Rabu, 21 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Bangang sungguh Melayu berbangsa UMNO nih...

Posted: 21 Dec 2011 09:01 AM PST

Dari dulu sampai sekarang, Melayu tidak ke mana juga — Aspan Alias

21 DIS — Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin Umno sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin Umno menyebut tentang isu agenda Melayu ini.

Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

Umno masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak Umno kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu Umno, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat "expedient" bagi pimpinan Umno untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti Umno yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

Umno seolah-olah tidak mahu Melayu ini maju kedepan kerana jika Melayu sudah maju maka Umno akan hilang isu untuk menyaingi parti-parti lain yang kian hari kian mendapat sambutan dari rakyat yang rata-rata sudah menggunakan akal anugerah Tuhan untuk menilai dan berfikir untuk memilih yang mana yang baik dan yang sebaliknya.

Saya menyebut ini kerana yang menjadi mangsa di atas keghairahan Umno untuk terus berkuasa ini menjadikan orang Melayu mangsa kepada nafsu Umno untuk terus berkuasa. Orang Melayu masih dalam ketakutan kerana mereka terpedaya dengan cara Umno yang suka menakut-nakutkan mereka (orang Melayu). Umno sudah menjadi zalim kerana menekan bangsanya sendiri dan memundurkan pemikiran mereka sehingga mereka tidak boleh bergerak untuk memajukan diri mereka (Melayu).

Apabila orang Melayu mempunyai sedikit pandangan yang berbeza, Umno akan mengungkit kononnya jasa-jasa yang telah diberikan Umno kepada mereka itu harus dibalas dengan memberikan sokongan walaupun mereka merompak dan menyamun. Kita sedih dengan kelemahan bangsa kita dalam hal ini walaupun setengah dari mereka telah belajar jauh di antara dunia tetapi mempunyai pemikiran yang masih dijajah dengan kumpulan penjenayah politik dan ekonomi seperti Umno ini. Nampak sangat sikap pemimpin-pemimpin Umno yang mereka tidak suka kepada bangsanya yang berfikir.

Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya cara untuk menyatukan orang Melayu pada pandangan Umno. Isu yang digunakan oleh Umno bagi menakutkan orang Melayu ialah Pakatan Rakyat, jika berkuasa akan menghilangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika PR memerintah, orang Melayu akan di kafirkan oleh DAP dengan mengkristiankan orang Melayu. Jika PR memerintah, DAP dan komponen PR akan melenyapkan orang Melayu kononnya.

Umno sudah ketandusan idea untuk menjawab perbahasan dalam banyak isu politik. Umno hanya tinggal dengan taktik gertak menggertak serta melakukan pembelian undi dan melakukan penipuan dalam pilihanraya nanti seperti yang mereka lakukan selama ini. Taktik yang lain ialah dengan menghina dan menggunakan kata-kata kesat yang tidak bertemadun dan beragama. Umno seolah-olah sedang menghadapi penyakit gila talak dan tidak keruan lagi.

Mencarut-carut di alam cyber sekarang ini sudah menjadi pakaian penyokong-penyokong Umno untuk berkempen bagi menegakkan benang basah mereka. Mereka tidak sedar manusia sekarang sudah lebih tinggi tamadunnya. Memaki hamun dan mencarut itu hanya membayangkan betapa "desperado" nya Umno masa kini dan memaki hamun itu hanya dilakukan oleh mereka yang sengkek sahaja.

Kita sudah mengiktiraf bahawa jika sesebuah parti itu memenangi pilihanraya seperti itu ia merupakan satu kemenangan yang tidak "legitimate". Tetapi Umno tidak peduli dengan isu "legitimacy" ini. Yang penting berkuasa terus menerus. PM Najib Razak secara terbuka telah berkata yang Umno akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. Bagi Umno yang penting ialah kuasa bukannya untuk bertanggungjawab kepada rakyat.

Umno menekan orang Melayu dengan isu sensitif seperti yang saya sebutkan di atas. Lagi takut orang Melayu lagi untung kepimpinannya. Jadi Umno hanya membina sifat penakut kepada orang Melayu sahaja kerana jika orang Melayu takut dengan isu rasis yang di gembar gemburkan olehnya lagi berpeluang mereka untuk berkuasa dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan orang Melayu lagi.

Maka orang Melayu dididik supaya tidak menggunakan pemikiran yang rasional, sebaliknya menggunakan sentimen dan emosi semata-mata. Hasilnya wujudlah kumpulan penyokong-penyokong Umno yang tidak dapat berfikir dan membahaskan isu-isu penting dalam negara, justeru mereka hanya menggunakan kata-kata yang tidak baik seperti babi, anjing, baruah dan sebagainya yang kotor-kotor belaka. Bahasa yang mereka gunakan tidak langsung melambangkan bangsa mereka.

Sekarang ini kata-kata kotor dan menjijikkan merupakan "attribute" yang jelas bagi parti yang sementara ini masih memerintah negara setidak-tidaknya sehingga pilihanraya nanti. Penyokong-penyokongnya sudah tidak lagi mampu berfikir dan bertindak dalam kebijaksanaan.

Orang yang nazak memang tidak lagi boleh berfikir kerana orang dalam keadaan begitu itu adalah orang yang sedang mengalami "brain death". Jadi bagi parti yang sedang mengalami "brain death" ini, tentulah saudara-saudari tahu apakah "consequence of event" yang akan berlaku kepada parti yang semasa kuat dan berkuasa dulu begitu bongkak dan sombong itu.

Sejak akhir-akhir ini Umno sebenarnya bukan berusaha untuk melaksanakan agenda Melayu, sebaliknya untuk melaksanakan agenda pemimpin-pemimpin Melayu yang mabuk dengan kuasa serta kekayaan dan wang ringgit yang tidak berkesudahan itu sahaja.

Kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris dan sebagainya, sekarang kita bukan setakat dijajah tetapi seperti kita sedang ditekan oleh kuasa seperti "Malayan Union" dahulu, tetapi kali ini dari sekumpulan bangsa sendiri yang menamakan kumpulan mereka Umno (baru) yang mula dipelupori oleh Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Orang Melayu hanya diperguna untuk bertepuk dan bersorak dan pemimpin-pemimpin terus menipu dan mengelirukan mereka (orang Melayu). Lagi mereka (orang Melayu) ditipu lagi kuat mereka bertepuk dan bersorak. Kalau kita cuba menegur orang yang di tipu tadi akan memaki hamun kita pula dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak punya temadun.

Itulah situasi sekarang ini. Penyelesaiannya hanya dengan mengingati Pak ABU sentiasa. Jangan berkasar seperti penyokong Umno sekarang ini. Dengan senyum simpul hanya gunakan kuasa undi anda setelah berfikir panjang-panjang. Jika ada penyokong Umno membabikan kita, jangan lawan mereka... hanya beristighfar banyak-banyak. — aspanaliasnet.blogspot.com

Perang saudara dalam PAS... haha...

Posted: 21 Dec 2011 07:02 AM PST

Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS

Lee Long Hui
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.


katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki".

Tiada ulasan: