Addin |
- Shahrizat Tidak Akan Di Calonkan Pada PRU 13
- Selepas Skandal NFC, Kini Skandal 'Tender Gate'?
- Perkasa Tidak Akan Keluar Undi Jika Guna Dakwat Kekal
Shahrizat Tidak Akan Di Calonkan Pada PRU 13 Posted: 21 Dec 2011 11:00 AM PST Shahrizat tidak akan dicalonkan pada PRU 13? Wah!! makin panas isu NFC nih.. Lepas beli kondo kat KL untuk lembu-lembunya, kini kecoh Shahrizat beli kondo kat Singapura pulak. Al - maklumlah, projek NFC makin berjaya terpaksalah bukak satu cawangan lagi kat Singapura.. so tu yang kena beli kondo kat Singapura. Bertuah sungguh lembu-lembu Shahrizat dapat duduk di kondo mewah. Padahal kat Malaysia ni masih ramai lagi tinggal dalam rumah serupa kandang lembu.. Apakah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menghantar surat perletakan jawatannya hari ini? Isu itu tersebar meluas dan soalan mengenainya telah diajukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis yang dihadiri beliau di sini hari ini. Perdana Menteri menafikan tindakan itu. Najib bagaimanapun berkata, beliau akan membuat satu pengumuman penting melibatkan Shahrizat tidak lama lagi. Isi penting pengumuman itu tidak sedikit pun disebut oleh beliau. Namun, sumber memberitahu Mynewshub.my, Shahrizat berkemungkinan tidak akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana beliau hampir pasti akan tewas di mana sahaja kerusi yang beliau tandingi dan itu bukan satu pilihan yang baik buat Barisan Nasional (BN). Desas-desus perletakan jawatan Shahrizat tersebar selepas beliau dilaporkan berkata; "Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat. "Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata kepada wartawan hari ini. Karier politik Shahrizat kini dibelenggu dengan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. NFC menjadi perhatian umum apabila sebahagian dananya dikatakan telah digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan terbaru di Singapura. Perbadanan itu dikatakan telah menerima dana berjumlah RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran). NFC asalnya ditegur pihak Ketua Audit Negara kerana diuruskan dengan cara yang kucar-kacir serta gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan. Perkara itu (teguran Ketua Audit) telah dinafikan oleh pihak NFC tetapi isu berkaitan pembelian kondominium mewah itu masih tergantung jawapannya. Isu NFC menjadi semakin parah apabila Dr Mohamad Salleh dilihat mengambil pendirian berdiam diri dan mengelak dari menjawab. Sikap beliau itu mendapat kritikan pedas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang berkata, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat. "Saya gesa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan. "Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan UMNO dan kerajaan," katanya awal bulan ini. Selain pembangkang, wujud desakan yang agak kuat dalam UMNO juga yang mahu Shahrizat meletak jawatan dan berundur segera bagi mengelakkan dirinya terus menjadi liabiliti kepada parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang diramal banyak pihak berlangsung awal tahun hadapan. Antara yang membuat gesaan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa Ahli Parlimen BN. Di peringkat ini, Najib pun mesti dalam dilema kerana hendak ambil tindakan terlalu tegas secara mendadak bukan mudah kerana Shahrizat bukan kecil-kecil anak, beliau adalah Ketua Wanita BN dan UMNO. Harus berpijak di bumi yang nyata kerana Najib selaku Presiden UMNO pastinya mahukan jentera yang terkuat untuk menghadapi PRU-13. Kalau Shahrizat ditolak begitu sahaja, ada kemungkinan sayap Wanita akan patah dan selaku sayap terpenting, ia akan menjejaskan UMNO dengan begitu teruk sekali. Itu satu percaturan politik yang amat tinggi risikonya. Dalam isu NFC, Shahrizat dilihat telah menemui jalan buntu dalam memperjelaskan isu berkenaan sehingga sekadar mampu berkata; "Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,". Kalau sudah mula beri jawapan-jawapan seperti ini, yang nyata menagih simpati semata-mata dan tidak ada isi yang kuat, maka lebih baik Shahrizat berundur sahajalah. Kalau benar sayang UMNO dan BN, itu adalah antara penyelesaian terbaik. Kalau benar tidak dicalonkan untuk PRU-13 pun mungkin satu permulaan yang baik ke arah Shahrizat berundur diri secara perlahan-lahan. Dan sebenarnya apa yang terbaik boleh dilakukan ialah Shahrizat berundur atas kesedaran sendiri. Keputusan PRU tahun 2008 mengajar bahawa BN dan UMNO perlu berjuang dengan sebaik mungkin dalam PRU-13 untuk terus kekal releven memerintah negara ini. Jika Shahrizat dan suaminya gagal memberikan penjelasan yang munasabah dan boleh diterima umum, maka beliau harus berundur dari jawatan dalam Kabinet dan parti atas kerelaan sendiri. ~mynewshub.my | ||
Selepas Skandal NFC, Kini Skandal 'Tender Gate'? Posted: 21 Dec 2011 07:34 AM PST Selepas skandal terbesar NFC kini skandal 'Tender Gate' pulak? UMNO BN tak habis-habis dengan skandal.. skandal perabih duit rakyat jer. Bermacam-macam projek diadakan bagi memenuhkan poket-poket pemimpin korup UMNO BN serta kroni. Projek pada awalnya hanya mencecah jutaan ringgit tapi bila di kira-kira balik mencecah berbillion ringgit. Akhirnya projek siapa tapi jadi projek gajah putih. UMNO.. hang betul-betul penjahanam agama, bangsa dan negara!! Betul-betul tak sabar nak ngundi doh ni.. KKLW Nafi Seleweng Dalam 'Tender Gate' Oleh : Meor Hafizan bin Abdul Ghani LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW Bil 5 Tahun 2011 yang telah bersidang pada 24 Februari 2011 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan penyenaraian nama kontraktor bagi menyertai tawaran tender terhad Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau, Sabah di bawah NKRA dengan anggaran jabatan oleh JKR Sabah berjumlah RM 9.4 juta. Bagaimanapun pada masa JKR melaksanakan proses tender tersebut, anggaran JKR telah meningkat kepada RM 11.584 juta. Sehubungan itu, LPA KKLW hanya memperakukan kepada Kementerian Kewangan memandangkan anggaran jabatan telah melebihi kuasa Kementerian. Kementerian Kewangan tidak meluluskan perakuan yang dibuat oleh LPA KKLW dan memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara tender terbuka. Sehubungan itu, tidak timbul isu bahawa Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam projek ini dan tiada pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai yang terlibat di dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini. Namun semua pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan projek di bawah Kementerian disaran untuk sentiasa peka dan mematuhi segala peraturan dan prosedur sedia ada. Maklumbalas perkara ini telahpun dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 30 November 2011 dan merupakan jawapan terhadap Laporan Sabahkini.net bertajuk 'Tender Gate' KKLW (Siri Pertama) Penulis merupakan Ketua Komunikasi Korporat KKLW ~sabahkini | ||
Perkasa Tidak Akan Keluar Undi Jika Guna Dakwat Kekal Posted: 21 Dec 2011 02:20 AM PST
Perkasa dah semakin meroyan dan mabuk!! Perkasa ni memang spesis parasit, jenis makhluk perosak. Tak boleh ler nak tengok orang senang sikit, ade je isu kebudak-budakan yang di bawak. Macam terencat akal pun ye.. Kini, memang sah Perkasa pencacai UMNO yang cuba berselindung di sebalik NGO. Apa kejadahnya nak bantah penggunaan dakwat kekal, negara lain kat dunia dah lama gunakan. NGO lain tak berbunyi pun.. alih-alih NGO tak cukup akal ni pulak berbunyi. Lepas PRU 13 nanti eloklah campakkan Perkasa ni dalam Muzium bersama-sama UMNO. Yang sebenarnya UMNO yang tak nak dakwat kekal, jadi pencacai Perkasa pun menyalak ler.. Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak. Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi. Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. "Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum. "Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," katanya. Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi. "Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal. "Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya. Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13. Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008. Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam. Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum. Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit. Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa. ~malaysiainsider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan