Rabu, 14 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


15 siswa ditahan di KL Sentral

Posted: 14 Dec 2011 04:54 AM PST


Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 06Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka. Polis kemudian mula bertindak dan menangkap mereka.

15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.

Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.

student flashmob at kl central 141211 07Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'.

Ketua polis daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi mereka dua minit untuk menyampaikan mesej dan kemudiannya mengarahkan mahasiswa berkenaan supaya bersurai.

Pelajar pada mulanya hanya mendiamkan diri dan mengikuti Mohd Safwan yang secara tiba-tiba bergerak ke arah orang ramai.

Polis bertindakbalas dan dalam pergelutan kecil itu, sepanduk dan poster pelajar dirampas dan sebahagian daripada mereka ditangkap.

Wan Bari kemudian mengarahkan anggotanya membawa Black Maria. Tetapi tidak pasti sama ada mereka yang ditangkap itu dibawa ke tempat lain.

Adalah dipercayai mahasiswa itu mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.



Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes itu.


MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Parti goyang Tekno Batam di Melaka

Posted: 13 Dec 2011 10:00 PM PST


SEBAHAGIAN daripada 28 remaja menunggu untuk menjalani ujian air kencing selepas ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, Melaka semalam.

MELAKA – Muslihat licik sekumpulan 28 anak muda yang menempah sebuah bilik karaoke kononnya untuk menyambut hari lahir seseorang terbongkar apabila mereka didapati menukarkan 'majlis' itu kepada parti menghisap dadah beramai-ramai semalam.

Perbuatan tidak berakhlak remaja berusia di antara 13 dan 29 tahun tersebut terbongkar apabila parti liar di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini diserbu pada pukul 2.45 pagi. Mereka mula masuk ke situ kira-kira dua jam sebelum serbuan.

Ketika serbuan kesemuanya sedang asyik menggoyangkan kepala masing-masing mengikut rentak irama muzik Tekno Batam.

Polis yang menyertai serbuan Ops Pusat Hiburan itu turut terperanjat apabila bukan sahaja menemui pelbagai jenis dadah seperti syabu, ekstasi dan eramin 5 malah terdapat sebuah dulang yang dipenuhi serbuk ketamin dipercayai diambil melalui hidung oleh pengunjung.

Kesemua dadah itu ditemui di atas lantai bilik dan di dalam beg tangan pengunjung selepas pemeriksaan rapi dilakukan.

Serbuan itu turut menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bersama ibunya berusia 29 tahun yang merupakan pelayan premis termasuk enam remaja bawah umur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman memberitahu, pihaknya menyerbu dua buah bilik di premis itu.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NGO desak Taib dan keluarga ditangkap

Posted: 13 Dec 2011 07:00 PM PST


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.
Mereka mengemukakan surat kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia..

penangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia

Posted: 13 Dec 2011 03:43 PM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk 'Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?'

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk  Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: