Isnin, 12 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


mb tak dapat habuan:boleh percayakah?

Posted: 12 Dec 2011 07:00 AM PST

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

bukit komon gold mine 020306 adnan pc"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang  yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya penduduk di Kuantan.

Adnan berkata tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak "berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.
Politik sempit

Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu.

"Tak eloklah dedah semua, dedah sedikit-sedikit baru seronok," kata beliau.

azlanPada sesi penggulungan itu, Adnan turut menangkis tohmahan berhubung pembinaan kilang berkenaan yang disifatkan beliau sebagai pembohongan demi kepentingan politik sempit.

Beliau berkata soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi itu dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Katanya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat.

"Malangnya, ianya masih diputar belitkan oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," kata Adnan.

- Bernama

SAIFUL DAN B TUNANGNYA AKAN DIPANGGIL?

Posted: 12 Dec 2011 07:00 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diminta menangguhkan keputusan dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan dipanggil semula sebagai saksi.

NONEMenurut peguambela utama, Karpal Singh, tindakan itu bagi menjawab dakwaan tentang hubungan kedua-dua mereka yang perlu dilakukan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan keputusan yang adil.

"Mahkamah ini perlu ditangguhkan untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini," kata Karpal.

Karpal berkata Mohd Saiful dan Farah Azlina perlu dipanggil semula kerana sehingga kini kedua-dua mereka belum menafikan hubungan mereka.

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," kata Karpal.

Mengulas lanjut, katanya, hubungan mereka dilihat mempunyai potensi bagi membolehkan Saiful mendapatkan akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, dakwanya, Saiful mungkin mengubah keterangan sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan.

NONESelain itu, hujah Karpal, saksi pembelaan, pakar ortopaedik, Dr Thomas Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah mustahil bagi Anwar melakukan aksi seks seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful kerana  masalah tulang belakang ketua pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pembelaan dalam kes liwat yang dihadapi Anwar di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung esok

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur

Posted: 11 Dec 2011 10:00 PM PST

Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan  naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

Justeru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

azlanSebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah  ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Hasan Ali jamin terus kerjasama dalam Pakatan

Posted: 11 Dec 2011 09:04 PM PST

Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak itu mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya sama ada beliau patut keluar PAS jika menghadapi masalah dalam parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Menurut beliau, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti mungkin berlaku.

Mengulas hakikat beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, Hasan berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"

MB TERENGGANU BODOH JAHIL MURAKKAB?

Posted: 11 Dec 2011 04:00 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung pertikaian Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu dan Kelantan khususnya berkaitan meliwat isteri dan kesalahan rogol seperti mana dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian edisi 9 Disember lalu.
Timbalan ketuanya, Ridzuan Hashim berkata, DPPNT mendapati MB telah gagal memahami  enakmen tersebut secara menyeluruh sedangkan sudah berkali-kali diterangkan oleh banyak pihak khususnya dari PAS sendiri bahawa yang dimaksudkan perkataan "selain dari isterinya" bagi kes liwat bukan bermaksud pengecualian dari sudut pengharusan di mana suami boleh meliwat isteri, tetapi ianya adalah pengecualian dari disabitkan di bawah kesalahan hudud.
Katanya, perbuatan suami meliwat isteri tetap salah, tetapi ianya disabitkan dibawah kesalahan ta'zir.
Jelasnya, bagi seseorang wanita yang hamil atau melahirkan anak sebelum berkahwin tidaklah terus disabitkan di bawah hukuman zina seperti didakwa Ahmad.
"Ini kerana dalam enakmen jelas menyebut bahawa jika perempuan tersebut dapat membuktikan dirinya dirogol, maka dia tidak akan disabitkan dengan kesalahan zina," jelasnya dalam satu kenyataan di sini.
Perkara 46 (2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan menyebut:
"Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan MELAINKAN jika dia dapat membuktikan sebaliknya."
Ini, ujarnya membuktikan Ahmad Said tidak membaca enakmen tersebut secara menyeluruh dan mendapat nasihat yang salah dari penasihat agamanya.
Seharusnya, kata beliau sebagai seorang yang kurang arif dalam agama, Ahmad sewajarnya mendapatkan penasihat agama yang betul dan arif tentang agama.
Ahmad Said juga, tambah beliau seharusnya sedar bahawa Enakmen Jenayah Syariah itu bukan digubal mengikut kehendak pimpinan PAS semata-mata, tetapi merujuk kepada sumber Al-Quran dan as-Sunnah serta pendapat para alim ulama terkemuka.
"Enakmen ini juga sudah diwartakan dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri," ujarnya.

Tiada ulasan: