ALHUSSEYN |
Risalah dan Banner TMP Di Puncak Kinabalu? Posted: 07 Dec 2011 08:04 AM PST Ini satu lagi kerja bodoh - Hamidah Osman – Exco Pelancungan Negeri Perak.Apa ke jadahnya menghantar 15 anggota pengamal media dari negeri ini untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMP 2012)? Mereka akan mengedarkan risalah mengenai tarikan pelancongan di Perak serta memasang banner TMP 2012 di puncak Kinabalu. Orang ramai sekitar Ipoh ni sendiri pun belum merasa tengok apa bendanya risalah tu sampai nak bawa ke puncak gunung tu.Siapakah yang berada atas puncak gunung itu? Orang Sabah kena manjat gunung kalau nak dapatkan risalah atau nak nengok banner TMP 2012.Tentunya orang Sabah tidak sebodoh itu! Ini semua projek haram jadah mengabehkan duit rakyat untuk makan angin ke luar negeri.Konon nak promosi pelancung dari luar negara! Ah Podah! Pelancung berebut-rebut datang kalau terdapat tarikan destinasi pelancungan di Perak ini. Apakah yang Hamidah Osman lakukan dalam menyediakan destinasi yang menarik untuk pelancung kunjungi selain Rumah Hantu Kellie, Kapal Korek di Tanjung Tualang, Zoo Taiping dan Tokong-tokong Budha dibeberapa gua batu kapur? Elok juga jika Hamidah jadikan Sekolah Agama Rakyat kat Taman Song Choon yang dia dan Zambri rasmikan sebelum siap dulu tu dijadikan destinasi TMP 2011 kerana kini ianya telah siap dan beroperasi lancar. |
Najib Bersumpah Sampai 4 Kali - Rakyat Masih lagi Sangsi Kepadanya Posted: 06 Dec 2011 07:40 PM PST Pada Ogos 2008, Najib bersumpah dalam sebuah masjid bahawa dia tidak mengenali wanita Monggolia, Altantuya. Dan pada PAU yang baru lalu, PM Najib dengan sombong bodohnya mengaku dia telah empat kali bersumpah termasuk menjunjung Quran dan mempersendakan Anwar kerana tidak berani bersumpah. Begitu terdesak sekali Najib mahu menyakinkan rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya. Apakah dia fikir, dengan hanya bersumpah sebanyak itu di dalam masjid dan junjung Al-Quran sudah memadai untuk bersihkan nama dan membuktikan kebenaran anda? Apakah itu sudah cukup untuk menafikan Akuan Bersumpah Penyiasat Sendirian P. Balasubramaniam yang mendakwa Najib ada hubungan sulit dengan wanita itu? Pastikah Anwar akan terlepas dari tuduhan yang sedang dihadapinya kalau Anwar bersumpah ikut sebagaimana Najib lakukan? Ini semua adalah kerja bodoh.Biarlah Najib dan Rosmah saja buat kerja bodoh itu! Dalam kes perbicaraan liwat II, Najib dan Rosmah menyatakan tidak akan hadir kecuali jika mereka disapina.Tetapi apabila disapina oleh Anwar untuk hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan, mereka terkencing-kencing lalu minta mahkamah mengenepikan sepina tersebut. Memang dasar pembohong! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan