Isnin, 5 Disember 2011

Addin

Addin


Hubungan Taib Mahmud Dengan Taikoon Pembalakan

Posted: 05 Dec 2011 08:14 AM PST

Inilah masanya peraturan dan undang-undang patut digunakan untuk membantu kaum Penan di Sarawak meneruskan usaha mereka menghalang pencerobohan dan pemusnahan hutan hujan tropika mereka dari diganggu-gugat oleh kroni-kroni pembalakan yang bersekongkol dengan Taib Mahmud. Selain itu, kroni-kroni itu merestui para pembalak dengan zalimnya merobohkan bloked-bloked yang didirikan oleh kaum Penan yang bermati-matian melindungi kawasan mereka.

Tamak dan Gila Kuasa

Hakikat itu berlaku kerana Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud mengidap penyakit otak dan ketamakan yang semakin serius kini.

Seperti mana pernah kami laporkan dalam laman web kami, Taib telah berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perniagaannya sendiri berlandaskan aktiviti menebang hutan, membuka ladang sawit yang luas-luas menggunakan hasil kekayaan sumber asli Sarawak.

Sarawak Report juga pernah melaporkan mengenai hubungan syarikat gergasi Samling dengan keluarga Taib. Semua syarikat-syarikat kroni dimestikan untuk menyuap dengan menggunakan wang suapan yang besar jumlahnya untuk mendapatkan lesen dan konsesi pembalakan dari Taib Mahmud.

Kini kami boleh melaporkan bagaimana WTK ada menyenaraikan nama Abdul Taib Mahmud sebagai pemegang terbesar saham-saham di dalam syarikat itu. Dengan bertindak sebagai pemegang terbesar saham-saham dalam syarikat itu, bermakna Abdul Taib Mahmud sudah tentunya menjadi peraih keuntungan dari setiap pokok yang ditebang oleh WTK.

Kita bermula dengan syarikat Marjaharta, sebuah syarikat yang memegang saham paling besar dalam CMS di mana kita mendedahkan Taib sememangnya pemegang terbesar saham dalam WTK.

Di peringkat permulaan penubuhan Marjaharta yang dipengerusikan oleh saudaranya Onn Mahmud, tetapi selang beberapa ketika diserahkan kepada anak-anak lelaki Taib dalam tahun 2003 setelah Taib dan Onn bersengketa. Jamilah juga pernah mengakui bahawa dia "tidak pernah aktif sepenuhnya dalam kegiatan pelaburan di Sarawak", tetapi Marjaharta tetap melabur dalam WTK yang kian rancak meranapkan hutan hujan tropika di Sarawak.

Seorang lagi saudara Taib, Tufail Mahmud, pula menjadi salah seorang pengarah dalam syarikat Song Logging, iaitu anak syarikat kepada WTK. Kami juga pernah melaporkan bagai mana Tufail Mahmud dianugerahkan saham-saham percuma daripada syarikat Sanyan, yang digunakannya untuk menyembunyikan kegiatan proksinya dengan Taib Mahmud.

Kaitan dengan Syarikat AIG

Kerisauan semakin menjadi setelah mengetahui kiatan sebuah syarikat gergasi insurans AIG dari Amerika di dalam WTK dengan Taib Mahmud yang memusnahkan alam sekitar Sarawak. Ini merupakan suatu jenayah yang amat berat.

Pemegang saham ke-4 terbesar selama beberapa tahun dikendalikan oleh AIG menerusi suatu akaun untuk menyelewengkan wang masuk ke British Islands. AIG Goldflow, yang namanya telah ditukar kepada Pinebridge Goldflow (bernaung di bawah AIG) baharu sahaja dijual kepada sebuah lagi syarikat pelaburan, Pacific Century Group.

Abdul Taib Mahmud pernah didengar mengungkapkan kata-kata, "Saya ada wang lebih dari yang dapat saya belanjakan" – kata-kata yang telah dirakamkan.
Begitu juga Taib Mahmud harus membayar kaum Penan yang telah bersusah-payah menjaga hutan dara, bukan untuk kepentingan mereka sendiri, malah agar dapat dilihat dan dinikmati oleh para pelancong dari luar negara.

Kepulauan Borneo kini dilanda musibah kehilangan kecantikan alam sekitar dengan begitu pantas.~sarawakreport


Najib Sokong Kumpulan Samseng?

Posted: 05 Dec 2011 06:41 AM PST

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
"Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang? "Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

"Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" soalnya semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Walaupun Najib tidak menamakan pilihan itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Walaupun belum lagi berkuasa, mereka sudah mahu mengurangkan perkhidmatan awam menjadi separuh ... mereka mahu mengubah bendera Malaysia, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu," katanya.

Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Orang bukan Melayu tidak perlu cuit perasaan orang Melayu. Jangan cuba ubah apa yang telah diputuskan dan dipersetujui," katanya.

Addin :

Najib secara terang terangan menyokong Pekida.. Siapa yang tak tahu? Pekida sering di kaitkan dengan aktiviti samseng seperti tarik kereta, pau, kegiatan kongsi gelap dan pelbagai lagi. Setelah Pakatan Rakyat di belasah semasa PAU 2011.. Kini Najib dan UMNO tunjuk taring mereka yang sebenar.. menyokong salah satu kumpulan samseng terbesar? Serta memainkan isu perkauman yang sempit. Dengan sokongan terbuka ini, maka Pekida makin bermaharajalela dengan aktiviti samseng mereka. Adakah menyokong kumpulan samseng ini merupakan salah satu talian hayat terakhir UMNO sebelum PRU 13??

Skandal Rasuah Bekas MB Perlis

Posted: 05 Dec 2011 05:05 AM PST

Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas Menteri Besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an. Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan, Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.~sabahkini
 

Lagenda Bola Sepak Brazil Meninggal Dunia

Posted: 05 Dec 2011 02:56 AM PST

SAO PAULO - Mantan kapten tim nasional Brasil, Socrates (gambar) meninggal dunia karena menderita infeksi usus, Minggu (4/12/2011), kata juru bicara Rumah Sakit Albert Einsten, Sao Paulo, Brasil. Socrates meninggal di usia 57 tahun. Socrates, yang menjadi kapten Brazil pada Piala Dunia 1982 dan dikenal sebagai pemain Brazil terhebat yang tidak pernah menjuarai Piala Dunia, dibawa ke rumah sakit pada Jumat (2/12/2011) malam setelah menderita keracunan makanan. Pihak rumah sakit mengatakan kalau Socrates menderita kejutan septik dan menempatkannya pada ventilator dan mesin dialisis, namun ia kemudianndinyatakan telah meninggal dunia pada pukul 06.30 GMT.

Ia telah dirawat di rumah sakit sebanyak dua kali pada Agustus dan September tahun ini, karena pendarahan pada sistem pencernaannya, yang diketahui disebabkan oleh masalahnya dengan alkohol, khususnya ketika dirinya masih aktif sebagai pesepak bola.

Pada wawancara televisi terakhirnya, Socrates mengatatan, baginya alkohol merupakan 'teman', sambil menambahkan kalau penggunaan alkohol secara reguler tidak mempengaruhi performanya di lapangan sepak bola.

"Alkohol tidak mempengaruhi karierku, di sisi lain hal itu disebabkan (karena) saya tidak pernah membangun fisik untuk permainan ini," tuturnya saat itu. "Sepak bola menjadi satu-satunya profesiku sejak saya siap pada (usia) 24 (tahun)," kata Socrates.

"Saya terlalu kurus, dan ketika saya masih muda, saya tidak memiliki kesempatan untuk mempersiapkan fisikku untuk olahraga."

Socrates juga bermain pada Piala Dunia 1986, namun saat itu ia tidak berada dalam kondisi fisik terbaiknya. Bahkan, ia juga gagal melesakkan tendangan penalti ketika Brazil kalah dari Prancis pada babak perempat final.

Di level klub, ia bermain untuk klub raksasa Brasil, Corinthians (1978-1984) dan klub sepak bola Italia bersama Fiorentina (1984-1985).

Saat memperkuat Corinthians, ia merupakan salah satu pendiri gerakan yang disebut sebagai Demokrasi Corinthians, yang terbentuk pada periode 1980-an.

Di bawah peraturan tersebut, semua keputusan yang dibuat oleh klub sepak bola, termasuk kontrak pemain-pemain baru dan jadwal latihan, harus disetujui oleh seluruh anggota melalui mekanisme pengambilan suara.~kompas


Kisah Bekas Ahli UMNO Yang Keluar Parti

Posted: 05 Dec 2011 02:44 AM PST

Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi. Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.

Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.

PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999. Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.

Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah! Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.

Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!

Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.

Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.

Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.

UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!

Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!-sabahkini

Tiada ulasan: