Biaqpila |
- 3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka
- Bangga Buah Dada Ditandatangani David Beckham
- Kisah Nabi Musa A.S Dengan Seekor Burung Helang
3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka Posted: 02 Dec 2011 02:00 PM PST Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur' Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang. Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan. Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden. Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi. Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang. Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini. “Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu. Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13 KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ketiga-tiga Naib Presiden Umno Khamis menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Khamis. Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang. Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian. "Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri." Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. -Bernama Ulasan GB Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur. Buruk betul! greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bangga Buah Dada Ditandatangani David Beckham Posted: 01 Dec 2011 11:25 PM PST KUALA LUMPUR – Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat. Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini. Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia. Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 1-0. Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana. Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka. "Mmmmm, memalukan..," kata Olivia. Giring pula 'memuji' Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti. "Syahrini is a good singer.. And she know's how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk," katanya. Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN mynewshub KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kisah Nabi Musa A.S Dengan Seekor Burung Helang Posted: 01 Dec 2011 08:00 PM PST Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s. Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini". Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?" Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku." Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku." Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya." Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku." Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti." Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian." Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya. Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?" Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak." Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga: Sabar terhadap bencana. Sabar berlaku taat. Sabar menjauhi perbuatan derhaka. Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi. Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh. Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan