Jumaat, 16 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Terkejut rakam wajah misteri

Posted: 16 Dec 2011 05:08 AM PST



LANGGAR - Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

"Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

"Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut," katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

"Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang," katanya.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

6 Sifat Perempuan Yang Menjijikkan

Posted: 15 Dec 2011 08:00 PM PST

6 Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri.



Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.

Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.

Jadi dibawah ini diperturunkan Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:

1. Al-Anaanah:

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

bestoneoffour


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GUA CHAT DENGAN PUTERI UMNO

Posted: 15 Dec 2011 05:00 PM PST



DEY MACHA!!!
UMNO DAH TAKDAK MODAI BEB
DAP LA BAHAN DEPA
TAHYUL PUNYA OTAK UMNO NI
DEPA CUBA TAKUTKAN MELAYU DENGAN DAP
DEPA BUAT DAP TU MACAM HANTU PONTIANAK
NAK BAGI ORANG MELAYU TAKUT
KAH! KAH! KAH!

HANGPA BACA CHAT GUA DENGAN PUTERI UMNO NI
NAMA DIA GUA TERPAKSA SENSOR LA
TAKUT BIKIN MALU KAWAN-KAWAN BEB
WALAUPUN DIA DAH REMOVE FRIEND GUA
KAH! KAH! KAH!


42 minutes ago
GUA: org umno ni kepala dok pikiaq duit saja noo...dah block pulak org nak berhujah apa daaa

34 minutes ago
PUTERI UMNO: aku tak suka orang cakap tak thu pa,ghugi masa ku.....

25 minutes ago
GUA: tula otak umno pikir rakyat bodo,depa saja pandai...org lain semua bodo tapi org nak jawab kena block/tutup mulut

21 minutes ago
PUTERI UMNO: jawapan awak tak leh terima...hasad dengki pd orang melayu islam terlampau,dap dok buat kat orang melayu islam tak berasa nak kata n kutuk...mu ni orang melayu islam pa.

17 minutes ago
GUA: bg satu contoh apa yg dap buat kat org melayu islam? *klu nak contoh mca choi soi lek buat kat islam saya ada

You can no longer message PUTERI UMNO. Learn more.

LAST2 PUTERI UMNO DAH BLOCK MESEJ DIA
KAH! KAH! KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: