Rabu, 21 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Hasan dan Nash : Perlukah gua langgar Hadi di Rusila sekali lagi? (Video terbaru inside)

Posted: 20 Dec 2011 09:45 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/WZqfCZERL3s



Video ini baru sahaja diberikan kepada gua melalui email. Maybe orang Rusila sendiri yang bagi kot. Tapi video ni, adalah rakaman kejadian sebelum pengganas Rusila mengamuk terhadap gua dan rakan. Ianya terpotong (dipotong?) sejurus sebelum upacara rentap-merentap berlangsung depan Hadi Awang. Lelaki yang memegang baju gua itulah ketua dan pemula kepada acara belasah.

Kejadiannya berlaku pada 7 Januari 2011. Ini adalah link kronologi kejadian.

http://adukataruna.blogspot.com/2011/01/gua-akan-jumpa-hadi-di-rusila-lagi.html

Pada hari kejadian peralatan rakaman seperti HP dan Kamera milik gua dan rakan telah dirampas oleh pengikut Hadi. Soalannya, perlukah gua melanggar Hadi Awang sekali lagi di Rusila, dalam kes Hasan dan Nash sekarang ini? Atau ianya sudah jatuh priority yang tidak lagi penting?

Islam adalah agama hujah. Dan jika lu orang dapat memberikan hujah kepada gua bahawa priority Langgar Hadi di Rusila masih berada di atas, Lillahitaala, Bismillahi tawakkaltu alallah, gua akan ke sana sekali lagi. Pada hari Jumaat (ketika Hadi Awang ada).

Amaran ! : Dakwat kekal untuk pengundian berganda, atau dakwat kekal untuk halang pengundian berganda?

Posted: 20 Dec 2011 08:22 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Ameno World


Cuba lihat gambar itu.
Pindaan perauturan pilihanraya akan dibuat. Pengundi yang enggan dicalitkan dengan dakwat kekal tidak akan dibenarkan mengundi pada PRU13 nanti.

Sepatutnya pengundi yang sudah mempunyai tanda dakwat tidak dibenarkan mengundi. Bukan pengundi tiada tanda dakwat yang tidak dibenarkan mengundi.

Usah2lah bergaduh bab Hasan Ali dan Nash tu. Insyaallah, jika Allah izinkan mereka akan tercabut sendiri. PRU13 ni ghaiblah mereka dari PAS dan true color lah mereka. Hadi Awang sendiri akan tercabut. Cuma lambat sikit la. Pemilihan yang akan datang. Yang penting dan priority ialah dakwat kekal sedang dimanipulasikan.

Jika menurut Utuseks Malaysia ni, bermakna, penggunaan dakwat TETAP TIDAK MENGHALANG PENGUNDIAN BERGANDA.

Nanti gua akan kemukakan cadangan bagaimana nak minimakan pengundian berganda. Insyaallah.


Semua pelajar universiti diwajibkan berdemo bantah Adam Adli.

Posted: 20 Dec 2011 08:05 PM PST

Dari sumber rakan student, UMNO mewajibkan pihak universiti mengerahkan pelajarnya berdemo membantah Adam Adli. Ianya akan dimainkan di media perdana milik mereka. Seperti isu kerahan wajib pelajar UiTM semasa zaman Misai tu.

Harap2, SMM dan BEBAS boleh tunjukkan solidariti balas mempertahankan Adam Adli kurang seminggu dari demo kerahan UMNO itu. Insyaallah. Kalau berkemampuan, gua akan join untuk liputan.

Tiada ulasan: