Khamis, 8 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


KEJI-nya!!

Posted: 08 Dec 2011 08:30 AM PST


Bagi kek hari jadi daripada 'tahi' manusia??

Astaqfirullahalazim....

KEJI-nya!! Bikin malu bangsa jer. Bangsa apa??

Lu orang pi tanya depa....

[Ceritanya di sini]

Nasi berlauk ikan senangin

Posted: 08 Dec 2011 06:30 AM PST


Debat NFC: Rafizi mahu Khairy tetap tarikh
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Dis
: Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

"Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

"Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri," katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

"Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy.

Khairy takkan berani punyer. Akan ada ler alasan yang dia bagi nanti. Skandal terang lagi bersuluh ini, susah dia nak tangkis.

Silap hari bulan... berhujah merapu, bikin UMNO malu... dan paling dia cuak jika tak dapek pulak jadi calon PRU13. Melopong monyet Oxfart tu nanti.

Kesian menantu daddy... Terencatler peluang nak mendaki hieraki parti untuk menjadi Perdana Menteri
macam daddy, suatu hari nanti.

Nasi berlauk, ikan senangin
Dulu mengamuk, awat la ni dingin??

Kah kah kah kah

Mentaliti 'Bagan Datok'

Posted: 08 Dec 2011 04:45 AM PST


Kah kah kah kah

Naik kapal selam, rakyat lupa kisah silam??

Hotak kau!!

Naik Kapal Selam Tak Semestinya Hapuskan Persepsi Negatif Umum" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menerima pelawaan daripada Menteri Pertahanan untuk menyelam bersama kapal selam negara KD Tun Razak tidak bermakna ini akan menghapuskan persepsi negatif mengenainya.

Beliau berkata, langkah ini juga tidak bermakna yang mereka akan melupakan bagaimana Kerajaan Persekutuan gagal menjelaskan isu berkaitan dengan dakwaan terdapatnya kecacatan teknikal pada pembinaannya dan juga harganya yang begitu tinggi.

Lim juga berkata yang beliau sebenarnya mencabar Zahid untuk menjawab segala persoalan yang menyelubungi isu mengenai kapal selam itu Mac tahun lalu dan kenapa hanya selepas 21 bulan barulah beliau dipelawa untuk menaiki KD Tun Razak.

"Adakah ini bermakna, mereka mengambil masa yang begitu lama untuk membetulkan apa juga kecacatan teknikal yang menghalang kapal selam itu daripada boleh menyelam?," tanya Lim.

Penangguhan yang begitu lama katanya hanya mencetuskan lebih banyak keraguan mengenai kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menyelenggara kapal selam itu.

"Memang saya akan pergi ke LIMA dan menyahut cabaran yang dibuat oleh Zahid itu tetapi umum masih lagi menunggu jawapan yang menyakinkan tentang mengapa kos kapal selam ini terlalu tinggi dan juga kos penyelenggaraannya yang juga terlalu tinggi," kata Lim.

Menurut beliau, sekiranya terdapat kecacatan teknikal, kapal selam itu wajar diserah balik kepada pembuatnya sebagaimana amalan antara pembeli dan penjual-Mstar

Bangang ibnu Ngok!!

Itulah mentaliti lapok Zahid Hamidi. Lapok lagi ngok. Aku nak namakan mentaliti ngok dia ni dengan nama 'Mentaliti Bagan Datok'.

Manusia.... tuan punya 'Mentaliti Bagan Datok' ini ingat... dia dengan mudah boleh memperbodoh rakyat macam tu saja. Jangan hina rakyat. Rakyat punyer mentaliti lagi class tau. Mereka jauh lebih cerdik daripada kamu.

So.... kalau anda rasa dengan menaiki kapal selam itu, rakyat boleh lupa 'taik' yang terpalit padanya.... kamu silap besor ler!! Silap besor wa kasi tau lu.

Sebab.... Ingat kapal selam... ingat 'taik' UMNO!!

Lauk untuk diratah

Posted: 08 Dec 2011 03:00 AM PST


Lauk untuk diratah!!
Mari..!! Mari... !!
Hot and Spicy
From NFC

Banyak pejal, banyak isi!!
Jangan lepaskan peluang ini.

Free....!!
Mari..!! Mari...!!

Kah kah kah kah..

[Lawak dipanjangkan dari sini]

Transformed menjadi negara 'kunta kinte'

Posted: 08 Dec 2011 01:30 AM PST

Gambar hiasan:Google

Berliang-liang kena 'tampor' daripada Kumpulan Hak Asasi PBB. Kalau muka-muka tembok tu tak sedor-sedor jugak, tak tau nak kata ler.

Tapi, rasanya mereka sedor tapi terpaksa buat-buat tak sedor. Kalau rakyat tidak dirantaibesikan, maka mereka akan bangkit dan ini akan membahayakan kedudukan si pemerintah kuku besi.

Laknat ke atas mereka!! Laknat kerana mentransformkan negara ini menjadikan sebuah negara kuku besi. Hak rakyat dihalang, Hak rakyat dikekang bagi menjamin kuasa mereka kekal.


RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB

12:05PM Dis 8, 2011

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

Maina berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri.

"Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 November dan ia diluluskan secara tergesa-gesa dengan beberapa pindaan, dalam tempoh kurang daripada dua minggu - pada 29 November.

Ia diluluskan walaupun ahli parlimen pembangkang bertindak keluar
dewan selepas membahaskan rang undang-undang tersebut, dan juga bantahan oleh lebih 1,000 peguam pada hari yang sama.

Rang undang-undang itu juga termasuk larangan ke atas bukan warganegara dan warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman.

Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB sehingga 2013.

Seorang lagi pelapor khas bagi hak kebebasan untuk bersuara,
Margaret Sekaggya (kiri), berkata beliau memandang berat peruntukan melarang warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun.

"Penyertaan politik dan sosial melalui protes secara aman, bukan sahaja merupakan satu pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak, belia dan pelajar, tetapi juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya," tegasnya.

Manakala pelapor khas bagi hak kebebasan bersuara, Frank La Rue, menggesa kerajaan Malaysia menimbang semula secara serius rang undang-undang itu.

"Keupayaan semua individu untuk bersuara secara bebas, termasuk dalam bentuk perhimpunan aman, merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara."

Fracois Crepeau, pelapor khas hak asasi manusia bagi pendatang,
juga menggesa supaya rang undang-undang itu segera dikaji semula.

"Setiap orang berhak terhadap kebebasan berhimpun dan berpersatuan, tanpa sebarang apa jua pembezaan, termasuk kewarganegaraan," kata Crepeau.

Kesemua pakar tersebut melaporkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Geneva, dalam kapasiti bebas dan tidak dibayar.

Julai lalu, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan kuasa yang berlebihan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. [Sepenuhnya di sini]

Tindakan Bijak

Posted: 08 Dec 2011 12:00 AM PST


Guan Eng nasihat publik tidak beri beliau hadiah hari jadi

December 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan menerima sebarang hadiah sempena sambutan hari kelahiran beliau yang ke-51 hari ini, demikian menurut kenyataan pejabatnya.

"Saya dengan ini sesungguhnya memaklumkan bahawa hari jadi Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan satu perkara peribadi dan bukan sambutan rasmi yang diraikan oleh kerajaan negeri.

"Oleh kerana perkara ini bukan perkara rasmi, apa-apa hadiah atau sumbangan tidak akan diterima oleh Ketua Menteri, yang kini dalam perjalanan pulang dari Taiwan, mahupun mana-mana pegawai daripada kerajaan negeri," kata Setiausaha Politik kepada Lim, Zairil Khir Johari.

Zairil berkata, adalah juga dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin memberi hadiah atau sumbangan boleh berbuat demikian kepada mana-mana badan amal.

Lim juga merupakan ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP.

Ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Zairil berkata, notis ini dikeluarkan selepas seseorang didapati membeli hadiah untuk Lim pagi ini.-MI

Bravo!! Wa salute sama lu!!

Satu langkah bijak yang patut dicontohi. Sebagai seorang ahli politik yang menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan.... memang tak proper jika mereka menerima sebarang hadiah walau pun untuk hari lahir.

Tindakan bijak bagi mengelakkan diri daripada dipandang serong and most importantly bagi menghindarkan diri daripada difitnah kerana rasuah atau yang se-BAU dengannya.

Shahrizat Jalil.... hang belajaq daripada tindakan Guan Eng ni noooo???

Nazak: UMNO dalam ICU

Posted: 07 Dec 2011 10:45 PM PST


PRU-13: Lembaga Disiplin Umno turun padang elak ahli sabotaj
December 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Lembaga Disiplin Umno sedia turun padang bagi membuat tinjauan di kawasan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 diadakan bagi memastikan anggota parti mematuhi disiplin yang ditetapkan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Malaysia Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pihak lembaga akan membuat siasatan ke atas mana-mana aduan atau perbuatan salah laku anggota parti.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil bagi mana-mana anggota parti yang melanggar Perlembagaan Umno dan tataetika anggota Umno semasa pilihan raya.

"Lembaga Disiplin khususnya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota yang melakukan sabotaj parti sehingga boleh menafikan kemenangan calon parti yang dipilih pucuk pimpinan parti," kata beliau dipetik Bernama Online.

Beliau berkata, sehubungan sumbangan dan kerjasama anggota Umno dalam membuat aduan amatlah dialu-alukan serta maklumat yang tepat akan memudahkan lagi Lembaga Disiplin menjalankan tugas dengan cekap dan berhemah.

Tengku Ahmad Rithauddeen mengulas ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno Ke-62 baru-baru ini yang mencadangkan supaya Lembaga Disiplin parti membuat pemantauan semasa pilihan raya umum nanti.

Muhyiddin berkata Presiden parti Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan perwakilan yang meminta anggota Lembaga Disiplin membuat pemantauan sebelum dan semasa pilihan raya untuk memastikan tiada anggota melanggar disiplin parti semasa pilihan raya.

Beliau berkata pada pilihan raya umum 2008 terdapat 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin parti dan daripada jumlah itu tiga anggota dipecat manakala enam orang digantung keanggotaan selama tiga tahun.

Katanya seorang lagi diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti manakala 12 lagi anggota tidak dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh.-MI

Kah kah kah kah...

UMNO sudah nazak wal nak mampuuss. Sekarang, ia berada dalam ICU. Kena pantau round the clock. Kalau tak pantau, takut ada pula musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang akan memotong talian ke mesin penyambung hayat mereka. Kawan makan kawan, bukan ke itu budaya mereka??

Dalam keadaan nazak wal nak mampuuss tu, mereka juga berada dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. Takut 'hantu Cina'.... takut musuh nyata iaitu Pakatan Rakyat.... takutkan kuasa rakyat... dan takut kena sabotaj orang sendiri. Yang paling mereka takut ialah kesan akhir kepada segala ketakutan yang menghantui mereka iaitu TAKUT KALAH DAN HILANG KUASA.

Kah kah kah kah...

Budaya tikam-menikam dalam UMNO sudah bikin mereka hilang kepercayaan pada anggota mereka sendiri. Gua tak caya lu... Lu tak caya gua. Gua tak dapat jadi calon.... gua sabotaj sama lu!!

UMNO... UMNO.... Kesian lu. Oleh itu....

Jaga jangan tak jaga!! Pantau jangan tak Pantau!!

UMNO berjaga UMNO memantau
UMNO celaka, mampuih cepat tau...

Sekian dimaklumkan. Tima kasssiiihhh!!

Najib Super Hipokrit??

Posted: 07 Dec 2011 09:15 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi "teramat tinggi" sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

"Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. [Klik sini untuk terus membaca]

Kadar korupsi di negara amat tinggi. Akibatnya, poket kerajaan kurang berisi. Lantas... pelbagai dasar transformasi dilaksanakan untuk menjustifikasikan keadaan yang serius ini.

Maka, lahirlah pelbagai transformasi dalan agensi itu dan ini dan JPA tidak terkecuali. Tapi, kesannya tak semuanyer indah. Ia memberi ilusi indah tapi realitinya.... mengerikan sekali. Inilah hakikat yang terpaksa kita terima hasil transformasi ini....

Duit rakyat dah banyak kena pau jadi terpaksalah saiz perkhidmatan awam dikecutkan bagi mengurangkan saiznya. Bermakna..... akan berkuranglah peluang kerja untuk rakyat di sektor awam, ya?? Kesian...

Sudah ler 29, 000 jawatan dihapuskan.... lepas tu sesapa yang tak perform, kena pulak say bye-bye... sama ada diberhentikan atau diarahkan bersara awal. Uuughh..... dahsatnyer!!

Alahai.... begitulah nasib malang kakitangan awam kerajaan. Bukannyer, makin terbela tetapi makin huru-hara dan tak menentu jadinya. Kesian komer.... Jaga-jaga. Pasti ramai yang akan terkesan.


Rakyat pasti hidup susah di sana dan di sini. Inilah kesannya, ketidakcekapan kerajaan UMNO@BN mentadbir dan mengurus kewangan negeri. Kini... rakyatlah yang terpaksa menanggung segala beban derita ini. Rakyat tak boleh nak berbuat apa-apa lagi, kerana sekarang kuasa di tangan sang durjana.

Tapi tunggu.... masanya akan tiba juga. Rakyat akan bangkit untuk ajar para pemimpin parti Melayu durjana ini. Aha... PRU13, bukan ke akan tiba juga??

Apa yang pasti, kesan daripada program transformasi ini pasti akan mempercepat Najib dan kerajaan 1Malaysianya mati. Mereka ini, pemimpin yang hanya pandai bikin janji tapi tak selalu ditepati. Hari ini cakap lain... esok, lain pulak bunyinya. Dasar pemimpin munafik!!

Paksu Alang membeli arang
Bawa nasib pergi ke Merbok
Dulu lantang menuduh orang
Rupanya Najib lagi teruk

Itu sebab, kita dah katakan dan kita rayu kepada kaki tangan awam kerajaan, jangan terpedaya dengan tipu helah kerajaan 1Malaysia Najib. Ini jenis kerajaan yang hanya mahu lepaskan batang tengkok sendiri jer.

Kakitangan awam diperdaya dan diperbodoh begitu saja. Ini semua dasar menekan kakitangan awam. Mereka tekan komer dengan cara paling halus menggunakan kuasa yang mereka ada. Kamu ada kuasa untuk bertindak. Gunakan kuasa undi komer dalam PRU 13 nanti. Tolak kerajaan yang menindas rakyat!!

Demi Rakyat... UBAH!! Undilah Pakatan Rakyat!! Pasti hidup anda akan terbela.

SPR sengaja bikin rumit??

Posted: 07 Dec 2011 07:45 PM PST


Majlis Fatwa sudah pun memberikan lampu hijau kepada penggunaan dakwat kekal. Jadi SPR jangan pulak berdalih-dalih lagi and please don't banyak songeh, ok??

Dakwat dulu yang dibeli daripada India pun okay dan oleh itu boleh diguna pakai. No hal...

Tapi.... biasa ler kerenah dan helah SPR ni macam-macam. Oleh sebab, mereka nak beli yang baru untuk PRU, 13 maka uji kaji perlu diadakan semula. Dan... of course ler Majlis Fatwa dikehendaki menganggukkan kepala mereka sekali lagi, baru boleh pakai. Bangang SPR ni!!

Pelik.... kalau jenis dakwat yang dulu dah ok, mengapa pulak nak pakai jenis yang baru?? Beli jer ler jenis hat yang lama yang dah disahkan ok??

Bacalah kerenah SPR yang memang tak semiak di bawah ini...

......Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

"Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini......

[Sepenuhnya di sini]

Buat amal jariah tak yah riak dan ungkit-ungkit

Posted: 07 Dec 2011 06:16 PM PST


Masjid institusi agama tempat orang beramal ibadat kepada Pencipta mereka. Alhamdulillah... terdapat banyak masjid di Kelantan dan kebanyakannya dibina oleh BN. [sini]

Membina masjid juga adalah tanggungjawab kerajaan tak kiralah kerajaan negeri mau pun kerajaan pusat mengikut kemampuan masing-masing tetapi setiap masjid yang dibina biarlah dijaga dengan baik dan diimarahkan.

Since kerajaan pusat dah ambil insiatif membinanya, maka kerajaan negeri pula mengambil alih tugas untuk maintainnya dan kalau perlu memperbesar-nya bagi menampung jemaah yang mungkin semakin bertambah. Dalam keadaan peruntukan negeri Kelantan disekat oleh Kerajaan pusat adalah bijak menggunakan saja masjid yang sedia ada. Itu lebih berhemah. Mengapa perlu membazir sedangkan wang itu boleh disalurkan untuk pembangunan lelainnya??

Jadi.... kerajaan pusat mau pun UMNO Kelantan tak perlulah riak dan mengungkit-ungkit pembinaan masjid di Kelantan. Allah SWT benci kepada golongan yang bersifat riak dan suka menunjuk-nunjuk serta mengungkit-ungkit akan amal jariah yang tela mereka buat. Hilang semua pahala dan keberkatanNya. Sia-siakan...

Mungkin kerana sifat riak, suka cakap besar serta ungkit-mengungkit yang ada pada puak-puak UMNO inilah yang menyebabkan mereka amat sukar untuk menawan semula Kelantan. Tiada barakah dan mungkin Allah SWT marah pada lu all semua.

Kepada kerajaan PAS Kelantan, SYABAS kerana selama ini telah menjalankan pentadbiran negeri secara berhemah. Takbir!!

Bahasa Melayu F9: Kantoi!!

Posted: 07 Dec 2011 04:45 PM PST


Hoi.... awat la bodohnyer polis 1 Malaysia ni?? Berbangsa Melayu tetapi malangnya.... tak pandai tentang lenggok bahasa sendiri. Melayu hapa ke namanyer tu??

Tak der kojo.... cari kojo. Tapi... buat kojo bodo. Mana tak bodohnyer, kalau tak pasal-pasal nak heret Azmin Ali untuk beri keterangan tentang penggunaan bahasanya dalam phrasa yang berbunyi....

'robohkan tembok penjara'

Contoh penggunaannya dalam ayat:

PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Itu bahasa kiasan. Bukan bermakna PKR betoi-betoi berhasrat nak pergi roboh dan musnah penjara untuk bebaskan Anwar Ibrahim. Apa ke jadahnya nak merobohkan penjara pulak? Habis ler bertempiran lari para banduan. Lagi meningkat ler kadar jenayah di sana.

Itu penggunaan bahasa kiasan weh. Ek ele... takkan itu pun tak paham. Tegin benor le polis 1Malaysia ni. Tu ler dia... Padan muka!! Bukan ke dah dapat malu.

Bodoh tu sepasal.... tapi yang selebihnya mereka ini nak tunjuk kuasa dan suka-suka nak gertak dan ugut orang, especially para pemimpin Pakatan Rakyat. Apa polis ingat, dia orang takut sangat dengan cara polis bertindak??

Daripada ngkorang buang masa kejor Azmin untuk ambil keterangannya, lebih baik ler pergi jaga keselamatan orang ramai di JB tu. Kadar jenayah di sana agak tinggi, kan?? So... polis kena banyak main peranan sebenar mereka bagi mengurangkan kadar jenayah di sana.

Orang Johor jangan ler kecik hati aku cakap macam tu. Itu hakikat yang kita kena terima. Kalau terasa jugak... mintak mahap bebanyak ler. Sorry... Chao!!

[sumber]

Tiada ulasan: