwakilan Ulasan GB Pencarian "calon boleh menang" untuk UMNO masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempastikan UMNO tidak tumbang - kriteria "winnable candidate" sepastinya akan meresahkan beberapa pimpinan bahagian yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan seseorang di dalam parti. Ungkapan "calon boleh menang" itu saja sudah cukup untuk membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat, UMNO mempunyai ramai calon yang tak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas pulas mencari calon berwibawa yang boleh diterima rakyat. Di zaman teknologi maklumat hari ini, seseorang calon akan diteropong habis-habisan oleh rakyat. 360 darjah. Sebarang kecacatan akan terdedah. Si perasuah, si penipu, si pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si lembu - adalah mereka yang bakal dan sepatutnya tertolak menjadi calon, sedangkan, maaf cakap, itulah yang ada, malah cukup ramai di dalam UMNO. Jadi, faktor "winnable candidate" cukup meresahkan mereka... siapa yang bersih di dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO pening dan bingung memikirkannya. UMNO menyedari bahawa rakyat tidak lagi buta. Rakyat kini sudah celik dan buka mata. |
Kes Bayi Dijual RM21,000, Si Comel Dibawa Ke Mahkamah Posted: 02 Dec 2011 08:20 PM PST Kuala Lumur: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu. Gambar: UNTUK DICAM...Cif Inspektor Hartisyah Abduhu bersama bayi perempuan berusia setahun di mahkamah, semalam. Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama. Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang. Mahkamah menangguhkan perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain pada 13 hingga 17 Februari tahun depan. -hm |
Pak Samad Ketuai Protes Bantah Akta Perhimpunan Petang Ini Posted: 02 Dec 2011 06:30 PM PST Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC hari ini, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara. Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan. Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun. "Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi. "Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau. Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009. Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos. Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka. Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning. -mk |
SPR Cipta Alasan Baru "Tunggu Fatwa" Untuk Elak Guna Dakwat Kekal Posted: 02 Dec 2011 04:08 PM PST Tunggu fatwa dakwat kekal hanya dalih SPR KUALA LUMPUR, 2 Dis: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh. Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa. "Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang. "Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal. "Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya. Dalam pada itu Saifuddin memberitahu, SPR tidak perlu membangkitkan hal-hal sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan semasa pendengaran awam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC). "Perkara tersebut telah dibincangkan semasa pendengaran awam PSC yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ia tidak perlu timbul sekarang. "Nampaknya SPR tidak bersedia untuk melaksanakannya serta menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil," ujarnya. Tambahnya lagi, desakan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat telah menunjukkan hasil yang baik di mana sewaktu perbahasan laporan awal cadangan PSC di Dewan Rakyat semalam menunjukkan cadangan pertama penambahbaikan pilihanraya adalah penggunaan dakwat kekal. "Persetujuan telah diperolehi dan perbahasan semalam juga telah meluluskan apa yang dicadangkan oleh PSC jadi kena SPR ingin berdolak dalik. "Pakatan Rakyat mendesak agar SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum ketiga belas nanti (PRU13) dan apa yang dibincangkan semasa pendengaran awam PSC, SPR hanya memberitahu memerlukan dua bulan untuk proses tenpahan dan pembelian dakwat kekal. "Pakatan Rakyat berpendapat alasan itu cukup aneh dan tidak boleh diterima pakai," sambungnya lagi. Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah.-HD SPR sedia guna dakwat kekal jika dilulus Majlis Fatwa |
[Meloyakan] 3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka Posted: 02 Dec 2011 02:58 PM PST Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur' Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang. Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan. Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden. Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi. Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang. Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini. "Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu. Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13 Ulasan GB Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur. Buruk betul! |
Umno Sebenarnya Yang Menjahanamkan Agenda Melayu Posted: 02 Dec 2011 07:02 AM PST Seremban: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun. Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain. "Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR. "Banding sahaja tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dengan 54 tahun pemerintahan Umno-BN. Ternyata momentum dan dasar keprihatinan rakyat oleh Pakatan begitu cepat melonjak dan konsisten," kata Mohd Nazree kepada FMT hari ini. Mohd Nazree yang juga merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan berkata Formula "6 Jahanam" Pemuda Umno nampaknya tidak menjawab cabaran AMK apakah Umno-BN berani meminda Perlembagaan agar Perdana Menteri itu dipilih daripada orang Melayu sahaja. "Ini sekadar cabaran AMK kepada Umno kerana Umno sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu Melayu, apakah jawapan mereka? "Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu," ujar beliau. Lalu Mohd Nazree melontar lapan persoalan untuk dijawab dan didebat oleh Khairy nanti: * Siapakah yang menjahanamkan negara dengan rasuah selama 54 tahun? * Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia? * Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi? * Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka? * Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka? * Siapakah yang menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura? * Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit? * Siapakah yang melepaskan telaga minyak yang bernilai puluhan bilion ringgit kepada Brunei? -FMT |
[Video & Bergambar] Kajang Dilanda Banjir Kilat Posted: 02 Dec 2011 05:14 AM PST Kajang: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai. Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan banjir kilat bermula jam 5.30 petang selepas tebing Sungai Langat dan Sungai Semenyih, yang merentasi bandar Kajang, runtuh. Kawasan yang terjejas termasuklah Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kg Sg Kantan dan Jalan Sg Gelok. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008. Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai beberapa minit lalu. |
Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300 Posted: 02 Dec 2011 02:56 AM PST Seberang Jaya: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri. Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat. Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara. Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu. Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu. Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya. Semasa ditemuiada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam. Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun. "Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan