Khamis, 8 Disember 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


UMNO:Wasatiah ke Wasataik?

Posted: 08 Dec 2011 05:49 AM PST



hmm..
Inilah salah satu kemuncak kejahilan manusia terhadap nilai-nilai manusia itu sendiri!
Dan malangnya ianya berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini..Tak sangka sungguh teman, kebiadapan dan kebodohan jenis ni yang selalu kita dengar berlaku di negara barat..
Telah sampai disini! di Malaysia yang mengaku negara Islam ini!

terima kasih kepada brader mamak yang sudi menambah lagi cuka ke dalam belanga susu UMNO!

wakakakaka!

budakbalun 08122011

Wasatiyyah Sudah Lama Jadi Tunjang UMNO – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas manipulasi yang memandang konsep wasatiyyah yang dilakukan UMNO sebagai kononnya parti ini sedang bergelora.

Katanya, berkaitan dengan konsep tersebut semua pihak perlu kembali menoleh kepada sejarah daripada dulu sejak kemerdekaan 54 tahun khususnya apabila bercakap soal pembangunan fizikal, pembangunan spiritual dan juga pembangunan dalam bentuk pendidikan.

"Pembangunan tersebut semuanya adalah merupakan hasil daripada sumbangan UMNO sendiri; masakan kita mempunyai 22, 000 buah surau dan masjid di Malaysia kalau tidak ada yang membinanya? Tentunya yang membinanya adalah daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN). - UMNO Online

Hadiah 'Kek Tahi' : Tindakan Paling Hina Dan Keji Umno Pulau Pinang

SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan 'tahi manusia' yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.-Tinta hijau

Kantoi! UMNO Jawabkan untuk SPR!

Posted: 08 Dec 2011 01:45 AM PST


Sah!
Kalau Akad Nikah ni..
Dah kompom Tok Qadhi jerit Sah!
Saksi pun kata Sah!

YB Nurul Izzah tanya SPR..
Tiba-tiba SPR belum kata apa-apa UMNO pulak yang jawabkan??

Ni dah macam yang kena tuduh Shahrizat dan keluarga..
Yang mula-mula respons Khairi Jamaluddin!???
Shahrizat dan keluarga tak jawab apa pun lagi!

aduhhh!!
Takkan tak nampak lagiiiiiiii!??????
budakbalun 08122011

4 sebab pengundi pos ramai di Lembah Pantai

PETALING JAYA: Umno bahagian Lembah Pantai menjelaskan empat faktor mengapa jumlah pengundi pos meningkat mendadak di parlimen Lembah Pantai.

Empat faktor berkenaan ialah pembesaran balai polis Jalan Travers, pembukaan pusat tahanan polis di Bukit Jalil, ramai pegawai petugas pilihan raya dan kaki tangan kedutaan negara di luar yang menetap di Lembah Pantai.

Timbalan ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad berkata, berikutan itu jumlah daerah mengundi di Lembah Pantai meningkat kepada 19 berbanding 18 pada 2008.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan naib presiden PKR yang juga ahli parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai peningkatan mendadak pengundi pos di parlimen tersebut.

Dalam sidang media semalam, beliau mendakwa pengundi pos di Lembah Pantai ialah 2, 180 orang atau 3.1 peratus dari jumlah pengundi 70, 000 orang.
-Greenboc

Rahsia Besar Pemuda UMNO Malaysia? Bongkar!!!

Posted: 08 Dec 2011 12:22 AM PST


No komen!
Baru nak berkhatan ghopenyerrr!
wakakakakaka!

budakbalun 08122011

PBB Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara!!

Posted: 07 Dec 2011 08:21 PM PST

memang nak kena P*kimak la PBB neh! wakakaka!

Aduyaiii.. PBB nie...
Jangan masuk campur laa...
Ini urusan pejuang-pejuang bangsa,agama dan tanahair!

Ini melayu laaa...
kalau ikut UMNO, melayu otomatik Islam..
so, Islam UMNO mana ada zalim?
Islam UMNO lagi betul daripada Islam Syeikh Abdul Rahman As-Sudais!
lagi Islam daripada Sheikh Mohaisany!
Jauh lagi Islam daripada Sheikh Yusuf Al-Qardhawi!
Alim lagi kak Rosmah daripada Sheikh Mehdi Akif, Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir!
Tak caya? tanya Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor!

wakakakaka!!

Jangan tetiba PEKIDA/PERKASA gi demo depan pejabat PBB di Geneva dah laaaa!!
wakakakaka!!

budakbalun 08122011

RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB

Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

Maina (kanan) berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri.

"Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan.-Mkini

Skill Menipu Cara Slumber Ahmad Maslan

Posted: 07 Dec 2011 07:30 PM PST

Wa pun slumber gak! warrghhhhhhh!!!


Sempoi..
Cara brader ni memang terbaekk!

Menipu cara slumber..
Menipu cara profesional...

macam Kak Shahrizat..
Dah buat salah..
Dah kantoi..

Tapi guna skill Cara Slumber..
Siap ugut nak ajak Wanita UMNO mengamuk lagi!
Nak selak kain? opssss!!
Mau tak selera makan 2-3 purnama kalau tertengok apa yang nak diselaknya!

Sudah-sudahlah menipu cara slumber ni..
Bukan orang tak tau..
1Malaya dah tau apa kerojenye antara BN-SPR-JPN..
Yang jenuh Pemuda PAS lapor,bongkar,kesan tu apa dia?
Tak pernah dijawab pun!

La ni dah ada bukti yang sahih,
beribu Indon layak mengundi..
Siap kantoi bawak indon-indon ni gi 'Kursus Keusahawanan' lagi!
Aduhhhh!!

Memang terbaek lah skil 'Menipu Cara Slumber" neh..

Kena nuntut kat Ahmad Maslan neh..
Agak-agak apa pengerasnya ekk?

Silap-silap dengan menggunakan skill 'slumber' ni jugaklah
Penggunaan dakwat kekal akan dibatalkan 1-2 hari sebelum hari mengundi PRU13 nanti!
Tunggu je laaaaaa

wakakakakaka!

budakbalun 07122011

PRU13: Umno, BN tiada masalah guna dakwat kekal


Umno dan BN tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat memperkenalkan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal ataupun mengekalkan sistem sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kaedah dakwat kekal yang ingin digunakan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada Umno dan BN kerana mereka tidak pernah menyalahgunakan sistem pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.-mkini

Najib? Debat? Wakakakaka!

Posted: 07 Dec 2011 05:23 PM PST

Anwar khianat bangsa!!! (fuhhh..nasib baik Anwar Takde kat sini.....)



Teman rasanya dah beratus kali kabo..
Jangan sesekali ajak UMNO berdebat!
Kelak akan digelar pengkhianat negara!!

Pejuang melayu UMNO mana main debat-debat!
Wira bangsa melayu UMNO mana main hujah-hujah!

Serikandi 'melayu' UMNO macam Shahrizat..
Mana main mengaku-mengaku..
Jelas rembat RM250 juta duit rakyat,
sinsing lengan mengamuk depan pengampu-pengampu!

Jangan diusik hulubalang dan serikandi melayu UMNO!
Kelak PEKIDA dan PERKASA berdemo depan rumah!

Jangan diajak berdebat golongan bangsawan UMNO!
Kelak akan dihantar si Kitul dan mendeliar membuat durjana!
Jangan dipelawa pahlawan melayu UMNO bersanggar bicara..
Nanti akan digelar pengkhianat agama,bangsa dan negara!

Najib? Debat? Umum?
Wakakakaka!!!

Wakakakakaka!

budakbalun 08122011

Usaha temukan Najib-Anwar di pentas forum 15 Dis

Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam. - Mkini

Tiada ulasan: