Senyum Tangis Sendu |
Siri 4: Melaka Panas!! Giliran MMU Pula SPR Daftar Pengundi Posted: 28 Dec 2011 08:54 PM PST Hari ini tiba giliran Multi Media University (MMU) Bukit Beruang didatangi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam agenda mendaftar seberapa banyak mahasiswa untuk mengundi di DUN Bukit Baru dan juga Parlimen Bukit Katil yang dijangkakan pada Mac 2012. Sumber dari admin yang ketika itu berada dalam MMU mendapati pihak SPR dan JPN giat mengatur pendaftaran baru dan pertukaran alamat. Sehingga ke hari sudah tiga buah kampus universiti telah dijadikan "pengundi hantu" untuk UMNO/BN. Pendaftaran dijangka tamat pada tengah hari ini dan ia bermula seawal pagi lagi. Sasaran mereka selepas ini adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sebelum ini dikenali Institut Pendidikan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun namun pada ketika ini kebanyakkan pelajarnya masih bercuti dan dijangka kembali pada Januari nanti. Modus operandinya sama seperti UiTM dan UTEM. Mereka akan mendaftar seberapa banyak pelajar demi memastikan undi untuk UMNO/BN meningkat dengan mendadak terutamanya dalam Parlimen Bukit Katil. UMNO/BN Bukit Katil sekarang ini agak gelisah ekoran sokongan Melayu sudah berpaling kepada Pakatan Rakyat. Pihak kami cuba mendapatkan video dan dokumen. Video akan didedahkan dalam masa terdekat. |
Siri 3: Melaka Panas!! UTEM Kampus Seterusnya Tukar Alamat Posted: 28 Dec 2011 04:00 PM PST Melaka dalam keadaan kritikal. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka sedang bergiat aktif mendaftar mahasiswa untuk pertukaran alamat tempat mengundi ke Parliemn Bukit Katil. Kegiatan itu dilakukan pada hari Selasa bertarikh 27 Disember 2011 dan setakat semalam 28 Disember 2011, mahasiswa telah ditarik untuk membuat pertukaran alamat bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang. Kegiatan itu dilakukan dikolej kediaman UTEM. Kegiatan ini akan berlangsung sehingga ke hari Jumaat ini iaitu pada 30 Disember 2011. Sebelum ini UiTM kampus Bandaraya Melaka menjadi sasaran SPR dan JPN dan pada hari ini kampus UTEM Durian Tunggal menjadi sasaran SPR dan JPN dalam proses menukarkan alamat mahasiswa supaya mengundi UMNO/BN di Parlimen Bukit Katil. Berikut adalah yang terlibat dalam kaitan pertukaran alamat mahasiswa UiTM dan UTEM ini adalah Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Speaker DUN Melaka, Naib Canselor UTEM, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara. Selain itu, anak kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Datuk Yaakob Md Amin iaitu Mohd Asri Bin Yaakob. Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS), pihak kampus UiTM Bandaraya Melaka dan mahasiswa UiTM yang ditugaskan untuk mencari mahasiswa baru. Klik imej untuk pembesaran Ikuti pendedahan ini dari semasa ke semasa dan akan dibongkar siapakah wakil GPMS yang menjadi dalang menyarankan pelajar supaya menukarkan alamat tempat mengundi serta video-video dan dokumen-dokumen lain akan menyusul. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan