Khamis, 8 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


INI JUGA LEMBU POLITIK?

Posted: 08 Dec 2011 08:32 AM PST

Masyarakat Melayu Pulau Pinang digesa mengetepikan fahaman politik demi mencapai perpaduan, kata Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Mohd Yussof Latiff.
Katanya, orang Melayu tidak harus terlalu taksub berpolitik sehingga sanggup mengetepikan kepentingan kaum sendiri.
  
"Apa yang saya lihat sekarang bangsa Melayu kini terlalu asyik berpolitik hingga terlupa tanggungjawab mereka untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Jika kita tidak bela nasib kaum sendiri, siapa lagi?" katanya kepada Bernama hari ini.
  
Mohd Yusoff berkata perpecahan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu masih boleh diperbaiki dengan syarat kaum itu berusaha kuat untuk mencapai perpaduan dan mencari titik persefahaman sesama mereka.

"Jika orang Melayu asyik berbalah sesama sendiri sampai bila pun mereka tidak akan berjaya. Tetapi perpaduan dalam kalangan orang Melayu masih boleh dipupuk jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapainya," katanya.

Mohd Yussof berkata Pemenang bersama persatuan kariah masjid di seluruh Pulau Pinang akan mengadakan satu kongres perhimpunan masyarakat yang akan dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan masalah dan cabaran kaum Melayu sekarang.

Bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian, penganjur berharap daripada kongres itu, masyarakat Melayu dapat bertukar pandangan dan merungkai permasalahan yang dihadapi di samping mempercambahkan pemikiran mereka dengan ilmu yang bermanfaat.

Kongres itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai pada 17 Disember ini.
  
Orang ramai dan wakil-wakil NGO yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Pemenang, di alamat No 60, Jalan Pemenang, Pulau Pinang atau telefon 04-2273092.

- Bernama

NAJIB DAN UMNO ULTRA MELAYU?

Posted: 08 Dec 2011 06:30 AM PST

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.
generation 709 220711 khalid samadTimbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah
sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.

NONESebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan.

Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut.

PERINTAH MAHKAMAH MELALU FACEBOOK?

Posted: 08 Dec 2011 04:28 AM PST

Kuala Lumpur City Park Bhd, KLCC Urusharta Sdn Bhd dan Suria KLCC Sdn Bhd, telah memberi amaran untuk mengambil perintah mahkamah terhadap penganjur "Flashmob 1000 Malaysians Apreciate Christmas Tree'.

Ini ekoran surat dari firma guaman Zul Rafique & Partners, yang mewakili ketiga-tiga syarikat yang beroperasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC) itu.

klcc a samad said protest against assembly bill 1Ia dialamatkan kepada pensyarah Universiti Monash, Wong Chin
Huat, dan diserahkan melalui tangan dan juga kepadanya dan enam yang lain melalui Facebook bahawa perintah mahkamah mungkin diperolehi terhadap mereka berhubung penganjuran acara itu pada hari Sabtu di KLCC park.

Selain Wong, mereka yang menerima notis melalui Facebook itu ialah Vienna Looi, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tan, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa. Dipercayai ini adalah kali pertama notis seumpama itu dihantar oleh firma guaman melalui Facebook.

KilltheBill.org,
yang merupakan anggota Kempen Jom Ke Jalan, terkejut menerima surat peguam yang mewakili KLCC untuk memohon perintah mahkamah itu.

"Kami percaya ini mungkin kali pertama di Malaysia, jika tidak di dunia, di mana flashmob dilihat sebagai satu ancaman utama sehingga memerlu perintah mahkamah.
"Ini amat menyedihkan selepas dunia menerima pakai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 63 tahun lalu, "kata satu kenyataan pihak penganjur

project ic dan siasatannya

Posted: 07 Dec 2011 04:00 PM PST

Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan Projek IC di Sabah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu akan dibuat hanya selepas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini mengemukakan laporan penuhnya tahun depan.
               
NONELiew berkata buat masa ini, kerajaan tidak akan membuat sebarang keputusan, walaupun laporan interim PSC dibentangkan minggu lalu.

Beliau berkata PSC masih perlu mengadakan empat lagi pendengaran atau inkuiri awam. Sesi pertama bermula hari ini di Kuching, manakala pendengaran terakhir akan diadakan pada 13 Januari tahun depan di Johor Baru.

Hanya, setelah selesai empat pendengaran itu, PSC akan menyediakan laporan penuh, kata Liew kepada media di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan laporan awal PSC supaya kerajaan  menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja sebagai langkah jangka panjang.

Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor

Posted: 07 Dec 2011 11:00 AM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air.

Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu,  selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) yang telah menyaksikan empat saksi Syabas  telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini.

"Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika," kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu.

Tan Sri Abdul Khalid telah diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co.

Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas.

Syabas menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air.

Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja Syabas atau PEKA.

Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Roslan Hassan.

Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan Syabas tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010.

Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011

Tiada ulasan: