Addin |
- Skim Gaji SBPA Baru Dijangka Umum Esok, Bakal Menekan Penjawat Awam
- Graduan Pendidikan Kata Puad Zarkashi Kaki Putar Belit
- Khairul Fahmi Berminat Hijrah Ke Kelab Indonesia
- Gempar!! 3 Ahli Keluarga Ada 2 Alat Kelamin
- Anwar Ibrahim Wajar Bertanding Di Putrajaya
- Transparency International Gesa SPRM Siasat Skandal Rasuah Bekas MB Perlis
- Ini Bukti Tugu Negara Monumen Menyesatkan..
- Siapa Dalang Seludup Parabola Di Sabah?
Skim Gaji SBPA Baru Dijangka Umum Esok, Bakal Menekan Penjawat Awam Posted: 07 Dec 2011 10:05 AM PST Gambaran keseluruhan mengenai skim gaji baru 2012 SBPA kali ini bukan lagi menjadi rahsia ramai kakitangan awam sekarang ini walaupun pekeliling SBPA belum dikeluarkan secara rasmi. Ramai yang seakan bersetuju dengan skim gaji baru 2012 SBPA nanti, dan ramai juga yang kurang senang & selesa dengan berita-berita awal berkaitan pengenalan skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA 2012). Yang mana masih ingat lagi, kalau ikut skim SBB dahulu, kalau dapat kurang sahaja 50%, baharulah dikira sebagai statik pergerakan gaji dan kalau dapat 3 tahun berturut, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja. Markah kurang dari 50%, itu boleh dikatakan margin yang sesuai, tapi kalau sampai 70% itu sangat menekan pekerja kerana setiap markah pencapaian mesti mendapat sekurang-kurangnya gred 7-8. Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Akauntan Negara, kemungkinan besar pekeliling SBPA 2012 akan dikeluarkan secara rasmi pada esok hari 8 Disember 2011 bersamaan Hari Khamis. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan kemungkinan pada minggu hadapan pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA ini akan dikeluarkan.Yang pasti skim gaji baru ini bakal menekan para penjawat awam, kenaikan gaji berdasarkan markah prestasi yang tinggi. Secara tak langsung, inilah cara kerajaan UMNO BN mengurangkan penjawat. |
Graduan Pendidikan Kata Puad Zarkashi Kaki Putar Belit Posted: 07 Dec 2011 06:30 AM PST Kenyataan akhbar oleh Puad Zarkashi (gambar) ini hanya menyerlahkan sikap tidak mengambil tahu tentang hal ehwal kementeriannya. Walaupun masyarakat sedia maklum menteri suka buat kenyataan putar belit, masih, masyarakat mengamalkan konsep baca dan percaya. Lebih teruk ada yang hanya membaca tajuk dan terus berkata-kata. 5000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) itu merujuk kepada guru sandaran terlatih yang telah dilantik ke gred DC41 untuk pengesahan jawatan DG41. Hebat Puad Zarkashi!! Mempermainkan masyarakat dengan maksud harfiah. Jangankan guru DC41, memang pun semua guru lepasan universiti digelar graduan ISMP. Kenyataan ini tidak merujuk kepasa fresh graduates yang berhadapan dengan kelewatan posting. Selain itu, Puad Zarkashi turut membandingkan graduan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak melalui proses temu duga sepertimana pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG, atau lebih dikenali dengan panggilan maktab). Sebenarnya, bermula tahun 2007, mereka yang memohon kos pendidikan di universiti perlu menjalani ujian sahsiah diri dan temu duga. Mereka yang melepasi dua kali saringan ini sahaja yang menjalani kos pendidikan. Dari bulan ke bulan kami diperbodohkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Hingga sekarang borang online masih tidak ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa hinggalah timbul pula khabar sebenarnya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan posting guru. Ada pula pegawai-pegawai KPM dan SPP yang mengatakan bahawa kini tidak lagi perlu mengisi borang online, nanti kami akan terus dipanggil temu duga. Semuanya hebat berkata-kata, namun tiada hitam putihnya. Kini setelah tujuh bulan berlalu, tiada menteri yang memberi kata putus bilakah sebenarnya kami akan dipostingkan. Tahun 2012 kah? 2022 kah? 2032 kah? Semuanya membisu. Bulan ini buat kenyataan hentam keromo, bulan depan cover semula kebodohan mereka dengan kenyataan lainnya. Kami, graduan pendidikan. Empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Kini, setelah memperbodohkan kami dengan khabar posting selama setengah tahun, mereka menyuruh kami mencari kerja lain. Rata-rata majikan menolak permohonan kerja graduan pendidikan dalam industri atas sebab ijazah kami yang tertera Pendidikan. Nurul Nabisah Mohamad |
Khairul Fahmi Berminat Hijrah Ke Kelab Indonesia Posted: 07 Dec 2011 05:23 AM PST JAKARTA - Pengalaman pemain asal Malaysia, Safee Sali, bermain untuk Pelita Jaya ternyata menarik minat rekan-rekan dari satu negaranya. Banyak pemain sepak bola di Malaysia ternyata sangat tertarik bermain di Indonesia. Para pemain Malaysia, lanjutnya, menyatakan minat mereka kepadanya untuk bermain di Indonesia. Safee tak hanya menyebut satu nama. "Yang paling ingin main itu Che Mat Khairul Fahmi, tapi dia masih terikat kontrak," katanya di sela peluncuran tim Pelita Jaya, beberapa waktu lalu. Fahmi merupakan kiper andalan tim nasional Malaysia. Penampilannya bersama timnas negara tetangga itu dalam Piala AFF 2010 hingga SEA Games 2011 patut dipuji. Performanya di bawah mistar gawang tak perlu diragukan meski pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu baru berusia 22 tahun. Selain Fahmi, Safee juga menyebutkan nama lain yang tak kalah mengejutkan. Menurutnya, kapten timnas senior Malaysia, Syafiq bin Rahim, dan kapten timnas U-23 Malaysia, Bakhtiar Baddrol, juga memiliki ketertarikan yang sama. Mereka berminat untuk bermain di klub Indonesia. Jika tak ada halangan, Safee berharap ketiganya bisa bermain untuk salah satu klub di Indonesia pada musim mendatang. "Meski sekarang masih terikat kontrak, saya berharap musim depan mereka bisa bermain di sini," tandasnya. ~kompas |
Gempar!! 3 Ahli Keluarga Ada 2 Alat Kelamin Posted: 07 Dec 2011 04:59 AM PST JAKARTA – Keadaan "aneh" dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki. Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan "keadaan tidak jelas" mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa. Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya. Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan. Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan. Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah. Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak "sempurna" namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan. Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula "tertutup" manakala alat kelamin lelakinya juga "tidak sempurna". Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. ~bernama |
Anwar Ibrahim Wajar Bertanding Di Putrajaya Posted: 06 Dec 2011 11:03 PM PST Cubaan Barisan Nasional untuk menjatuhkan semangat Pakatan Rakyat dengan memperlekeh cita-cita PR untuk menawan Putrajaya ternyata tidak berhasil. Sebaliknya semangat PR semakin membara dan bertambah yakin untuk memenangi PRU yang akan datang. Putrajaya mungkin hanya mimpi bagi PR hari ini, tetapi hakikatnya mimpi ini semakin hampir menjadi realiti. Untuk mempercepatkan proses menawan Putrajaya, adalah lebih elok jika kerusi PR di Putrajaya diberikan kepada calon yang berpengaruh besar. Lebih afdal lagi jika calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PR sendiri iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kerusi Putrajaya kini disandang oleh Tengku Adnan setelah menewaskan Mohd Noor Bin Mohamad dari PAS dalam PRU 2008. Tengku Adnan diketahui sebagai seorang yang tidak begitu 'bersih' di dalam UMNO. Penglibatannya dalam beberapa syarikat korporat sering dipersoal di bawah amalan kronisme di dalam UMNO. Malah diberitakan segala rahsia Tengku Adnan berada dalam kocek Dato' Seri Anwar. Oleh yang demikian, bukan sukar untuk Dato' Seri Anwar menumbangkan Tengku Adnan di Putrajaya. Walaupun ramai menganggap Putrajaya adalah milik kekal BN memandangkan wilayah tersebut menempatkan majoriti pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, tetapi kita yakin yang PR mampu membuktikan bahawa tanggapan ini salah. Bukan rahsia bahawa ramai pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan menyokong PR secara senyap-senyap. Malahan, kenyataan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR berkuasa tidak menjejaskan apa-apa kerana umum percaya ia hanyalah kenyataan politik, retorik dan tidak membawa makna kerana ia tidak mungkin berlaku bersandarkan undang-undang buruh di Malaysia. Justeru, PR perlu buktikan bahawa keyakinan yang dinyatakan oleh Dato' Seri Anwar bukanlah kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong semata-mata. Untuk itu, Dato' Seri Anwar wajar tunjukkan yang beliau cukup yakin untuk bertanding dan mampu menang walaupun di luar kubu kuat PKR. Strategi meletakkan Dato' Seri Anwar sebagai calon di Putrajaya ini dipercayai akan menjadi jalan pintas bagi PR untuk menguasai Malaysia. Ia juga akan dapat meningkatkan moral dan semangat ahli-ahli parti dan membuka mata rakyat bahawa PR bukan hanya wujud sekadar untuk memeriahkan politik Malaysia tetapi benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke era baru. ~sabahkini |
Transparency International Gesa SPRM Siasat Skandal Rasuah Bekas MB Perlis Posted: 06 Dec 2011 10:59 PM PST Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berganding dengan pihak berkuasa Switzerland dan bertindak segera dalam skandal rasuah terbaru bagi menangani kemerosotan indeks persepsi rasuah Malaysia. Dalam kenyataannya, Presiden TI-M Datuk Paul Low membangkitkan urusan bisnis yang dipersoalkan, membabitkan syarikat kejuruteraan gergasi Perancis dan menggesa SPRM mengadakan siasatan terperinci. |
Ini Bukti Tugu Negara Monumen Menyesatkan.. Posted: 06 Dec 2011 10:16 PM PST Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. Keterangan/Hujah: Terdapat banyak hadith yang mengharamkan serta melarang perbuatan orang yang memahat patung dan menyimpan patung untuk apa-apa tujuan melainkan patung dalam permainan kanak-kanak. Antaranya ialah: Maksudnya "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai patung". (Muttafaq 'Alaih) Daripada Abdullah berkata aku mendengar Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di Hari Kiamat ialah orang yang membuat gambar (patung). Hadith Riwayat al-Bukhari Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Sharh Sahih Muslim mengatakan bahawa membuat gambar haiwan adalah diharamkan kerana ia termasuk dosa besar kerana meniru ciptaan Allah. Adapun melukis gambar pohon atau sesuatu yang tidak bernyawa dibolehkan. Islam juga mengharamkan umatnya mengukir atau membuat patung walaupun untuk orang kafir. Dalam menentukan keharusan atau larangan terhadap sesuatu perbuatan, kaedah Saddu az-Zaraiq perlu diambil kira kerana sekiranya pelaksanaannya boleh mendatangkan keburukan atau mudharat yang lebih besar, maka ia wajar dihentikan. Secara zahirnya pembinaan apa jua bentuk binaan sama ada monumen, tugu atau sebagainya adalah sebagai tanda peringatan. Amalan ini jelas ditegah oleh Islam sekiranya binaan tersebut merupakan ukiran patung manusia atau haiwan. Apa jua bentuk binaan atau ukiran, jika ia bertujuan untuk diagung-agungkan dan bersifat membazir, ia amat ditegah oleh Islam. Walau bagaimanapun, jika ia hanya sekadar binaan biasa atau ukiran nama-nama sebagai tanda kenangan sejarah dan tidak berlebih-lebihan, maka ia tiada halangan. Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi oleh umat Islam daripada pihak penjajah. Acara-acara seperti bertafakkur, nyanyian, tiupan Rouse dan meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu mengandungi unsur-unsur syirik dan ditegah oleh Islam. Amalan membina tanda peringatan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang. Satu garis panduan perlu disediakan bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran. Fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu mengenai amalan tiupan "Last Post", bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" hendaklah dikekalkan.(maknanya perbuatan tersebut adalah haram) Ni lagi satu benda pelik,dibawah tugu negara ada tertulis nama-nama "penjajah British" yang beragama kristian, klik disini untuk besarkan gambar Sudahlah tidak ada satupun nama-nama pejuang melayu islam dalam senarai tu, lepas tu ditulis dengan bangga "May the blessing of Allah be upon Them" Semoga rahmat Allah bersama mereka (yang bukan Islam) memang sah ayat tu sesat lagi menyesatkan. Cuma ada satu saja nama islam disitu (Fateh Mumammad) yang tidak dikenali identitinya adakah melayu atau punjabi. Sumber : e-fatwa Kami Sokong Tok Guru Blog |
Siapa Dalang Seludup Parabola Di Sabah? Posted: 06 Dec 2011 04:11 PM PST Baru-baru ini Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diketuai oleh Ketua Pencegah Kastam, Hamzah Sundang dan Pegawainya Ali Asan telah merampas hampir 200 biji Parabola (Parabolic) di beberapa daerah di Sabah. Syabas kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai yg mengatakan di sebuah suratkhabar kelmarin bahawa rampasan parabola oleh KDRM adalah tidak masuk akal sama sekali. Di sini, saya ingin bertanya siapa yang membenarkan pihak tertentu menyeludup masuk begitu banyak Parabola yang saiznya terlalu besar jika tanpa bersubahat dengan pegawai kastam? Menurut keterangan Hamzah Sundang kepada media, bahawa kesemua parabola yang dirampas itu diseludup masuk dari negara jiran. Kita ingin tahu jiran sebelah mana yang beliau maksudkan, Indonesia, Filipina atau Brunei? Sebenarnya bukan dari semua negara jiran yang tersebut di atas tetapi dari Sarawak dan pelabuhan Sepangar di Kota Kinabalu. Kenapa Hamzah tidak menyatakan secara terus terang pada Media? Hamzah patut dinaikan pangkat ke jawatan Pengarah KDRM Sabah dan Ali Asan sebagai Timbalan Pengarah dan kedua mereka harus ditukar ke Sarawak kerana di sana mungkin dua hingga tiga biji kontena tidak cukup muat bila ada rampasan kerana Sarawak negeri yang paling banyak memasang parabola. Kenapa Ketua Pengarah Kastam tidak arah kedua pegawai dari Sabah ke Sarawak dan merampas semua parabola di sana dan bukannya menumpukan rampasan di Sabah? Pemimpin Sabah harus bertanya dengan Ketua Pengarah Kastam, mungkinkah Sarawak sebagai salah satu negeri 'Fixed Deposit' BN, maka Kerajaan pun takut kepada pemimpin dan pegawai daripada Sarawak? Cuba anda ke Sarawak dan tengok sendiri adakah Sarawak sperti Langkawi dan Labuan yang Bebas Cukai? Di Sarawak semua kedai kopi menjual rokok dan minuman 'duty free'. RM10 x 3 tin dan rokok RM0.80-RM1.20 sebungkus. Dari Kuching sehingga ke Bintulu dan hanya Menteri kita yang tidak tahu bahawa sebelum Tahun Baru Cina atau Hari Raya, mercun dibawa masuk dari Sarawak ke Sabah mengguna lori; termasuk ratusan buah kontena yang digunakan menyeludup sayap ayam. Tetapi apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah banyak maklumat terbuka dan terperinci telah disiarkan Sabahkini.net. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu Langkawi dan Labuan sahaja 'Pulau Bebas Cukai'; tetapi mereka tidak tahu bahawa Limbang, Sarawak pun juga ada Kedai Bebas Cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam. Amat memeranjatkan, Kerajaan 1Malaysia Najib, menyambung setahun lagi kontrak Ketua Pengarah Kastam yang paling 'rasuah' dalam sejarah Malaysia sehingga 'Kambing Hitam' terjun dari bangunan SPRM ketika CCTV SPRM tidak berfungsi, sebaliknya mereka lupa, CCTV Tuhan merakam segala perlakuan jenayah mereka. Saya berpendapat, Ketua Pengarah Kastam mempunyai agenda dengan menteri dan selepas pencen tahun hadapan, beliau akan dilantik sebagai Penasihat KDRM seperti Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew; supaya kuncu-kuncu beliau masih terus menjalankan operasi penyeludupan rokok dan ayam beku di Sarawak. Sebagai pembaca Sabahkini.net, saya amat geram dengan tindakan KDRM kerana mereka yang ambil duit dari sindiket, benarkan sindiket masuk dan selepas itu tangkap para pembeli. Mereka juga Manusia dan mereka juga iblis terutama Pegawai atasan termasuk Ketua Pengarah Kastam. "Oi…Sudahlah Khalid. Anda sudah kenyang, sekarang ingin tunjuk anda tidak Korupsi. Takut pencen tahun hadapan SPRM akan ambil tindakan seperti Tan Sri Ling Liong Sik?" Kita tunggu dan kita lihat apa tindakan dan siasatan SPRM terhadap anda yang sudah kenyang menelan jutaan ringgit dan telah membawa keluar dan menyimpan wang di luar negara. Betul atau tidak boleh jelaskan melalui Sabahkini.net. Jangan anda ingat orang Sabah dan Labuan senang digertak dan tidak pandai melawan. Kastam kerja dengan ASTRO kah? Wahai orang orang Sabah dan Labuan, Jangan mimpi orang Sabah dan Labuan akan menjadi Ketua Pengarah Kastam Malaysia kerana Khalid sudah pasang Pegawai Sarawak yang menggantikan beliau. Jika Dr Jonathan Kandok boleh menjadi Pengarah KDRM Sabah tahun hadapan sudah bernasib baik tetapi kasihan kerana sepatutnya beliau sudah lama dilantik sebagai Pengarah kKDRM Sabah kerana jawatan kosong itu sudah lama tidak diisi. Sebagai pegawai kanan dan penuh pengalaman, Jonathan memang layak dan tidak perlu ijazah PHD untuk memegang jawatan Pengarah KDRM Sabah kerana Ketua Pengarah Kastam Malaysia pun tidak mempunyai ijazah kedoktoran. Jika Pemimpin Sabah tidak berani membela rakyat Sabah, terutama dalam isu parabola bagi kawasan pedalaman, maka pada pilihanraya umum ke-13, jangan marah jika rakyat beralih arah kepada 'Parti Kerajaan Rakyat' (PKR). Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peluang saksama kepada semua pemimpin baru yang bersama rakyat dan membuang semua pegawai kerajaan yang rasuah dan salahguna kuasa.~sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan