Muslimeen United |
- NGO, parti Islam bidas Umno kerana gagal kawal MCA
- Umno ibarat 'kereta tiada brek'
- Kalau Menang 47 Kerusi Boleh Jadi PM Ke? UMNO/BN Otak di Kepala Lutut.
- Parti-parti Islam Menang 65% Undi Di Mesir
- Selamatkan negara dari bankrap!
- Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'
- Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya
- Rakyat Selangor sanggup berhujan dengar amanat pemimpin
- Sumpah bai'ah antara PAS dan Umno berbeza
- Inikah Penasihat Umno Paling "Bangang"...??
NGO, parti Islam bidas Umno kerana gagal kawal MCA Posted: 05 Dec 2011 02:30 AM PST Turut menjadi sasaran bidasan mereka yang berang itu adalah rakan parti komponen BN - Umno kerana didakwa tidak mengawal tingkah laku biadap rakannya itu. "PERKASA minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini. "Bagi PERKASA, Dr Chua masih kabur tentang Hudud. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah," kata setiausaha kumpulan pendesak Melayu itu, Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan medianya. Menurut beliau, pemimpin Umno perlu menasihatkan presiden MCA itu supaya menarik semula kenyataannya yang salah terhadap hukumHudud. "PERKASA tidak meminta Dr Chua memohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya sambil menambah jika tidak PERKASA akan mengajar MCA dengan secukupnya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Berniat jahat Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yberpendapat kenyataan Chua yang dianggap biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam. Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam satu kenyataan media berkata kenyataan Chua berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. "ABIM merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau. "Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), ABIM menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini," kata Mohamad Raimi. Umno bersekongkol Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah. "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi. "Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu Umno terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim dipetik akhbar rasmi PAS itu. Katanya, sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan. Menurut Tuan Ibrahim yang juga persuruhjaya PAS Pahang, parti itu telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan tetapi ia bukan sahaja tidak disokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar. "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, Umno seharusnya membentang hudud yang sebenar dan PAS akan pasti meyokongnya. "Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya. |
Umno ibarat 'kereta tiada brek' Posted: 05 Dec 2011 02:29 AM PST SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT. Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi. Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh. "Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu. "Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi. Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah. Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya. "Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain. "Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. "Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah. "Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya. "Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir. Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu. Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok. -Hrkh |
Kalau Menang 47 Kerusi Boleh Jadi PM Ke? UMNO/BN Otak di Kepala Lutut. Posted: 04 Dec 2011 08:17 PM PST Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang. * Negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri. Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di antara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling sedikit. "Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97. "Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. "Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya "Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim. Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP. "Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela" Antara kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Pulau Pinang * dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion. * pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. * berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia. * negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam. * negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka. * negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. * negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris. * mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010. |
Parti-parti Islam Menang 65% Undi Di Mesir Posted: 04 Dec 2011 08:10 PM PST Kaherah - Parti-parti Islam memenangi 65 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen Mesir, menurut perangkaan rasmi yang diperoleh agensi berita AFP semalam. Parti Ikhwanul Muslimin memenangi 36.62 peratus undi diikuti Salafist Al-Nur dengan 24.36 peratus undi dan Al-Wasat sebanyak 4.27 peratus undi. Perangkaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya Mesir, Yusri Abdel Karim. Menurut satu senarai rasmi, Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin memenangi 3.56 juta undi daripada 9.73 juta undi sah. Parti Salafist Al-Nur memenangi 2.37 juta dan Parti Wasat memperoleh 415,590 undi. Perikatan liberal, Blok Mesir menerima 13.35 peratus dengan 1.29 juta undi. "Kami mengalu-alukan pilihan penduduk Mesir," kata jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Ahmed Sobea. "Mesir kini memerlukan semua parti untuk bekerjasama bersama untuk keluar daripada krisis," tambahnya. Pergerakan Ikhwanul Muslimin dikenali sejak berdekad-dekad lalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan menentang pemerintahan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir selama 30 tahun. Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu selepas sejumlah besar penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini untuk menuntut peletakan jawatannya. Namun, prestasi Parti Salafist Al-Nur yang memperjuangkan tafsiran fundamental mengenai Islam mengejutkan sekali gus mencetuskan kebimbangan menjadi lebih konservatif dalam Parlimen yang mengandungi 498 anggota. Pilihan raya itu diadakan pihak tentera yang memerintah sementara Mesir bagi membolehkan kuasa pentadbiran diserahkan kepada pemerintahan pilihan rakyat. Keputusan pilihan raya di Mesir itu adalah sama seperti di Tunisia dan Maghribi apabila parti Islam turut menang kesan daripada kebebasan baharu yang dibawa oleh pergerakan demokrasi. - Agensi |
Selamatkan negara dari bankrap! Posted: 04 Dec 2011 08:08 PM PST HULU TERENGGANU - PAS mengingatkan rakyat terutama kepada para pengundi agar tidak menyerahkan negara kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) hingga menjadi bankrap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata menurut Menteri kerajaan BN di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Idris Jala, Malaysia akan 'bankrap' tahun 2019 "Idris Jala (menteri) mengatakan Malaysia 'bankrap' tahun 2019, ada ahli ekonomi lain mengatakan Malaysia bankrap tahun 2015. "Saya merayu kepada tuan-tuan malam ini, jangan masa Malaysia bankrap baru hendak beri negeri ini kepada kami. Kami tidak mahu, jika hendak beri tahun depan (2012) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Negara kita (Malaysia) memang diambang bankrap. Tujuh tahun lalu hutang negara RM7 bilion dan tahun ini (2011) sudah RM400 bilion. Jika tujuh tahun lagi hutang negara naik 100 peratus, Malaysia akan bankrap," ujarnya. Oleh itu, katanya, rakyat perlu menyelamatkan negara sebelum menjadi bankrap dengan menolak Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang. Mohamad berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Gempur Pilihan Raya anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Manir, di Pekan Manir, pada Jumaat 2 Disember (gambar). Menurutnya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sedar PAS dan Pakatan Rakyat semakin hampir menuju ke Putrajaya. Beliau menegaskan, Umno-BN akan menggunakan pelbagai cara bagi mengekalkan serta mempertahankan kekuasaanya. "Umno tahu kita (Pakatan Rakyat) hendak menuju ke Putrajaya semakin dekat. Saya tengok sokongan anak-anak muda di Terengganu, saya yakin Terengganu kita (PAS) mampu dapat perintah kembali dalam pilihan raya akan datang, Insya'Allah. "Sebelum negara ini bankrap, kita selamatkan dalam pilihan raya akan datang. Negeri Terengganu kita kembalikan kepada PAS. Putrajaya kita ambil alih, Insya'Allah kita selamatkan Malaysia dari bankrap," tegasnya. Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran. -BO |
Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu' Posted: 04 Dec 2011 08:02 PM PST SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'. Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin. Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP. Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. -Hrkh |
Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya Posted: 04 Dec 2011 08:01 PM PST Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain. "(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar. Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu. "Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? "Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya. Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan. "Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!". Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama. Biar diperkuda daripada diperlembu Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik. Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan. Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin. Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP. Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beli cincin untuk isteri Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya. "Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara. "Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula. 'Umno ibarat kereta tiada brek' Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT. Katanya, Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi. "Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? "Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu. "Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," katanya. Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah. Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya. "Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain. "Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. "Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah. "Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya. "Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya lagi. Turut hadir adalah sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -M'kini |
Rakyat Selangor sanggup berhujan dengar amanat pemimpin Posted: 04 Dec 2011 02:45 PM PST MALAM tadi dalam program "Rapat Rakyat" yang diadakan bersebelahan dengan stadium Shah Alam, ribuan rakyat Selangor hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Antara yang hadir termasuk MB Selangor, Khalid Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta sasterawan negara A Samad Said. Apa yang benar-benar menyentuh hati ReJaM©, di saat hujan gerimis, rakyat Selangor yang hadir mendengar amanat pemimpin dilihat langsung tidak berganjak. Meskipun gagal mendapatkan tempat berteduh di bawah khemah-khemah besar yang disediakan kerana sudah dipenuhi oleh pengunjung yang hadir lebih awal, mereka sanggup ditimpa hujan. Ada yang memakai payung dan menutup kepala dengan jaket, tidak kurang yang bersahaja tanpa penutup kepala. Wajah mereka ceria dan tenang seperti tiada apa yang berlaku. Bagaimanapun, hujan gerimis tidak begitu lama, hanya kira-kira 30 minit menyaksikan lebih ramai rakyat Selangor datang berpusu-pusu untuk mendengar amanat pemimpin selepas hujan mulai reda. Apapun, rasanya eloklah selepas ini disediakan khemah yang lebih besar dan kerusi yang lebih banyak bagi menampung ribuan rakyat yang hadir seperti ini. |
Sumpah bai'ah antara PAS dan Umno berbeza Posted: 04 Dec 2011 02:36 PM PST Sumpah taat setia yang dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno semalam adalah berbeza dengan bai'ah yang dilakukan oleh PAS. "Dalam PAS, kita lakukan sumpah bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket PAS yang dipilih oleh rakyat. "Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding,"kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Menurutnya, sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti Beliau berkata, sumpah taat setia Umno semalam juga membuktikan parti itu sedang berdepan masalah dalaman di kalangan ahli.membuktikan parti itu sedang berdepan masalah dalaman di kalangan ahli. Katanyan , masalah dalaman Umno dilihat begitu ketara sehingga memaksa ahlinya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang dan ahli-ahli juga diminta untuk tidak mengkhianati calon tersebut. Bagaimana pun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tindakan ahli Umno melakukan sumpah taat setia secara tidak langsung telah memberi satu pengiktirafan terhadap apa yang telah PAS lakukan. "Dahulu, pada awalnya PAS dicemuh dan dikritik oleh pimpinan Umno. Mereka juga akhirnya melakukan perkara sama," katanya kepada pihak media Oleh itu, katanya, Sumpah Umno bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti, tetapi kerana apa yang berlaku dalam Umno sekarang. -BO |
Inikah Penasihat Umno Paling "Bangang"...?? Posted: 04 Dec 2011 02:33 PM PST Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. "Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. "Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. "Dalam Islam, ini sepatutnya haram." Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. "Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil." PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan