Lulus Akta Perhimpunan Aman, BN bakal hilang undi mahasiswa Posted: 07 Dec 2011 03:48 AM PST (Oleh: Sidiqin Omar) PUTRAJAYA 7 Dis: Umno-BN bakal kehilangan undi mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang apabila meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.
Demikian 'manifesto' yang dinyatakan wakil-wakil kesatuan mahasiswa dalam himpunan aman membantah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
"Apakah Malaysia sudah menjadi negara polis hingga rakyat tak dibenarkan bersuara? Mana agenda tranformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak?
"Fokus RUU PA ini jelas untuk menyekat suara mahasiswa, sedangkan kami adalah golongan semak dan imbang.
"Kami tahu di mana akan pangkah," kata Akram Ikrami, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).
Kira-kira 50 aktivis mahasiswa berarak dari Masjid Putra, Putrajaya menuju Seri Perdana selepas solat Zohor untuk menyerahkan memorandum bantahan RUU PA yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Antara yang hadir termasuk dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
Mereka melaungkan slogan 'tuntut himpunan aman', 'tolak akta zalim', 'hidup mahasiswa, 'tolak AUKU' dan 'hidup rakyat' sambil membawa sepanduk tertera perkataan 'demokrasi mati' dan 'mahasiswa bukan lembu fidlot'
Kumpulan mahasiswa berkenaan turut berjalan sejauh kira-kira 500 meter sambil diperhatikan beberapa anggota polis beruniform dan preman yang diiringi sebuah kereta peronda.
Selepas perbincangan dengan pihak berkuasa lima wakil dibenarkan memasuki bangunan Seri Perdana dan menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Sulit Perdana Menteri, Saiful Azhar.
Menyentuh isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata, surat jemputan debat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
"Ini tawaran mahasiswa kepada kerajaan dan pembangkang. Mana pihak yang akan membebaskan mahasiswa dan ahli akademik," katanya memaklumkan tarikh debat AUKU akan dimaklumkan selepas menerima jawapan rasmi Perdana Menteri. |
Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani Posted: 07 Dec 2011 01:33 AM PST Oleh Mat Zahari Ali
SHAH ALAM, 7 DISEMBER : Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar Sekinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.
Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta
Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.
Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama
Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan.
|
Umno Tertekan! Tiba-Tiba Nak 'Cium Mulut' Hassan Ali Posted: 06 Dec 2011 11:19 PM PST Hasan Ali 'penyelamat' Selangor, kata Utusan
Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.
Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.
Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.
"Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan."
Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno
"Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan untuk melakukan perubahan. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," tulisnya.
Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan
"Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?
"Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan," katanya lagi. |
Gila! Kekayaan Taib Mahmud di Malaysia sahaja RM4.6 bilion Posted: 06 Dec 2011 09:59 PM PST SARAWAK 7 Dis: Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.
Maklumat itu didedahkan sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.
Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.
Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).
CMS, yang popular dengan jolokan 'Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah. Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.
BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.
Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.
Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".
"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.
"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya.
|
Dasar Pakatan Rakyat Selangor Ditiru Najib. BN Tiada Idea! Posted: 06 Dec 2011 09:06 PM PST Dasar Selangor Ditiru BN
Oleh Mohd Hafiizh Mokhtar
SHAH ALAM, 7 DISEMBER : Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat mengangkat taraf hidup rakyat Selangor diakui berkesan hinggakan Barisan Nasional meniru program-program yang tersedia, menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Ada program jom shopping dengan warga emas. Seratus ringgit kita bagi kepada warga emas, bersama-sama wakil kerajaan negeri membeli-belah di gedung membeli-belah. Mereka rasa seronok dan terbela bila kita bersama-sama mereka."
"Kerajaan Persekutuan pun nak tiru. Dia kumpulkan orang untuk diberi hamper. Saya periksa melalui rakan-rakan dalam pengurusan pusat beli-belah.
Kerajaan Persekutuan belanja RM200 untuk beri hamper bernilai RM100 ringgit. Kalau itu yang berlaku dalam Jom Shopping, saya pecat pegawai tu. Itu cara mereka, cara yang kita hendakkan adalah dari duit RM100 itu, kita dapat belanja seperti RM200,"katanya.
Abdul Khalid berkata demikian di program Rapat Rakyat di Shah Alam, 4 Disember lepas.
Beliau menjelaskan sikap boros Barisan Nasional ini antara faktor mengapa kemewahan negeri Selangor tidak dapat diagihkan kepada rakyat dengan lebih meluas.
Beliau juga melahirkan rasa marah kerana Barisan Nasional tetap membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
"Itu sebab terpaksa berhutang sebab tak tahu jaga duit. Ini duit rakyat, dan duit rakyat harus diurus dengan cermat supaya ia 100% sampai ke tangan rakyat,"jelasnya.
Dilancarkan pada 15 Julai tahun ini, program Jom Shopping membolehkan warga emas membeli barangan keperluan untuk kesejahteraan dan keselesaan keluarga dan diri sendiri.
Dengan peruntukan kira-kira RM10 juta ringgit, program ini sebahagian dari agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Di majlis tersebut, Khalid berkata beliau tidak mahu membazirkan masa memarahi Umno-Barisan Nasional kerana Pakatan masih mempunyai banyak gerak-kerja reformasi yang perlu diuruskan.
"Kita ada program Ceria, dimana kita mengecat semula rumah pangsa lama supaya ia lebih selesa untuk didiami.
Di satu rumah pangsa Samudra di Batu Caves, BN pun bergegas turun kata nak cat rumah pangsa itu selepas mendengar program kita ini.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak kata dia peruntukkan RM1.5 juta untuk projek itu. Saya terkejut, kerana perkiraan kita hanya memerlukan RM400,000 (ketawa)",katanya.
Apa yang lebih mendukacitakan, sikap boros Barisan Nasional ini dikhuatiri meneruskan amalan memperkayakan kroni.
"RM400,000 bandingkan dengan RM1.5 juta…RM1.1 juta pergi ke mana? Rakyat dah bangun dari mimpi. Kita mengigau sudah lama,"jelasnya lagi.
|
Transformasi Juara Rasuah Umno-BN Posted: 06 Dec 2011 07:31 PM PST Oleh Mohd Rashidi Hassan
Umno-Barisan Nasional boleh cuba membohongi rakyat, kononnya meraka adalah juara transformasi yang mampu menjulang negara ke suatu tahap untuk dibanggakan.
Laungan transformasi bergema sejak Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur oleh Umno.
Transformasi bermakna anjakan perubahan. Sudah tentunya ia merupakan suatu gagasan untuk perubahan kepada keadaan yang kurang baik, kepada situasi yang lebih baik.
Lalu slogan transformasi dilaung, diulang dan diuar-uarkan media pro Umno-BN setiap hari. Malah dalam Perhimpunan Agung Umno 2011, kalimah transformasi menjadi zikir setiap perwakilan mereka.
Malangnya daripada Presiden Umno, Pengerusi Tetap, perwakilan sehinggalah kepada juak-juak bawahan, mereka mengulang sebut kalimat transformasi seumpama buruk kakak tua yang ditambat oleh tuannya.
Di PWTC berdegar-degar kononnya Umno-BN sudah berjaya transform. Sebaliknya dikeluarkan dari fakta sahih oleh Transparency International (TI) bahawa di bawah pentadbiran Najib, indeks rasuah negara, terjerumus ke tahap yang paling rendah.
Fakta ini amat memalukan Umno, kerana jelas laungan transformasi mereka hanya omongan kosong. Hakikat sebenarnya, kerajaan yang ditunjangi Umno-BN mencapai tahap prestasi terburuk terus-menerus selama 10 tahun
Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh TI, ia menggariskan kegagalan Najib untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini, membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020.
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas.
Kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas.
Pada 2003 semasa Abdullah Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara.
Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.
Laporan itu memetik Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali yang menegaskan, CPI Malaysia terus merosot kerana unsur-unsur kerajaan yang memudahkan rasuah besar masih lagi tersebar luas.
Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.
Serangan Umno ini harus dianggap sebagai langkah terdesak mereka bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Umno mengatasi masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa, khususnya dalam isu Fidlot Kebangsaan yang hangat diperkatakan sekarang.
Kita mahu tegaskan di sini bahawa, rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat akan menolak Umno-BN, kerana rakyat sedar, masa depan anak bangsa akan terhapus jika Umno-BN dibiarkan kekal berkuasa. Hidup Pakatan Rakyat, hancur umno-BN.
|
Shahrizat makin terdesak, cuba lepas diri- Wanita KEADILAN Posted: 06 Dec 2011 07:28 PM PST (Oleh: Nazar Hashim)
PULAU PINANG: Wanita KEADILAN Pulau Pinang menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin terdesak berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimilik keluarganya.
Ketuanya, Norhayati Jaafar berkata, lantaran itu, Shahrizat cuba mengalih perhatian dengan menyerang pimpinan Pakatan Rakyat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno minggu lalu.
"Beliau bukan saja cuba mengheret Wanita Umno melindungi hipokrasi yang ada, malah berusaha untuk menukar isu ini menjadi persoalan peribadi dengan membuat pelbagai serangan peribadi terhadap kepimpinan Keadilan seperti YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli.
"Usaha terdesak seperti cuba memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr.Wan Azizah juga merupakan satu lagi taktik melepaskan diri dari kemelut yang sedang dihadapi oleh beliau membabitkan NFC, " ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti, petang semalam.
Menurut Norhayati, Wanita KEADILAN juga kesal dengan ucapan begitu emosional oleh Shahrizat yang tidak sedikit pun menggambarkan keperibadian pemimpin wanita Islam.
Jelasnya lagi, pendedahan yang dibuat Ketua Audit Negara melalui laporannya terhadap penyelewengan dana RM250 juta oleh NFC bukan dongengan atau palsu, tetapi merupakan fakta.
"Penyalahgunaan dana rakyat ini adalah suatu penyelewengan, penipuan dan kezaliman terhadap rakyat yang mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang memerintah.
"Menyedari hakikat ini, sekiranya Shahrizat berasa bertanggungjawab dalam isu yang telah mencalarkan nama beliau sebagai menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan, seharusnya beliau segera melepaskan jawatan, agar tidak menjadi liabiliti kepada rakyat dalam negara ini," tambahnya lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan