Khamis, 1 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Penipuan Dalam Daftar Pemilih Dikesan Lagi, Nama Lelaki Jantina Perempuan

Posted: 01 Dec 2011 12:33 AM PST

Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,"
katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil. -SH

Lagi dakwaan penipuan dalam daftar pemilih

Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

Khoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil. -mk


Mengapa RUU Perhimpunan Aman 2011 Perlu Dibantah?

Posted: 30 Nov 2011 10:49 PM PST

Memberitahu kebenaran kepada pemerintah yang zalim adalah jenis jihad yang terbaik." -Hadith Nabi.

Makna dan matlamat demokrasi adalah "Kuasa Rakyat". Media yang bebas, dan jaminan hak asasi untuk bersuara adalah antara unsur-unsur penting untuk membolehkan Rakyat meluah pandangan dan pendapat mereka dalam proses pemerintahan sesuatu kerajaan. Tanpa jaminan-jaminan tersebut, Rakyat tidak boleh dianggap berkuasa. Tanpa jaminan hak asasi, demokrasi tidak bermakna.

Jaminan-jaminan tersebut lebih bernilai jika dilihat dari sudut sistem demokrasi berparlimen. Kerana pilihanraya hanya dikendali sekali setiap empat atau lima tahun, jaminan hak untuk bersuara adalah penting untuk memastikan bahawa kehendak dan isu-isu rakyat diiktiraf pada masa antara pilihanraya.

Kebebasan bersuara merangkumi pelbagai aspek dan jenis. Di antara jenis yang pelbagai itu, kebebasan berhimpun ialah kebebasan bersuara yang paling unik dan mampan. Ia visual dan spatial. Suara massa dipamerkan kepada ruang awam secara jasmani dan langsung terutamanya dalam zaman e-media ini. Jika bilangan persertanya ramai, ia satu cara berhubung dengan kuasa, pemerintah dan masyarakat yang berkesan.

Justeru itu, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, yang bertujuan khas untuk mengkongkong hak bersuara dan berhimpun rakyat memang jelas bersifat anti-demokrasi.

Lawyers for Liberty menerangkan rang itu dengan lebih jelas secara berikut:

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertujuan untuk melarang, antara lain, demonstrasi jalanan, perhimpunan secara aman di kawasan-kawasan yang dilarang, dan perhimpunan secara aman yang dianjurkan oleh seseorang di bawah umur 21 tahun. Rang Undang-undang juga mengenakan notis 30 hari diberi kepada pihak polis sebelum perhimpunan yang dirancang. Tafsiran "protes jalanan" dalam Rang Undang-Undang itu pun sebenarnya tidak lain daripada perhimpunan aman.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman pada asasnya mencairkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman tidak boleh dicapai dan oleh itu tidak berperlembagaan.

Rang Undang-Undang ini juga memberi kuasa yang luas kepada pihak polis dalam menangani perhimpunan secara aman di mana seksyen 8 Rang Undang-Undang jelas menyatakan bahawa seorang pegawai polis boleh mengambil "langkah-langkah seperti yang difikirkannya perlu". Seksyen ini agak samar dan terbuka kepada penyalahgunaan.

Satu alasan yang kerap diberi dalam menentang tuntutan hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun ialah seperti berikut, "Kebebasan tidak boleh mutlak dan harus dihadkan. Jikalau tidak masyarakat akan terumbang-ambing akibat pintaan kebebasan dari pelbagai pihak".

Masalah utama alasan itu ialah kebebasan bersuara dan berhimpun bukan sama dengan kebebasan untuk merusuh atau menindas. Hanya rejim yang tidak yakin dengan keadilan dan ketelusan permerintahannya yang gelisah melihat apa jua perhimpunan sebagai ancaman terhadap kestabilan kuasanya.

Dalam demokrasi yang berfungsi, ahli politik bekerja untuk rakyat, bukan rakyat bekerja untuk ahli politik. Ahli politik harus menyediakan, melancarkan dan memudahkan, sebanyak yang boleh dan sebaik mungkin, ruang dan peluang untuk rakyat bersuara.

*Ahmad Fuad Rahmat ialah Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front. -MR

Lulus Akta Perhimpunan: Rakyat perlu tolak Umno-BN – Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 Nov: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, tidak ada jalan lain untuk menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan prinsip perlembagaan, selain rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang kini dikenali Akta Perhimpunan Aman 2011 di dewan rakyat, semalam.

"Nak buat apa lagi? Sekadar memprotes dan yakinkan rakyat bahawa dalam PRU ini mereka perlu tolak Umno-BN yang jelas tidak komited dengan janji mereka sendiri (untuk melakukan perubahan)," kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Mengulangi Akta berkenaan jelas bercanggah dengan semangat perlembagaan, Aziz menyifatkan ia lebih dasyat dari peruntukan Seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun- suatu perkara yang dijamin perlembagaan.

"Ia lebih teruk dari Seksyen 27 Akta Polis tentang (pemberian) permit (berhimpun) itu. Jadi kalau seksyen itu pun disyor supaya dimansuh, kita boleh bayangkan betapa dahsyatnya RUU ini," kata beliau.

Dalam pada itu katanya, terpulang kepada Pakatan Rakyat atau majlis peguam sekiranya mereka mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

"Kalau depa (mereka) nak ke mahkamah tiada masalah, kita tengoklah macam mana mahkamah bersilat," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya diimbas kes-kes yang lalu, mahkamah berkemungkinan memutuskan ia terletak di bawah kuasa parlimen dan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Dan mahkamah akan kata kalau tak suka undang-undang itu, medan penyelesaiannya ialah politik, bukan mahkamah atau undang-undang," kata Aziz. -KD



"Projek IC": Tidak Wajar Pilihanraya Diadakan Sebelum Daftar Pemilih Dibersihkan

Posted: 30 Nov 2011 08:41 PM PST

PSC cadangkan S'jaya Diraja siasat 'Projek IC'

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.

Dalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.

"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

Semasa inkuiri awam PSC, selama dua hari di Kota Kinabalu bermula 25 November lalu, kecuali Umno, semua wakil-wakil parti komponen BN dan pembangkang mendesak supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.

Laporan awal itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pengesahan semua nama-nama dalam daftar pemilih di Sabah.

Bagi daftar pemilih yang lain, jawatankuasa itu mencadangkan supaya SPR melantik Mimos Berhad, sebuah agensi teknologi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalankan audit dengan terma-terma rujukan berikut:

# Dua orang dengan nombor kad pengenalan yang samaPengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih dalam daftar pemilih

# Pengundi berumur 90 dan ke atas

# Pengundi bukan tempatan

# Bilangan besar pengundi di alamat yang sama

# Pengundi yang telah hilang kelayakan untuk mengundi -mk

Ulasan GB

Jika demikian penemuan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), maka adalah TIDAK WAJAR samasekali diadakan pilihanraya umum sebelum daftar pemilih dibersihkan.

Pengkhianatan JPN & SPR perlu disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Siasatan, bukan sahaja menyiasat Projek IC untuk membersihkan daftar pemilih tetapi juga menyiasat penyelewengan dan salahlaku JPN dan SPR berkenaan serta mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi

Posted: 30 Nov 2011 06:33 PM PST

KPergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.

Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.

Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.

Gambar: BEBERAPA pekerja pilihan raya parlimen mengira undi di Luxor, Mesir kelmarin.

"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922.

Ikhwanul Muslimun pertahan Artikel 2 Perlembagaan Mesir

Perkembangan politik dan sosial yang berlaku di bumi Mesir sangat mengujakan. Setelah sekian lama Ikhwan diharamkan dan Regim Hosni Mubarak tidak meluluskan permohonan Ikhwanul Muslimun (IM) untuk menubuhkan sebuah parti politik telah berubah pasca revolusi. Kebebasan IM untuk bergerak dan kelulusan Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwan kini membantu mencorakkan suasana baru bagi umat Islam di Mesir. Bahkan kumpulan Salafi yang dulunya tidak mahu melibatkan diri dalam politik pun turut terlibat dalam unjuk rasa dan penglibatan politik demokrasi.

Ikhwan mewajibkan seluruh anggotanya menjadi ahli kepada parti baru mereka namun parti Kebebasan dan Keadilan adalah parti terbuka untuk semua rakyat Mesir walaupun beragama bukan Islam. Parti baru ini tidak dikawal melalui arahan IM Mesir secara terus namun semua pimpinan parti ini adalah daripada pimpinan utama Ikhwan dan menjayakan agenda Ikhwan dengan kuasa pentadbiran yang independan. Parti ini terus menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti dalam article 2 ( Constitutional Declaration 2011) "Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation. "

Keperihatinan Ikhwan menyokong dan mempertahankan dasar Islam di dalam perlembagaan yang diproklamasikan oleh Majlis Tentera adalah bertepatan dengan dasar-dasar Islam yang diperjuangkan Ikhwan. Meskipun parti mereka Hizbu Hurriyah wal Adalah adalah parti yang diasaskan mengikut kehendak perlembagaan yang melarang wujud parti basis agama dan bangsa, mereka tetap menjaga dan memelihara dasar dan perjuangan Ikhwan. Sudah tentu ini menggambarkan kebijaksanaan dan pemeliharaan prinsip teras yang wajar sentiasa dipelihara.

Setiausaha Agungnya Dr. Mohamed Saad Katatni, (Secretary-General of the Freedom and Justice Party (FJP) menjelaskannya kepada wartawan Al-Jazeera malam tadi.

Pendirian bijak Ikhwan ini hendaklah menjadi input dan pengajaran kepada parti-parti baru yang ingin menubuhkan usaha politik di negeri masing-masing. Meskipun adanya anggota pengasasnya terdiri dari Coptic Kristian dan Wanita namun semua mereka telah menerima dasar-dasar Islam di dalam parti dan juga menjunjung Artikel 2 yang menjadikan Islam sebagai agama bagi negara dan bahasa arab sebagai bahasa resmi. Prinsip undang-undang Syariah adalah sumber utama Legislasi.

Gerakan Islam yang ingin mengambil kesempatan ruang politik janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Rakyat bukanlah penentu kebenaran, namun Islam lah asas dan dasar yang harus dipertahankan sesuai dengan perjuangan Nabi-nabi dan rasul yang seringkali mendapat bantahan kaum mereka. Sikap mencairkan prinsip atas nama demokrasi dan kebebasan bukan hanya bertentang dengan prinsip akidah namun akan mengheret gerakan Islam ke kancah perpecahan ummah.

Ketika ditanya oleh wartawan Jazeera apa bezanya Parti Hurriyah wal Adalah @ FJP berbanding dengan Parti AKP di Turki, SU Agung Parti menjelaskan bahawa keadaan politik yang berperlembagaan sekular di Turki sejak dulu lagi adalah berbeza dengan Mesir yang menjadikan Islam sebagai agama negara. Sesungguhnya ini adalah jawapan yang sangat tepat. Waqik atau realiti Turky bukan menjadi asas pendekatan yang sama. Parti AKP yang cenderung kepada Islam bertindak dalam kerangka perlembagaan Turki yang sekular manakala Parti FJP (Parti IM) bergerak dalam kerangka perlembagaan Mesir yang menjadikan Islam agama negara sudah tentu punya ruang yang lebih luas dan Islamik.

Di Libya, Majlis Peralihan (NTC) juga mengambil pendekatan ini. Morocco yang baru menerima kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan mungkin akan mengambil pendekatan yang sama. Mereka yang menggunakan sistem propotional representation perlu bekerjasama dengan parti-parti lain yang memenangi pilihanraya baru-baru ini.

Ada maklumat mengatakan mereka akan bekerjasama dengan parti politik yang cenderung menyokong Raja Morocco yang telahpun mengurangkan sedikit kuasa mutlaknya kepada kuasa rakyat bagi mengelakkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman raja-raja yang memerintah sebelum ini.

Perubahan lanskap politik Mesir telah membuka peluang kepada kumpulan Islam. Namun dalam masa yang sama juga membuka peluang kepada golongan liberal dan sosialis. Ianya juga membuka ruang kepada gerakan hak asasi manusia melalui pemuda-pemuda Mesir yang condong kepada Barat. Jesteru apapun yang telah berlaku memberi ruang yang luas kepada demokrasi yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Peristiwa seorang gadis muda Mesir yang mendedahkan seluruh tubuhnya di dalam Face Book mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Mesir yang masih mempertahankan jati diri masyarakat Timur. Walaupun begitu wanita-wanita Israel dengan bangganya menubuhkan fan group dan menyokong gadis Alia El-Mahdy ini sebagai tanda sokongan kepada sekularisasi dan liberalnya atas nama kebebasan mutlak individu.

Sejak kebangkitan rakyat yang disokong oleh Majlis tentera keadaan politik masih belum stabil. Setelah 10 bulan selepas tamatnya Regim Hosni Mubarak, seramai 50 juta pengundi akan memilih wakil mereka di parlimen. Dimaklumkan 50 buah parti terlibat dalam Pilihanraya pertama kali ini. Meskipun demikian Pilihanraya di Mesir semalam telah mendapat sokongan luar biasa rakyat. Peratus keluar mengundi meningkat walaupun ada sesetengah tempat mengundi menghadapi krisis pengurusan pilihanraya. Namun golongan wanita antara yang awal keluar mengundi.

Proses peralihan dari kerajaan tentera yang sifatnya sementara kepada kerajaan awam adalah hasrat rakyat yang telah melakukan revolusi tempohari. Namun adanya usaha melewat-lewatkan proses ini serta wujudnya anasir luar dan asing yang mahu menghuru harakan keadaan, melakukan demonstrasi tidak terkawal, membakar bangunan kerajaan, serta mewujudkan rasa tidak tenteram hubungan antara Islam dan Kristian dicetuskan oleh golongan yang mahukan kerajaan Tentera terus berkuasa atau mahukan kerajaan yang wujud selepas ini semaklin liberal dan condong kepada Barat.

Sekarang terpulanglah kepada rakyat Mesir untuk menentukan destini mereka. Semoga Islam yang sudah sekian lama mendarah daging dalam jantung umat dan pendekatan bijak Ikhwan sejak sekian lama serta perpaduan umat Islam di Mesir memungkinkan rakyat memilih kepimpinan dari kalangan mereka yang memperjuangkan Islam dan memungkinkan kemenangan besar parti-parti yang cenderung kepada Islam. Dari kajian yang dibuat 40% rakyat akan memilih Parti politik dari IM.

Akhirnya dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam itulah pra syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Serangan pemikiran dan perubahan yang di dokong kepentingan Barat akan terus berusaha melebarkan pengaruh mereka di kalangan generasi muda. Tanpa adanya ketahanan dan keteguhan iman generasi muda akan hanyut diganyang idea-idea Barat dan faham liberalisme serta libertarianisme yang menjadikan hak individu sebagai satu yang sacred dan suci tanpa adanya pengaruh agama di dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT memberi taufik dan inayah serta kejayaan bagi umat Islam di Mesir mengharung hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan yang didasari agama Islam serta kebaikan ekonomi dan pendidikan bagi Rakyat Mesir. -HD


Ulasan GB

Sepertimana di Tunisia, penggunaan dakwat kekal telah memenangkan parti Islam di sana, begitu juga nampaknya di Mesir. Lihat video di bawah ini:





Isu Lembu NFC: Lagi Dielak, Lagi Banyak Terselak

Posted: 30 Nov 2011 04:45 PM PST

Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah Oleh Mohd Rafizi Ramli

Memandangkan Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil (gambar bawah) menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman
http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.



PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti

PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat "memberitahu siapa yang pergi bercuti."

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

"Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?" kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman.

"Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Saifuddin (gambar) uga berkata, PKR bertegas bahawa proses anugerah projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.

"Ini telah menjadi penyakit dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.

"Oleh itu, PKR mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha," katanya.

Merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan NFC kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul, kata Saifuddin:

"Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri."

Katanya, mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Shahrizat yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, PKR pada hari ini mendedahkan bahawa idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputera.

"Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi dan kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan.

"Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan kerajaan negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas," katanya lagi.

Kata beliau, syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Profesor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University.

"Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artifisial 'insemination' menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu.

"Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC," katanya lagi.

Malah menurut beliau, syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Mardi dan hampir menandatangani memorandum persefahaman.

"Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan Negeri Sembilan.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputera ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan," kata beliau lagi. -TMI


Ulasan GB

Bengong punya Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Hukum kebenaran nak dilawannya. No way. Truth is mighty and will prevail, and the guilty will be punished. Stupid fellas.

[Video] Universiti Boston Sediakan Tempat Wudhu Untuk Mahasiswanya

Posted: 30 Nov 2011 02:00 PM PST

Jumlah umat Islam yang semakin meningkat menjadikan kemudahan untuk beribadah menjadi sangat penting. Universiti Boston kini telah memulakan satu langkah penting dengan membuatkan tempat wudhu bagi mahasiswanya yang hendak melakukan solat.

Di pusat 'Bahasa Inggeris dan Orientasi' di kampus itu, ramai mahasiswa yang memeluk agama Islam. "Kita melakukan solat lima kali sehari dan sebelum solat perlu berwudhu dulu," kata salah satu mahasiswa, Reeema Alashgar, seperti dikutip The Boston Channel.

Sebelum dibangunkan tempat wudhu, mereka biasanya wudhu di toilet atau westafel. "Berwudhu di kamar mandi cukup membuat kamar mandi menjadi 'banjir'," kata pengarah Margot Veldivia.

Jadi ketika kamar mandi sedang diperbaiki, pihak kampus sekaligus memasang tempat wudhu. Langkah ini ditanggapi positif oleh para mahasiswa. Mereka tidak meminta, namun pihak kampus dengan sendirinya memahami hal itu. Di Universiti Boston juga telah disediakan ruang khusus untuk solat.

"Saya sangat senang. Sebelumnya, kami berwudhu di westafel," kata Omar Biyari, mahasiswa yang juga kuliah di situ.

Sejumlah universiti termasuk Universiti Michigan dan Universitas George Washington juga telah menyediakan kemudahan kampusnya dengan tempat wudhu. Beberapa tempat wudhu di negara bagian di Amerika banyak yang dibangunkan menggunakan dana publik. Masyarakat umum tidak menjadikan hal tersebut sebagai satu masalah

Walaupun itu dikhususkan untuk agama tertentu, pada dasarnya semua itu adalah kemudahan umum sehingga boleh digunakan oleh semua orang. Namun sayang, bekas calon Presiden Mike Huckabee memberikan komen secara negatif tentang pembangunan tempat wudhu ini. Menurutnya, langkah itu sebagai salah satu usaha 'mengakomodasi' agama tertentu dengan mengorbankan agama lain.



Muhyiddin Memalukan Dirinya Sendiri Sebagai TPM & Tim Presiden UMNO - Salehuddin

Posted: 30 Nov 2011 07:40 AM PST

Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.

DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.

PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.

Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.

"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.

"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya. -HD

Salahuddin: Muhyiddin buktikan Umno memang tak jujur, PAS di landasan betul

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Serangan terbuka tidak berasas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PAS malam tadi membuktikan parti Islam itu berada di landasan betul apabila selama ini menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik, kata Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PAS ini menegaskan, kenyataan orang nombor dua Umno dan Barisan Nasional (BN) itu dengan sendirinya menggambarkan mereka tidak jujur dalam pelawaan dan ajakan berkali-kali selama ini, kecuali mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.

"Ya, ya. Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PAS memang dari "hari pertama penubuhan, lebih 50 tahun lalu tidak percaya pada Umno."

"PAS tidak akan tertipu dan terpedaya dengan tindakan-tindakan Umno," katanya dengan merujuk kepada keputusan PAS sejak tiga tahun secara konsisten menolak pelawaan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Sebaliknya PAS mahu kekal bersama Pakatan Rakyat.

Idea kerajaan perpaduan muncul selepas Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kerajaan lima negeri jatuh ke tangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita malam tadi, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri berkata, PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan "Umno tiada galang-ganti."

Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).

"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.

"Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja," kata Muhyiddin.

Muhyiddin mendakwa "DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?"

Sehubungan itu kata Muhyiddin, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.

"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," kata beliau.

Ekoran hujah dan ucapan menyerang tanpa asas itu, Salahuddin seterusnya menegaskan, beliau kini sudah hilang hormat ke atas Muhyiddin selaku orang nombor dua kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Apabila saya mendengar ucapan berpeluh Muhyddin ini (malam tadi), saya sudah hilang hormat ke atas beliau sebagai seorang pemimpin, timbalan perdana menteri dan dikatakan bakal perdana menteri. Beliau tidak layak. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin nombor dua parti, beliau seharusnya menyampaikan gagasan yang lebih besar, bukan menggunakan poin-poin yang digunakan semalam," katanya lagi. -TMI



Ulasan GB

GB sudah ulas ucapan Muhyiddin tersebut semalam. Ia laksana seekor serigala yang gagal untuk memetik buah anggur lantas menyatakan anggur itu masam.

Apabila melihat gelagat Muhyiddin di atas, teringat kita tentang cerita zaman kanak-kanak dahulu tentang serigala dan anggur masam.

Sang serigala yang sangat kepingin memakan buah anggur telah terkial-kial melompat untuk mendapatkan buah anggur yang terlekat di atas pokok anggur tersebut.

Meskipun beberapa kali serigala malang itu cuba mendapatkan buah anggur tersebut tetapi usahanya gagal kerana lompatannya tidak cukup tinggi untuk mencapai anggur tersebut.

Akhirnya serigala malang tersebut dengan perasaan hampa berlalu pergi daripada pohon anggur tersebut sambil mengeluh saya bukan nak sangat makan anggur tersebut sebab anggur itu masam rasanya.

Anekdot di atas menjelaskan sikap Muhyiddin dan UMNO, tak dapat pikat PAS, berkatalah dia macam-macam mengenai PAS...



Shahrizat Perlembukan Perwakilan, Guna Kes Liwat Anwar Alih Skandal NFC

Posted: 30 Nov 2011 06:00 AM PST

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Sekali lagi hari ini, Shahrizat mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.

Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

"Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?" kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. "Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan," katanya lagi.

"Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa," katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama "gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak."

"Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan," katanya lagi.

"Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi," tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

"Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia," tegasnya.

Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.

"Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara," tegas beliau lagi. -TMI


Skandal NFC: Shahrizat jangan emosi, tapi jawab isu – Zuraida

KUALA LUMPUR 30 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menasihati Datuk Seri Shahrizat Jalil agar jangan emosi berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Ketua Wanita Umno itu perlu menjawab segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu

"Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan.

"Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu diminta mengulas kenyataan penuh emosi Shahrizat dalam perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya KEADILAN tidak memainkan isu berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida sekali lagi menegaskan bahawa NFC memperoleh kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan ketika Shahrizat menjadi menteri kabinet, yang menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

"Dari awal kita tegaskan, ini bukan isu peribadi, tapi isunya ialah syarikat keluarga kamu memperolehi tender dengan kamu ketika itu sebagai seorang menteri.

"Kalau dari awal kamu tahu projek itu bakal diserah kepada keluarga, sepatutnya kamu orang pertama menolak kerana berlakunya 'conflict of interest' ," tegasnya.

NFC diluluskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain kegagalan NFC mencapai sasaran penternakan dan memenuhi pasaran daging tempatan, jutaan ringgit dana itu diseleweng syarikat tersebut untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Malah, suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC mengakui syarikat itu membeli dua unit kondominum bernilai RM13.8 juta.

Sementara itu, KEADILAN akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab serangan pimpinan Umno berhubung isu itu di lobi parlimen petang ini.

Selain itu, beberapa pendedahan baru dijangka akan dibuat untuk membuktikan berlaku penyelewengan di peringkat tertinggi Umno dalam skandal berkenaan. -KD


Ulasan GB

Isu lembu tak nak jawab, tapi cuba alih ke topik lain. Mudah sangat taktiknya cuba melarikan diri dari isu lembu NFC.

Dia ingat dia boleh melembukan rakyat seperti dia telah melembukan sekalian pemimpin UMNO dan para pengikutnya?

Lagi dipertahankan lembu-lembu di dalam UMNO, lagi cepat UMNO akan ditolak oleh rakyat.

Khairy, Ketua Pemuda UMNO, kenapa agaknya beliau beriya-iya pertahankan Shahrizat dan projek lembu berkenaan?

Semua orang tahu NFC diluluskan semasa bapa mertua Khairy, Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM dan Khairy ada di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri!

Dan PAC mendedahkan Wang peruntukan untuk projek NFC habis dikeluarkan baru tandatangan perjanjian! Ini yang memusykilkan dan perlukan siasatan ke akar umbi:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca:




[Video] Pemuda PAS Perak Ikrar Tumbangkan BN

Posted: 30 Nov 2011 03:24 AM PST

Beri mandat kepada Nizar

PARIT BUNTAR – Pemuda Pas Negeri menetapkan pendirian mereka dengan mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ke-12 apabila mendapat mandat dari rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengisytiharan tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda Pas Perak (Hempap) di Parit Buntar kelmarin.

Katanya, Pemuda Pas akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau 'digulingkan' dalam tragedi 'rampasan kuasa' Kerajaan PR Perak.

"Kami seluruh Pemuda Negeri bersatu hati akan bekerja keras dalam PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Mohammad Nizar untuk mengetuai kerajaan PR Perak," katanya yang berucap di hadapan ribuan hadirin.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Negeri, Zawawi Hassan berkata, pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU13.

Menurutnya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.

"Jentera pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini.

"Tragedi 'rampasan kuasa' kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami sudah lupa," katanya.

Pada program Hempap, lebih 7,000 pemuda daripada seluruh pelosok negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesepakatan pemuda.

Hadir sama pada program Hempap itu adalah Ketua Pas Pusat, Nasruddin Hasan; AJK Pas Pusat, Idris Ahmad; Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussien dan saf kepemimpinan Pemuda Pas Pusat.

Himpunan tersebut bertemakan tuntutan Bersih dengan slogan 'Semarakkan Gelombang Kuning'.

Tema tersebut dipilih untuk meneruskan momentum gelombang kebangkitan rakyat dalam tuntutan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihan raya adil dan telus.

Pemuda Pas Negeri bersedia untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 selepas menerima arahan pimpinan kelak. -SH



Tiada ulasan: