Anak Sungai Derhaka |
- Dakwat Kekal : Dr. Asri bidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
- Rasuah Alstom : Kerana ianya melibatkan Pemimpin UMNO, tak perlu disiasat?
- Scandal Fidlot : Pesan Mahathir buat Shahrizat...
- Utusan mahu Hasan Ali jadi ‘orang tengah kahwinkan Umno-PAS’
- Russian Vote 'Fraud' (Video inside)
Dakwat Kekal : Dr. Asri bidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Posted: 07 Dec 2011 03:41 AM PST Dr. Asri melahirkan kekagumannya terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan mereka bersedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi mahu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kata beliau " Ianya amat menarik apabila SPR menyatakan kesediaan penggunaan dakwat kekal itu bergantung kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, sedangkan telah ada fatwa mengenai perkara ini." Bagaimanapun tambah Dr. Asri "Jangan gunakan Islam sebagai alasan atau halangan untuk melaksanakan sesuatu yang memberikan keadilan, ianya satu perangai yang teruk.".. sepenuhnya sila baca di bawah.. Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja. Keterangan/Hujah: 1.Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate . 2.Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum. 3.Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam. 4.Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut. 5.Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak. 6.Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit. 7.Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah : تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah. sumber : e-Fatwa ****************************************** Indelible ink: Scholars reject call for new fatwa PETALING JAYA: Several Islamic scholars have rejected the call for another fatwa on the use of indelible ink to mark those who vote in an election. They said the fatwa that the National Fatwa Council issued in 2007 made another one unnecessary. They were commenting on Election Commission (EC) secretary Kamaruddin Ahmad Baria's statement last Friday that the commission was awaiting approval from the National Fatwa Council. Kamaruddin was speaking to DAP representatives. Former Perlis Mufti Mohd Asri Zainul Abidin said that the EC should not use Islam as an excuse to dilly dally over its decision on whether to impose the use of indelible ink as a measure against cheating in the coming general election. "Actually, I am amazed," Asri told FMT. "It is very interesting that the EC is now mentioning religion even when there is already a fatwa on this. "Don't use Islam as an excuse and an obstacle to implementing actions that will bring justice. That's a very bad attitude." The issue of whether the ink would be allowed in Islam was raised recently by Pasir Mas MP Ibrahim Ali. He said in Parliament that the ink might make ablutions invalid. The National Fatwa Council said in 2007 that the ink had been chemically tested and found to be free of substances considered impure in Islam, medically safe and porous enough to make ablutions valid. "The use of indelible ink is allowed," said Asri. "Otherwise in principle we can't use ordinary pens as well because the ink sticks everywhere. "The spirit of Islam is to seek justice. For me, where justice is concerned, even if there is no fatwa on the matter, Islam would accommodate it. "You have mechanics who deal with oils which cannot be washed off thoroughly or a policeman who has to work with dogs. If there are no other options and you absolutely have to work with it, then you may do so. "To me this is a simple issue which even a village religious teacher can answer. It is about justice." Looking for excuses Ahmad Awang, the former president of the Malaysian Ulama Association, said that since there were many doubts about the fairness of the electoral process, the use of indelible ink was a way of making sure justice was served. "They are looking for excuses. If they want a new fatwa, which is unnecessary, then they can issue one immediately based on the previous fatwa," he said. "In fact in Malaysia, the use of indelible ink should not only be permissible but compulsory." The deputy president of the Syarie Lawyers Association, Musa Awang, had similar sentiments. "In my opinion, the implementation of the indelible ink use during the next general election is good. It would ensure the country's election is free, clean and fair. "It would also shut up those who question of the credibility and independence of the EC." However, the deputy president of the Malaysian Muslim Lawyers Association, Abdul Rahim Sinwan, said a new fatwa would provide more clarity. "We have to make sure that the particular ink used is the same ink tested for the 2007 fatwa," he said. "It is best to be sure." Free Malaysia Today |
Rasuah Alstom : Kerana ianya melibatkan Pemimpin UMNO, tak perlu disiasat? Posted: 07 Dec 2011 12:08 AM PST Fakta yang menarik untuk direnungkan bersama dalam isu rasuah untuk mendapatkan projek yang melibatkan Firma Alstom dari Perancis ini ialah pejabat peguam negara Switzerland telah mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Tetapi pihak yang dituduh sebagai penerima rasuah di Malaysia iaiti bekas MB Perlis yang sudah tentunya dari UMNO, menafikan beliau telah menerima rasuah tersebut..sila baca di ( SINI ) Oleh itu apabila beliau telah menafikan telah menerima rasuah itu secara terbuka, tiada siasatan dilakukan terhadapnya kerana beliau telah menafikan secara terbuka dan juga kerana beliau adalah pemimpin UMNO.. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO dikecualikan dari tindakan undang-undang? Alstom telah didapati bersalah kerana merasuah untuk mendapatkan projek.. tetapi pemimpin yang dikatakan telah diberikan rasuah itu menafikan beliau menerimanya… sedangkan Alstom telah didenda.. Menarik bukan?? Inilah antara Melayu yang akan 'Gerhana' masa depannya andaikata Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran negara... ******************************************* SPRM digesa siasat sepenuhnya dakwaan Alstom Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara. Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah "melawat" pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an. Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star. "Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia," kata satu kenyataan TI. Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa. Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan. Ia berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an. The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas. Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah "mangsa salahlaku kakitangannya", tetapi enggan mengulas lanjut. Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara. Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif," serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia. - AFP |
Scandal Fidlot : Pesan Mahathir buat Shahrizat... Posted: 06 Dec 2011 08:35 PM PST Tun Mahathir berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti. "Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain," katanya lagi. Kalau tak sedar lagi... baguslah.. ******************************************* Mahathir beri isyarat Shahrizat perlu letak jawatan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memberi isyarat agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan jika ianya memberi kebaikan kepada Umno. Ia berikutan skandal isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan suami beliau dan pembelian kondominium mewah di sebalik dana penternakan lembu itu. Ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti. "Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur. "Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur," kata Tun Mahathir di Ipoh, kelmarin. Tun Mahathir turut berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti. "Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain," katanya lagi. Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat 'untuk kebaikan parti' telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti. Padahal sebelum ini, selain dari PKR yang mahu Shahrizat meletak jawatan, beliau juga turut mendapat pandangan yang sama dalam Umno sendiri. Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno. Ketika persidangan agung sayap Wanita Umno minggu lepas, ada beberapa perwakilan Wanita Umno cuba melakukan protes diam terhadap ketua sayap Umno itu. Baca di sini. Keadaan itu memberi satu jawapan buat Shahrizat, bukan sahaja rakyat mahu beliau berundur, bahkan rakan-rakannya dalam Umno turut mendesak beliau bertindak demikian. Jadi usahlah beliau merasa sombong untuk mencabar orang lain yang tiada kaitan dengan tuduhan penyalahgunaan dana menternak lembu itu untuk meletak jawatan. Warkah Daily |
Utusan mahu Hasan Ali jadi ‘orang tengah kahwinkan Umno-PAS’ Posted: 06 Dec 2011 07:39 PM PST Dah semakin desperate Lidah Rasmi UMNO ni.. KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat "Datuk Paduka" sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno. Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik. Nama Hasan Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan. Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS. "Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini. Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan. Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru. "Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin. Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu "berkahwin" sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan "sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu." Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran. "Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. "Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya," kata penulis akhbar itu. Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu. "Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim. "Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu," kata Zaini lagi. Akhbar Umno itu berkata "Faktor Dr Hasan amat penting sekali" kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. "Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam," katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan. "Malah PKR pun pening kepala dengan beliau," katanya. Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang. "Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor," katanya dalam tulisan kali ini - The Malaysian Insider ***************************************** Kedaulatan Sultan Selangor dan faktor Dr. Hasan Oleh Zaini Hassan MENGIKUT kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku. Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya. Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran? Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu. Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim. Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu. Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan. Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan. Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, "Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu". Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali. Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain. Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah? Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan? Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan. Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam. DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau. Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor. Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ''Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain. "Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu 'berkahwin' sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik." Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu. Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali. Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor. Selangor perlu diselamatkan! Lidah Rasmi UMNO |
Russian Vote 'Fraud' (Video inside) Posted: 06 Dec 2011 05:27 PM PST Kalau tidak menipu tentu Parti Bersatu Rusia yang dikepalai oleh Perdana Menteri sekarang iaitu Vladimir Putin bukan saja kehilangan 77 kerusi parlimen dalam pilihan raya Dewan Perwakilan (Duma) yang berlangsung Ahad lalu tetapi mungkin tewas.. Parti berkenaan hanya mampu memperolehi 238 kerusi daripada 450 kerusi Duma pada pilihan raya parlimen yang berlangsung Ahad lalu. Tidak mustahil penipuan sebegini atau berbagai lagi jenis penipuan yang seperti kita lihat dalam daftar pemilih dan juga pemberian (penjualan sebenarnya) MyKad kepada PATI dengan syarat mereka mengundi parti pemerintah sekarang. Ianya demi mengekalkan kuasa.. baca berita ni.. Parti Bersatu Rusia Pimpinan Putin Sekadar Menang Tipis Dalam Pilihan Raya Parlimen MOSCOW: Parti Bersatu Rusia yang dikepalai oleh Perdana Menteri Vladimir Putin telah kehilangan 77 kerusi parlimen dalam pilihan raya Dewan Perwakilan (Duma) yang berlangsung Ahad lali. Parti berkenaan hanya mampu memperolehi 238 kerusi daripada 450 kerusi Duma pada pilihan raya parlimen yang berlangsung Ahad lalu. Pada pilihan raya 2007, Parti Bersatu Rusia memenangi 315 kerusi. Sistem politik baru Rusia sepertimana Amerika mempunyai dua bentuk pilihan raya - satu untuk memilih presiden dan satu lagi memilih perwakilan ke Dewan Rakyat. Di Rusia Dewan Rakyat digelar 'Duma'. Keputusan pilihan raya itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Rusia, Vladimir Churov. Ini adalah pengurangan kerusi Parti Bersatu Rusia yang paling buruk dalam sejarah demokrasi moden negara tersebut selepas kejatuhan Empayar Soviet. Ia sekaligus menjejaskan peluang Putin untuk kembali sebagai presiden negara itu dalam pilihan raya presiden tahun depan. Walaupun parti pimpinan Putin itu memperolehi majoriti tipis tetapi beberapa protes telah berlaku di ibu kota Rusia ini dan juga di bandar kedua terbesar iaitu Saint Petersburg yang menyaksikan pihak polis menahan lebih 300 penunjuk perasaan termasuklah bloger anti-rasuah terkenal, Alexei Navalny di Moscow dan lebih 100 orang lagi di St Petersburg. Dengan kehilangan majoriti dua pertiga ini bermakna Parti Bersatu Russia berhadapan dengan kesukaran untuk meminda sebarang perkara dalam perlembagaan negara. Dari segi peratusan undi pula, parti berkenaan hanya mampu meraih 49.35 peratus undi berbanding 64 peratus padqa 2007. Parti pembangkang iaitu Parti Komunis Rusia kembali memperolehi sokongan dengan memenangi 92 kerusi parlimen. Ini diikuti oleh Parti Just Russia dengan 64 kerusi dan parti ultra-nationalis, Liberal Demokrat yang memperolehi 56 kerusi. Bagaimanapun jumlah yang keluar mengundi hanyalah 60 peratus. Pengaruh Parti Bersatu Russia di sebahagian besar daripada 83 wilayah Rusia telah menyaksikan kemerosotan yang ketara melainkan di wilayah Utara Caucasus yang didominasi oleh masyarakat Islam, parti berkenaan menerima sokongan padu-mStar Video yang disiarkan dalam Astro Awani pagi tadi Clinton Urges Investigation of Russian Vote 'Fraud,' Says Rights Eroding Secretary of State Hillary Clinton called for an investigation into "fraud" in Russia's election in remarks that focused on "growing restrictions" on democracy and human rights in the former Soviet Union. Speaking to a gathering of the 56-nation Organization for Security and Cooperation in Europe in Vilnius, Lithuania, today, Clinton pointed to protests sweeping the Arab world and described an "essential" link between human rights and political stability. People's aspirations are as central to stability as military security, she said. Clinton warned about eroding rights and violence against minorities in parts of the OSCE, targeting Belarus, which subjects human rights defenders to "unremitting persecution." Bolstering a call for a Russian probe, Clinton cited a preliminary OSCE report on Russia's Dec. 4 election for the State Duma, the lower house of parliament, that lists election- day attempts to stuff ballot boxes, manipulate voter lists, and the harassment of independent Russian election observers. "Russian voters deserve a full investigation of electoral fraud and manipulation," Clinton said. "The Russian people, like people everywhere, deserve the right to have their voices heard and their votes counted. And that means they deserve free, fair, transparent elections and leaders who are accountable to them." Thousands of protesters took to Moscow's streets Monday to accuse Prime Minister Vladimir Putin's United Russia party of rigging the elections. United Russia won 49.5 percent of the vote, preliminary results show, down from the last election, when it won 64.3 percent. The top U.S. diplomat urged the Russian government to act on recommendations by the OSCE observer mission. Russian Foreign Minister Sergei Lavrov, who is at the meeting, didn't respond directly to Clinton's call. He criticized the United Nations Security Council resolution, pushed by the U.S., that authorized NATO's military engagement in Libya. " We're seriously concerned about use of the Security Council for illegal ends," Lavrov said. "If we deviate from the rule of law, however elegant our excuses for doing so," we cannot help but undermine it. Clinton's weeklong swing through Europe includes stops in Brussels, Geneva, and The Hague. She attended a conference on Afghanistan in Bonn, Germany, yesterday. Her trip is focused on promoting democracy, basic freedoms and minority rights. "There are growing restrictions on the exercise of fundamental rights throughout the OSCE region," Clinton said. She put special emphasis on the situation in Belarus, mentioning two presidential candidates — Andrei Sannikov and Mikalai Statkevich — who were jailed after December 2010 elections, describing them as "political prisoners." She also singled out the case of Ales Bialiatski, a human rights activist who was convicted on tax charges in November and sentenced to four-and-a-half years in jail. His "real crime, in the eyes of the state, was helping victims of state repression," Clinton said. She met privately with Belarusian activists while at the OSCE meeting. Clinton highlighted the prosecution of Yulia Tymoshenko in the Ukraine, saying it raised "serious questions about political motivations." She also presented a Declaration on Fundamental Freedoms in the Digital Age, urging members to guarantee freedom of speech whether it occurs in the town square or on the social networking sites of Twitter Inc. or Facebook Inc. Independent journalists in the OSCE region have been attacked and even killed "with impunity," she said. The declaration has 27 co-sponsors and needs unanimous backing to be adopted. © Copyright 2011 Bloomberg News. All rights reserved. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan