shalehudin |
- Apahal ngan Cikgu Pa nih... hihi...
- Lagi cepat la Umno mampuih kalau budak ni hampa kacau...
- Laaa... ni kambing hitam mana pulak dahhh... kahkahkah...
- Jangan pasai Anwar Ibrahim saja woiii...
- Pencacai Umno dah hilang akai... kahkahkah...
- Tolong! Tolong!...
- Anu di lari tikus... kahkahkah...
- Tu dia la hang Najib, sombong tak kena gaya... kahkahkah...
- Tak reti dok diam sungguh la dia nih...
- Seekor mamak bakal disaman... kahkahkah...
Apahal ngan Cikgu Pa nih... hihi... Posted: 25 Dec 2011 09:40 AM PST The Game Is Over, Kata Mustafa Ali KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali(gambar) yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai. "The game is over – permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi. Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya. Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno. Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini. "Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain. "Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa. Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak. "Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa. Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.- SPR |
Lagi cepat la Umno mampuih kalau budak ni hampa kacau... Posted: 25 Dec 2011 06:30 AM PST KEADILAN: Tindakan UPSI terhadap Adam Adli tak berasas KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam. "Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi. "UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara," "Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara," katanya. Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu. Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan. |
Laaa... ni kambing hitam mana pulak dahhh... kahkahkah... Posted: 25 Dec 2011 05:00 AM PST 'Datuk NFC' hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 23 Dis: Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan. "Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta. Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010. "Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian," kata Rafizi. Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang. "Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU. "Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini," katanya. Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis. Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan. Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah. Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak. |
Jangan pasai Anwar Ibrahim saja woiii... Posted: 25 Dec 2011 03:00 AM PST Jangan Hanya Kerana Susuk Tubuh Itu Anwar Ibrahim Umum mengetahui Anwar Ibrahim adalah satu tokoh dan ikon yang telah membawa perubahan besar dalam landskap politk tanah air Malaysia. Gelombang reformasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim telah membentuk sosialisasi baru dalam politik Malaysia. Kalau sebelum gelombang reformasi 1998 hanya golongan tua berbaju kemeja dan bersongkok tinggi sahaja yang menaruh minat tentang politik yang muda langsung tidak berminat tentang politik kerana bagi mereka politik itu kerja orang tua. Tetapi selepas gelombang besar reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim telah mengubah perhatian poltik tanah air. Anak muda dari bangku sekolah hingga ke universiti, dari mat rempit ke minah kilang mula sudah minat dan ingin mengambil tahu tentang politik. Malahan peranan kaum muda tentang politik juga semakin bertambah selepas gelombang reformasi 1998. Ya semuanya kerana Anwar Ibrahim pada waktu itu dizalimi, diaibkan seadanya yang mana belum pernah wujud dalam sejarah politik dunia moden. Parti Keadilan Nasional yang kemudianya bertukar nama ke Parti Keadilan Rakyat PKR ditubuhkan salah satu faktornya adalah sebab Anwar Ibrahim dan kerana Anwar Ibrahim. Mungkin ada politikus dalam PKR yang akan membantah dan mengatakan PKR bukan semata-mata kerana Anwar Ibrahim tetapi penafian tidak hanya boleh dilakukan dengan kata-kata kerana rakyat Malaysia melihat dan merasa memang faktor Anwar Ibrahim itulah yang memainkan peranan besar dalam PKR dan untuk PKR. Mungkin pahit atau ada politikus yang sedar namum enggan menyedari bahawa jika tiada Anwar Ibrahim PKR mungkin boleh lumpuh. Lihat saja pilihanraya 1999 dimana PKR pada waktu itu hanya tinggal 1 kerusi dalam parlimen ini kerana pada waktu itu Anwar sedang melanjutkan pengajiannya di Penjara Sungai Buloh. 9 Jan 2012 ini mahkamah akan membuat keputusan tentang tuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai pihak baik dalam PKR, PAS, DAP, UMNO dan Anwar sendiri sudah dapat meramal dengan tepat tentang keputusan yang bakal mahkamah lakukan. Dan kali ini Anwar Ibrahim sekali lagi akan melanjutkan pengajiannya yang mungkin dalam bidang Phd di dalam Penjara Sungai Buloh sekali lagi untuk tempoh 7 atau 8 tahun. Pilihanraya raya umum akan diadakan dalam tempoh selang beberapa lama selepas Anwar Ibrahim dihumban ke penjara. Kalau berdasarkan pengalaman 1999 kita boleh meramalkan apa nasib PKR dalam pilihanraya umum akan datang. Jadi apa yang boleh kita belajar dari sejarah pilihanraya 1999 ini??? Jawapannya adalah sesuatu perjuangan itu jangan hanya bersandarkan kepada sesuatu susuk tubuh manusia sahaja. Dalam hal ini, perjuangan PKR tidak boleh hanya bersandarkan untuk membela dan bermodalkan Anwar Ibrahim semata-mata. Perjungan ini adalah perjuangan rakyat. Pemimpin datang pemimpin pergi tetapi perjuangan itu mesti terus. Isu yang diperjuangkan mestilah isu rakyat, kemarahan dijalan raya itu adalah kemarahan rakyat dan bukan semata-mata kerana susuk tubuh itu Anwar Ibrahim. Ya memang sejarah menyaksikan Anwar Ibrahim dizalimi tanpa henti lebih dari 10 tahun dan belum pernah ada pemimpin-pemimpin dalam sejarah dunia dan politik moden hari ini menerima kezaliman dan keaiban seperti Anwar Ibrahim. Bagi aku, ini adalah harga yang paling dan cukup mahal yang dibayar oleh Anwar Ibrahim bagi mematangkan rakyat tentang politik dan pentadbiran Malaysia. Namum perjuangan rakyat jangan hanya terhenti setakat Anwar Ibrahim. Isu yang dihadapi rakyat adalah isu yang lebih besar dari Anwar Ibrahim. Kepada pejuang rakyat ambil semangat Anwar Ibrahim dan jangan hilang semangat kerana terpenjaranya Anwar Ibrahim. Yang bakal terpenjara itu adalah jasadnya Anwar Ibrahim dan jiwa dan semangat beliau tidak pernah bisa terpenjara dan dipenjara. Semangat Anwar Ibrahim telah melekat dan terbenam ke dalam jiwa rakyat Malaysia dan anak muda yang cerah minda dan jiwa. Rakyat Mesir bangkit menumbangkan Hosni Mubarak bukan kerana bersandarkan mana-mana tokoh atau pemimpin yang mereka sanjung di Mesir, semangat rakyat Tunisia menghambat Ben Ali bukan kerana ada orang seperti Anwar Ibrahim di Tunisia. Ingat dan ingat Suharto itu tumbang di Indonesia kerana kemarahan anak muda dan mahasiswa serta warga Indonesia yang menentang korupsi Suharto, kemarahan itu bukan datang kerana kegilaan mahu mengangkat Gus Dur menjadi presiden. Taksin dihalau oleh rakyat Thailand ke luar negara bukan kerana Abhisit. Benigno Aquino ditembak mati di lapangan Fillipina, tetapi rakyat Filipina bangkit dengan laungan "People Power" untuk menumbangkan Marcos dan bukan "Hidup Aquino" atau semata-mata kerana matinya Aquino. Pejuang rakyat dalam Pakatan Rakyat, anak muda mahasiswa, pejuang - pejuang reformasi baca dan belajarlah dengan sejarah peristiwa-peristiwa revolusi dunia. Lakukan pencerahan dalam perjuangan, politik matang dan perjuangan tulen adalah untuk rakyat terbanyak bukan hanya kerana semata - mata susuk tubuh itu bernama Anwar Ibrahim. Dan ingat dan ingat, Mao Zhi Tong itu disanjung dan diangkat kerana ideologinya dan bukan kerana dia Mao Zhi Tong. http://mohdzamirul.blogspot.com/ |
Pencacai Umno dah hilang akai... kahkahkah... Posted: 25 Dec 2011 01:30 AM PST Gambar Lucah Adam Adli? Pencacai UMNO kantoi lagi!! .. Ini gambar sebenar. Lantaran dari tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib dari PWTC minggu yang lalu, beliau menjadi mangsa serangan para pencacai dan juga Blogger Pro UMNO, ini kerana mereka menganggap tindakan itu amat biadap sekali . Malah tindakan mereka menyerang Adam Adli membuktikan bagi mereka tindakan tersebut jauh lebih biadab dari menghina Rasulullah dan Hukum Allah. Oleh itu seperti biasa Adam Adli menjadi sasaran serangan mereka dengan diedarkan gambar-gambar lucah kononnya ia adalah gambar Adam Adli. Malangnya ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang mempercayai bahawa gambar diatas sememangnya gambar Adam Adli. Sekali lagi gambar yang ditunjukan itu berjaya dibuktikan adalah fitnah apabila gambar tersebut rupa-rupanya adalah gambar seorang gay Filipina yang diambil dari sebuah web lucah untuk kaum gay. Keadaan ini telah mengesahkan lagi kecenderungan pihak mereka menggunakan politik lucah dan cenderung menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan. Dan apabila Milo Suam mendedahkan bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang gay dari Filipina ada pula yang mempertikaikan kesahehan gambar tersebut kerana hanya sekeping gambar yang disiarkannya seperti di atas. Jadi disini untuk menyokong pendedahan oleh Milo Suam itu aku tambah lagi gambar yang ada itu.. dari satu menjadi dua.. Oleh kerana gambar agak lucah aku tak akan siarkan disini.. |
Posted: 25 Dec 2011 12:00 AM PST Tolong! Tolong! Bagaimana Menolong Dia.. SEWAKTU saya melalui depan sebuah hotel, untuk ke hotel yang saya tumpangi, tiba-tiba saya lihat seorang lelaki kulit putih sedang menggalas sebuah bungkusan, berjalan laju keluar dari hotel itu cepat-cepat dan tergesa-gesa. CATATAN PERJALANAN siri 4 "Dia adalah tokey hotel itu.. warga Belgium, berkahwin dengan wanita tempatan." Kata kawanku orang tempatan dari kumpulan Jamaah Tabligh di Masjid Raya Medan kepadaku. "Dia memeluk Islam memakai nama Bukhari, dan pernah hadir dalam majlis ta'alim kami (dakwah tabligh). Lepas itu, dia mengembara ke beberapa negara Arab mempelajari Al-Quran dan akhirnya kembali ke Indonesia. Rupanya dia terpikat dengan seorang gadis berjilbab di Medan ini. Akhirnya berkahwin. Kini mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki 1 perempuan. "Dengan bantuan keluarganya di Belgium, Bukhari mendirikan sebuah hotel bajet, 4 tingkat. Baru siap beberapa bulan lepas. Dia bersama isterinya dan beberapa keluarga isterinya turut berkerja di hotel tersebut. Kerana isteri dan keluarga isterinya adalah orang susah... "Katanya kepada aku, 'Saya ingin jadikan keluarga saya sebagai keluarga Islam sepenuhnya, dan bisnes saya berjalan di atas landasan Islam sepenuhnya." Jelas kawanku, krakun itu. "Al-hamdulillah!" Sambutku. Tiba-tiba seorang perempuan memakai t shirt, seluar dan tidak bertudung bergegas keluar dari hotel, mencapai motosikal terus memandu laju berlalu. Namun, kawanku karkun itu terus bercerita, "Tapi.... Kau lihat itu? Yang keluar hotel dan menonggang motosikal. Itulah isterinya sekarang. Mungkin dia keluar mencari suaminya yang sudah stress, tidak tenang tinggal di rumah (rumahnya di hotel itu). Suaminya pernah bercerita kepadaku.. 'Aku sudah gagal menjadi kepala keluarga. Isteriku sekarang sudah berubah. Membantah segala kata-kataku. Tidak pakai jilbab lagi. Tidak mahu melaksanakan peraturan perniagaan yang aku tetapkan. Membenarkan penzina-penzina memasuki dan berzina di hotelku. Astaghfirullah!' "Dia sangat stress sekarang. Pengurusan kewangan dipegang isterinya, dia tiada wang sekarang, bahkan nama hotel itupun diletakkan nama isterinya, kerana dia orang luar negara.' Kata kawanku lagi. Sebuah beca pula berhenti di depan hotel menghantar dua perempuan muda, yang mungkin pelanggan kepada penginap di hotel itu. Sedang kami memerhatinya, tiba-tiba, "Ben (nama gelaran krakun kawanku itu)! Kau tahu tak cerita malan tadi?" "Cerita apa?" tanya Ben. "Sedang aku jaga di sini malam tadi (dia adalah pengawal keselamatan hotel disebelah hotel Bukhari), kira-kira jam 4 pagi, aku terdengar suara jeritan kuat dari hotel orang barat itu.. Tolong! Tolong! Beberapa kali. Jiran-jiran hotel dan toko keliling terkejut datang kerumun ramai-ramai. Akhirnya diketahui, rupanya jeritan itu adalah suara orang barat itu menjerit minta tolong bila ia dicekik isterinya, yang semakin ganas." Cerita kawan Ben penjaga hotel itu. Sedang kami bercakap-cakap itu, tiba-tiba Bukhari tokey hotel itu pulang, memasuki hotelnya. Lalu di depan dua wanita muda sedang duduk di bangku, Kakinya mengait meja di depan wanita itu.. Terpelanting. Menyebabkan wanita-wanita itu terkejut dan lari keluar. Menurut Ben, pernah isteri Bukhari memarahi suaminya, kerana membantu seorang pendakwah Islam yang kecurian wangnya, tidur di hotelnya dengan percuma beberapa malam. "Segala-galanya itu ada kaitan dengan iman. Gagal dengan cobaan dunia materialisme. Kebendaan menutup pintu hati seseorrang. Isteri boleh jadi derhaka kepada suami. Dari berhijab boleh tanggal hijabnya. Dari lemah lembut boleh jadi ganas." Teringat aku kepada kata-kata Imam Ghazali, 'Dunia (materialisme yang tidak ada kaitan dengan akhirat) itu adalah bangkai sesiapa yang mengejarnya adalah anjing.' Ramai anjing-anjing pengejar bangkai materialis itu di mana-mana di dunia. Mereka adalah perasuah, pembazir harta kerana dalam harta mereka ada hak rakyat miskin. Kapitalis-kapitalis penindas, korperat-korperat keparat dan lain-lain. Dalam negara yang suasana ekonomi tertekan ini, tidak sepatutunya wujud isteri-isteri pemimpinnya membazir wang, hanya untuk hiasan diri menggunakan wang berjuta-juta RM. Bermewah-mewah. Bahkan boleh menjatuhkan martabat kepimpinan suaminya. Di Malaysia, lihat contoh kehidupan Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan, 20 tahun jadi Menteri Besar, hidupnya sederhana masih berumah lama berdinding papan. Tok Guru Hj Adul Hadi pemimpin PAS pun hidup sederhana. Berbalik kepada kisah Bukhari tadi, Ben bertanya, "Bagaimana boleh kita membantu dan menolongnya, supaya hartanya tidak hilang bertukar tangan? Aku tidak terkata apa-apa. Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan. |
Anu di lari tikus... kahkahkah... Posted: 24 Dec 2011 10:00 PM PST Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan. Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age. Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut. "Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita. Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu. Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini. Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya. Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. - Bernama |
Tu dia la hang Najib, sombong tak kena gaya... kahkahkah... Posted: 24 Dec 2011 08:00 PM PST Kesombongan Najib tercalar Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle Salah seorang daripada pelajar yang menunjuk perasaan menuntut pemansuhan AUKU pada Sabtu lepas, Adam Adli telah menurunkan bendera Najib Tun Razak. Tidak jelas mengapa Najib Tun Razak mahukan gambar dirinya dikibarkan sebagai bendera. Adakah dia menyangka bahawa dia adalah sebuah negara? Ini mungkin kali pertama ramai di antara kita yang melihat amalan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak telah membenarkan dirinya dikibarkan sebagai bendera di hadapan ibu pejabat parti itu. Ia adalah lebih kepada perbuatan yang dilakukan oleh mendiang Kim Jong-il, pemimpin komunis Korea Utara. Kes muka Najib pada bendera ini agak menjengkelkan apabila ia juga disertai lagu yang dipanggil 'PM Kita' yang sedang dimainkan di saluran propaganda biasa BN. Sangat jelas keangkuhan Najib. Beliau bolehlah dikatakan memulakan pemujaan personaliti! Atau mungkin kita harus jujur, dan memanggil ia sebagaipemujaan kekurangan-personaliti. Antara salah satu sifat yang membezakan Najib dari Anwar Ibrahim, adalah karisma Anwar, personaliti dan kecerdasan beliau yang tiada pada Najib. Kim Jong Il Malaysia Jika kita dalam rancangan Oprah, kita bolehlah mengkaji sejarah kanak-kanak najib yang telah menjadikan dirinya sangat haus kepada perhatian. Memandangkan kita bukan dalam rangcangan Oprah, kita bantu Najib untuk mendapatkan cara lain untuk mendapat perhatian. Boleh dihasilkan cawan Najib, topi Najib, lukis Najib pada tepi LRT dan KTM ataupun pada kapal terbang Air Asia. Boleh juga pada bas, beg sekolah, bola golf dan nama Najib ditulis oleh kapal terbang yang menulis di langit biru. Sekiranya ini tidak cukup, beliau boleh terbitkan buku bagaimana beliau telah berjaya mendapatkan 12-hole in one sewaktu pertama kali bermain golf (Kim Jong Il mendakwa dirinya mendapat 11), atau, bagaimana tahi bintang jatuh semasa beliau dilahirkan. Polis dan UMNO mengamuk kerana insiden Adam Adli yang cuba untuk membuat laporan polis terhadap ugutan yang dia terima telah cuba diserang oleh seorang polis berpakaian biasa (ada dalam Youtube). Polis yang sama, mendakwa namanya Ruslan Mokhtar menyamar sebagai orang awam yang marah kerana perbuatan Adam yang menurunkan bendera Najib. Ruslan juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah gangster UMNO walaupun beperlakuan seperti itu. Sukar untuk mempastikan bahawa Ruslan itu adalah Gangster UMNO ataupun polis berpakaian biasa kerana kedua-dua entitiitu tidaklah eksklusif secara mutual. Ruslan juga mengugut bahawa beliau akan mencari Adam dan mengajar Adam. Polis yang ada di situ tidak sedikitpun berminat untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menahan Ruslan kerana membuat kenyataan seperti itu. Kemungkinan mereka menunggu aduan barulah mereka bertindak. Tidak lagi menjadi wakil tunggal orang melayu Apa yang pasti adalah perbuatan Adam telah menaikkan kemarahan orang UMNO yang sudah pun goyah. Mereka telah bertindak balas dengan memanggil Adam "Kurang Ajar" dan mengugut untuk mencederakan Adam secara fizikal dan memburu budak itu. Mungkin tidak pernah lagi kita dengan seorang Melayu masuk ke ibu pejabat UMNO danmenurunkan bendera presiden itu. Tetapi masa sudah berubah dan UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menjadi wakil tunggal kepada orang Melayu. Mereka sebenarnya sudah lama tidak menjadi wakil tunggal orang Melayu. Sudah pasti UMNO tidak mewakili 70% daripada orang Melayu yang berada di bawah paras kemiskinan di Malaysia. Sebaliknya, UMNO mewakili minoriti Melayu kaya yang telah dibantu olej polisi dan layanan istimewa dan menidakkan majoriti orang Melayu dan juga kaum lain. Bagaimana beliau negara harus menghormati seseorang yang sombong dan tidak cekap? UMNO sekarang membiarkan menteri yang pasangan mereka serta anak-anak mereka melaburkan wang berjuta-juta ringgit kepada kondo di KL, Singapura dan entah di mana lagi. Penyalahgunaan kuasa sebegini bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh individu-individu tertentu tetapi menjadi sistem yang dipraktikkan mereka di akar umbi. Sebagai contoh, NFC telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil tetapi Muhyiddin lah yang meluluskan wang awam tanpa apa-apa syarat walaupun perjanjian belum dimetrai. Ia juga kelihatan seperti telah di atur oleh Khairy Jamaluddin yang telah beriya-iya mempertahankan Shahrizat Jalil. Rakyat yang juga sedang berhadapan dengan kenaikkan harga boleh dimaafkan kerana membuat kesimpulan bahawa mereka juga ada bahagian dalam penyalahgunaan ini. Bagi Adam Adli yang disifatkan sebagai kurang ajar, beliau sebenarnya adalah seorang wira Melayu dan Malaysia sejati. Meletakkan wajah beliau pada bendera semestinya lebih berbaloi berbanding si Najib yang angkuh, berangan dan tidak berdaya itu. |
Tak reti dok diam sungguh la dia nih... Posted: 24 Dec 2011 06:00 PM PST "Berapa Peruntukan Ruang Untuk Saya Dalam Harakah?" - Hasan Ali KUALA LUMPUR: Bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan berapa peruntukan ruang bagi beliau dalam media PAS iaitu Harakah apabila timbul dakwaan mengatakan beliau masih menggunakan media Umno. "Tidak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah kerajaan berkuasa maka sudah tentu dirujuk kepada kerajaan. Dan Umno sebahagian daripada kerajaan maka dikatakan media Umno. "Saya menerima mana-mana media pun. Keterbukaan media-media ini memberi ruang kepada orang-orang seperti saya, lebih besar daripada media milik parti sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu. Dr Hasan menjadikan kontroversi atau polemik yang berlaku sejak dua, tiga minggu lalu sebagai contoh yang boleh dibuat sebagai analisis kandungan dalam Harakah. "Semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu pun saudara (media) boleh buat analisis kandungan, berapa peruntukan ruang kepada saya berbanding orang lain? "Kadang-kadang saya lihat ruang diberikan kepada parti-parti komponen lain dan bukannya kepada orang PAS, dan lebih besar peruntukan kepada sesetengah golongan dalam parti sendiri," katanya. Bagi beliau, siapa yang dapat menyebarkan atau meletakkannya kepada masyarakat seluas-luasnya maka sudah tentu media itu menjadi pilihan. "Kalau saya hanya guna media PAS. Katakanlah boleh digunakan, ia hanya merujuk pada orang PAS sahaja. Orang Umno, orang luar tak baca kerana edarannya terhad. "Tetapi kalau saya menggunakan media-media yang sudah 'establish' dengan tidak ada niat untuk mendapatkan keuntungan politik di mana-mana pun saya merasakan itu adalah tindakan yang terbaik untuk saya setakat ini," katanya. Dr Hasan berkata, perkara itu bukan satu tuduhan serkap jarang namun terdapat desas-desus dan aduan daripada anggota-anggota dan pemimpin-pemimpin PAS juga masyarakat umum yang melanggan Harakah. Beliau menjelaskan, mereka melihat kandungannya dalam parti itu lebih kepada satu-satu golongan dan tidak mirip kepada satu golongan lain. "Kenapa timbul laporannya atau kandungannya agak sedikit bersifat 'menjurus' kepada golongan-golongan tertentu? Sebagai contoh, katanya, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam temuramahnya mengenai pandangannya terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) sehingga kini masih tidak disiarkan. "Bayangkan kalau temuramah Haron Din tidak disiarkan, bagaimana agaknya dengan Hasan Ali yang hanya 'orang kecil'?" katanya. Dr Hasan bagaimanapun tidak menafikan sumbangan Harakah sebenarnya telah berjuang memberikan satu imej tersendiri dan merupakan satu institusi dalam sejarah orang Islam serta orang Melayu di Malaysia. "Saya merasakan Harakah memerlukan satu perubahan dalam organisasi dan fungsinya. Ini termasuk ilmu-ilmu pengurusan baru media," katanya. Beliau berharap agar pimpinan tertinggi parti dapat melihat semula cadangan itu. "Diharapkan agar tindakan-tindakan sepatutnya dapat diambil untuk membawa imej PAS kepada satu imej yang suatu masa dahulu merupakan rujukan kepada media-media lain," katanya.- mStar |
Seekor mamak bakal disaman... kahkahkah... Posted: 24 Dec 2011 05:10 PM PST Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa. Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu. Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas). Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik. "SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri. "Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini. Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri. SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan. "SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman. "Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya. SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang. Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam. Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan