Rabu, 7 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AKHIRNYA NAJIB AKAN SETUJU DEBAT DENGAN ANWAR?

Posted: 07 Dec 2011 07:33 AM PST

Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam.

smm demo letter to najib2Surat jemputan diserahkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM) Mohd Safwan Anang Talib kepada pegawai khas perdana menteri Mohd Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mohd Safwan diiringi kira-kira 40 aktivis SMM sewaktu penyerahan surat tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata pihaknya telah mendapat persetujuan lisan Anwar yang juga ketua umum PKR untuk "melapangkan masanya" menghadiri forum tersebut.

"Kita tunggu respon perdana menteri. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar (untuk teruskan) atau pembangkang menghantar calon lain.

"Kita tidak bagi masa kepada PM (untuk memberi maklum balas). Kita akan buat susulan," katanya.

Ahmad Syukri berkata sebelum ini pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi panel forum tersebut.

Surat itu dihantar kira-kira sebulum lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat maklum balas, katanya.

Forum itu akan dijalankan dalam empat pusingan termasuk soal jawab kedua-dua pemimpin dengan dua pemerhati bebas - ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

NONESebelum itu, kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di hadapan jabatan itu bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Mereka berkumpul di hadapan Masjid Putrajaya sebelum berarak ke pejabat perdana menteri.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan bersama-sama dengan surat jemputan rasmi berkenaan kepada pegawai khas perdana menteri itu.

UMNO ADALAH KERAJAAN YG SEDIA DIKRITIK SECARA TERBUKA?

Posted: 07 Dec 2011 07:26 AM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjunjung konsep kerajaan yang telus dan terbuka serta menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan rakyat.
"Bertolak dari semangat itu, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kampung Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kampung Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad.
Beliau yang juga Adun Chempaka difahamkan penduduk akan mengadakan satu sidang akhbar di tapak tersebut pada 8 Disember (esok) pada jam 10.30 pagi.
"Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, saya sentiasa akan menitikberatkan kepentingan penduduk.
"Oleh itu, saya bersedia memberi sokongan kepada bantahan penduduk sekiranya ianya wajar," jelasnya dalam satu kenyataan.

MENYELAM ATAU DISELAMKAN?

Posted: 07 Dec 2011 01:30 AM PST

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

NONEAhmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

NONE"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid (atas, kanan) berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.

- Bernama

HASSAN ALI PENYELAMAT SELANGOR KAH KAH KAH...

Posted: 06 Dec 2011 11:27 PM PST

Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

himpun rally hasan ali speakingSambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.

"Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan."

Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno

umno pas 180708"Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan untuk melakukan perubahan. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," tulisnya.

Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan

"Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

"Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan," katanya lagi.

Tiada ulasan: