Isnin, 19 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Turun Bendera Najib : Inilah Pencacai UMNO yang mahu tumbuk Mahasiswa (Video)

Posted: 19 Dec 2011 07:13 AM PST



Seperti juga Tun Mahathir yang menafikan beliau pernah meminjam dari Bank Dunia pada tahun 1989, begitulah juga dengan pencacai UMNO ini..


Beliau tidak mengaku beliau adalah pencacai UMNO.. katanya beliau bukanlah Gangster UMNO tapi ini melibatkan maruah… maruah siapa?

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata pencacai tersebut - sepenuhnya di SINI

MARUAH??? kah..kah..kah.. maruah siapa? kalau bukan pemimpin UMNO..

Sebab Bendera Najib diturunkan oleh Mahasiswa (Video)

Posted: 19 Dec 2011 06:18 AM PST



Sabtu lalu sekumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan telah bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) .


Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Kerana marah dengan tindakannya itu ada pencacai UMNO yang mahu meludah dan menampar muka Mahasiswa yang menurunkan bendera Najib itu (lihat Video di SINI)

Hari ini pula Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu. Baca di SINI

Sepatutnya pencacai-pencacai UMNO itu bertanya dahulu apakah sebabnya bendera gambar Najib diturunkan dari PWTC oleh Mahasiswa.. bukannya menyerbu membabi-buta seperti seekor babi yang buta..

Saksikan apa sebabnya Mahasiswa tersebut menurunkan bendera Najib..


Turun Bendera Najib : Mahasiswa Hampir Ditumbuk

Posted: 19 Dec 2011 03:59 AM PST



KUALA LUMPUR, 19 DIS: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.


Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.

Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.

Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.

Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.

"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya.

Antarapos

Dokumen dari Bank Dunia yang membuktikan Tun Mahathir seorang PENIPU.

Posted: 19 Dec 2011 01:38 AM PST



KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1999.


KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku "menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia".

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

Photobucket
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

Photobucket
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Photobucket
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI

Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.



MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI
YB NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI
WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PERDAGANGAN KEADILAN


19 DISEMBER 2011

Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula?

Posted: 18 Dec 2011 04:40 PM PST



Pada 28 Disember tahun 2010, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.


Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) katanya.


Berita penuh di SINI

Dengan purata harga RM1 Billion untuk membina sebuah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) ada pihak mendakwa bahawa kapal peronda tersebut boleh dikategorikan sebagai Kapal Peronda termahal di dunia. baca di ( SINI )

Tetapi itu bukanlah harga yang telah diluluskan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Dalam hal pembelian 257 'Armored Personnel Carriers' untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia kita telah menyaksikan pada awal perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ianya bernilai US$559 Juta (RM1.749 billion) tetapi Kerajaan Malaysia telah membayar RM7.55 Billion, empat kali ganda dari harga yang ditandatangani awal perjanjian.

Menteri Pertahanan yang dilaporkan telah menyaksikan perjanjian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua mengatakan Kementerian Pertahanan tiada maklumat tentang perjanjian antara FNSS dan Deftech tersebut. Sila baca di ( SINI )

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku dalam hal pembelian enam Kapal Peronda Generasi Kedua, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut, tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd telah menerima 'Letter of Award' dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion.

Kenapa wujud lebihan RM3 Billion ini?? Siapa yang rembat? Adakah ianya juga perlu dibayar untuk komisyen lagi?

Photobucket

Boustead gets Mindef contract for 6 ships, contract ceiling RM9b

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd has received the letter of award from the Ministry of Defence (Mindef) to supply six patrol vessels with a contract ceiling of RM9 billion.

Bousted Holdings Bhd said its subsidiary Boustead Naval Shipyard had received the letter on Friday to design, construct and deliver six second generation patrol vessels.

"The contract carries a ceiling of RM9.0 billion, to be implemented over three Malaysia Plans, 10, 11 and 12. The delivery of the first of class ship is estimated in 2017 with follow-on ships every six months thereafter," it said.

The Edge

Tun Mahathir boleh menjadi sumpah-sumpah sekarang..

Posted: 18 Dec 2011 10:13 AM PST



Sebahagian dari Laporan Lidah Rasmi UMNO - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.


Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu,"

Mungkin kerana faktor usia.. Tun terlupa bahawa setelah Anwar dipecat pada tahun 1998 tahun berikutnya 1989 Malaysia telah membuat tiga pinjaman dari Bank Dunia yang berjumlah USD404 Juta..

Perhatikan pada imej dibawah.. adakah tanpa sebarang permohonan Bank Dunia secara tiba-tiba mahu memberikan pinjaman kepada Malaysia?

Photobucket
Photobucket

Untuk lebih jelas sila lihat di SINI

'Lihat siapa pemilik San Miguel' sebelum cabar Anwar, Mahathir digesa

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.

Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

"Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.

"Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata PKR dalam satu kenyataan pejabat Anwar Ibrahim hari ini.

Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan.

Kenyataan itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

"Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul," kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri.

Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, "saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian."

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran.

"Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

"Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita.

"Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya.

Kenyataan hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF.

"Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.

"Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98," katanya lagi.

Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

"Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

"Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus," kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.

"Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut.

"Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

"Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat," katanya lagi.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan: