Rabu, 14 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isteri Orang Ditangkap KHALWAT

Posted: 14 Dec 2011 04:11 AM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[SH] AMPANG - Akibat rumah tangga sedang retak, seorang isteri sanggup memenuhi ke­inginan nafsunya bersama lelaki lain.

Tindakan jijik mereka itu tidak bertahan lama apabila dihidu pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Pegawai masjid itu, Ahmad Nawi Osman berkata, dalam serbuan jam 3 pagi semalam, mereka dapati wanita berkenaan, berpakaian baju tidur, bersekedudukan dengan lelaki terbabit dalam rumah di Taman Kencana, dekat sini.

"Ketika kehadiran penguat kuasa, lelaki berkenaan yang hanya berseluar panjang, cuba meloloskan diri melalui pintu belakang, tetapi ditangkap sewaktu memanjat pagar di rumah teres itu," katanya.

"Wanita itu warga Indo­nesia dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya warga Myanmar bukan Islam dan bujang. Mereka bekerja kilang," katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.


P/s:  Air dah naik ke kepala! Tidak kira halal atau haram, dosa atau pahala, Islam atau bukan Islam!


Lim Guan Eng MENANG Kes Saman terhadap Utusan Malaysia

Posted: 14 Dec 2011 01:45 AM PST



P/s: Tak salah kalau saya kata, akhbar yang paling kerap kena SAMAN dan KELUAR DUIT bayar saman ialah Utusan Malaysia. Sepatutnya, Malaysia Book of Record memasukkan nama akhbar ini ke dalam kategori akhbar paling kerap kena saman di Malaysia.

Kah kah kah!

 

Anak Siapa Kantoi "BEROMEN" di dalam Relung Air?

Posted: 14 Dec 2011 12:09 AM PST


Saya petik:

[SH] LUNAS - Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14 dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam. 
 
Pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.
 
"Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.
 
"Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu," katanya.
 
Dalam pada itu, pengurus terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.
 
Difahamkan pihak PPKM menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.
 
Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.
 
"Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.
 
"Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka," katanya.
 
Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.
 
 
P/s: Parah!!! 
Remaja Malaysia berlumba-lumba "memecahkan" teruna dan dara sebelum usia 18 tahun!

Utusan Sindir/Hantar Mesej kepada Sharizat Agar Berundur????

Posted: 13 Dec 2011 11:12 PM PST


Saya petik:

[MK] Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit'.

"Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'.

"Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya.

Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya.

Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

"Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan.

"Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan,"
tulisnya.

Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya.
P/s: Tak faham-faham lagi!

Pilihan pembaca TIME's 2011 Person of the Year ialah...

Posted: 13 Dec 2011 10:50 PM PST

Recep Tayyip Erdogan



Cerita lanjut, anda baca di sini.


Musa Hassan LAPOR Polis 3 Blog Pro-Pakatan Didakwa Menfitnahnya

Posted: 13 Dec 2011 09:00 PM PST


Saya petik:

[UM] KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.



P/s:  Berdasarkan pembacaan, kebanyakan blog yang menyiarkan isu ini meletakkan tajuk berunsur PERTANYAAN, bukan menuduh atau memfitnah (tidak pasti jika ada yang memfitnah). Masing-masing mahu mencari kepastian tentang khabar angin yang mengaitkan bekas KPN ini dengan artis itu. Rasa-rasanya memadailah jika bekas KPN ini menafikan dirinya berkahwin dengan artis itu dan meminta pihak yang menyiarkan cerita itu menarik semula laporan mereka.

Jika benar bekas KPN ini mahu membersihkan namanya (bukan isu kahwin artis), ada baiknya dia meneliti kandungan blog seperti Malaysia Today yang mengaitkannya dengan isu yang lebih berat. 

Saya ada terbaca permohonan maaf blog AbuShahid di sini.




Laman Lawak Antarabangsa PERLEKEH Hajah Rosmah

Posted: 13 Dec 2011 07:44 PM PST


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 14 Dis: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.

Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 2,275 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.

Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran,  Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.

Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.

"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.



P/s: Jarang-jarang isteri PM atau Presiden sesebuah negara dipelekeh oleh laman antarabangsa selain isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Imelda Marcos disindir dan dicemuh kerana kegilaannya mengumpul kasut dan aksesori yang lain. Jangan pula nanti isteri PM kita dicemuh oleh masyarakat antarabangsa kerana kemaruk mengumpul beg tangan mewah. Moga-moga isteri PM kita tidak diletak setaraf dengan Imelda Marcos!




Budak 14 Tahun Diumpan ke Hotel Jadi Habuan Seks 2 Lelaki

Posted: 13 Dec 2011 06:06 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] GOMBAK: Kawan makan kawan. Itu perumpamaan sesuai apabila seorang remaja perempuan diumpan rakannya ke sebuah hotel di Batu Caves, di sini, sebelum dijadikan habuan seks dua lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, remaja berusia 14 tahun itu bersama rakan perempuannya berusia 20-an, dihubungi seorang lelaki yang mengajak mereka berjumpa di hotel itu untuk melepak bersama.

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki rancangan jahat rakannya yang ingin melacurkan dirinya kepada dua lelaki berusia 20-an terbabit bersetuju mengikutinya dengan menaiki kereta rakannya.

"Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, rakannya mengadu kononnya pening dan ingin berehat sebentar di dalam kereta. 

"Dia menyuruh mangsa berjumpa lelaki terbabit yang sedang menunggu mereka di tingkat satu hotel berkenaan," katanya.  


P/s: Cari penyakit!


Giliran Syed Ali AlHabshee BIDAS Projek Lembu NFC

Posted: 13 Dec 2011 05:08 PM PST

Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan Umno, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan UMNO dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

Katanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan UMNO, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana UMNO tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata UMNO bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya.

Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan. Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun.


P/s: Selepas Che Det bersuara semakin banyak pula pemimpin UMCO bersuara.  Saya respek Bung Mokhtar kerana beliau orang pertama membidas NFC secara terbuka. Yang lain ini berani bersuara selepas Che Det bersuara.
Suruh Shahrizat dan suaminya menjelaskan isu yang timbul? Nak jelas apa lagi, kalau perkara yang diperkatakan itu betul! 

Kah kah kah.


[Video] Fizo Dakwa Dianiaya Kenalan Jadi Penjamin Hutang RM2.5 Juta

Posted: 13 Dec 2011 04:27 PM PST

Saya petik:

KESAL...Fizo (kanan) bersama Khairul Anwar di pejabat SukaGuam, semalam.
 
[HM] KUALA LUMPUR: "Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa," kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.


"Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

"Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.



P/s: Dalam kes macam ini, adik-beradik pun boleh "menganiaya" kita.


Tiada ulasan: