Jumaat, 2 Disember 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa Orang-Orang Umno Biarkan Shahrizat Tanpa Pembelaan?

Posted: 01 Dec 2011 07:45 PM PST


Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara kelmarin, walaupun bersikap emosi yang keterlaluan, Shahrizat juga menampakkan rasa kesal dan kekecewaannya terhadap sikap majoriti ahli Umno yang tidak memberi sokongan dan pembelaan yang padu terhadap krisis yang sedang dialaminya sekarang.

Kenapa orang-orang Umno membiarkan Shahrizat bersendirian? Mungkin kerana skendal fidlot tersebut dimonopoli oleh keluarga Shahrizat sendiri.Maka kini seolah-olah mereka mahu memulangkan paku serpih - ambik kau, mau makan sorang, sendirilah tanggung!

Sebab itu kita lihat, selain Noh Omar, Khairi Jamaluddin, Muhyiddin Yassin dan PM Najib sendiri, nampaknya lain-lain orang Umno tidak bersungguh dalam membela Shahrizat dan keluarganya yang sedang dikecam hebat akibat skandal lembu fidlot.

Rafidah Aziz, mantan Ketua Wanita Umno pun tak terdengar pun cuba backing untuk beri semangat kepada Mami Lembu ni!Kesian dia!

Keadaan ini nampaknya sangat mengecewakan si Mami Lembu ini.Lantaran itu dia mengingatkan ahli-ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.

Ibrahim Ali yang terkenal lantang itu pun tidak mahu tolong Shahrizat.Apakah Ibrahim Ali naik satu kapal bersama Bung Mukhtar yang mahukan Mami Lembu letak jawatan?

Tiada ulasan: