Isnin, 19 Disember 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Bank Dunia Pengkhianat Agama,Bangsa Dan Negara!

Posted: 18 Dec 2011 06:28 PM PST

Asal Bukan UMNO.. Pangkah!
Ini iktikad kita di PRU-13!


hmmm..
Che Det ni dia adakan Cyberjaya...
Siap upah CT nyanyi lagu Sayangggg IT.. Cintaaaaa IT!

Takkan tak paham-paham lagi kot?

Yang Bank Dunia ni pun satu..
deletelah semua data2 tu..
Kan dah terkantoi Che Det!

hmmm..
kita tunggu apa lagi pencacai UMNO nak spin..
kompom ada punyaa spin diaorang!

wakakkakaa!

Lagi satu..
sumpah laknah ni dah jadi mainan dek puak2 nie dah..
sikit2 sumpah kat masjid..
sikit2 sumpah pegang Al-Quran...

Woi! laksana isi Al-Quran tu jauhhhhhhh lebih wajib laaa..
sumpah pakai Al-Quran, undang-undang Al-Quran tak nak pulak!
chaittt!! sesat lagi menyesatkan laaaaaa UMNO neh!

budakbalun 19122011

Dr M cabar Anwar tunjuk surat pinjaman Bank Dunia

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworh hari ini.-Mkini

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.

Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.-Mkini

Tiada ulasan: