Akibat Sharizat Sinsing Lengan Baju, Makin Ramai Pemimoin Suruh Beliau Letak Jawatan! Posted: 11 Dec 2011 03:29 AM PST Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan
Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.
"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.
Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.
Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".
Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.
"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur.
- Bernama
|
Debat: Anwar Setuju, Mahasiswa Tunggu Jawapan Dari Najib Rosmah Posted: 11 Dec 2011 03:24 AM PST Debat: Anwar Ibrahim Terima,Mahasiswa Kini Tunggu
Harakah
Perdebatan dan perbincangan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini semakin rancak dibahaskan.
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, banyak siri perdebatan berkaitan Auku, Pilihan Raya Umum, demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.
Ini, katanya suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.
Menruutnya, dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.
"Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, rentetan dari insiden debat di Universiti Malaya (UM) yang diganggu oleh pengawal keselamatan atas arahan TNC HEP itu, gerakan kebebasan akademik tetap akan terus untuk melaksanakan debat perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tambahnya, tajuk yang disepakati di peringkat mahasiswa untuk mereka bahaskan ialah 'Mahasiswa, Universiti dan Negara' pada 15 Disember ini di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur.
Makluman terkini, katanya Anwar telah menerima pelawaan tersebut sebagai pembahas di peringkat Pakatan Rakyat.
Namun, ujarnya sehingga kini masih tiada sebarang respons balas dari surat jemputan mahasiswa kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang mewakili Barisan Nasional.
"Selaku Perdana Menteri yang disegani, mahasiswa sentiasa berharap agar pelawaan untuk berdebat berkaitan isu mahasiswa itu diterima.
"Sekaligus penerimaan itu akan membuktikan bahawa Datuk Seri seorang yang sentiasa peka dan perihatin terhadap isu-isu mahasiswa," katanya.
Beliau menambah, dalam kondisi pilihanraya umum yang semakin hampir, para pemimpin negara kedua-dua parti perlu lebih mendekati anak muda terutama mahasiswa.
Ini, ujarnya kerana jatuh bangun pemimpin yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti akan ditentukan oleh para pengundi.
Justeru, kata beliau mereka perlu ingat bahawa kuasa pengundian mahasiswa juga besar kesannya kepada kejayaan seseorang pemimpin itu dalam PRU 13 nanti.
"Semoga impian rakyat dalam mengimpikan Malaysia yang sejahtera dan universiti yang subur dengan budaya ilmu dan intelektual akan terus direalisasikan oleh para pemimpin negara dengan baik.
"Berikan ruang berakademik dengan sebaiknya kepada para pensyarah dan mahasiswa, pasti hasilnya negara kita akan lebih hebat dan makmur di masa depan," ujarnya lagi.
|
Debat: Anwar Setuju, Mahasiswa Tunggu Jawapan Dari Najib Rosmah Posted: 11 Dec 2011 03:22 AM PST Debat: Anwar Ibrahim Terima,Mahasiswa Kini Tunggu
Harakah
Perdebatan dan perbincangan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini semakin rancak dibahaskan.
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, banyak siri perdebatan berkaitan Auku, Pilihan Raya Umum, demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.
Ini, katanya suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia.
Menruutnya, dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka.
"Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, rentetan dari insiden debat di Universiti Malaya (UM) yang diganggu oleh pengawal keselamatan atas arahan TNC HEP itu, gerakan kebebasan akademik tetap akan terus untuk melaksanakan debat perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tambahnya, tajuk yang disepakati di peringkat mahasiswa untuk mereka bahaskan ialah 'Mahasiswa, Universiti dan Negara' pada 15 Disember ini di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur.
Makluman terkini, katanya Anwar telah menerima pelawaan tersebut sebagai pembahas di peringkat Pakatan Rakyat.
Namun, ujarnya sehingga kini masih tiada sebarang respons balas dari surat jemputan mahasiswa kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang mewakili Barisan Nasional.
"Selaku Perdana Menteri yang disegani, mahasiswa sentiasa berharap agar pelawaan untuk berdebat berkaitan isu mahasiswa itu diterima.
"Sekaligus penerimaan itu akan membuktikan bahawa Datuk Seri seorang yang sentiasa peka dan perihatin terhadap isu-isu mahasiswa," katanya.
Beliau menambah, dalam kondisi pilihanraya umum yang semakin hampir, para pemimpin negara kedua-dua parti perlu lebih mendekati anak muda terutama mahasiswa.
Ini, ujarnya kerana jatuh bangun pemimpin yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti akan ditentukan oleh para pengundi.
Justeru, kata beliau mereka perlu ingat bahawa kuasa pengundian mahasiswa juga besar kesannya kepada kejayaan seseorang pemimpin itu dalam PRU 13 nanti.
"Semoga impian rakyat dalam mengimpikan Malaysia yang sejahtera dan universiti yang subur dengan budaya ilmu dan intelektual akan terus direalisasikan oleh para pemimpin negara dengan baik.
"Berikan ruang berakademik dengan sebaiknya kepada para pensyarah dan mahasiswa, pasti hasilnya negara kita akan lebih hebat dan makmur di masa depan," ujarnya lagi.
|
Siapa Nak Percaya Dengan Akhbar Sapu Tahi? Posted: 11 Dec 2011 03:16 AM PST PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur jadi calon PRU-13
Oleh Melissa Chi
SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.
"Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.
"Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon," kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.
Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.
Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.
Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.
Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.
Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.
Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu.
Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.
Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari.
"Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian)," kata beliau.
Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat.
"Masih di peringkat akhir perbincangan," katanya lagi. |
Exco Pulau Pinang Isytihar Harta Posted: 11 Dec 2011 12:14 AM PST Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini. Ia akan dipaparkan kepada umum menerusi Internet.
Lim berkata, langkah itu diambil sejajar dengan janji dibuat sebelum mereka mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan ia juga sebahagian daripada usaha Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan enam langkah integriti.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan," kata beliau.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai pagi ini.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.
Lim berkata melalui pentadbiran yang bersih, kerajaan negeri telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.
Ekoran usaha-usaha itu tambah beliau, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion. "Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011," katanya lagi.
Lim berkata perubahan-perubahan yang dapat "dilihat, dirasa dan disentuh" sekarang adalah hasil pengamalan enam langkah integriti, antara lain parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni dan hak untuk maklumat tidak sulit dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.
Lain-lain ialah kesemua penjawat awam yang memegang amanah awam membuat pengisytiharan aset mereka.
Malah kata beliau, langkah-langkah itu juga boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
"Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat," katanya lagi. |
Keselamatan Negara Tergadai Oleh Kaki Lucah? Posted: 10 Dec 2011 08:09 PM PST Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".
"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
|
PRU-13: Perlu pengurusan manfaatkan Media Baru Posted: 10 Dec 2011 05:27 PM PST Pemikiran peribadi alatan maya telah mencetuskan budaya baru kehidupan (the culture of real virtuality) bermula dari telefon tanpa wayar, pager, telefon bimbit (handphone), kepada komputer riba (laptop atau notebook), kemudian widget iPad atau iPon, sehinggalah memiliki pelbagai alat atau perkakas perhubungan (the gadgets of communication) seperti broadband dan WiFi sehingga berlakunya perniagaan kafe siber (cyber cafe). Keadaan yang telah membina jaringan siber (cyber networking). Lalu munculnya gerakan jutaan pembekal maklumat melalui pentas maya (virtual stage). Kesemuanya telah melengkapkan proses komunikasi sehingga memunculkan masyarakat berjaringan (the rise of the network society) seumpama sarang laba-laba (sesawang). Ia merupakan sifat bagi masyarakat siber (attribute of cybersociety) yang tercetus daripada peranti berasaskan teknologi komputer. Suatu perkembangan yang melengkapkan era globalisasi berteraskan information and communications technology (ICT).
Gambaran daripada perkembangan tersebut, sudah tentu ia banyak melibatkan tiga golongan utama dalam masyarakat iaitu golongan muda, pihak pengurusan dan penggemar maklumat. Golongan muda merupakan paling ramai yang membudayakan aktiviti komunikasi maya, diikuti dengan pihak pengurusan yang menjadi pengguna bijak mengikut profesyen masing-masing. Namun bagi penngemar maklumat ia merupakan golongan terkhusus kepada penganalisis dan penggiat (aktivis) gerakan masyarakat termasuk aktivis politik.
Manfaat ICT di sisi PAS Perkembangan yang digambarkan juga sebagai ledakan teknologi maklumat yang pasti menambah baik penguasaan sesuatu yang baru. Tidak dapat dinafikan ia menjadi asas ke arah membuat keputusan yang lebih tepat. Ia relevan dalam konteks budaya politik kepartian yang mengamalkan demokrasi berteras pilihan raya. Paling relevan apabila pilihan raya itu berorientasi kempen terbuka terhadap pengundi.
Justeru itu, PAS sebagai sebuah gerakan Islam massa telah bertindak seiringan dengan perkembangan teknologi perhubungan maklumat (ICT) ini, kerana suatu peluang yang bermanfaat. Persidangan IT dan Media Baru pada bulan lepas adalah anjakan perkasa PAS menerokai dan memanfaatkan peluang yang ada. Berbekalkan tema konvensyen, "revolusi teknologi maklumat menghadapi PRU-13" banyak idea dan pengharapan hasil lumayan yang terluah.
Perutusan khas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada pengamal media baru supaya menganggap sebagai alat yang paling penting, senjata yang unggul bagi menarik penyokong memenangkan PAS.
Apa pun, Presiden PAS meletakkan harapan agar pengamal media baru melaksanakan tanggungjawab yang lebih penting memenerusi media baru, iaitu untuk menyelamat manusia di dunia sehingga ke akhirat. Suatu harapan yang tidak mungkin terluah jika seseorang itu bertindak menggunakan media baru sebagai ruang memfitnah dan cacian tidak berasas. Justeru itu, Tuan Guru Presiden tegar mengingatkan bahawa saluran media baru seharusnya berperanan menyampai maklumat yang benar, khususnya berdepan dengan demokrasi yang tempang. Tatkala suasana demokrasi di Malaysia kini yang sakit dan tempang, akibatnya rakyat tidak mendapat makumat yang benar dan tepat, khusus maklumat mengenai PAS.
Selanjutnya, menurut Tuan Guru Presiden lagi , "media baru bertanggungjawab besar bagi mendapat fadilat besar Allah SWT apabila melakukan atas niat ibadat dan ikhlas kerana Allah. Logiknya faktor keikhlasan, sudah tentu mendapat bimbingan Allah untuk memasukkan kebenaran ke lubuk hati manusia.
"Maka pilihlah uslub yang boleh difahami masyarakat. Sesuai dengan sabda Nabi, Kami para Nabi-nabi diperintah oleh Allah supaya meletak seorang dengan tugas yang kena pada tempatnya dan bercakap kepada orang ramai dengan bahasa yang difahami oleh mereka."
Elak fitnah Apa yang utama pengamal media baru termasuk para blogger (termasuk facebooker) sewajarnya mengambil iktibar daripada pesanan Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada sesi ucapan Persidangan IT dan Media Baru tersebut. Menurut Tuan Guru Mursyidul Am, "setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah. Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah."
Pesanan Tuan Guru Mursyidul Am ini sepatutnya popular untuk pengamal media baru PAS. Meskipun ia tidak popular di kalangan Umno. Asasnya, hendaklah berfakta dan bersumberkan peristiwa yang sahih. Tujuannya supaya rakyat atau pengundi nanti dihidangkan peristiwa dan isu yang tulus dan ikhlas demi mencapai ganjaran kebaikan daripada dunia sampai ke akhirat.
Umno pakai media baru Selepas PAS yang dilihat peka dengan perkembangan media baru, Umno juga tidak tidur lena. Mereka mengambil langkah pro-aktif tatkala menyedari PAS mahu pun Pakatan Rakyat amnya lebih mendahului dalam aspek ini. Masing-masing semacam setuju akan keperluan pengurusan media baru yang boleh membantu parti ke arah kemenangan pilihan raya umum ke13.
Perkembangan tersebut memaksa Umno turut mengadakan persidangan juak-juak media baru mereka. Persidangan yang bergelar "Konvensyen Media Sosial 1Malaysia" telah dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib. Dalam ucapannya disebutkan asas pengamal media baru adalah pahlawan atas talian (the online warrior) yang patut turun ke bawah (mendedah maklumat) hanya menggunakan Balckberry, laptop, iPon dan iPad. Sesuai dengan fungsinya sebagai saluran utama menerima maklumat dalam dan luar negara.
Logiknya ucapan Mohd Najib adalah segala maklumat perlulah sahih dan benar. Tetapi ia tidak dijelaskan secara 'beragama' untuk pegangan juak-juak Umno dalam mengamalkan media baru. Maka dalam online sekarang bersempah-sempah blog, portal dan facebook atau twitter pro-Umno yang bersifat pemfitnah.
Dalam konteks mudah, masyarakat pengundi seharusnya bijak membaca, menilai dan menolak serta menerima mana satu yang benar, ikhlas dan menepati peristiwa. Para pengundi seharusnya mendidik diri berpandukan ilmu tulen, iaitu prinsip ajaran Islam. Atas prinsip ini, pihak PAS perlu melaksanakan pengurusan media baru secara berkesan.
PRU-13: Ledakan maklumat dan kempen media baru – Siri 2
Pengurusan media baru yang berkesan merupakan strategi ampuh bagi mengisi peluang 'ledakan maklumat yang merentasi sempadan' sekarang ini. Media lama bersifat cetakan (seperti akhbar) dan elektronik (seperti televisyen) merupakan tatapan harian masyarakat yang celik maklumat. Ia dilihat boleh mengkayakan maklumat dan peristiwa yang berlaku pada setiap hari.
Namun begitu, media lama dilihat terbatas bagi golongan yang sibuk, berpejabat dan bekerja ketika waktu puncak (prime time). Maka golongan ini dikatakan lebih akses dengan maklumat saluran alternatif yang dicetus oleh media baru. Ini kerana media baru lebih bersifat mesra masa dan tugasan. Ia bermaksud, capaian maklumat menerusi media baru boleh dibuat ketika masa luang, kerehatan sementara dan seketika menunggu mesyuarat bermula serta ketika menunggu pelanggan, tetamu atau acara berlangsung.
Justeru itu, capaian maklumat menerusi gadget atau widget yang berorientasi smart telecommunications adalah sesuatu yang menepati dalam strategi mengatasi jurang maklumat (information gap). Ini merupakan budaya capaian maklumat golongan sibuk yang perlu diberi perhatian oleh jentera pilihan raya semua parti politik.
Menguasai golongan sibuk
Berdasarkan peluang dan budaya meraih maklumat sedemikian, jika PAS ingin memanjangkan maklumat perjuangan kepada golongan pengguna smart telecommunications, maka bidang media baru harus diurus secara terbaik. Ini bermaksud, PAS hendaklah mengisi ruang media baru dengan melonggok segala-gala maklumat ke dalam facebook, blog, onlines news atau apa sahaja laman web sosial yang berorientasikan maya (virtual) atau siber (cyber). Atas kepentingan ini, jentera kempen PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 seharusnya dapat mengaktifkan unit penggempur siber (cyber warriors) yang boleh berperanan secara bijaksana (smart). Antara peranannya adalah menguasai golongan sibuk.
Unit penggempur siber dikira relevan dalam konteks golongan sibuk kerana mereka begitu mesra dengan alat telekomunikasi (gadget, widget) yang mengandungi sistem aplikasi facebook, blog atau onlines news. Alat seperti Blackberry, iPhone dan iPad yang sentiasa berada di tangan, sudah pasti menjadi peluang terbaik. Maka, tugas melonggok segala maklumat semasa yang bertujuan menerang, menyebar dan mempengaruhi masyarakat wajar diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang ini, rata-rata perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) sedang betempur dengan provokasi, manipulasi dan serangan persepsi yang negatif.
Sementelah pula, rancangan pihak BN yang bertuankan Umno sudah melakukan kempen media dan menetapkan agenda setting dengan strategi ciptaan pelbagai isu atau paparan semula peristiwa untuk memburukkan prestasi PAS dan Pakatan Rakyat. Matlamat agenda setting BN bertuankan Umno itu tidak lain adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menolak prestasi terbaik Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Oleh itu, ruang terbaik bagi menangkis serangan ciptaan isu itu adalah terletak atas bahu unit penggempur siber kerana ruang siber yang kaya dengan pelbagai maklumat maya patut dikuasai sepenuhnya.
Pelan penguasaan maya
Berdasarkan perkembangan semasa, media baru yang banyak dimanfaatkan oleh massa adalah facebook dan blog. Meskipun disedari pengaruh papan tanda kempen (billboard), sepanduk (banner), papan iklan elektronik (electronic screen) dan bahan sebaran (pamplets) dilihat juga mesra massa. Apa pun semua media yang berpengaruh ini (papan tanda, sepanduk dan bahan sebaran), kesemuanya boleh dilonggok (uploading) di dalam facebook dan blog secara digital dan siber. Ini kelebihan sistem aplikasi facebook dan blog.
Sehubungan itu, jentera pilihan raya PAS di semua peringkat perlu merangka pelan penguasaan maya yang mengutamakan pendekatan siber. Maka unit penggempur siber PAS adalah bertanggungjawab mengumpulkan kepakaran untuk menguasai medan facebook dan blog. Asasnya ialah di dalam facebook atau blog amat mudah memasukkan (menghubungkan) jaringan tempelan (link) berupa kumpulan sembang (group), iklan, senarai rakan, keahlian, menyenarai blog yang diminati, arkib, meletakkan pages rakan-rakan.
Begitu pula, urusan lampiran, menerima ruang posting, paparan dinding dalam blog atau facebook amat mudah dibuat menggunakan gambar (berupa sepanduk, billboard, wajah atau apa-apa rakaman foto) secara digital. Ia disokong lagi dengan paparan imej maya yang amat jelas dan menarik. Kesemuanya amat mesra (touching) dengan emosi, pemikiran dan keyakinan semua pengunjung facebook dan blog. Kelebihan ini harus dimasukkan sebagai pelan penguasaan maya jentera pilihan raya PAS (unit penggempur siber) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Kandungan isu
Apa yang penting, nilai political will pengurus jentera pilihan raya PAS hendaklah merumuskan kandungan isu dan paparan untuk dilonggokkan ke dalam media baru seperti facebook dan blog. Atas kesedaran ini, pasukan kempen PAS (penerangan, Muslimat, Pemuda dan Ulama) hendaklah mengharmonikan setiap isu yang menyentuh kepentingan pengundi. Harus disedari kumpulan pengundi perlu dibekalkan dengan maklumat dan penjelasan atas isu kemasyarakatan yang diperjuangkan oleh PAS.
Memandangkan gerakan provokasi dan putar belit isu semakin rancak dicanang oleh unit gerak saraf dan organ media baru (dan lama) milik BN-Umno, maka sekarang bukan masanya untuk berlengah-lengah. Harapan menuju kemenangan pasti dapat dicapai apabila semua pihak bertindak secara berperancangan menguasai medan pilihan raya. Justeru, pengurusan media baru perlu mengutamakan gerakan menggempur setiap isu agar difahami oleh masyarakat. Ruang menggempur yang cepat masa kini antaranya adalah menerusi facebook dan blog. Logiknya unit penggempur siber PAS dapat diaktif dan berperanan sebaiknya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan