DUNIACACAMARBA |
- [Video] Banjir BESAR di Kajang
- Pak Samad Ketuai Protes RUU Aman 2011 di KLCC Esok (3/12/11)
- Wanita Terencat Akal Jadi Mangsa Rogol Warga Emas
[Video] Banjir BESAR di Kajang Posted: 02 Dec 2011 04:25 AM PST Video: P/s: Media melaporkan ratusan kenderaan ditenggelami air. Hujan lebat yang turun sekitar jam 3.00-4.00 petang menyebabkan banjir kilat yang membanjiri kawasan yang terjejas. Suasana di situ tidak ubah seperti sedang dilanda tsunami. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Air juga dilaporkan sudah beransur surut. |
Pak Samad Ketuai Protes RUU Aman 2011 di KLCC Esok (3/12/11) Posted: 02 Dec 2011 02:50 AM PST Saya petik: [MK] Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara. Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan. Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun. "Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi. "Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau. Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009. Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos. Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka. Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning. |
Wanita Terencat Akal Jadi Mangsa Rogol Warga Emas Posted: 02 Dec 2011 12:45 AM PST Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR - Baik ada makna. Itu gambaran yang sesuai apabila seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun berpura-pura berhubungan baik dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lebih setahun lalu mengambil kesempatan merogol mangsa. Perbuatan warga emas yang tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun disahkan hamil enam minggu setelah mangsa menjalani pemeriksaan pada 26 November lalu. Ibu mangsa yang dikenali Chia, 51, berkata, pada mulanya dia tidak tahu siapa yang merogol anaknya itu namun kejadian dua hari selepas anaknya disahkan hamil membongkar pelaku yang bertanggungjawab. Menurutnya, pada 29 November, anaknya sekali lagi nyaris menjadi mangsa perbuatan warga emas tersebut, namun anaknya enggan dan memaklumkan apa yang berlaku kepadanya sebelum warga emas itu berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak berkuasa. "Saya tergerak hati untuk membawanya ke klinik dan menjalani pemeriksaan dan akhirnya dia disahkan hamil enam minggu. "Daripada apa yang dimaklumkan anak saya, sudah banyak kali dia dirogol," katanya pada sidang media bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), di menara PGRM, Cheras, di sini semalam. Hadir sama, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam PGRM, Wilson Lau dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru. Chia berkata, berdasarkan apa yang diceritakan anaknya kejadian rogol itu dilakukan di tangki air tingkat 18 di rumahnya di Taman Mutiara Fadason Jinjang Utara. Katanya, terdapat juga jiran yang pernah melihat warga emas yang bekerja di tapak binaan berdekatan kawasan rumahnya itu membawa anaknya naik ke tingkat atas. "Apabila saya beritahu anak saya yang dia kini hamil dan akan mempunyai bayi, dia hanya ketawa (kerana tidak mengerti apa-apa)," katanya. Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan namun maklum akan hubungan baik lelaki itu terhadap anaknya. "Anak saya mengalami deman panas ketika berusia empat tahun menyebabkannya terencat akal dan pada umur 18 tahun, dia mengalami kemalangan dan menyebabkan kecacatan kekal pada kaki kirinya," katanya. Pada masa sama Wilson berkata, mangsa rogol berkenaan kini ditempatkan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan sebarang tindakan susulan terhadap OKU berkenaan bergantung kepada nasihat doktor. "Untuk kes ini, ibu mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa sukar untuk mangsa memperoleh keadilan walaupun boleh sabit kesalahan dengan kes rogol, namun disebabkan ia melibatkan mangsa OKU, sukar untuk memperoleh kemenangan di mahkamah," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan