Isnin, 5 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Dah sampai seru dah woii... kahkahkah...

Posted: 05 Dec 2011 09:30 AM PST

Ini Perhimpunan Umno terakhir sebagai parti berkuasa – Anwar

KUALA LUMPUR: Umno kini sudah bersedia untuk disingkirkan dalam pilihan raya umum akan datang apabila tanpa segan silu menyelewengkan wang RM250 juta dan kemudian mempertahankan tindakan tersebut dalam perhimpunan agungnya yang lalu.

Menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu menggambarkan moral Umno yang sudah buruk tetapi masih mahu mengaku mempertahankan Melayu.

"Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.

"Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka," kata Anwar sewaktu berucap di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 5 ribu rakyat yang hadir ke 'Rapat Rakyat Datuk Menteri Besar Selangor dan para tetamu khas' di Stadium Malawati malam tadi.

Beliau merujuk kepada skandal NFC melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menerima RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menternak lembu.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan pasaran lembu tempatan tetapi sebaliknya ia digunakan NFC untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, bercuti ke luar negara, menunaikan umrah, dan membeli kereta Mercedes-Benz.

Justeru, kata Anwar, masanya sudah tiba untuk Umno disingkirkan kerana pimpinannya tergamak mempertahankan salah guna kuasa mereka pada perhimpunan yang sepatutnya membincangkan hal ehwal semasa orang Melayu.

"Ini Perhimpunan Agung Umno terakhir sebagai parti berkuasa. Pemimpinnya mempertahankan jenayah dan kuasa.

"Itu pun tanpa segan dan malu mereka menjerit 'Kami Selamatkan Melayu'.

"Melayu begini harus dihumbankan," kata Anwar tegas dan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang khusyuk mendengar ceramahnya.

Turut hadir pada majlis rapat umum itu adalah pimpinan utama Pakatan Rakyat yang lain seperti penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Mursyidul Am Pas, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat, dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Lawak sungguh badak ayaq kentut keluaq isi...

Posted: 05 Dec 2011 08:00 AM PST

Insaf betoi, bekaih bangsa UMNO gak yang tulih ni...

Posted: 05 Dec 2011 07:00 AM PST

Kisah Bekas Ahli UMNO Yang Keluar Parti

Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi. Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.

Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.

PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999. Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.

Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah! Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.

Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!

Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.

Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.

Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.

UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!

Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!- sabahkini

Bung Mokhtar tibai Umno ngan anjing-anjing sekali... kahkahkah...

Posted: 05 Dec 2011 06:30 AM PST


Disamping mempertahankan pendiriannya yang mahukan Shahrizat meletakkan jawatan berikutan Skandal NFC yang melanda keluarganya, Bung Mokhtar juga menjawab serangan dari Blogger Pro-UMNO terhadapnya.

Dalam menyerang Bung Mokhtar blogger-blogger Pro UMNO telah menyenaraikan akan pencapaian dan sumbangan Shahrizat dimasa lalu.

Jawab Bung Mokhtar " Masa telah berubah, rakyat tidak lagi mahu mendengar sejarah atau kejayaan masa lalu. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada sejarah UMNO, kita mesti pandang jauh kedepan"

*******************************************

Bung Mokhtar sticks to stand that Shahrizat must quit over NFC
By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Dec 5 — Datuk Bung Mokhtar Radin today stood his ground and repeated his stand that Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil resign over the cattle scandal, despite growing criticisms from within Umno over his position.

The Kinabatangan MP's action has earned him the ire and scorn of Umno supporters, with pro-Umno bloggers criticising him and going out of their way to defend the embattled Shahrizat.

In response, the outspoken Umno supreme council member said he was "well aware" that his remarks have made him unpopular among members within his own party, but stressed that the reason he did so was out of concern for the future of the Malay party.

"If there are even little cracks within Umno, it can cripple and destabilise the party in the elections. Whether or not this move of mine is seen as part of a vested interest, it is up to people to judge," Bung Mokhtar (picture) told The Malaysian Insider.

"I do not expect my views to be agreed upon by all in my party. Everyone has differing views, so there will be a response, but I needed to say what has not been said," he said.

The senior lawmaker, who hails from Sabah, charged that it was his "responsibility" to speak out on the matter, saying that he wanted to avoid the issue being a liability to Umno.

"I do not deny that Shahrizat has brought a lot of good to Umno, to the country, but it is not enough when there are mistakes," he said.

In their attacks against Bung Mokhtar, pro-Umno bloggers have outlined Shahrizat's past achievements and contribution as Wanita chief and a Cabinet minister.

But the senior Barisan Nasional (BN) backbencher stressed that Umno needed to look at what was happening "right now," and how the National Feedlot Centre (NFC) issue was a dangerous one to the party if not dealt with effectively.

"Times are changing, people do not want to hear about history or past glories. We cannot continue to rely on Umno's history, we need to look beyond this," Bung Mokhtar said bluntly.

He appears to be the lone voice in addressing the touchy cattle scandal, as others appear to avoid or skirt the issue altogether.

When addressing delegates during the women wing's assembly, Shahrizat said she had nothing to do with the RM250 million federally-funded cattle farming project and instead urged PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to resign over the allegations.

She reportedly earned wild applause from wing members during her speech.

The Malaysian Insider however understands that Shahrizat's explanation had failed to satisfy a number of leaders in the party who, like Bung Mokhtar, believe the senior minister should bow out of the coming polls.

Bung Mokhtar has been openly critical of the NFC scandal and was the first Umno leader who called on Shahrizat to explain herself.

The Auditor-General's Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now "in a mess".

The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set.

But Agriculture Minister Datuk Seri Noh Omar responded on October 31 that the project was a success as it met its target of 8,000 cattle by 2010 once 5,742 slaughtered cattle were taken into account.

The Malaysian Insider

Sib baik DAP ada, tempat UMNO merahkan telinga... haha...

Posted: 05 Dec 2011 06:24 AM PST


Mujur ada DAP, boleh juga Umno jadikan kambing hitam

AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Dato' Ibrahim Ali sewaktu ahli Parlimen Pasir Mas itu berucap, mengambil peluang secukupnya membuat tohmahan terhadap Lim Kit Siang dan DAP walaupun butiran belasahannya itu tidak lebih daripada ulangan piring hitam lama cap anjing

Kononnya DAP dengan liciknya mahu menguasai Malaysia dengan berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian. Kononnya juga Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.

Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Bagi menambahkan lagi perisa provokasi rasisnya, orang nombor dua Perkasa itu mengungkapkan kata-kata pembakar nafsu perkauman Melayu seperti "Mati Melayu", "Apa polis boleh buat, kita Raja.

Buang sama polis Melayu", "Melayu sakai pergi masuk hutan", "KL sekarang Cina punya", "Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.

Sekarang kita Cina sudah kontrol." Kononnya itu yang diucapkan oleh DAP dalam peristiwa berdarah 13 Mei. Memang bahasa pembakar sentimen perkauman begitu.

Mereka akan mengungkapkan apa sahaja agar merah cuping telinga orang Melayu lalu hilang kewarasan dalam membuat perhitungan, walhal bangsa Melayu terus terperosok dalam bencana ketinggalan dalam serba serbi bidang kehidupan.

Retorik perkauman Perkasa dan Umno dalam isu 13 Mei tiada kena mengena dengan usaha memartabatkan bangsa Melayu.

Pejuang bangsa Melayu akan melenting dengan tuduhan itu, tetapi sejak 42 tahun berlalunya peristiwa 13 Mei, sewaktu Umno mendominasi kerajaan yang memerintah tanpa bersengkokol dengan DAP, apakah Melayu telah menjadi bangsa yang lebih maju berbanding Cina dan India?

Hari ini dari aspek pemilikan ekuiti orang Melayu hanya menguasai 19 peratus; 20.3 peratus dalam pemilikan syarikat, 11.7 peratus dalam pemilikan bangunan komersial, 14 peratus dalam pekerjaan pengurusan tertinggi dan 20 peratus pemegang jawatan CEO. Bakinya semua dimiliki oleh bukan Melayu.

Orang Melayu hanya berjaya menguasai tahap sosioekonomi terendah sebanyak 76 peratus dan pengangguran 73.3 peratus.

Oh ya, lagi catatan kejayaan orang Melayu ialah peratusan tertinggi sebagai penagih dadah, pembuang bayi, mat rempit, bohsia dan bohjan. Purata pendapatan isi rumah orang Melayu juga adalah yang ketiga terendah selepas kaum Cina dan India.

Peristiwa 13 Mei sudah menjadi bahan sejarah. Semua pihak yang terbabit dengan persengketaan pada masa itu, termasuk parti-parti politik sudah melalui proses transformasi yang berkali-kali.

Parti-parti politik yang masih bertahan hari ini juga telah dihuni oleh majoriti ahli-ahli yang sewaktu berlaku Peristiwa 13 Mei mereka belum melangkah kaki menyertai politik.

PAS sendiri adalah parti yang bersetuju dengan Umno dengan cabaran perkauman pada masa itu, lantas memilih untuk bersama Umno memantapkan permuafakatan seagama dan sebangsa.

Bukankah PAS menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional adalah ekoran Peristiwa 13 Mei? Jadi hari ini, jika PAS (PAS hari ini) dikecam kerana menjalin kerjasama dengan DAP (yang juga telah melalui transformasi) maka ia tidak lebih dari usaha terdesak kumpulan katak bawah tempurung yang masih meletakkan pemikiran mereka di bawah longkong perkauman ala empat dekad lalu.

Kalaulah bahan sejarah menjadi ramuan terbaik untuk dieksploit dalam pertikaian politik terkini, maka pengkhianat terbesar terhadap nasib orang Melayu di Malaysia ialah Umno itu sendiri.

Umnolah yang melutut penuh rela kepada penjajah British menerima prinsip Jus Soli yang mengizinkan pendatang Cina dan India pada masa itu diberi taraf kerakyatan.

Andai DAP mahu dianggap rasis Cina, maka hakikatnya DAP tidak mungkin wujud di Malaysia jika tidak kerana ketundukan Umno kepada kehendak penjajah itu.

Hari ini seluruh rakyat Malaysia bersetuju bahawa sejarah memberi kerakyatan kepada pendatang Cina dan India tidak perlu diungkit sekalipun dengan niat untuk meratapi nasib malang bangsa sendiri 'menjual' hak.

Tiada bezanya juga dengan mengungkit Peristiwa 13 Mei bagi meratapi nasib malang bangsa sendiri dimaki hamun walhal ia tidak dapat mengubah apa-apa.

Dalam kalendar orang Yahudi mereka menyambut satu hari untuk bermuram durja atas nasib malang yang menimpa bangsa mereka. Tapi untungnya Yahudi mereka tahu untuk membangunkan semula bangsa mereka yang pernas ditindas sehingga menjadi bangsa yang maju di dunia.

Pemuka perkauman Melayu seperti Umno dan Perkasa pula mengungkit kisah bangsa yang kononnya dimaki hamun untuk melebarkan permusuhan sesama bangsa dengan menyalahkan, memfitnah, mengecam, mengutuk dan menghina PAS dan KeADILan. PAS digambarkan sebagai parti yang tiada prinsip perjuangan sehingga akan membenarkan Perdana Menteri daripada DAP, Kristian dijadikan agama rasmi, pemerintahan beraja dihapuskan dan seribu satu macam tuduhan yang tidak masuk akal.

Persefahaman PAS dengan DAP tiada bezanya dengan persefahaman antara Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan dari aspek mendapatkan undi bukan Melayu. DAP dan MCA berkongsi dalam banyak perkara yang melibatkan kepentingan bukan Melayu namun DAP 'nampak jahat' hasil manipulasi media yang dikuasai sepenuhnya oleh BN, yang tidak habis-habis mempotrait DAP sebagai rasis.

Sekurang-kurang DAP konsisten dalam memerangi rasuah, penyelewengan, pembaziran, kezaliman berbanding MCA yang separuh abad bersama memakmurkan budaya rasuah dalam kerajaan.

Pilihan raya umum makin hampir, apa lagi formula terbaik bagi Umno untuk menakutnakutkan orang Melayu kalau bukan ancaman perkauman.

Media talibarut Umno akan terus meletakkan topeng hantu di wajah DAP bagi mencetuskan ancaman di kalangan orang Melayu. Maka melompatlah segelintir orang Melayu menghunus keris, menjulang laungan ketuanan Melayu hingga langit ketujuh, walhal di bumi Malaysia yang satu ini bangsa Melayu sedang bergelut dalam pelbagai bidang selepas tertinggal jauh dengan bangsa lain. Mujur ada DAP, boleh juga jadi kambing hitam.

Umno buat-buat tak nampak pulak dahhh...

Posted: 05 Dec 2011 04:30 AM PST

Woi UMNO, Soi Lek yang patut kamu serang, bukan DAP
Assalamualaikum,, Apabila ada seseorang yang tidak tahu untuk menghormati anda, apa yang patut anda lakukan? UMNO nak saman raja muda Negeri Sembilan, kerana didakwa menghina perwakilan tetapi sedarkan UMNO bahawa yang menghina bukan sahaja perwakilan tetapi seluruh umat Islam ialah Soi Lek sipelakon porn?

Inilah makhluk yang patut diserang habis habisan, dikutuk sekutuk kutuknya, bukannya DAP yang langsung tidak memberi kesan apa apapun terhadap melayu Islam.Perwakilan UMNO dikhabarkan membaca doa rabittah dan dimaklumkan berikrar untuk menjadi pembela Islam, sekarang masanya sudah sampai untuk kamu semua turun membela, lanyak Soi Lek yang baru sahaja mendakwa negara akan mundur kalau hudud dilaksanakan.

Soi Lek sepatutnya tahu yang dia tidak layak bercakap tentang hudud, Soi Lek sepatutnya faham bahawa hudud adalah perintah yang ada dalam agama Islam yang tidak patut dipertikaikan oleh orang orang yang bukan Islam sama seperti umat Islam tidak dibenarkan mempertikaikan tarian singa atau perarakan kematian orang orang cina.

Soi Lek harus sedar bahawa membandingkan hudud dengan undang undang ciptaan manusia tidak tepat kerana Soi Lek sendiripun bukanlah seorang yang faham mengenai hudud.Tetapi kenapa Soi Lek meneruskan juga komennya mengenai hudud?Sebabnya UMNO yang berapi api mahu menjadi pembela agama juga tidak faham mengenai hudud dan tidak mahu hudud dilaksanakan kerana ianya menjejaskan kepentingan pemimpin dan ahli mereka.

Soi Lek menggunakan hujah antarabangsa untuk mengatakan hudud bakal menjadi penyebab kesukaran dalam negara tetapi Soi Lek macam pemimpin UMNO juga mahu menyembunyikan fakta bahawa sekarangpun rakyat sudahpun susah kerana perangai pemimpin kerajaan yang suka menyangak termasuk juga pemimpin MCA.

Soi Lek dengan megah mendakwa PM Najib sedang berusaha membaiki negara tetapi Soi Lek mahu menipu rakyat bahawa yang dibaiki itu ialah labu dan yang membaiki itu pula ialah tikus, lambat laun labu itu akan hancur dan tikus itu akan mati kebuluran.

Soi Lek mengatakan hudud pembangkang hanya akan menyebabkan negara mundur sedangkan majoriti keturunan cina mengakui hudud sebagai jalan penyelesaian kepada semua permasalahan negara.Pun begitu PAS tetap menegaskan bahawa hudud hanya untuk orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam diberi kebebasan untuk memilih sisitem perundangan yang digemari mereka.

Kenapa itupun Soi Lek tak boleh faham dan tak boleh dimaklumkan kepada masyarakat antarbangsa? perkara kecil cuba diperbesar besarkan.Barangkali benar dakwaan setengah pihak bahawa apa yang dikatakan Soi Lek ini sebenarnya didalangi oleh UMNO pada ketika mereka menampilkan imej sebagai pembela Islam.

PANAS!! UMNO dah maafkan Mat Sabu...

Posted: 05 Dec 2011 03:00 AM PST

Rindu benar pada cacian dan makian kepada Mat Sabu di TV

Saya sudah tawar untuk menonton berita utama terutama pada pukul 8.00 malam. Saya rasa sudah hilang Umhpp!! Sudah tidak ada lagi cacian dan makian kepada Mohd Sabu. Laporan polis pun tak lagi meingkat. Sudah tak ada orang kampung ceruk mana diinterview kerana marah kepada Mohd Sabu sedang orang kampung itu haram jadah tak tahu apa itu Bukit Kepong!

Datuk Ahmad Maslan, kepala tarajui filem-filem terbaik ini seolah-olah sudah memaafkan Mohd Sabu. Atau Mat Sabu sudah serik dan sekarang ini berjinak dengan UMNO mungkin akan menurut rakan-rakannya daripada PKR yang berhijrah perahu!

Kebodohan Datuk Ahmad Maslan dalam isu ini amat tidak disenangi oleh beberapa orang lama dalam UMNO. Malah Tun Mahathir juga telah membuat komen yang tidak menyenangkan Datuk Ahmad Maslan.

Mat Sabu masih utuh, malah kerana Mat Sabu ramai mendapat durian runtuh.

Kebodohan UMNO terserlah dan keparcayaan golongan muda kepada media kerajaan makin menurun. Apatah lagi sekarang ini mereka disaljikan pula dengan perhimpunan orang-orang bodoh. Maaf bukan saya yang kata, tapi ini adalah ulasan David Martin dalam Malaysian Insider. Anda boleh baca petikan di sini.

Apa pun saya masih rindu dengan berita serangan terhadap Mat Sabu. Saya juga nak tahu ke mana perginya laporan polis yang lebih daripada 1000 itu.

Kenapa berhenti, kenapa jemu wahai UMNO. Buatlah kerja bodoh agar rakyat boleh lihat bertapa bodohnya kamu!!

Meremang bulu roma penyokong yang hadir...

Posted: 05 Dec 2011 01:30 AM PST

Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya

Nigel Aw
Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.

Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

Turut hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sedap artikel nih...

Posted: 05 Dec 2011 01:00 AM PST


UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU...

Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah 'winnable candidate' dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.

Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.

Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.

Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.

Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.

Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.

Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap 'national unity' yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.

Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.

Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.

Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO.

Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.

Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.

Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.

Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.

Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU.

Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go.

Muhyiddin pembohong nombor satu ka nombor dua...

Posted: 04 Dec 2011 11:22 PM PST

Negara republik: Kit Siang cabar Muhyiddin tunjuk bukti

SHAH ALAM, 5 Dis — DAP mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi bukti bahawa parti itu mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, jika Muhyiddin tidak dapat memberi bukti bermakna beliau adalah pembohong nombor satu.

"Saya mahu tanya Muhyiddin, pemimpin DAP mana yang berkata begitu dan di mana dia berucap dan bila dia berucap?" kata ahli Parlimen veteran ini pada majlis Rapat Rakyat Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.

Beliau juga turut menyangkal tuduhan Umno bahawa parti itu anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang jika Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya kerana hak orang Melayu tidak akan hilang.

"Sebaliknya Umno yang takut kalah kerana Umno yang hilang kuasa," katanya lagi.

Dalam ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita minggu lalu, Muhyiddin antara lain berkata, tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata Muhyiddin.

Sehubungan itu dalam kenyataannya semalam, Lim menegaskan, ketika Umno mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu pada 1980-an dan 1990-an, DAP merupakan parti yang menentang pindaan perlembagaan ke arah itu.

"Ini bukti jelas bahawa DAP bukan anti-Raja," katanya lagi.

Beliau berkata Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin merupakan perhimpunan terakhir bagi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Lim (gambar) berkata kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah telah jatuh ke tangga 60.

Katanya, dalam masa dua tahun lebih Najib menjadi Perdana Menteri, Malaysia jatuh 13 mata sedangkan di zaman Tun Abdullah Malaysia menduduki di paras 47.

"Dalam masa dua tahun lebih, jatuh 13 mata menunjukkan Najib tidak serius membanteras rasuah di sebalik kempen antirasuah," katanya lagi.

"Selepas ini Najib menjadi ketua pembangkang di Parlimen," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Woi Shahrizat, la orang himpun beg tangan bukan jaga lembu... kahkahkah...

Posted: 04 Dec 2011 08:34 PM PST

Hey Shahrizat! Zaman sekarang kumpul beg tangan bukan ternak lembu....

Kasihan Shahrizat. Apabila kesnya(NFC) meletup, setiap apa yang dilihat, didengar dan dihidu segalanya semacam lembu. Ada bunyi lembu. ada baur lembu. Ada tahi lembu bahkan ada kepala lembu.

Bermula Nazri Aziz membelanya kemudian suaminya sendiri , mantan Menteri Lembu Muhyiddin yang terbabit bagi projek pada NFC dan terakhirnya Timbalan IGP Khalid sendiri turut turun padang untuk membelanya.

Semua turun padang membelanya. Menteri. Timbalan PM, suami dan akhirnya polis.

Wow! Bertuahnya Shahrizat kerana semua orang mahu membelanya.

Jika Timbalan IGP Khalid turut membelanya, ianya tidak menghairankan. Ini kerana kes kepala lembu di Selangor, Khalid turut menjuarainya. Barangkali jika Khalid jadi IGP nanti, eloklah PDRM tubuh Unit Lembu pula. Unit anjing dan kuda sudah ada.

Yang peliknya mengapa sekonyong-konyong Khalid "mengfatwakan" kes lembu Shahrizat tiada unsur rasuah sedang ianya dalam siasatan ? Adakah ini taktik bodek Khalid sempena Perhimpunan Agung UMNO?

Yang pasti kes lembu Shahrizat tidak dapat meredakan kemarahan penternak-penternak lembu seluruh Malaysia.

Juga, segala kenyataan pembelaan buat Shahrizat tidak berkesan. Sebab itulah Shahrizat "mengamuk sakan" dalam Perhimpunan Agung UMNO sambil menyingsing lengan.

Dan Shahrizat jangan syok sendiri. Jangan menyangka perwakilan ketawa gembira kerana sokong membelanya dalam isu NFC. Tetapi sebenarnya perwakilan yang turut bangun bukannya sokong Shahrizat tetapi mereka ketawa kerana lihat "tahi lembu" melekat di lengan Shahrizat !

Barangkali yang paling gembira dengan kes lembu Shahrizat tentunya Rosmah dan Raja Nong Chik. Tentu anda dapat agak mengapa ya?

Hey Shahrizat! Zaman sekarang orang kumpul gelang, beg tangan dan cincin bukannya ternak lembu!

Kalau benci kat Ku Li pun, jangan lupa teruih...

Posted: 04 Dec 2011 07:37 PM PST

Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan

SEMASA menyampaikan ucapaan dasarnya Haji Najib Razak memberi pujian dan sanjungan khas kepada para pejuang Umno terdahulu baik yang masih hidup atau yang sudah mati. Beliau telah meminta para perwakilan bangkit untuk memberi penghormatan (standing owation) itu dengan tepukan bergemuruh. Tentunya tindakan Najib itu satu tindakan terpuji kerana mengenang jasa dan juga bakti para perjuang Umno terdahulu.

Satu persatu nama-nama tokoh disebut dengan iringin tepukan bergemuruh perwakilan sambil berdiri. Nama utama yang tersemak dalam barisan ucapan Najib ialah Mahathir Mohahmad kemudian Abdullah Badawi dan diikuti Musa Hitam serta tidak terlupa Sakaran Dandai. Mereka semua Najib gelarkan sebagai kesastria dan negarawan. (Tidak pula saya pastikan apakah Taib Mahmud hadir di perhimpunan itu tetapi jelas namanya tidak termasuk dalam hulubang balang negara. Kenapa?).

Selepas itu Najib juga membilang nama-nama lain yang sudah tidak ada - kembali ke ramlatullah bermula dengan Onn Jaaffar, Tunku Abdul Rahman, ayahnya Razak Hussein, bapa saudaranya Hussein Onn, Dr Ismail dan Tun Ghafar Baba.

Saya yakin seramai 2,500 perwakilan Umno berderau darah mereka dan dan meriding bulu mereka apabila nama-nama agung itu disebut. Tentu juga ada yang menitiskan air mata dan sebab dada. Begitulah yang kita mahu dari setiap orang pengikut kepada satu perjuangan, tidak mudah melupai dan tetap mengenangkan jasa pemimpin terdahulu dan orang yang berjasa kepada parti.

Cuma jahil sedikit bagi Najib para pejuang yang telah pergi itu hanya diberikan kalungan sanjungan dan tepukan tetapi tidak dihadiahkan al Fatihah. Walahl saat sesetengah pemimpin yang sudah pergi dan kini bersemadi di alam barzakh itu mereka perlu diberikan al Fatihah dan bukannya tepukan bergemuruh atau sanjungan melangit.

Namun dalam ketinggian daya kehormatan Najib itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang lengkap dan mencatatkan standing owation yang dilakukan itu apabila nama seorang lagi yang sepatutnya juga dimasukan dalam barisan senarai orang berjasa dan bersifat negarawan tetapi tidak disebut sama. Orang yang saya maksudkan itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Kenapa Najib mencicirkan Tengku Razaleigh? Kalaupun benci tetapi Najib tidak seharusnya melupai nama anak raja berjiwa rakyat itu yang jasa dan budinya kepada Umno lebih tinggi dari sesetengah nama yang disanjung itu.

Sekali lagi kenapa Najib lupa? Apakah Najib jahil mengenai jasa dan budi serta pengorbanan besar Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno. Atau pun Najib sengaja tidak mahu menyebut kerana beliau dikejar bayang-bayang sendiri, bimbang takut Tengku Razaleigh akan mencabarnya tahun depan. Begitukah? Sebenarnya gelanggang perang belum bermula Najib tidak perlu mematahkan senjata lawan.

Apakah sejarah boleh menolak jasa dan pengorbanan Razaleigh kepada Umno. Siapa yang berusaha membina bangunan Umno tempat Najib dan sekalian orang berhimpun hari ini. Bukankah bangunan itu, jawatankuasa pembinaannya diketuai leh Tengku Razaleigh. Apakah ada orang tidak tahu bahawa sebahagian tanah tapak bangunan itu diberikan oleh Tengku Razaleigh. Dan apakah jasa dan budi memberi tanah dan membangun bangunan itu tidak wajar dikenang?

Begitu juga dengan syarikat GLC Petronas bukankah pengerusi eksekutifnya yang pertama dan bertindak sebagai pengasas bersama Tun Razak, Tengku Razaleigh. Entah sudah berapa banyak wang Petronas digunakan oleh Tengku Razaleigh untuk membangunkan negara dan tentu juga membangun dan mengukuhkan kedudukan Umno sehingga mampu beridir sampai ke hujung hayat seperti hari ini.

Banyak kalau hendak disebut pengorban dan jasa-jasa Tengku Razaleig kepada Umno. Pengorbanan paling besar dan dramatik, beliau ialah melawan pentadbiran kuku besi yang diamalkan oleh Mahathir Mohamad. Sejarah penentangan beliau terhadap Mahathir untuk jawatan presiden tahun 1987 menceritakan segala-galanya. Siapakah orang pertama yang berani melawan atau menghalang niat Mahathir untuk menguasai Umno selamanya. Menguasai kekayaan menerusi Umno, kalau bukan Tengku Razaleigh. Beliau menegur dan mengkritik Mahathir atas satu nawaitu untuk menyelamatkan negara dan menjaga maruah Melayu.

Tindakan Tengku Razaleigh semasa itu disokong lebih separuh pemimpin dan menteri ketika itu. Ia termasuk bekas PM Abdullah Badawi dan juga menteri radio tv sekarang ini Rais Yatim. Bagaimana pun sokongan kedua orang itu sekerat jalan saja mereka kembali kepada Umno apabila diberikan sedikit umpan bermatakan joran dan kekal hingga ke hari ini. Saya tidak mahu menamakan atau mengolongkan golongan apa mereka yang mula bersama tetapi berundur di sekerat jalan dalam perjuangan.

Kalau bukan kerana tindakan berani dan insaf Tengku Razaleigh mungkin institusi raja-raja yang menjadi payung dan tunggak Melayu di negara ini sudah lebur disebabkan sikap liberalisme dan anti feudal Mahathir. Sekali lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi PM menceritakan segala-galanya tetapi ada yang meupai kerana ralik mendengar retorik Mahathir atau kerana mendapat sekeping roti.

Selain itu kesetiaan dan pengorbanan besar Tengku Razaleigh ialah sanggup membubarkan Parti Semangat 45. Demi Melayu dan demi surival Umno beliau rela mematikan anaknya sendiri kerana sayang kepada Umno.

Apakah jasa, pengorbanan dan budi Tengku Razaleigh itu tidak layak untuk dikenang? Tidak layak untuk disanjung. Sepanjang sejarah perjuangan dan keberadaanya dalam Umno Tengku Razaeigh tidak pernah menggunakan sejanta haram untuk mencari kemenangan. Beliau tidak menggunakan polis, tentera ataupun melantik mana-mana konsultan dari luar negara menguruskan perlawanannya.

Tengku Razaleigh adalah seorang yang hormat dan mengikut lunas undang-undang. Beliau juga tidak korup dan pernah dibabitkan dalam sebarang skandal. Beliau lebih rela kecewa kerana gagal dalam sesuatu perebutan yang tidak dibantu dengan senjata-senjata haram dan agensi kerajaan. Sikap Tengku Razaleigh juga beliau sedia kecewa daripada melihat rakyat dan Umno itu sendiri kecewa. Itulah seorang yang mengorbankan dirinya untuk sebuah perjuangan dan bangsa.

Pada saya Najib kurang bijak dan kurang cermat apabila beliau tidak membariskan nama Tengku Razaeigh dalam senarai tokoh-tokoh yang perlu diberikan tepokan gemuruh. Najib tidak bijak dalam hal ini dan nampak dia sengaja mencicirkan nama Tengku Razaleigh. Kalau Najib tidak alpa pasti markahnya lebih tinggi di mata para penyokong dan pengkagum Tengku Razaleigh. Saya rasa Tengku Razaleigh tidak pun kecewa dengan keadaan itu, air matanya tidak pun menitis barang setengah titik.

Tetapi Najib harus ingat bahawa dalam dewan itu masih ada orang yang setia dengan Tengku Razaleigh. Dari 2,500 orang perwakilan itu masih ada para penyokong Tengku Razaleigh. Juga mereka yang mendengar ucapan itu disiarkan secara langsung termasuk juga orang dewasa golongan veteran yang menjadi pengkagum Tengku Razaleigh. Apabila mereka menanti nama hero mereka tidak dinobatkan, tentu mereka akan kecewa. Dan kekecewaan atau keterkilan orang lama menjadi doa yang boleh menyeksakan Najib.

Hendaknya didalam ucapan penggulungan nanti Najib akan meralat kealpaan beliau terhadap Tengku Razaleigh ini. Bukan untuk Tengku Razaleigh tetapi demi mengaman hati dan perasaan bekas Menteri Kewangan itu baik di dalam dewan Merdeka PWTC dan juga puluhan ribuan yang berada di luar termasuk juga anak-anak muda yang sudah mulai mengenali siapa Tengku Razaleigh dan mengkagumi integaritinya.

Naya la UMNO, Najib buat spoil pulak... kahkahkah...

Posted: 04 Dec 2011 05:34 PM PST

Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan

Written by Wong Choon Mei

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?" ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.

Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.

"Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, "the proof of the pudding is in the eating'" beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.

"Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?"

Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.

"Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya" kata Najib merujuk kepada DAP.

"Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden" tambah beliau mengenai PAS pula.

Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.

"Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno." Jelas Jui Meng.

"Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!"

Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti 'berwawasan' tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.

Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.

Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan "rasuah".

Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.

"Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane 'berwawasan'dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui 'pelan permainan' iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru," kata Najib.

"Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.

Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.

"Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional." Ujar Najib. "Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan."

Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.

Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat 'kenyataan yang lemah' bahawa Umno bukan bersifat perkauman.

"Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun." Ujar Jui Meng.

"Tidak ada sebab untuk bicara mengenai "wawasan" atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!"

Malaysia Chronicle

Yang baik tak kena gaya pun pembaziran gak...

Posted: 04 Dec 2011 02:30 PM PST

Pembaziran Yang Terhijab Oleh Kebaikan


"Pembaziran apakah ini, wahai Sa'ad?" Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bertanya."Apakah dalam berwudhu' pun ada pembaziran wahai utusan Allah?" Sa'ad tidak pasti.

Hairan dengan pertanyaan Baginda itu."Malah jika kamu berwudhu' di sungai sekali pun!" tegas Baginda.

Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam menegur perbuatan Sa'ad yang menggunakan air secara berlebihan. Ia tetap pembaziran tatkala melebihi keperluan. Niat dan nilai agama pada besarnya tuntutan berwudhu', bukan justifikasi terhadap pembaziran tersebut.

Termenung saya.

Dalam wudhu' ada pembaziran.

Apakah pembaziran juga boleh berlaku dalam kebaikan-kebaikan yang lain?

Pembaziran yang tidak kita sedari.

Terhijab oleh sangkaan kita bahawa kita sedang berbuat baik. Kebajikan.

" Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Al-Isra' 17: 27]

Pembaziran itu bukankah persaudaraan Syaitan? Tentu sahaja Syaitan menghias licik agar manusia tidak sedar dirinya sedang membazir. Menyangkakan ia sebuah kebaikan.

PEMBAZIRAN CERAMAH?

Teringat saya kepada kisah Abdullah bin Mas'oud radhiyallahu 'anhu.

Beliau memperuntukan hari Khamis untuk mengajar. Sesekali pada hari Isnin.

Tetapi jemaah yang hadir meminta beliau menjadikan kuliah tersebut setiap hari.

Kuliah yang sedap itu.

Tetapi Abdullah bin Mas'oud menolaknya. Biar pun manfaatnya kelihatan akan menjadi bertambah banyak dengan ilmu yang dikongsi, Ibn Mas'oud menolaknya.

Beliau tidak mahu jemaah menjadi jemu.

Menjemukan mereka yang mendengar, bukan Sunnah Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Sheikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah hafizahullah menegaskan di dalam buku beliaual-Rasul al-Mu'allim, salah satu daripada teknik mengajar yang diamalkan oleh Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam sebagai seorang guru, adalah mencegah kejemuan anak murid.

Tentu sahaja dalam hidup kita, ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Kita kesuntukan masa. Sama ada kerja itu kita sudah kenal atau masih kekal dengan tanggapan 'tak ada benda nak buat', hakikatnya tanggungjawab kita sangat banyak. Namun kita peruntukkan masa yang besar untuk kuliah-kuliah agama.

Kuliah Subuh.

Kuliah Dhuha.

Kuliah Zohor.

Kuliah Asar.

Kuliah Maghrib.

Ceramah Perdana.

Kuliah Online.

Kita menganggap setiap satunya sebagai baik. Ia kuliah. Ia ceramah. Ia taman-taman Syurga. Ia jalan menuju Syurga.

Tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa kuliah-kuliah itu boleh menjadi sebuah pembaziran.

Pembaziran apabila kita gagal menjustifikasikan manfaatnya.

Sama ada pada yang mengajar, mengajar acuh tidak acuh.

Atau yang belajar, belajar acuh tidak acuh.

Yang mengajar tidak buat homework, tidak membuat persediaan, mengajar seperti melepaskan batok di tangga.

Yang belajar, hadir ke kuliah tanpa pensel dan kertas. Tanpa perakam. Bersandar di dinding, mendengar ceramah antara tidur dan jaga, sementara menunggu Isyak.

Bertahun-tahun rutin ini berlaku, kita tidak melakukan muhasabah terhadapnya.

Kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam membicarakan tentang Fiqh Keutamaan:
"Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu'), dan rukun."

Terkenang di zaman masjid tidak banyak ceramah. Kuliah-kuliah dicari, tumpuan banyak diberi kepada isi, biar pun bentuk penyampaian amat sederhana malah adakalanya hambar. Bukan mudah hendak mencari kuliah agama. Setiap satunya dirasakan begitu berharga. Di kala surau dan masjid hampir setiap malam penuh dengan kuliah, apakah manfaatnya semakin bertambah? Manfaat bukan pada bertambah TAHU, tetapi bertambah MAHU dan MAMPU terhadap kehidupan beragama.

Di era lambakan kuliah dah ceramah ini.

"Apakah dalam ceramah pun boleh berlaku pembaziran?"

"Malah jika kamu berjiran dengan 'sepadang' ustaz sekali pun!"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Tiada ulasan: