Rabu, 7 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Cabul Anak Sendiri

Posted: 07 Dec 2011 03:22 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang budak perempuan berusia dua tahun disyaki menjadi mangsa cabul bapa kandung sendiri pada hari sambutan ulang tahun kelahirannya dalam kejadian di Setapak Jaya, di sini, kelmarin.

Tragedi menimpa mangsa hanya dikesan ibunya yang sudah berpisah dengan bekas suami, kira-kira jam 10 malam hari kejadian apabila mendapati anaknya dalam keadaan lemah sebaik dihantar pulang suspek yang sebelum itu datang mengambil mangsa.

Sumber polis berkata, ibu kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas mendapati terdapat kecederaan pada kemaluan anaknya, selain sering menangis.

Katanya, bapa kanak-kanak itu mengambil mangsa kira-kira jam 10 pagi sebelum menghantarnya semula kepada bekas isteri, jam 10 malam.

"Sebaik dihantar, kanak-kanak berusia dua tahun itu sering menangis dan murung. Selepas memandikan mangsa, ibunya mendapati kemaluan anaknya cedera. 

"Sebaik ditanya, kanak-kanak itu hanya menangis sambil menutup mata. Tidak tahan dengan keadaan itu, wanita berkenaan memberitahu ahli keluarga lain yang menghubungi suspek untuk mengetahui perkara sebenar," katanya. 

Sumber itu berkata, bapa mangsa memberitahu anaknya cedera selepas terjatuh di tepi kolam renang sedangkan tiada kecederaan di bahagian lain membuatkan ibu mangsa curiga dengan alasan diberi lelaki terbabit.

Katanya, selepas membuat laporan polis, wanita itu menghantar anaknya untuk pemeriksaan di Hospital Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

[Video] Ceramah Lim Kit SIang Rapat Rakyat: "...bukan orang Melayu hilang kuasa, tapi orang UMNO"

Posted: 07 Dec 2011 05:04 AM PST




P/s: Ceramah LKS ini sepatutnya dimainkan di warung-warung kopi di Felda dan di kawasan pedalaman agar salah faham dan fitnah yang dilontarkan oleh UMCO selama ini dapat diperbetulkan!






Penyakit Jangkitan Seksual Merebak di Selatan China

Posted: 07 Dec 2011 12:00 AM PST


Saya petik:

GUANGZHOU: Penduduk Guangdong, kawasan paling padat di selatan China kini dilanda kebimbangan berikutan merebaknya penyakit jangkitan seksual sifilis di wilayah itu, lapor media tempatan.

Akhbar harian, Southern Metropolis melaporkan semalam, sepanjang tahun ini saja, kira-kira 43,000 kes sifilis dikesan dalam kalangan penduduk tempatan.

"Kedudukan ekonomi China yang semakin makmur, menyebabkan rakyatnya semakin berfikiran terbuka, menyanjung 'hedonisme' dan tidak lagi terkongkong dengan ajaran komunis. Tawaran khidmat seks semakin meningkat dan ini menjadi punca penyebaran penyakit kelamin," lapor akhbar itu. 

Akhbar itu melaporkan, peningkatan kadar penyakit jangkitan seksual di Guangdong, dikesan semakin meningkat sejak lapan tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 43,116 kes sudah dikenal pasti sebagai penyakit jangkitan seksual sepanjang tempoh Januari hingga Oktober lalu, jumlah yang hampir sama tahun lalu seramai 45,000 orang.

"Kadar bilangan penghidap penyakit kelamin terus meningkat sejak 2003 dengan kadar antara 15 hingga 20 peratus setiap tahun.

Pekerja seks dan lelaki homoskes adalah mereka paling ramai dijangkitan penyakit ini," kata Pengarah Pencegahan Penyakit Berjangkit di Guangdong, Yang Bin.
 
Beliau berkata antara 25 hingga 30 peratus pekerja murahan di Guangdong dikesan menghidap sifilis.

"Penyakit ini boleh diubati jika dikesan awal, tetapi ia boleh 'bersembunyi' di dalam tubuh penghidap tanpa menunjukkan sebarang gejala dan tanda, terutama jika lambat dikesan," kata beliau yang juga seorang doktor.

Yang Bin berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan rawatan percuma untuk penyakit sifilis diklangan penduduk yang tidak berkemampuan.

"Bagaimanapun, mereka yang mampu dikehendaki membayar 100 yuan (RM49.30), jika penyakit dikesan awal, tetapi bayaran lebih tinggi akan dikenakan jika penyakit sudah berada pada tahap kritikal," katanya. – Agensi


P/s: Orang bukan Islam tertanya-tanya sebab Islam melarang keras amalan seks songsang dan seks bebas. Inilah salah satu sebabnya.



Lelaki Didakwa ROGOL Isteri Ahli Perniagaan DIBURU

Posted: 06 Dec 2011 10:00 PM PST


Saya petik:

[BH] KUANTAN: Seorang lelaki diburu selepas satu laporan polis dibuat seorang ahli perniagaan yang mendakwa isterinya dirogol lelaki terbabit, di sebuah hotel di Jalan Air Putih di sini, pada 17 Oktober lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Johari George Abdullah, 35, dengan alamat terakhirnya di No 3 Lorong 8, Taman Pine, Jerantut dikehendaki polis bagi membantu siasatan yang dibuat ahli perniagaan berusia 27 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, kelmarin.

Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan dan isterinya yang berusia 24 tahun mengenali suspek pada pertengahan tahun ini ketika lelaki terbabit bermalam di inap desa milik pasangan berkenaan. 

Ketika ahli perniagaan itu berada di luar kawasan atas urusan kerja, suspek dipercayai mengambil kesempatan menjerat mangsa untuk berbincang kerjasama perniagaan sebelum membawa wanita terbabit ke hotel berkenaan pada 17 Oktober lalu, kira-kira jam 9 malam.

Mangsa juga mendakwa seolah-olah dipukau suspek dan hanya menuruti semua kemahuannya sebelum menyedari sudah dinodai.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian menimpanya kepada suaminya namun enggan membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada mulanya.

Namun, ahli perniagaan berkenaan akhirnya mengambil keputusan membuat laporan di IPD di sini kira-kira jam 12.20 tengah malam kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod jenayah lampau.

"Lelaki ini diburu polis atas pelbagai kesalahan antaranya tiga membabitkan dadah dan jenayah lain termasuk satu kes rogol.

"Berikutan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah terse-rempak dengan lelaki terbabit supaya segera menghubungi polis atau datang ke balai berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.  



[Video] Ceramah TG Nik Aziz di Rapat Rakyat, Shah Alam

Posted: 06 Dec 2011 09:30 PM PST








Kalau Muka Sudah Tak Malu: Utusan Mahu Hassan Ali Kahwinkan PAS-UMNO

Posted: 06 Dec 2011 08:25 PM PST

 
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat "Datuk Paduka" sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

"Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.

"Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu "berkahwin" sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan "sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu."

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

"Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

"Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya," kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

"Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

"Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu," kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata "Faktor Dr Hasan amat penting sekali" kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

"Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam," katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.

"Malah PKR pun pening kepala dengan beliau," katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

"Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor," katanya dalam tulisan kali ini.
 
 
P/s: Demi maruah dan kesucian agama konon, mengapa MCA sedang menghina Islam dibiarkan begitu saja! Belum sentuh yang lain lagi.



Lelaki China Paksa Teman Wanita Pakai Cawat

Posted: 06 Dec 2011 07:11 PM PST



Seorang lelaki berusia 29 tahun dari China telah memaksa teman wanitanya memakai sejenis cawat selepas mengetahui kekasihnya itu berjumpa dengan lelaki lain.

Wanita yang hanya dikenali Xiao Tian dipaksa memakai cawat itu bermula bulan Ogos lalu apabila teman lelakinya dengan nama keluarga He, mengesyaki dia berlaku curang. Lelaki itu menyerang Xiao Tian dan menguncinya  di dalam bilik tidur.

Pada keesokan harinya, lelaki itu membeli cawat  di internet dan mengarahkan teman wanitanya itu memakainya ketika keluar bekerja setiap hari.

Apabila Xiao Tian pulang pada waktu malam, teman lelakinya akan memeriksa cawat tersebut dengan teliti. Lelaki itu akan naik angin jika menemukan tanda-tanda cawat itu cuba dibuka.

Menurut akhbar, dalam satu kejadian, lelaki itu mengikat tangan dan kaki Xiao Tian, dan mengurungnya sehingga menyebabkan mental wanita itu tidak stabil.

Pada 23 Ogos, apabila He keluar, Xiao Tian berjaya melonggarkan ikatan lalu menulis nota meminta tolong dan mencampakkannya keluar dari tingkap.

Polis yang mendapat maklumat tentang kejadian itu bergegas untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan He  serta-merta. Lelaki itu disabitkan dengan kesalahan mengurung teman wanitanya dan dikenakan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Rakyat Daerah Qingyang Daerah di Chengdu baru-baru ini. -DCM


P/s: Macam-macam!



Malaysia di Tangga Ketiga Carta Pasangan yang Tidak Setia

Posted: 06 Dec 2011 05:00 PM PST



Berdasarkan suatu kaji selidik, 33% lelaki Malaysia mengakui bahawa mereka tidak setia kepada pasangan masing-masing. Negara yang menduduki tangga kedua carta ini ialah Korea, 34%, manakala Thailand menjuarai carta ini dengan 54% lapor China Press.

Selepas Malaysia, negara yang dinyatakan dalam senarai itu ialah Rusia 32% dan Hong Kong 29%.
 
Kaji selidik melibatkan responden wanita pula mendedahkan bahawa  39% wanita Malaysia mengakui curang kepada pasangan masing-masing. Dua negara yang menduduki senarai teratas ialah Nigeria 62% dan  Thailand 59%.
 
Kaji selidik yang dijalankan oleh pengeluar kondom Durex berdasarkan temu bual dengan 29,000 orang di 36 buah negara. 

Kaji selidik itu turut mendedahkan lelaki Malaysia secara puratanya mempunyai 3 pasangan seks sepanjang hidup manakala lelaki di Singapura dan Hong Kong mempunyai 16 pasangan seks sepanjang hidup mereka. -DCM



Penyanyi 80-an Didakwa Cabul Budak & 2 Wanita

Posted: 06 Dec 2011 03:39 PM PST


Saya petik:

[HM] Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.

"Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak," katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.

Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.

Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

"Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya," katanya.

Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.

"Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah," katanya.

Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya.



Tiada ulasan: