BRIGED MP SEGAMBUT |
- Umno lemah hadapi ugutan komponen BN
- 'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut
- GAMBAR MAYAT ANWAR IBRAHIM? APA UMNO MAHU LAKUKAN?
- DEWAN PEMUDA PAS MASIH BERMIMPI?
Umno lemah hadapi ugutan komponen BN Posted: 19 Dec 2011 08:02 AM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak. Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India. Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula. "Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri. "Apa faedahnya kerajaan berbelanja sehingga berjuta untuk mencetak, kemudian menampal beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India tetapi akhirnya ditarik balik selepas novel sudah dirosakkan," katanya. Tambahnya, keputusan berubah-ubah itu turut melibatkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada mulanya setuju dimansuh tetapi kemudiannya ditangguh apabila dibantah sesetengah pihak. "Jadi secara jelas sikap flip-flop ini menunjukkan betapa lemahnya Umno," kata Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Seminar Penerangan PAS Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini. Kira-kira 300 peserta hadir. Turut membentangkan kertas kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anuar Hashim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad. Mengenai pilihan raya umum (PRU) kali ini, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan yang paling sengit sehingga diakui dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru-baru ini sebagai PRU menentukan hidup mati Umno. Tambahnya, selepas PRU 2008 yang menimbulkan kejutan, sudah ada mood rakyat untuk melakukan perubahan. "Pemerhati meramalkan jika tsunami dulu berpusat di Kedah sehingga membuatkan negeri di utara Semenanjung jatuh ke tangan PR, kali ini dijangka berpusat di Negeri Sembilan di mana akan menjatuhkan negeri-negeri di selatan tanah air pula," katanya. Mengenai Pahang, beliau berkata pergantungan kepada pengundi Felda menjadi penentu kerana di negeri ini terdapat 27 kerusi Dun melibatkan kawasan Felda daripada 42 kesemuanya. Tambahnya, dengan perkembangan terbaru isu-isu Felda PR mungkin menerima lonjakan undi luar biasa asalkan kerja-kerja penerangan dilakukan secara berterusan. Serentak itu, beliau mahu saluran maklumat melalui dunia internet dipergunakan semaksimum mungkin dalam penyebaran maklumat termasuk melalui portal berita, blog, facebook dan twitter. |
'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut Posted: 19 Dec 2011 06:27 AM PST Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka. Timbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee. "(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi. Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini. Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang. Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian." Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau. Terpaksa hubungi polis Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat. "Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak. "Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya. Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian. Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah: (1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13. (2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi. (3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras. |
GAMBAR MAYAT ANWAR IBRAHIM? APA UMNO MAHU LAKUKAN? Posted: 18 Dec 2011 06:00 PM PST |
DEWAN PEMUDA PAS MASIH BERMIMPI? Posted: 18 Dec 2011 04:23 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani dan drastik dalam menangani skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya. Ketua Penerangan DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pihaknya berpandangan, isu dakwaan penyelewengan dana NFC merupakan isu besar negara yang memberi kesan buruk bukan sekadar rakyat di negara ini, malah ia juga di peringkat antarabangsa. Beliau dalam satu kenyataan menambah, rakyat yang melihat segala penyelewengan dalam negara ini merasa muak kerana pemimpin negara bersikap tidak jujur kepada rakyat. "Persepsi rakyat menyatakan bahawa pemimpin negara yang berkuasa pada hari ini mementingkan diri mereka sendiri dan bukan berkhidmat untuk kepentingan rakyat. "Isu ini pastinya mengikis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan yang mereka pilih dalam pilihanraya," katanya. Dalam keadaan demikian, ujarnya sudah timbul pelbagai desakan supaya Shahrizat meletak jawatan. Desakan kuat itu, tambah beliau bukan setakat datang dari rakyat dan pemimpin Pakatan rakyat, malah pemimpin Umno sendiri menyuarakan rasa tidak senang dengan isu itu kerana merasakan Shahrizat sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Bagi DPP Malaysia, tegasnya tidak adil jika hanya Shahrizat sahaja yang disalahkan ekoran dakwaan penyelewengan sebanyak RM 250 juta dalam projek tersebut sebaliknya menteri berkaitan juga perlu dipertanggungjawabkan kerana terlibat meluluskan projek tersebut. Selain Shahrizat, katanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri juga perlu dipertanggungjawabkan atas isu itu. Ini, katanya kerana Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani ketika projek tersebut diluluskan dan beliau mempunyai kuasa untuk meluluskan atau membatalkan projek tersebut ketika itu. Tambahnya, slogan transformasi yang dilaungkan dalam kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Menurutnya lagi, Najib perlu segera membersihkan kabinet beliau dari sebarang kes yang memalukan dan antara langkah yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap beliau adalah dengan mendesak Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagaimana desakan terhadap Shahrizat. "Tindakan ini sebagai pengajaran supaya setiap pemimpin negara menjaga amanah kepemimpinan mereka yang telah diberi oleh rakyat," katanya. DPP Malaysia, katanya mengingatkan PM supaya bertegas membersihkan kabinetnya dari sebarang isu yang boleh menjejaskan kredibiliti negara. Katanya lagi, pemimpin negara bukan setakat perlu bersih dari rasuah, malah dilihat oleh rakyat bersih dari rasuah atau penyelewengan. Beliau berkata, penyakit rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah dosa besar yang boleh menghancurkan negara dan umat. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan