Aku Budak Balun |
- PTPTN disaman! Hebat!
- Miskinnya Shahrizat & Famili!
- Najib Minta Sepenggal? Kami pun!
- UMNO-BN Ibarat Cacing Kepanasan?
Posted: 07 Dec 2011 05:15 AM PST Hah! Akhirnya ada jugak yang berani menyaman PTPTN nih.. Sepatutnya pendidikan dipermudahkan bukan medan kaut untung! Kiraan mudahnya.. kalau RM250juta yang disonglap oleh satu keluarga miskin di Lembah Pantai tu sahaja dah berapa ribu pelajar leh dapat pendidikan percuma! Bayangkan hasil negara yang sekian lama dilahap dek lanun-lanun politik selama Malaysia merdeka neh! Buat sahabat teman Mandeep Singh.. I salute you bro!! Syabass! budakbalun 07122011 Black Listed : Peminjam Saman PTPTNSeorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen. 'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China. "Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah. "Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini. -Malaysiakini | ||
Posted: 07 Dec 2011 01:24 AM PST Mari kita bantu keluarga miskin ini dengan memenangkan UMNO-BN! phuiiihh! Kesian teman dengor.. Rupanya Shahrizat ni keluarga susah.. Anak suami bukan orang senang.. Anak-anak pergi sekolah naik bas loncat-loncat.. Tak mampu nak bayor duit tambang Bas Sekolah.. Anak-anak belanja 50sen je sehari.. Itulah belanja sekolah pagi dan petang.. Tuisyen jangan haraplah.. Suami pun bawa bekal ke tempat kerja.. Takde kereta, hanya tunggang motor kriss tahun 95.. 1st model.. Itupun hon takde.. dah rosak.. Lampu belakang takde.. terbakor.. hari tu dah tukar mentol/bal.. kena RM2.. ni terbakor lagi sekali! Dah takde duit nak beli baru.. Tunggu bantuan zakat nak raya puasa tahun depan lah nampaknya... Logiklah keluarga ni sapu RM250 juta duit rakyat! Hampas! budakbalun 07122011 NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,000 sebulan?
| ||
Najib Minta Sepenggal? Kami pun! Posted: 07 Dec 2011 01:17 AM PST Teman setuju dengan rayuan DS Najib nak minta Kelantan walaupun sepenggal.. Bagi peluanglah BN memerintah Kelantan wehh! teman cadangkan rakyat Kelantan bagi sepenggal kat BN.. Tapi BN kena bagi sepenggal kat Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya! Sepenggal je wehhh!! Lepas tu kita serah pada rakyat untuk memilih? chewwahhh!! Amacam cai-cai semua? Ada bran? budakbalun 07122011 | ||
UMNO-BN Ibarat Cacing Kepanasan? Posted: 07 Dec 2011 01:05 AM PST KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
UMNO GAGAL Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Umno dan Barisan Nasional kini adalah seumpama cacing yang kepanasan apabila segala hamburan fitnah dan nista keji kepada Pakatan Rakyat di dalam Perhimpunan agung Umno yang baru lalu tidak di terima dan di tolak oleh rakyat. Rakyat merasa cukup jelik dan mual apabila Umno berterusan mendendangkan politik perkauman sempit dan polemik terhadap agama Islam. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat ungkapan-ungkapan bahawa Umno adalah pejuang agama Islam sebenar adalah untuk mencari undi politik semata-mata kerana Umno sendiri tidak meletakkan dasar memartabatkan hukum Islam di dalam perlembagaan parti mereka. Kini Umno hanya berdiam diri seperti lelaki dayus apabila pemimpin MCA berterusan mempertikaikan hukum Islam/hudud. Tetapi sekiranya pemimpin PAS memberikan tazkirah dan kuliah agama bagi memahamkan masyarakat kepada Islam yang sebenar, bermacam halangan dan kekangan termasuk tangkapan di buat kerana dikatakan menyelewengkan ajaran Islam. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersimpati terhadap nasib bangsa Melayu apabila terus-terusan dikategorikan sebagai orang yang tidak boleh berdikari dan mempunyai sikap politik yang berlainan dengan Umno. Umno sering menyanyikan lagu songsang bahawa Umno adalah pejuang bangsa Melayu dan orang Melayu tidak boleh hidup tanpa Umno tetapi hakikat sebenarnya adalah Umno adalah 'pengkhianat' bangsa Melayu yang antaranya telah menghina institusi raja-raja Melayu, menggadaikan tanah rezab orang Melayu dan pelbagai lagi kezaliman Umno terhadap orang Melayu yang telah diketahui oleh rakyat. Oleh itu nasib orang Melayu akan menjadi 'gelap gelita' sekiranya Umno terus diberikan kuasa untuk memerintah negara. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga melihat kegagalan Umno di dalam mempertahankan kedaulatan negara apabila beberapa kepentingan negara telah diberimilik kepada negara asing secara mudah. Pulau Singapura, Pulau Batu Putih, Telaga minyak Blok L dan M serta beberapa kes yang membabitkan kehilangan harta negara terus dipertikaikan oleh rakyat. Selain itu pendedahan menggemparkan pemberian status kewarganegaraan secara mudah kepada pemastautin tetap dan pendatang asing terus mencalarkan imej Umno selaku pemerintah Malaysia. Umno sememangnya gagal untuk membela Agama Islam, gagal untuk membela bangsa dan terus gagal untuk membela kedaulatan negara. Maka, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga seluruh rakyat Malaysia dapat memerhatikan perkembangan politik pasca PRU ke 12 secara teliti. Rakyat sudah pasti dapat melihat kejayaan dan keberkesanan pemerintahan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Tiada sebarang kekacauan dan huru-hara yang berlaku, urustadbir negeri pemerintahan Pakatan Rakyat adalah yang paling efisien dan terbaik mengikut laporan Ketua Audit Negara, rakyat pelbagai keturunan, bangsa dan agama dapat hidup dengan penuh harmoni. Tetapi disebabkan kedengkian Umno dan Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat mengaut keuntungan disebabkan kekalahan mereka di negeri tersebut menyebabkan mereka menghamburkan cacian dan nista keji selain fitnah kepada PAS dan Pakatan Rakyat Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia MENOLAK terus Umno dan Barisan Nasional didalam pilihanraya umum yang akan datang. Katakan TIDAK kepada politik perkauman sempit. Katakan TIDAK kepada Umno dan Barisan Nasional. Katakan YA kepada Perubahan. Katakan YA kepada Pakatan Rakyat.
MOHD SANY BIN HAMZAN PENGARAH PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
06 Disember 2011 |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan